27 Julai 2010

Kenapa dengan tarikh 27 Julai 2010 tuh? anything special? extraordinary? huh! ntah la kenapa tapi hari ni memang the very damn day for me la..kenapa ek? kebetulan suatu suratan ke apa?? tak dapat nak mengungkainya..sakit jiwa la ni tak lama (na3uzubillah)..

Kenapa? otak aku yang sekarang ni ntah la letak kat mana tercari-cari jawapan kenapa dengan hari ini..hari ini mugkin biasa saja bagi sesetengah orang, juga mungkin hari yang menggembirakan tapi tidak tuk aku..kenapa?? satu persatu masalah datang sehingga bertimbun-timbun jadi gunung..masalah yang memang sudah pasti tidak akan dapat diselesaikan pun ada..tapi aku hanya perlu redha la dengan masalah yang 'jenis' ni..aku tahu, Allah sedang menjanjikan sesuatu yang lebih baik tuk aku..ada satu masalah ni pula sangat menyakitkan hati..sedangkan aku sudah lama membuang masalah ni tapi hari ini aku terkenang-kenang la pula macam bodo..maybe masa tuh otak aku letak kat lutut kowt..tak fikir langsung kat diri aku dan dia..arghh!! sudah! malas nak fikir..ada satu lagi ni..masalah terkumpul kerana masalah-masalah yang lain..dinamakan masalah jiwa separa kritikal..tapi yang ni aku ada pengubatnya..doa..so, yang ni kira dah setel..

Kalo tak silap, semalam kan Nisfu Sya'ban..sepatutnya hari ni mesti diberkati kan..walaupun aku tak meraikan malam nisfu tuh dengan bacaan yassin and all..maybe pasal tuh la aku kena bala..hari ni memang moody..tapi seperti biasa, never show..biarlah aku sorang je yang tahu kat realiti ni..(kalo kat dunia maya ramai la yang tahu kan)..hehehe..sempat lagi nak sengih-sengih..arghhh!! aku nak cepat-cepat biarkan hari ni berlalu..
 

The celebrations continues..

Aku masih belum puas! yup..baru tau ke yang aku ni korean freak..ha ha..sape suh lagu dorang besh2..kalo tak, malas aku nak layan..hehe..

Big bang ft 2ne1 - Lollipop


Big bang - Lollipop 2


 

Berputiknya..

Sekarang ni aku on9 kat ofis..boleh je..sebab aku dengan muka tak malu, bawa laptop datang ofis..dah tu, on9 je keje aku..pasang radio Hitz.fm kuat-kuat..gini ke budak praktikal? tapi apa yang penting? aku melaksanakan tugas aku dulu sebelum aku buat macam ofis ni bapa aku yang punya..ni masa takde keje la ni..kalo tak, tak dapat la aku nak on9 je memanjang..tapi, ada la juga sambil mnyelam tuh minum air..sambil buat keje, aku main FB..hehehe..

Ni aku nak bagitahu sesuatu..haaaa...baru je dua hari yang lepas aku ada war-warkan tentang plan aku nak mengorat anak orang kan?..seorang pelajar jururawat..haaaaa..beritanya ialah, aku berjaya mendapatkan nombor telefon dia..yey!! semalam aku dah sebok chat dengan dia guna SMS..ngam lagi yang dia tuh sorang yang masih lagi seorang..hahahaha..maksudnya single la..ngam betol! aku pun teroskan la dengan plan aku nak ngorat dia ni..and wat masa ni alhamdulillah la setiap SMS aku tuh mendapat sambutan yang menggalakkan..she's really my type!!..hehe..nanti bila dah 'jadik' aku akan upload gambar dia untuk tontonan umum..hahaha..

tapi ada beberapa masalah la..kami ni berlainan agama..tapi takpa, wat masa ni aku nak kenal-kenal dulu dengan dia..bila dah masuk tahap serius dimasa-masa akan datang, barulah fikir pasal tu kan..huhu..neway, wish me luck la..

aku nak stori sikit la mula-mula aku jumpa dia.,.latar tempat kat restoran di bawah ofis aku, tempat yang aku biasa pergi lunch..dia pun sama...latar masa pula masa lunch..aku jumpa dia yang mula-mula tu takde la tertarik sangat..tapi bila aku teliti betul-betul, macam terpikat la pula dengan dia ni..aku pun apa lagi la, tros suh sorang kawan baru aku yang jadi waiter kat situ to ask her phone num..(sori, aku memang penakut kalo bab-bab macam ni)..tak kesa la korang nak cakap apa..sambung cerita..sebenarnya plan aku nak belanja dak tu makan then aku bagi la nombor aku kat dia..macho la sikit..tapi kawan aku c waiter ni pula tak faham pe yang aku maksudkan..tetiba je die pergi kat dak tu and tros minta phone num..huhu..terkesima la juga..begegar lutut aku..huhu
 

Sesi merapu...Sinopsis minggu lepas

Hai! selamat bertemu kembali..mesti korang dah rindu giler kat aku kan..hehehe..perasan! ya..aku memang suka perasan..mintak mahap lah banyak-banyak, aku memang makhluk yang paling kuat perasan bagoz sangat kat muka bumi ni..JADI? TAK PUAS ATI?! Kali ni aku nak pendekkan je cite tentang aku untuk minggu lepas..
KOD PURBA
Memandangkan virus malas sudah menular, aku pun mula lah hilang ingatan kat blog keseparuh sayangan aku ni..tapi kemalasan tuh bukan penyebab utama aku jadi malas..aku jadi macam nih pasal..cuba la korang tengok kat entri-entri aku yang sebelum ni..yang the latest..buruk giler kan?? Gambar kat luar la, tak dapat nak adjust jadi pendek (read more tuh macam takde guna), dan banyak lagi lah!..tak tau lah kenapa jadi macam tuh..sedangkan aku dah tukang sebaik mungkin..mungkin sebab terbesar ialah kurangnya kepakaran aku 'menggubah' kod-kod purba ni..oleh itu, kepada otai-otai blog yang dah memang sedia purba dengan kod-kod ni, tolong la berikan aku banyak sedikit tips..pleaseeeee!! Hanya korang lah harapan aku..sape lagi yang nak tolong member kalo bukan member sendiri kan? hehe..


PENYAMUN
Seperti yang korang sedia tak maklum, aku nih dalam proses menghuduhkan diri yang dah sedia kacak bergaya ni (sedapkan hati)..oleh itu, kali ni aku dah ubah sekali lagi style rambut aku menjadi seperti ini..




KANAN

KIRI












MEMBELI BELAH BERTANGKUP
Ha! belum habis lagi..minggu lepas juga aku dah pergi shopping raya dengan famili..huhu! semangat raya!! tapi malangnya, bukan itu yang aku semangatkan..aku cuma semangat nak beli baju baru, seluar baru, kasut baru dan banyak lagi la yang baru..hehe..semua pun baru..awek je takde yang baru..bukan pasal aku ni malas nak cari (memang malas pun), tapi pasal aku ni memilih sangat (perasan betol!)..tapi makin lama makin buhsan la pula..ye la kan, dah lama takde scene lovey dovey..wooopsss!! jaga iman dowh..hahaha..tapi rasanya aku dah jumpe sorang ni, yang memang my type..student nurse..sok aku nak tekel..tengok la kalo dapat k..besok nak pergi 'memancing'..hehehe..


TEMAN TEMIN
Pasal member pula..member baru la terutamanya..tempat baru, mesti ada member baru kan..dan setakat ini, aku dah berjaya mengumpul setem empat orang member (kowt)..hehe..sebenarnya dorang tuh member kepada member aku, c MON BULAT..aku ni just joint in their group..so, masih freshy kan..malu-malu dan sebagainya..hahahahaha..setakat perkenalan kami nih, dah ada dua kali kitorang keluar pergi tengok mid nite movie..huh! memang besh..Jumaat lepas kitorang pergi tengok cite pasal menari-nari jalanan (dah tak ingat tajuknya)..hope one day, kami boleh jadi rapat la kan..nih ada gambar aku dengan mereka-mereka..



ISU LAMAN SO'SIAL'
Masalah! tapi bukan masalah aku..cuma..membebankan aku yang secara tidak langsung nih pun terlibat..aku nak cari member ni wei..agak-agak la..ko hingat aku ada nafsu ke nak ngorat ko?!..ko bogel depan aku pun, mmm..konfem la aku lari..bongoks!!..ni la ni budaya G** yang memang menyakitkan hati..nak kawan pun dah kena salah anggap..bodo! memalukan aku je..setan ko! @#$%^&*..aku nak kawan je..langsung takde niat tersimpang pun..jiwa suci ni beb..hehe..(ada tersimpang sikit kat kamera NIKON ko..kehkehkeh)..tapi tuh je..kalo nak berkawan at least mesti ada minat yang sama kan..huh! malas da nak layan..baik aku cari yang lain..ada banyak lagi dak2 yang ada kamera macam ko tuh (jeles)..hahaha..yang perempuan pun masalah juga..ko hingat aku ni desperate gila babi ke nak cari awek? mentang-mentang la status aku 'single'..tros ko hingat aku nak ngorat ko kan..tolong la amik balik otak ko yang kat ibu jari kaki tuh balik ketempat asal..nak kawan je la..ko tak nak kawan sudey..bukan ko sorang je ada kat dunia ni..golongan macam ni memang menyakitkan ati aku..rasa macam aku ni desperate la pula kan..damn! otak sempit! huh!!!

MUSIM BUAH PELIK
Bagi korang je la pelik..bagi aku biasa-biasa je..Sedap!! itulah ungkapan pertama untuk aku describe tentang buah ini secara menyeluruh..setelah lidah tersentuh isinya yang enak,memang tidak akan terkata keenakannya sebab sedang mengunyah..sedapnya hingga menjilat jari-jemari dowh!!hahahaha..haaa..pernah tak korang dengar tentang durian merah? durian kuning? kalo aku cakap buah ini wujud, korang percaya ke tak? meh aku buktikan..lalalala~~~

DURIAN MERAH

DURIAN KUNING

So? masih tak percaya akan kewujudannya? its up to u la k..ko ingat aku nak celup durian-durian nih guna 'dye' rambut ke? huhu..tu lah korang..kurang pengetahuan..korang patut bersyukur sebab aku menambahkan pengetahuan korang hari ni..kalo korang nak merasai betapa sedapnya durian nih, datanglah Sabah..banyak terdapat kat pantai barat dan pedalaman bawah..BORNEO nih memang banyak keunikannya..yang korang tahu Rafflesia je kowt..huh! cetek pengetahuan..(poyo giler)..hahahaha..Durian merah tu rasanya ada sedikit tawar tapi berlemak..rasanya lebih kurang macam cheese la..durian kuning tu pula memang favourite aku..berkrim, manis, sedap, lemak, ada rasa susu sikit-sikit dan banyak lagi lah! susah untuk aku terangkan..kalo nak, rasa sendiri la..hehe..kelebihan durian ni, korang tak kan mabuk walaupun makan seberapa banyak yang korang nak..kalo nak rasa, pastikan korang datang pada musimnya k..
Enhanced by Zemanta
 

Khas buat MON BULAT...(!!!)

BONGOKS!!!
Entri kali ni memang memanaskan aku..tambah lagi dengan global warming punya bahang, terbakar la sanubari serta jiwa raga aku..cet! Okay, korang dah kenal ke belom kat penama di atas? Ya, c MON BULAT tuh..Selalu je ada ter'mention' nama tuh kat entri-entri aku sebelum ni..haaa..dia tuh adalah member perempuan yang paling close dengan aku, lebih-lebih lagi pada masa praktikal ni..hari-hari menghadap muka dia je..

Nak tahu apa yang aku marahkan sangat ni? Nak tahu? Korang ni memang busy body kan..semua pun nak tahu..tapi memang aku nak bagitau pun..hehe..Aku marah pasal aku rasa macam kene mmmm...apa perkataan yang paling sesuai ek?...mmm..macam kene stab..tapi kurang sesuai la..arghhh!! aku cite je la, lagi senang..

Kejadian tuh berlaku pada 13 julai 2010, semalam la. Kemarinnya tuh aku dengan c MON BULAT buat rancangan nak keluar berfoya-foya pada 13 tuh, keesokannya la(ayat macam shit!..hehe)..kitorang plan nak pergi karaoke dan tengok movie..maklumlah, elaun kami yang seribu bahagi sepuluh tuh dah masuk dalam akaun..apa lagi, wat joli lah..hehe..Pada hari kejadian (13 julai), macam biasa tuh aku jumpa c MON BULAT kat ofis la pagi-pagi..Dia bagitau yang plan kami tuh terpaksa dibatalkan..Aku pun tarik nafas lega sebab aku terlupa nak bawa baju spare..Yela kan..takkan la aku nak pakai baju kerja tuh jalan-jalan..agak-gak lah wei..Plan tuh di'cancel'kan sebab kawan dia yang nak join aktiviti berfaedah kitorang tuh terkena penyakit kronik masa hujan ni, demam. Aku pun cover la, konon-konon tak jadi nak join sebab takde mood..sedangkan dalam hati menrik nafas lega..huhu

Dipendekkan cerita (virus malas kembali menyerang), hari ni kami jumpa lagi la kat ofis macam biasa..then, dia bagitau yang dia keluar semalam dengan member dia tuh, dan ada lagi member-member dorang yang lain..dengan bangganya lagi bagitau yang dia kena belanja.."semua kena support, besh giler!"..ingat lagi kat ayat dia yang xleh blah tu..dia tak rasa bersalah ke nak cite-cite kat aku macam tuh? tergamam la juga..ye la kan, cakap cancel tapi keluar juga..dah la tak infom..macam memang tak nak ajak aku la pula..kalo ya pun plan last minit, at least kol la bagitau aku supaya aku tak terburuk sangka..oleh kerana dah terlambat, mula la terbentuk awan-awan hitam kat kepala hotak aku ni..kenapa dorang tak nak ajak aku? adakah aku ni menyusahkan? memalukan? membosankan? dan banyak lagilah tanda soal yang berbau prasangka menghimpit diriku..

Memang aku nih terkenal dengan gelaran "c tiada perasaan" tapi adakah bernas tindakan c MON BULAT tuh? Then, seperti biasa, aku akan buang saja semua tuh dan meneruskan saja hidup aku seperti biasa..tak terlintas lagi difikiran aku untuk ambil kisah akannya..nak kawan, kawan..tak nak, sudey..macam tuh je..
____________________________________________________________________________________...........

Merajuk kah aku? Kecik hati? hahahahaha..buruk giler la kalo pasal tuh pun aku nak amik hati..ternyata tanggapan korang sebentar tadi (....) tersilap..Tak terlintas pun kat kepala hotak aku ni nak kecik hati akan hal-hal kecik macam ni..Aku sengaja memperbesar-besarkan cerita ni sebab aku nak korang tahu serba sedikit tentang kaum Adam..Lelaki..memang terkenal dengan kegagahan, ketabahan, kekuatan, keras dan sebagainya. Tapi adakah itu bermakna kaum adam ini tidak ada perasaan? haaa..korang salah lagi..Lelaki juga insan biasa yang dikurniakan perasaan, sama seperti wanita..cuma bezanya, lelaki lebih suka memilih untuk tidak melayani perasaanya, selalu saja mengendahkan dan tidak kisah akan sesuatu..Tidak pula seperti kaum hawa yang sentiasa melayan perasaan..tidak pernah terlepas dari dibelenggu oleh perasaan sendiri..Wanita yang bersifat lemah memang perlukan perlindungan dari lelaki tetapi bukan hati wanita saj yang perlu dijaga..Lelaki juga ada hati dan perasaan..Jaga hati masing-masing la ye..hehe..Tapi ada juga wanita yang tabah, lebih tabah dari lelaki..Kesimpulannya disini, semua pun bergantung pada individu tersebut..namun kebanyakannya masih seperti apa yang aku nyatakan..

Pengajarannya di sini, jangan suka suki tak mengendahkan perasaan seseorang..tak kira lah lelaki ataupun wanita..semua pun ada perasaan..setuju tak? kalo setuju angkat tangan! hehe..tak setuju, sudey..

p/s: Masa aku wat draf entri ni kat ofis, MON BULAT terbaca perenggan pertama aku..teros dia terasa..salah sangka..dia ingat aku merajuk..hahaha..nak tau ape dia buat?



haaa..ni la apa yang dia buat...dia bagi aku kata-kata bahasa inggeris (sanskrit juga ni aku tengok..hehe)..biasa la tuh..perempuan kan..hati lembut..mudah terasa..anyway, BARU KO TAW MON BULAT! KO TAK KAN BERJAYA BUAT AKU MERAJUK LA!! hahaha..
 

Miskin

Sebelum aku menceritakan dengan lebih dalam tajuk di atas, aku nak korang faham dengan sepenuhnya bahawa semua perkara yang bakal aku bebelkan di bawah adalah mengenai diri aku sahaja, tanpa ada kaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap sesiapapun yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

Miskin. Aku adalah seorang yang miskin. Miskin dari segi kekurangan harta kekayaan di dunia. Malas aku nak ceritakan tentang latar belakang aku kerana secara tidak langsung akan membabitkan beberapa orang lain selain dari diri aku sendiri. Seperti yang korang sedia maklum, semua ini adalah mengenai aku seorang.

Manusia memang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan oleh tuhannya. Sebab? Bagi memperingatkan manusia kepada penciptanya. Namun, manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ada sahaja manusia yang lupa akan tuhannya kerana terpenjara oleh syurga dunia. Wang, harta dan kekayaan merupakan salah satu penyumbang pemesongan nilai seorang insan.

Walaubagaimanapun, cuba kita lihat manusia disekeliling kita. Adakah manusia yang berharta itu hidup dalam kebahagiaan kerana hartanya? Adakah senyuman, tawa dan kegembiraan yang kita nampak itu benar-benar mereka rasakan? Jika kita lihat dengan teliti, ada saja manusia yang hidup dalam ketakutan kerana hartanya. Takut pencurian, rompakan, dan sebagainya. Tiada masa untuk menikmati hidup kerana sibuk mencari harta. Anak-anak pula terbiar tanpa ada sebarang pegangan dan panduan Inikah yang dinamakan bahagia?

Berikutan seperti perkara di atas, adakah korang masih lagi mempertikaikan kekurangan yang ada? Fikirlah dengan teliti sebelum mula merungut tentang kehidupan. Allah itu Maha Adil dan Saksama. Tiada seorang pun manusia yang hidup di muka bumi ini hidup tanpa ada sebarang dugaan. Kita tahu kesengsaraan hidup yang kita terpaksa tempuhi kerana kita sendiri yang merasakannya. Kemudian kita melihat manusia yang lain diberi kelebihan lalu membuat andaian bahawa hanya kita yang hidup dengan sengsara. Sedangkan kita tidak tahu akan kesengsaraan manusia tersebut. Mungkin tidak sama tetapi mesti ada juga yang perlu dihadapinya.

Kesimpulannya, sebagai hambanya kita haruslah sentiasa bersyukur dengan kelebihan yang kita ada dan redha dengan kekurangan kita. Ingatlah Allah kerana Allah tidak pernah melupakan kita. Pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk setiap perkara yang berlaku.

............(jap ek).......(eik?????)..

APA YANG AKU MEMBEBEL NI? ARGHHHH!! AKU NAK CERITAKAN TENTANG KASUT AKU YANG DAH KOYAK, LUSUH, BUSUK, DAN BANYAK JAHITAN NI JE!! NAK BELI BARU TAPI DUIT TAKDE..TU JE..PE YANG AKU BEBEL NI???!!! MALUNYA!!! TOLONG JANGAN BACA SEMUA YANG DI ATAS TU K, SILAP TAIP NI..HARAP MAKLUM


Haaa..ni la kasut yang aku maksudkan..sedey kan..hahaha..tapi takpe la..selagi masih boleh guna, aku akan guna kasut ni..kalo ada duit lebih pun aku takkan beli kasut baru la! baik guna joli kan..kahkahkah...
 

Ingin menimba ilmu?

Ini adalah hasil on9 otak aku. Ternyata berkesan setelah aku menamatkan masalah kurang memori dengan menyimpan (save) kat beberapa keping kertas putih yang terpilih..hehe..Sampai je ofis tadi, terus aku menghadap 'nate' ni. Buhsan. Lagipun belum ada kerja lagi yang nak dibuat. Mon Bulat, member aku tuh belum sampai lagi, takde kawan nak borak-borak. Lembab betol! Nak kena stapler lagi ke hah? hahahaha..



Inilah draf on9 otak aku tuh..hehe
Kehadapan para pembaca yang disayangi sekalian (macam surat cinta kan..hahaha), mesti korang tertanya-tanya sehingga berkerut dahi, kenapa blog aku ni sangat merapu dan tiada info berguna..kan? kan?..Balik-balik cerita mengarut pasal diri aku je kan..Sape la tak bosan?!..Kadang-kadang tuh, bila aku berjalan-jalan, merayau-rayau tengok blog korang, mesti akan timbul bibit-bibit cinta jeles kat diri aku..Ye la..blog korang kan best..ada info berguna, pengetahuan am dan semasa, cerpen dan cerjang yang menarik hati, jiwa dan medula oblogata pembaca, pengalaman dan banyak lagi la yang best..

Berbeza sangat dengan blog aku nih yang ntah hape-hape, kuat kencheng, kebunguksan, merapu kerapu, kisah-kisah hidup aku yang tak menarik langsung dan (rasa macam tak sanggup pula nak kutuk blog aku lebih-lebih..sori blog)..huhu..Oleh itu, kalo korang nak kan info, pengetahuan, dan sebagainya tuh, pergi la kat blog orang lain! kalo tak pun, pergi berenang kuak lentang kat lautan GOOGLE..minta maaf, aku tak menyediakan semua itu..huh!

...................................(menenangkan diri)..

Maaf atas keter'emo'an aku sebentar tadi..jeles la kat blog orang lain..tapi takpe, aku wat je la apa yang aku suka..korang nak baca atau tak, terpulang..Even bahasa inggeris sanskrit yang aku bangga-banggakan tuh pun tak kan meningkatkan level kecairan otak korang (tambah beku boleh la kot..hahaha)..Ya Allah, betapa ceteknya ilmu aku..huhu..entah la kenapa UUM amik aku..mesti dorang menyesal kan? hahaha..tapi jangan risau, aku tak kan kekal bunguks macam ni..aku akan sentiasa cuba untuk mencari ilmu dari mana-mana sumber, namun dalam kes ni, sumber terdekat adalah blog korang..so, sama-samalah kita mengejar dan saling berkongsi ilmu kerana semakin kita memberi, semakin banyaklah ilmu yang akan kita dapat..InsyaAllah..
 

Penerangan!

Bagi para pelawat yang mengunjungi blog aku ni, mesti korang tertanya-tanya beberapa benda @ perkataan @ gadget pelik kat blog aku ni. So, ini adalah penerangan tentang blog aku..Harap korang takkan pening-pening lalat lagi tiap kali mengunjungi blog aku k..

Pertama sekali, aku nak terangkan tentang Labels aku kat tepi sebelah kiri ni. Nampak tak perkataan annoying yang berbunyi macam ni 'TAJUK IKUT SUKA HATI AKU'? haaaa..mesti korang akan menyampah sarap kan? ok la..kepada sesiapa yang tertanya-tanya, apakah maksud tajuk-tajuk kecik kat Labels aku tu, harap penerangan aku ini dapat membantu anda..

ALL OF ME

Entri aku yang tergolong dalam label ni adalah entri yang berkaitan dengan diri aku.

BELONGINGS

Entri yang berkaitan dengan harta benda aku.

DREAMER

Entri tentang angan-angan dan impian aku yang bakal terjadi (cukup-cukup la berangan wahai Sylangster)

EXTERIOR

Berkaitan tentang isu fizikal ataupun luaran aku. Aku tak cacat k. hehe..

INTEREST

Tentang minat, hobi dan apa yang aku suka.

LIFE

Kisah hidup aku. Past and Present.

OTHERS

Entri yang pelik, merapu, bongoks dan sebagainya..hahaha..

PANAS

Entri luahan kekecewaan, sedih, marah, dan berbagai jenis perasaan

SOUL

Jiwang, love, friendship....bla...bla...hehe

Haaaaa...harap-harap ini dapat membantu anda mencari cerita yang anda sukai. Tapi kalo aku la kan, semua cite kat blog aku ni best! hahahaha...(oi poyo!)..kalo aku baca balik, mesti aku gelak-gelak sorg walaupun cite tu cite sedih..(ni masa mental dah expired la ni kan)..cet! huhu..suka ati aku la..aku yang taip, aku nak gelak ke ape ke..kan? kan?? (poyo je ko! diam la!)..
~~HARAF MAAF, scene ini terpaksa di potong (18SG)..

Lagi satu, mesti korang tertanya-tanya kenapa mesti ada je yang menyampuk entri aku kan? alaaa..yang tulisan warna merah tu..haaa tu la c Pressure..diri aku yang jahat..(diam la ko Sylangster! Biar aku kenalkan diri sendiri..hai semua..aku Pressure..aku ni merupakan sebahagian dari diri c Sylangster Pressure..aku selalu je menyampuk c Sylangster tu sebab poyo je memanjang, buhsan la..dah la bunguks, lembab, pemalas lagi..dah tu..)..sori semua, itu la c Pressure yang persetan sikit..beware sikit kat dia tuh k..Sekarang aku pula nak kenalkan diri..aku Sylangster, separuh lagi diri c Sylangster Pressure..aku ni baik, matang, ceria, peramah..bla..bla..bla..bla..dan boleh la dikatakan yang c Sylangster Pressure ni ada penyakit Split Personality..hahaha

Bunguks tak aku?? tak kan? huh! mengarut je aku ni kan..hahahaha..haaaaa..ada lagi..aku nak minta maaf la kat korang sebab aku disable right click tu..bukan apa..aku takut orang copy gambar-gambar aku yang ada kat sini..aku taw la aku ni tak hensem tapi ntah la kenapa ada je orang yang menyamar jadi aku..aku dah fobia ni..aku dah penah kena kat MukaBuku..nasib baik la aku terjumpa orang yang menyamar tu punya page..aku tros la maki hamun kat message dia..baru taw! jahat tak? tak kan...aku baik je kalo orang baik kat aku..tapi Alhamdulillah la, dia dah delet akaun FB dia..




 

Congrats!

Sebelum korang nak mentertawakan aku, ada seperkara yang aku nak perbetulkan..nampak tak tajuk entri aku kat atas tuh? haa..yg tu la..Congrats tuh..tau tak pe maksudnya? Mesti korang tak tau kan..hahahaha..aku sorang je kot yang masih idop kat muka bumi ni yang tahu akan maksud perkataan di atas (tajuk tu)..

Sebenarnya perkataan tu merupakan bahasa inggeris sanskrit yang telah diterokai oleh nenek moyang aku punye cucu cicit..so secara tak langsung, akulah yang menerokanya..korang tak caye? suka hati la!..Kepada mereka-mereka yang masih setia nak kene kencheng oleh aku leh la teruskan bacaan korang ye..

Sambungan..maksud perkataan tu jika di melayukan ialah " Alhamdulillah, aku tersangatlah gembira dengan pencapaian aku setakat ini"..best kan..taip sikit je tapi mempunyai maksud yang panjang dan lengkap..so, apa yang aku gembirakan ni? apa pencapaian aku? haaa..ni la ni nak stori..

Seperti yang korang sedia maklum (tu pun kalo dah bace entri aku yang bertajuk DESPERADO ME la), mesti korang akan merasa sangat sakit hati dengan entri tuh..(ceh, ngaku je la ko yang malu sendiri)..mana taknye..dengan rasa kurang kemaluan dan tanpa segan silu aku merapu, meminta simpati macam bongoks! arghhh!! Pernah juga terlintas kat ati kecikku ini tuk delet entri tuh tapi macam sayang pula..penat lelah aku menaip kan..bila aku fikirkan balik, aku batalkan je niat tuk buang entri tuh..setiap insan pasti akan melakukan kesilapan..so, aku biarkan je entri tuh tuk memperingatkan aku tentang kelemahan aku sebagai seorang insan..WOW! macam banyak pula ceramah aku kat blog ni kan..nanti aku nak try masuk imam muda la! layak ke?? hahahaha..

Dengan itu, aku nak meminta maaf la kepada diri aku sendiri yang dah lupe diri buat seketika..nasib baik la aku terbaca kat blog seorang insan ni (identiti beliau dirahsiakan) yang memperingatkan aku tentang tujuan aku menulis, melakar, menaip dan merapu kat blog aku ni..Tujuan asal aku adalah untuk berkongsi kisah hidup aku yang sangat biasa ni dengan mereka-mereka yang sanggup untuk membacanya..dan aku sudah pun menganggap 'mereka' yang aku maksudkan ni sebagai kawan aku..harap-harap kita akan kekal sebagai kawan dunia akhirat walaupun berkemungkinan besar kita takkan bersua muka..Sedih je kan ayat aku..hehehe..but dun wori..InsyaAllah, kalo dipanjangkan umo aku + ditambahkan rezeki atau lebih khusus, ditambahkan fulus + diberikan peluang dan masa..aku akan cari korang..suruh korang belanje aku makan..hahahaha..

Aku memang tak sangka ada juga yang nak baca isi-isi mengarut kat blog aku ni..dan aku sangat berterimakasihlah kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan hidup aku..(berkembang ke?)..bila ada sahaja komen kat entri aku, mesti aku akan senyum selebar yang mungkin..sampai tercantum hujung bibir kanan dengan yang kiri kat belakang kepala..beliv me..tak tipu ni..sangat gembira..tak terkata sebab aku tertaip je tuk balas komen korang..hehe..

Tidak lupa juga kepada Followers aku yang setakat ni dah 5 orang..sangat berterimakasih la kerana sanggup tuk mengikuti blog aku yang banyak kekurangan ni..oleh kerana banyak kurang, harap tunjuk ajar la dari kalian..Taklah tersia-sia entri aku yang berlambak macam kelemumur tu (ntah la nape kelemumur yang aku pilih tuk jadikan contoh)..hahahaha..Kalo ada masa terluang, berkunjunglah ke entri-entri aku yang sebelum ni..hehe..Walaupun hanya berlima, tapi aku amat bersyukur kerana setakat pemerhatian aku, blogger yang ada ramai Follower tu tak semestinya akan diberikan perhatian dengan sepenuhnya..tak macam aku ni, kena sayang..(perasan!)hehe..

Tujuan sampingan aku tuk buat blog ni ialah tuk mendapatkan kawan baru. Harap-harap adalah insan yang sudi tuk berkongsi kisah dan pengalaman dengan aku..saling bertukar-tukar pendapat dan memperingati antara satu dengan yang lain..Semoga persahabatan maya kita ni akan diberkati la, amin..
 

Aku nak jadi budak baik..boleh tak?

TAK BOLEH! Ni la jawapan yang selalu aku dapat tiap kali aku tanya pasal ni. adakah patut? tak patut kan..huhu..sedey..setakat ni kalo tak silap aku dah beberapa orang da yang aku tanya macam ni tapi jawapan dorang semuanya sama, cuma ada beberapa perbezaan dari segi sebab musabab je..

Aku bagi yang aku ingat je la k..

Komen pertama ## Ko tak sesuai jadi baik. Muka ko tu dah konfem da macam setan. Setan pun dah jadi baik da pasal ko punya kesetanan tu lagi dasat..tak payah la angan-angan..
::komen aku:: dak ni memang member aku yang paling the shittest antara semua member yang aku ada. Slumber mangkuk dia je kutuk aku depan-depan. Tapi bes kawan ngan mangkuk ni.

Komen kedua ## Ko nak jadi baik? lupakan la..tak dapat dibayangkan rupa wajah ko yang baik tu..hahahaha..

::komen aku:: mangkuk ni same gak. poyo giler. mengalahkan poyo aku.

Komen ketiga ## Entah la bila baik ko tu akan muncul............

::komen aku:: kurang asam betol! tambah asam kang..haaa

Komen keempat ## Ko tahu ke baik tu ape?

::komen aku:: Nasib baik je hukum membunuh tu haram, dosa besar.

Ni je la yang aku ingat, yang lain tu aku dah lupa. Ade banyak lagi sebenarnya tapi yang empat ni la paling melekat kat kepala hotak aku. Orang nak jadi baik ni woi, support la sikit. Tapi memang susah juga la nak jadi baik ni kan..hehe..

susah ke? memang susah sebab manusia selalu melakukan kesilapan, samada disengajakan ataupun memang betul-betul tersilap. Sebab tu la Allah menciptakan kemaafan. Tiada yang terlepas dari membuat kesilapan. Jadi maafkan je la kesilapan masing-masing. Betul tak? tapi macam mana pula dengan yang sengaja melakukan kesilapan? Wallahu3alam..

Lagi satu, ustazah aku pernah bagitau dulu.."Tiada seorang manusia yang baik itu akan mengakui kebaikannya kerana orang yang baik akan sentiasa memperbaiki dirinya dari kesilapan. Kalau dia mengaku akan kebaikannya, maka setakat itu sajalah kebaikannya danpa ada sebrang pembaikan dalam diri"..masa tuh aku masih lagi muda-muda remaja, so takde la peduli sangat apa yang ustazah tu katakan tapi bila diingat kembali, baru terasa betapa pentingnya nasihat seorang guru..hehe..dulu-dulu nakal bha..hehe

Sebenarnya aku ni memang dah sedia baik pun..korang je yang tak tahu..hahahaha(dah lupa la tu apa yang di taip kat atas)..poyo is me! lalalalala~~
 

My First salary..

Gaji pertama?? hmm..sejak bila aku dah kerja ni ek? hahahaha..tekde la..ni pasal angan-angan aku je..insyaAllah jika ada rezeki aku akan kerja juga tu nanti..tapi tak tahu la kerja apa..mudah-mudahan la aku kerja kat bank kn..tiap hujung tahun je jadi kaya la aku..mana tak nya, bonus bankers tu bukan calang-calang besarnya. Paling kecik pun GAJI KASAR x 12 BULAN. Contohnya, RM2000 x 12 = RM24000.. Tu yang paling kecik..kalo yang paling besar??haaa..

Semoga kita semua dimurahkan rezeki la kan..Allah itu Maha Adil..Kalo pun tiada rezeki kita buat masa terdekat ni, tentu Allah sedang merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita dimasa hadapan. WOW!! Berceramah pula aku..tekde la..aku ni pun ilmu ciput je..saling memperingati antara satu sama lain je..

okay, back to the topic..
angan-angan aku kan nak kerja kat bank. kalo nak dikhususkan bank apa, aku nak kerja kat bank rakyat tempat aku praktikal sekarang. Menggunakan kaedah islam sepenuhnya dan suasana bekerja pun baik. Gaji pula Wallahu3alam la sebab belum penah terima gaji lagi pun..perasan! hahahaha..

Bila aku dah kerja nanti dan dah ada wang sendiri banyak perkara orang dewasa yang aku nak lakukan..tapi ada pengecualian la seperti kahwin (sebab belum ada makwe lagi, dah berabad dah aku ni single..huhu)..Perkara yang aku maksudkan tu ialah nak beli kereta baru, nak beli rumah, nak pergi overseas (terutamanya bumi anbiya dan korea la..hehe) dan ada banyak lagi la yang aku malas nak mention kat sini..

Tapi masa gaji aku yang pertama tu ada beberapa perkara yang aku nazarkan. Pertama, aku nak belikan mummy aku White Gold Neclace. Aku tanya la kat Mummy dia nak apa dengan gaji pertama aku dan dia cakap nak rantai emas putih yang harga dalam seribu..haaahhh!! Terbeliak juga la mata aku bila dengar Mummy aku cakap macam tuh..rasa lawak pun ada juga..hahahaha..semangat gila sampai pergi tanya lagi sedangkan belum ada apa-apa pekerjaan pun..tapi dreaming is not a crime bha kan..So, kalo mengikut tahap kelayakan aku ni, gaji permulaan mesti dalam rm2000 je..tengok la nanti aku nak belikan yang murah sikit la dari seribu..hehe..kedekooott!!

Kedua. Oleh kerana gaji aku dah tinggal separuh, aku nazarkan nak belanja kawan-kawan aku makan. tu je? ye la! tu je..ko nak pe lagi?! dah orang nk bagi tu terima je la! eik....emosional la pula..hahahaha..takde la..gurau-gurau petang..kepada kawan-kawan yang pernah membelanjakan duit korang tuh tuk aku, haaa..korang tunggu je la habuan dari aku pula..bagi makan sampai korang pengsan! huh! puas ati aku..nak bagi makan kat mana? itu depends on me..mana-mana saja tempat yang aku nak bawa..jangan banyak tanya..

Ketiga. Entah la cukup ke tak gaji aku ni tapi tuk nazar aku yang ketiga, aku nak buat kenduri kesyukuran. Bagi makan kat famili pula. Banyak betol jasa dorang. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Amin..

Tu je la..angan-angan aku..
 

Blog ini tentang....??

Memang aku malas sangat-sangat tapi seperti apa yang aku pos kat entri aku sebentar tadi, memang aku tiada benda dah nak buat selain mengarut kat blog ni. Buka MukuaBuku pun dah bosan. Ntah la mana perginya dak-dak kat MukaBuku tu. Seperti yang anda sedia maklum, blog aku ni ada pembaharuan dah. Kalo terperasan ada tanda Read more kat bawah tu jangan la segan nak tekan. Itu akan membawa korang tuk masuk lebih dalam kepada cerita aku. baru je aku wat benda tuh. So, setakat ni ada 3 entri saja yang ada macam tuh.
Tunggu apa lagi, tekan la! hehe..

Blog aku ni memang membosankan. Aku tahu kalo ada yang membacanya pasti akan menguap ribuan kali. kalo tak pun dengan secepat kilat akan memindah siaran. Paling teruk pula orang akan report as inappropriate. Kejam! hehe..Tapi apa boleh buat la kalo orang nak buat macam tuh. Dah memang suka hati aku nak wat apa kat blog ni kan, terima je la.

Okay, kepada yang baru saja view entri-entri aku..korang adalah amat dialu-alukan. Terharu la juga bila ada yang sudi nak view, apatah lagi nak komen entri-entri yang ada. Kat blog ni je la korang akan mengenal siapa aku yang sebenarnya. Sebab kalo korang kenal aku dari luaran saja, tentu korang tak kan percaya dengan isi daging coretan blog aku ni. tapi memang aku suka mengarut pun. Jangan pecaya sangat kat aku ni. hahahahaha

Sebenarnya aku dah bersedia nak publish blog aku ni tapi kalo bole aku tak nak orang yang kenal kat aku tejumpa kat blog ni. Mesti aku akan dibuli teruk. hehe. biasanya aku ni yang kuat membuli dorang. So, i hope tiada la yang jumpa. Tapi kepada para intruders (sangat rude kan), anda adalah amat diperlukan. Mari klik FOLLOW secara berjemaah. Baru seminggu sahaja aku publiskan blog aku ni dan setakakat ni ada lebih kurang beberapa (sorang) je yang Follow aku. hehe..tapi kalo aku sendiri pun takkan folo blog ni..buhsan..ntah la cite apa-apa. Kalo interesting takpe la kan. Tapi ni cite sal diri sendire je yang hidup dalam kebiasaan dan kebosanan. Readers pun akan ikut bosan. (Kutuk blog sendiri masa pos entri tentang promot blog sendiri, bongoks kan?!)..arghhhh!!

Haaa, lagi satu..aku harap korang faham la dengan Bahasa Inggeris Sanskrit aku yang kat entri-entri lama tu..aku ni memang lemah BI. Jangan salahkan aku dengan Granma Grammar yang mengarut tu k..hehe..yang penting korang faham. Kalo ada yang tak faham, just drop a commnet la..naaaa, mula dah BI aku ni keluar..hehe

Oleh itu, aku nak korang klik sahaja button FOLLOW tu. Mana la tau kita akan menjadi rapat kan. Kawan bloging yang sejati. Mantap! hahahaha..
 

Weekend vs Weekdays

Sebenarnya aku malas nak update blog tuk hari ni tapi terpaksa juga pasal dah buhsan sangat duk kat rumah ni, takde wat apa-apa..Dah la, kecewa kat seseorang..cet! malu giler aku bile die cakap gambar aku tak berbaju tu annoying..alaaa..rilek la..tak buka aurat pun..nampak kat bahagian bahu je pun..bukan nak tunjuk body (tak nampak pun body) tp aku suka wajah aku kat gambar yang ada sedikit seksi meksi tu..huhu..tapi oleh kerana dah kena kutuk, akan dipertimbangkan la pembuangan gambar tu..
based on the topic..aku nak cite la apa yang aku wat masa hujung minggu dan masa hari biasa..
Weekdays. Masa-masa ni lah budak-budak pergi sekolah, orang-orang yang kerja ofis pergi kerja, dan memamg masa ni urusan-urusan golongan dewasa banyak dilakukan terutamanya urusan rasmi la. Yang formal. Aku juga terlibat di dalam golongan ini. Aku berkongsi semua perkara di atas kerana aku merupakan seorang pelajar, tapi aku juga seorang pekerja (praktikal). Setiap hari aku menanti hari sabtu.

Weekend. Hari yang dinanti-nanti oleh setiap insan di muka bumi ini. owh sabtu, ku merinduimu tiap waktu. hahahahaha...macam bongoks! ye la..masa ni saja la aku boleh beristeri beristirehat bersama keluarga, rakan taulan dan sebagainya. Juga berfoya-foya meningkatkan pengetahuna dari segi wayang, nyanyian, cara melontar bola boling, memananah dengan tepat, memandu dengan berhmah dan sebagainya. hahahaha. 

Cuma yang lainnya, kali ini aku rasa macam lama sangat Weekdays aku. Mana tak nya, hari minggu kali ni aku duk kat umah saja tanpa ada sebarang aktiviti selain MukaBuku dan mengarut kat Blog. Buhsann!! Ada sekali saja la aku keluar bersama kawan-kawan baru aku yang aku kenal melalui MON BULAT. Dorang memang best! Aku ni je yang tak best, tak mesra alam. Kena lagi pada masa aku takde mood sebab terlalu mengantuk. Mesti dorang rasa yang aku ni tak best. Tapi takpe la, yang dorang masih nak pelawa aku keluar lagi. Maksudnya dorang boleh terima aku yang macam ni la tu..yeyyy!! hehe..

Aku keluar masa malam sabtu baru-baru ni. Kami semua ada enam orang. 3 girls and 3 boys. naik kancil je. Ko rasa muat tak kancil tuk 6 orang? tak muat kan..tapi kami ni muat. Bagi patah tulang-tulang yang ada tuk selitkan kat mana celah yang kosong. hahahaha. Memang miracle gila. Kami pergi tengok cerita yang tak best langsung "TWILIGHT ECLIPS SAGA". Aku pun tak tahu la kenapa orang tergila-gilakan cerita mengarut macam tuh. Poyo je aku tengok pelakon-pelakonnya. Nasib baik la perempuan tu HOTT!! Tapi kesian la sebab dikelilingi oleh jejaka-jejaka yang hodoh. hahahaha. Poyo je lebih.
Pas tengok movie tu, kami pergi cari makan. Tapi aku tak makan. Duit dah takde. Minum pun tak. Lagipun masa tu aku tak lapar pun. Aku mengantuk sangat-sangat. Rasa macam nak tidur je kat meja makan tu. Tapi tahan dulu la. Malu kat member-member baru. hehe..Dalam kol 3 pagi dorang hantar aku balik rumah. Jauh juga la dlm 10km. Dah la kereta dak tu takde lampu. Memang gamble giler la masa tuh. Kalo polis nampak, konfem la kene saman. Tiada lampu dan lebih muatan. Double lagi. hahahaha...

Anyway, malam tu aku memang sangat happy. Tapi, as you know kan aku ni kalo hepi takkan tunjuk kan. Tapi this is what i feel at that time, really. Member-member baru aku tuh memang baik. Tak kesah la dorang baik ke tak tapi as long as dorang baik kat aku, aku akan jadi kawan dorang yang baik juga. Harap-harap bertambah la kawan-kawan aku lepas ni. Buhsan la hidup sorang-sorang. hehehehe..wish me luck finding more friends k!!
 

Wajah baru..

Walaupun ada perkataan 'baru', tapi aku tau hanya ada beberapa ketul je makhluk yang tau perubahan kat blog aku ni..setakat ni aku dah ada tiga orang pengunjung la..dah seminggu aku show (tapi tak publish la) baru tiga je yang follow? huh! tapi takpe..nanti aku publish la pada masa yang aku rasakan sesuai.

Memang penat juga la nak dressing blog kesayangan aku ni. hahaha. kesayangan konon. blog kurang kasih sayang ni. pecaya atau tak, memakan masa selama tepat 24 jam aku belasah ketuk buat blog aku ni. makan? belum. tido? belum. mandi? belum. semua pun belum. ditambah lagi dengan ketiadaan bekalan air, tambah la level malas aku. hehe..

Tapi ada hikmahnya la juga aku malas hari ni. Nak tau ape hikmahnya? Hikmahnya ialah............blog aku dah jadi semakin cantek! yey! hahahahaha..takde la..saje je main-main..bosan ni..tak lama lagi penuh la air yang baru je nak mengalir tu..dan bakal-bakal hilanglah segala kotoran degil yang bermastautin kat badan aku seharian ini.

Bukan hanya bertukar wajah, body pun dah semakin poyo. tengoklah sendiri kegagahan blog aku ni (ntah la part mana yang gagah) tapi yang penting blog aku ada iklan..yey! iklan ntah la apa tapi kalo korang ada masa terluang tu cubalah tekan-tekan kat iklan tu berkali-kali. korang pasti akan melebarkan bentuk bibir aku kalau berbuat demikian. hehehe..

oklah, nampaknya aku telah dipanggil oleh bilik air kerana melakukan kesalahan terhadap diri sendiri, iaitu busuk, pengotor dan pemalas. Doakan la aku berjaya dalam proses pemberusgigian, penyabunan juga penyampuan nanti. Pastu, aku akan masukkkan entri-entri baru tentang aku, diriku dan saya. Amin (silap tempat)
 

Loan and lending

Hari ni memang moody..entah la kenapa tapi kemungkinan besar pasal tak cukup tido kot..ye la, awal-awal pagi lagi aku dah bangun tengok Spain vs Germany..biasanya aku ni kalo kurang tido, aku akan ngantok je kat ofis tapi hari ni lain sikit..aku jadi sangat rajin tak tentu pasal, tp moody..ada je yang tak kena..entah la  kenapa hari ni lain sikit..huhu..
so?? apa kaitannya dengan tajuk di atas?? 

haaaa..ni la ni nak cite..kat tempat aku praktikal tu, ada 3 orang dak praktikal..2 dari UUM dan 1 dari UMS..dipendekkan cite..biasala kan, ktorg ni datang tuk menimba ilmu..tp ada juga la staf tuh yg suruh tu suruh ni, tapi kitorang tolong je la..kadang-kadang penat juga! tapi ikhlas je la wat keja-keja tuh..petang tadi, kitorang tanya la kat ketua bhgian pasal selok belok unit dokumentasi tu..sampailah dah nak masuk waktu asar jadi aku dan MON BULAT (kawan aku yang UUM tu) pegi la ni surau..plan nk sambung tanya itu ini lepas solat la..

then, pas solat tu kitorang datang la kat ketua nak sambung balik menimba dan membaldi juga membisin ilmu..tapi ketua tu cakap pegi jumpa kat dak UMS tu..tanya dia je..so kami ni ikut je la cakap dia..lagipun dak tu memang kitorang biasa pun..perbincangan kami ni berlaku kat bilik kebal (bilik simpan fail@stor fail)..dia ajak bincang dalam bahasa inggeris..so aku ni pun ikot je la..c MON BULAT pula cuma menyampuk-nyampu je..malu la tuuu..huh! 

mula-mula tu ok je..biar pun broken, tp hentam je la..ckp je..yg penting faham..malas sebenarnya nak fikir-fikir ni..tapi syok juga!hehe..makin lama, perbincangan menjadi semakin rancak..then, muncul la perkataan misteri yg menjadi topik hangat..LOAN dan juga LENDING..

hangat ke? xde la hangat..cuma dihangatkan je..dak UMS tu mati-mati nk juga dgn ideologi dia tentang words tu dan aku pun sama juga keras kepala..dua-dua tak nak kalah..masing-masing mempertahankan pendapat sendiri..

Ini idea dak UMS tuLOAN tu digunakan tuk pinjaman kecil, perseorangan, yang tak besar la..LENDING pula digunakan untuk pinjaman yg besar-besaran, syarikat besar dan seumpamanya la..katanya ini adalah istilah yg digunakan oleh bank..lagi satu, dia nak bandingkan words tu dgn WAS and WERE..tak sama la!! these words sama maksudnya..dan ada pngkhususan tuk PLURAL and SINGULAR..die cakap lagi, jangan ikut sangat buku-buku, pembelajaran yang skema tu..mesti fikir pakai otak..(macam dia cakap kami ni tak fikir pakai otak pula)..sape tak geram?!

Ini pula idea aku: LOAN dan LENDING tu tiada pun pernah dikhususkan tuk kecik ke besar ke sederhana ke...sebabnya, maksud LOAN dalam bahasa melayu ialah PINJAMAN. Manakala, maksud LENDING pula PEMINJAMAN...langsung tak sama!..pada pendapat aku, these words digunakan ikut kesesuaian ayat je..tiada pengkhususan pn..sebab maksud tak sama..

Tapi yg jadi masalahnya..yang sorang ni kalo dah bercakap, tak hingat dunia..cakap dengan kengkawan pun macam nak gadoh..ni kan lagi nak berdebat..kalo ada pistol kat tangan masa tuh, konfem tak bernyawa la orang yang didepannya..yang sorang ni pula berlagak pandai..suka putar belit..taknak mengalah biarpun dah konfem salah..haaa..bila dua kepala ni dh bertembung, jadi la api amarah..

aku marah la juga tapi tiada la sampai nak pukul ke apa..bagi aku, benda tu dah biasa..selalu je wat camtu kat membe-membe aku..tapi dak tu pula merajuk, cakap yang dia tu umur abang kitorang, aku ni tak hormat dia..suara aku tinggi, dia tak bole sabar kalo ada orang tinggikan suara kat dia. Pastu dia terus keluar dari bilik tu..huh! sooooooooooo sori..ni memang salah satu tabiat buruk aku yang sukar dikikis..sori la ye, ko terpaksa merasainya sebelum aku berjaya mengikisnya..ha ha ha

huh! penat aku menaip..dh la!buhsan la nak cite perkara mengarut ni..macam dak kecik gadoh je..

dengan ini aku sertakan la gmbr tentang tabiat dan aktiviti aku bersama MON BULAT..hehe

hahahahaha..gambar hanya sebagai hiasan k..lebih-lebih lagi yang tengah tu..saja je wat-wat tido kat atas fail yang berlambak..ni la keje kami, 1) bergambar.. 2) tido..hehe 3) main..kehkehkeh..

 

Kisah rambut baru..

Ni gambar aku masa kat ofis tadi..sempat lagi kan amik gambar..lol~~

kisah pertama:
baru je dalam beberapa jam selepas aku gunting rambut. so aku balik la ke umah unc n aunt aku memandangkan weekdays dh nk mula. sok keje!! arghh!! mls aku nk pegi..tp pe bole wat la..bertahan tuk 3 bulan g..huhu..ok, kisah rmbt aku ni bile aku turun dr kete..nmpk la kat jiran umah aunt aku..so aku senyum la kat aunt tu..n die pn snyum..sume pn mcm perkara yg biasa berlaku la..evryday pn mcm tuh..ye la kn aku ni bukannye peramah pn..then aku terdengar satu conversation between my aunt n aunt neighbour tu:
~~~~~~~~my aunt: hi..

~~~~~~~~neigh aunt: hi too..hehe..wuts up?

~~~~~~~~my aunt: ....................bla.....................bla....................bla....(xtaw cite pew)

~~~~~~~~neigh aunt: owh!.............bla............bla.................bla.........adik c Wan yg llaki td tu dh balik kew? mcm kembar kn muka dorg..

~~~~~~~~my aunt: mmm?? adik pmpn dia ka? bukan lelaki tuh..(my aunt ingatkn aunt neigh mksdkan tu adik prmpuan aku, ye la kn juz 2 of us siblings)..

~~~~~~~~neigh aunt: alaa..yg td tu la..yg rmbut pacak2(berdiri2) tu..putih dr c Wan..

~~~~~~~~my aunt: lol..tu c Wan la BHA tu..lol..he cut his hair..

~~~~~~~~neigh aunt: laaa ye ke?...hahaha..beza la muka dia..lol...

kisah kedua:
 keesokan harinya aku pn pegila keje..mcm bese..naik bas..rutin harian..bese2  jew..ordinary..then aku masuk la ke tmpt keje..sblm masuk tu, smpt g tabik kat staf2 yg tgh brekfes kat tepi medai mkn tu..bese jew..
then aku melangkah masuk ke pintu..pintu khas tuk staf je sbb mase tuh kn bank belum buka g..dgn rasa yg biasa sj aku pn buka pintu n masuk..nmpk kat pak guard..tabik lg..mcm bese..then, yg luar biasa pn terjadi..pak guard tu dtg kat aku then ckp mcm ni:
~~~~~~~~~pak guard: encik, bank belum bukak g..

~~~~~~~~~aku: blurrr + blank...then baru aku tersedar yg rupanya pak guard tu x cam aku..hahahaha..

mmg lawak giler la ms tuh..nsb baik je pak guard tu smpt cover2, cpt gak la die cam aku..kalo x, dh lame aku kencheng die...hehehehe..

kisah ketiga:

 ni mase aku kat ofis..almost all of the staf komen rmbut aku..tp komen tu boleh d kategorikan kpd 2 cabang iaitu:
~~~~~~~~~makcik2 n kakak2: nape potong? alaaaa..dh x korea la mcm ni..dh kurang cute..kakak@makcik lg suke Wan rmbut pnjg..

~~~~~~~~~abg2 n pakcik2: wei ko tiru rmbt org afrika kew? rmbt ade stripes, ni bukan keje bank dh ni..ni mcm keje night club je ni.. tp xpe, muke ko ni ape2 style je pn bole kecuali botak.. potong kat ne ek? hehe..

haaaa..ni baru sehari..belum lagi setahun rmbt mcm ni..msti ade byk g komen2 kn..tp layan je la..

ni aku sertakan gambar rambut aku kiri kana bersama stripesnye..
(sori la seksi sikit..malas aku nk pakai baju..hehe)


 

Kekecewaan yg melampau..

masih lagi berkaitan dengan peristiwa kekalahan ARGENTINA tuh..aku jd sgt2 mrh! kalo jupe org GERMANY, rase mcm nk cubit2 je pipi die (gadis comei la)..hahahaha..

ok, sudah d ketahui kn ape yg aku kecewakan..so, want to know what i have done?? huhu..inilah kesannya.................................................................................................................:

AKU POTONG/GUNTING RAMBUT MENJADI SANGAT PENDEK!!

SEBELUM KEJADIAN
.....
....
...
..
.
SELEPAS KEJADIAN
.....
....
...
..
.
 TAPI SEMUA ITU BELUM BERAKHIR BILA AKU MENAMBAH LAGI KEKECEWAAN DENGAN STRIPES MENGARUT INI..HUHU


Lihatlah betapa kesiannya rambut aku yg terpaksa menanggung derita, kerana kekecewaan ini..hahahaha..tp xpe la wahai rambutku sayang, cepat2 tmbuh, then aill make a newer version of u..hehe..



 

Bakal mengubah hidupku..

ok..based on the topic..bakal mengubah hidup aku..ape? mengubah kew? yakin? pasti? ntah la tapi aku pasti perkara ni kalo betul2 terjadi akan mengubah hidup aku sedikit sebanyak..

ape? hehehe..let me stori la..ha ha..as you already know, now im under practicum at Bank Rakyat KK..so, one day, my boss called me..tu pn mase aku mmg ade hal nk jupe die..same2 ade hal la..aku dtg tu nk minta tandatangan die tuk fail2 aku..nop! fail2 customer aku..hehe..aku konon...bukan aku..customer bank rakyat la..then, mase aku masuk tu, dgn penuh kesopanan, aku pn letak la fail2 yg mnggunung tu kat atas meje die n ask him to sign all of it la..pastu aku pn ready nk blah dr bilik tu..x selesa aku rase..janggal! hehe..nsb bek xde org rakam kelakuan aku yg sgt bersopan santun tu...hahahaha..suddenly, bos said sumthing to me.." next week, bring over your resume to me. im going to recommend all 3 of u to the HQ"..wow! terkesima aku pas dgr kata2 die..x terkata..blank tros otak aku..happy but at the same time afraid gak..then aku dgr suara die " fhm kew?"..then aku pn angguk2..hehe..mmg camdoh tp aku mmg x sangke..insyaAllah kalo ade rezeki, dpt la aku tros diserap masok keje kat situ..xde la aku nk terhegeh2 cari keje g..to all my readers, wish me luck k..not even one living person know about this..

tp jgn anda tersilap..bende ni bukannya suatu yg sudah pasti..belom lg! HQ yg akan menentukan nasib kami bertiga (dak2 praktikal)..sgt gembira tp dun want to giv high hope la..takot nti jatuh mati tros..tggi kn..hehe..anyway, aku harap la aku akan mndapat tmpt untuk bekerja di situ..suasana, staf, work n all la aku rase mcm bole la tahan..so..semoga Allah memberikan yg terbaik untuk aku n semua la kita ya! mari kita sm2 berdoa keHadratnya..

bersama entry ni aku pos la aku pye gmbr dr monday till friday..hehe..
MONDAY
TUESDAY
WEDNESDAY
THURSDAY
FRIDAY

Lihatlah perubahan wajah aku dari sehari ke sehari hanya dalam seminggu!! uwaaaaa...!! mmg tekanan pasal x ckop tido..weekend je aku ckop tido..bile dh smpi hari Jumaat, mula la eyebag n lingkaran hitam tu mncul..cet! huhuhu..