My First salary..

Gaji pertama?? hmm..sejak bila aku dah kerja ni ek? hahahaha..tekde la..ni pasal angan-angan aku je..insyaAllah jika ada rezeki aku akan kerja juga tu nanti..tapi tak tahu la kerja apa..mudah-mudahan la aku kerja kat bank kn..tiap hujung tahun je jadi kaya la aku..mana tak nya, bonus bankers tu bukan calang-calang besarnya. Paling kecik pun GAJI KASAR x 12 BULAN. Contohnya, RM2000 x 12 = RM24000.. Tu yang paling kecik..kalo yang paling besar??haaa..

Semoga kita semua dimurahkan rezeki la kan..Allah itu Maha Adil..Kalo pun tiada rezeki kita buat masa terdekat ni, tentu Allah sedang merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita dimasa hadapan. WOW!! Berceramah pula aku..tekde la..aku ni pun ilmu ciput je..saling memperingati antara satu sama lain je..

okay, back to the topic..
angan-angan aku kan nak kerja kat bank. kalo nak dikhususkan bank apa, aku nak kerja kat bank rakyat tempat aku praktikal sekarang. Menggunakan kaedah islam sepenuhnya dan suasana bekerja pun baik. Gaji pula Wallahu3alam la sebab belum penah terima gaji lagi pun..perasan! hahahaha..

Bila aku dah kerja nanti dan dah ada wang sendiri banyak perkara orang dewasa yang aku nak lakukan..tapi ada pengecualian la seperti kahwin (sebab belum ada makwe lagi, dah berabad dah aku ni single..huhu)..Perkara yang aku maksudkan tu ialah nak beli kereta baru, nak beli rumah, nak pergi overseas (terutamanya bumi anbiya dan korea la..hehe) dan ada banyak lagi la yang aku malas nak mention kat sini..

Tapi masa gaji aku yang pertama tu ada beberapa perkara yang aku nazarkan. Pertama, aku nak belikan mummy aku White Gold Neclace. Aku tanya la kat Mummy dia nak apa dengan gaji pertama aku dan dia cakap nak rantai emas putih yang harga dalam seribu..haaahhh!! Terbeliak juga la mata aku bila dengar Mummy aku cakap macam tuh..rasa lawak pun ada juga..hahahaha..semangat gila sampai pergi tanya lagi sedangkan belum ada apa-apa pekerjaan pun..tapi dreaming is not a crime bha kan..So, kalo mengikut tahap kelayakan aku ni, gaji permulaan mesti dalam rm2000 je..tengok la nanti aku nak belikan yang murah sikit la dari seribu..hehe..kedekooott!!

Kedua. Oleh kerana gaji aku dah tinggal separuh, aku nazarkan nak belanja kawan-kawan aku makan. tu je? ye la! tu je..ko nak pe lagi?! dah orang nk bagi tu terima je la! eik....emosional la pula..hahahaha..takde la..gurau-gurau petang..kepada kawan-kawan yang pernah membelanjakan duit korang tuh tuk aku, haaa..korang tunggu je la habuan dari aku pula..bagi makan sampai korang pengsan! huh! puas ati aku..nak bagi makan kat mana? itu depends on me..mana-mana saja tempat yang aku nak bawa..jangan banyak tanya..

Ketiga. Entah la cukup ke tak gaji aku ni tapi tuk nazar aku yang ketiga, aku nak buat kenduri kesyukuran. Bagi makan kat famili pula. Banyak betol jasa dorang. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Amin..

Tu je la..angan-angan aku..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel My First salary.. ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, July 11, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan My First salary..
 

0 kesan cakar: