Umur adalah penentu kematangan seseorang?

Pada pandangan anda, adakah umur itu penentu kematangan seseorang?

Sebelum anda menjawab soalan di atas, adakah anda faham akan maksud sebenar kematangan?

Kalau anda faham, sila dengar pendapat saya tentang persoalan di atas. Dan pendapat saya itu akan saya suarakan melalui beberapa soalan lagi iaitu:

Adakah wajar seorang anak menegur kesalahan ibubapanya? Adakah wajar seorang murid memperbetulkan kesalahan gurunya? Adakah wajar seorang yang lebih muda menasihati yang lebih tua atas sesuatu perkara?

Ya. Memang wajar. Ibu bapa dan guru juga manusia. Dan manusia itu memang tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Dari pemerhatian aku selama ini, cara pemikiran masyarakat tentang hal ini adalah berlainan sama sekali kerana mereka menganggap bahawa anak atau murid yang menegur kesilapan ibubapa atau gurunya adalah perbuatan biadap. Aku tidak akan berfikir panjang untuk mengiakan tuduhan tersebut sekiranya cara anak atau murid itu menegur adalah secara kasar dan tidak beradab. Namun cara sebaliknya yang berlaku dan pandangan masyarakat tetap tidak berubah. Pada pandangan aku, tidak salah seseorang yang lebih muda memperbetulkan kesilapan seseorang yang lebih tua kerana kematangan itu bukan boleh diukur melalui perbezaan umur. Memang benar pengalaman itu adalah satu faktor utama yang mematangkan individu tetapi setiap insan pasti akan melakukan kesilapan dan bertindak tidak matang terhadap perkara tertentu suatu ketika nanti. Dan tidak mustahil ada golongan yang lebih muda boleh berfikir dengan lebih matang dalam menangani masalah tersebut.

Pandangan aku ini adalah berdasarkan kepada pengalaman itu bukannya datang mengikut usia seseorang. Sebagai contoh tidak semestinya setiap individu di dalam sebuah kelas akan mengalami cinta pertama pada tingkatan lima. Mungkin ada yang sudah lama pernah bercinta dan mungkin juga ada yang masih belum bercinta lagi. Mengikut situasi di atas, adakah wajar seorang senior tingkatan 5 meminta pendapat juniornya yang tingkatan 4 tentang hal cinta? Kalau anda mengatakan umur itulah penentu kematangan, sudah tentu anda tidak akan bersetuju. Tetapi, seperti yang aku perkatakan tadi, pengalaman itu adalah faktor terbesar kematangan seseorang dan pengalaman tidak berlaku serentak terhadap seseorang. Oleh itu, sudah nyata bahawa umur bukan penentu kematangan seseorang.

Sebagai seorang beloger yang masih belum matang lagi dalam dunia beloger ini, aku harap agar kawan-kawan dunia beloger aku akan bertambah saban hari. Sekiranya ada silap dan salah, harap ditegur dan diperbetulkan. Dan sekiranya teguran anda itu tidak dilayan oleh aku yang kurang matang ini, harap anda jangan marah. We can always be agree to disagree..kan? kan?..until we meet again!!


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Umur adalah penentu kematangan seseorang? ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, May 1, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Umur adalah penentu kematangan seseorang?
 

0 kesan cakar: