Something is wrong with me

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa yang berlaku? 
Entahlah..
Tapi yang pasti ada sesuatu yang berlaku.
Sesuatu yang otak aku sedang sibuk cuba untuk tafsirkan..
Sesuatu yang aku sendiri tidak menyedarinya..
Tapi memang ada sesuatu..
hmmm..

Banyak betul yang bermain dalam kepala hotak aku ni..

Zaman dulu kala masa muda remaja riang gembira, aku memang dikenali sebagai tak tahu malu punya orang. Bukanlah jenis yang bikin orang meluat atau apa (maybe la juga) tapi jenis yang tidak malu2, sempoi, bising, dan sebagainya.

Tapi hari ni aku rasa macam terlebih2 pemalu la pula. Macam tersangat malu tapi tidak dapat berbuat apa2. Aku cuba tuk hilangkan rasa malu ni tapi sering juga muncul. Dan aku kurang pasti apa penyebab malu ni. tapi yang pasti, apa yang aku sedang rasa ni adalah perasaan malu.

Bukan itu saja..

Ada satu lagi perasaan yang lain dari yang lain. Yang ni macam lebih besar la masalahnya. Tapi tiada masalah pun sebenarnya. Entah. Aku nak bagi korang faham tapi aku sendiri pun tak faham. Yang pasti, perasaan ni ada kaitan tentang perjalanan hidup aku akan datang beserta pemilihan karier. Adakah ini yang aku inginkan? Adakah ini mampu membuat aku bahagia? Entah adalah jawapan yang paling sesuai..wallahua'lam..masa depan aku masih kabur walaupun ada di depan mata..

Ada lagi.

Perasaan yang paling susah untuk aku singkirkan. Rasa sakit hati. Dan sudah tentunya perasaan ini muncul hasil pemberian musuhku, Syaitan. Banyak betul benda yang bikin sakit hati. Semua pun bikin sakit hati. Tapi aku harus belajar. Belajar untuk hidup. Makna kehidupan sebenar harus difahami. Sebarang jenis rasa negatif harus dihapuskan. Cuba untuk mencari sesuatu yang boleh menggembirakan diri dan juga orang lain. Cuba untuk memahami agar difahami. Semoga Allah memberkati.

Aku akan sentiasa munasabah diri.
Jangan tinggal ibadah.
Cuba untuk menerima kenyataan bahawa,
Hidup ini dikongsi, bukan sendiri..
Kadang2 benda yang kita tidak mahu itulah yang terbaik untuk kita..
Apa yang terindah di dunia itu hanya sementara..
Allah akan sentiasa menguji hambanya..
Terima kelemahan diri dan berusaha untuk mengatasinya..


Nawaitu tawakkaltu 3alallah..


 

Jantungku berdegup kencangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kehadrat para pembaca yang disayangi sekalian. Mana kalian? Adakah belog sunyi sang laksamana ini ada pengunjungnya? Wallahua'lam..

Tujuan aku berbeloging ni sebenarnya ada banyak dan salah satunya adalah karya aku membebel guna jari ni dihargai dan dibaca. Tujuan yang lain termasuklah ingin dikenali dan lebih dikenali, ingin menambah kenalan, ingin menambah ilmu, menambah duit (tapi malas), dan banyak lagi yang tak terfikir buat masa ni. Memandangkan para pembaca belog aku ni masih belum wujud lagi, aku dengan kerelaan separa sedar tetap akan menaip dan terus menaip.

Selang sehari lagi zaman aku berpoya2 akan berakhir. Aku akan hilang kebebasan mutlak pada hari bekerja kerana aku dah dapat kerja..yeeeeeyyy!! balik2 nak cerita pasal tu kan tapi apa kan daya aku ni memang suka cerita benda yang sama..ish3.tak patot!

Bukannya aku berbangga sangat, cuma aku rasa bertuah la sebab tak sangka aku pula yang dipilih dalam ramai2 orang interview tu..tak sangka! Aku ingatkan aku ni out of the list la lepas interview tu..

Alhamdulillah la kena terima..dah memang rezeki aku la tu..

Dan jumaat ni 1 april aku akan dengan rasminya mula bertugas. Arghh!! Dulu nak sangat kerja, tapi bila dah dapat aku macam dah tak nak la pula..pelik! ntah la apa yang aku nak ni..hmmm..

Jantung berdegup laju..tapi tiada apa yang boleh aku buat..hadapi je la..kan?..aku dah menerobosi alam pekerjaan..tapi yang pastinya, ini bukanlah sesuatu yang aku akan lakukan sepanjang hidup aku..kalau dipanjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki aku ada suatu plan yang akan insyAllah akan menjadikan aku kaya sambil goyang kaki..semoga dipermudahkan la kan..huhu..

Apa yang pasti sekarang ni jantung aku memang tak henti2 berdegup..
 

Me 1st!

Aku dan landasan.
 

Faces #3#

Mon bulat
Efan yang chumel.
Sis Nasha Herry
 

Modeling #3#

High fashion.
Minta kena langgar train.
Perasan cover girl.
Zombie kampung pisang.
 

Manusia dan persekitaran #2#

Adegan baru jumpa.
Di sinilah tempat bermulanya berputik kisah mereka.
Indahnya permai dihiasi dengan mummy and sis.
My nenek will always be the priority.
Kawasan yang paling sesak dengan makanan yang menyelerakan. Sipitang.
Memori indah suatu ketika diusik angin ombak pantai.
 

Karya saya #1#

Suka yang ini. Posing atas pokok. Edit yang melampau.
Duduk di atas pokok kayu hanyut terdampar tepi pantai sambil memandang laut.
Berjalan-jalan di tepi pantai dengan adik sepupu.
Dont really know why i put this kangkang photo in this. haha
Like this the most! lompatan paling tinggi di dunia!! haha..
 

Kunjungan rinduku padamu..

Asssalamualaikum..
Kali ni aku dah siap mendelet dan mengimpot segala isi kandungan blog lama aku ke dalam blog baru aku ni. Adakah ini menandakan aku sudah bersedia untuk berbloging kembali? wallahua'lam..susah untukku bagi kepastian..tengok la nanti macam mana kejadiannya..tapi semoga aku kembali aktiflah dalam dunia maya ni..

Setelah berbulan-bulan lamanya aku tak menjenguk blog, ada sarang labah-labah, ada sarang jin, dan sarang burung layang-layang. Blog aku yang semak tu pun aku kemas kini. Buang mana yang perlu, ubah, ukir, dan siap la jadi macam yang sekarang ni. Nampak muka aku tak? Ni la yang senyum sokmo ni..haaaa..tu tandanya aku berpuas hati la dengan hasil titk peluh aku sendiri..

Bukan itu saja perkembangan terbaru aku. Sekarang aku sudah ada kerja. Eh! bukan. Belum mula kerja lagi. Aku mula kerja pada april nanti. Alhamdulillah la penantian selama ini sudah berakhir. Ini merupakan batu loncatan untuk aku menjadi jutawan..waaa. semangat semakin membuak-buak..hehe..

Malas pula aku nak taip panjang-panjang..ok la sampai sini saja untuk kali ini..jumpa lagii!!