Aku layan anime

Assalamulaikum..
Sekrang ni aku tengah layan cerita kartun jepun 'Anime'. Dulu bila orang tau je yang aku ni suke layan benda-benda macam ni, orang cakap yang aku ni terencat. Kejam tak? Pastu penah juga orang cakap aku ni otak terbantut, tak matang, kebudak-budakan dan sebagainya la yang aku tak ingat sebab malas nak ingat benda-benda macam ni. Patut ke? Bagi aku, ini adalah minat aku dan aku tak kacau pun sesiapa. Lagipun Anime ini bukannya cerita yang karut macam katun budak-budak tu, sama juga macam movie tapi bezanya Anime ini lebih banyak menggunakan imaginasi.

Rasanya lebih dari separuh lelaki yang pernah aku kenali sepanjang hidup ini, yang sebaya dengan aku layan benda Anime ni. Ade juga yang mengadu kononnya awek yang die nak usha tu tak suke mamat yang layan Anime. Kesian. Nak tergelak pun ade juga. Boleh awek tu jadikan bende ni sebagai kriteria nak pilih boyfriend? Menakjubkan. Otak awek tu yang macam kartun. Ape salahnya? Tiada efek pun pada diri si penggemar Anime tu kalau dia nak tengok cerita kartun ni. Lain la pula ceritanya kalau dia obses sangat sampai sanggup tempah baju nak jadi macam watak kartun tu. Itu pula orang separuh-separuh je kot yang buat. Tak terfikir pun aku nak tiru-meniru ni..haha..

Ada orang cakap lelaki yang layan kartun ni pemikiran tak matang. masih kebudak-budakan. Tak matured. huh..menilai orang bukan sekali pandang je la wahai kawan-kawan. Kau tengok orang tu macam tu, ko rasa orang tu tak boleh buat macam ni. Apa kes? Menilai orang tu berpada-pada la ye. Aku ni dah lali dengan dunia. Nak kata tua, tak tua pun. Tapi bak kata orang yang waras, umur bukan penentu kematangan seseorang. Bahkan seorang yang sudah bergelar nenek atau datuk pun belum tentu lagi boleh berfikiran matang. Tolong ubah cara pemikiran yang macam ni. Selama-lamanya pun takkan maju. Semua pun nak fikir keburukan je, tak pernah pun terfikir untuk kebaikan. Tak percaya?

Kalau tak percaya, pernah tak korang berhadapan dengan situasi sedemikian?;


#waaa..lawanye awek tu..mantap! tapi kalau tinggi sikit ok kot..baru sesuai dengan aku..


#weh, tu ade mamat kacak belakang ko..tapi makan bersepah, tak selera aku..Pengotor!


#tengok beg die, tak sesuai dengan baju..takde citerase..


#eh, cikgu baru la..rambut belah tengah tuu..ni mesti jenis skema..mampuih!


#ko makan ape tu? sedap ke? macam geli je aku tengok..tak sedap!


#tu orang tu, rambut die kusut masai, kering lagi tu..ni mesti tak mandi lagi ni..


#itu ke makwe ko? gedik semacam je..macam playgirl je aku tengok..

Betul ke tidak penilaian itu aku tidak pasti tetapi ini semua adalah contoh penilaian rakan-rakan dan juga aku sendiri terhadap keadaan sekeliling pada masa tersebut. Semua situasi di atas adalah situasi sebenar yang pernah berlaku. Pada pandangan korang, adakah ini cara pemikiran orang yang matang? Yang aku dapat kesan di sini, manusia melihat yang baik tetapi berusaha mencari yang buruk sehingga yang buruk itu lebih tertonjol dari yang baik. Renung-renungkan.

Berbalik kepada cerita aku pasal anime..hehe..Sekarang ni ada empat je anime yang aku layan;

1#Bleach

2#Naruto Shippuden

3#One Piece

4#Fairy tail

The end


Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Aku layan anime ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Monday, May 16, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 5 komentar: di postingan Aku layan anime
 

5 kesan cakar:

Mr.Thinker@Ali said... | May 16, 2011 at 10:23 PM

OP is the best..!!! ^^

sha said... | May 16, 2011 at 11:43 PM

Kejamnya diorg cakap ko terencat.

Kawan baik aku (perempuan) ada layan anime ni. Tapi, aku tak marahkan dia cuma nak kan dia baca jugak majalah Dara.com, Remaja, Mingguan Wanita, Rapi dan lain-lain supaya dia lebih tahu perkembgn smsa dan utk jadi seorg yg lebih trampil.

Itu kawan aku la. Kalau ko, aku rasa ko dah ok. Tak perlu majalah yang aku sebutkan kat atas tu. Tapi ko boleh jadi model utk majalah tu.

Org kebanyakannya suka buat penilaian awal tanpa kenal dulu siapa kita. Jadi, tonjolkan diri kita yg sebenarnya.

Alin said... | May 19, 2011 at 6:51 AM

pergh bang! kipas susah mati sangat2 dah nie. HAHA! hv a nice day and happy blogging :D

..gugu.. said... | May 19, 2011 at 6:54 AM

aq lyn anime..

bleach minat glew ah ;)

Fatin said... | May 19, 2011 at 7:25 AM

chill lorh :)