Ketul-ketul

Assalamualaikum,
Hi semua.. kali ni aku nak cerita pula pasal satu pencapaian aku sepanjang setahun tidak aktif berblogging ni. 

Sejak setahun yang lepas, aku telah mendaftarkan diri aku ke sebuah fitness center yang terdekat selama setahun. Sepanjang tempoh tu juga la aku bertungkus lumus, luka2, lebam2, sakit2 otot, sakit2 tulang, cedera, dan berbagai jenis siksaan lagi. Gym yg aku join ni lain sikit. Baru pertama kali ada di Kota Kinabalu. Di Kuala Lumpur pun hanya ada dua je gym yang sama konsep dgn gym aku ni. Konsepnya ialah CROSSFIT.

Crossfit ni memang lain dr gym2 tradisional yg korang tau. Angkat tu nak bagi besar tu, angkat ni nak bagi besar yg ni..sangat berlainan. Crossfit ni boleh la juga dikategorikan sebagai satu sukan. Kalau tak silap aku, Crossfit ni ideanya adalah berdasarkan kepada sistem latihan tentera USA. Tapi tak tau la betul ke tak. Pernah juga terdengar yang Crossfit ni seperti kerja2 buruh yang dijadikan satu aktiviti sihat. Malas pula nak tya Mr.Google kan apa kebenarannya. Nanti kalau korang rajin, google je la ye.

Sepanjang setahun lepas, banyak kenangan yang dicipta sejak menjadi ahli gym. Dapat ramai kawan baru. Masing2 dengan tujuan masing2. Kalau secara harfiahnya, memang kita rasa orang yang nak datang gym tu ialah orang yang nak dapat body ketul2 je kan, tapi sebenarnya ada banyak lagi alasan yang lain. Setiap orang ada alasan yang tersendiri. Contohnya, ada yang ingin menjaga kesihatan, ada yang ingin mengurangkan berat badan, ada yang ingin mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan banyak lagi. Personally, aku dulu memang berniat nak bagi body petak2 tapi setelah setahun berada di gym tu matlamat aku macam dah bertukar pula. Benda ni sudah menjadi hobi aku. Tempat permainan.

Perubahan Tubuh Badan

Ok la, tu contoh perubahan badan aku sejak setahun yang lepas. Memang tak nampak sangat perubahannya sebab dulu pengetahuan aku tentang nutrisi dan eat clean food masih lemah lagi. Main belasah je kalo nak makan. Gambar di atas menunjukkan perubahan aku dari Oktober 2011 sampai Oktober 2012. Sejak Disember 2012 baru aku nak makan dengan cara yang betul. Nanti la kita tengok macam mana pencapaiannya.

Oct 2011 - Oct 2012
Sampai sini je la dulu cerita aku pasal ni. Nanti aku updet sedikit sebanyak cara2 makan secara sihat dan sebagainya la yang berkaitan tentang gym2 ni. Harap2 tiada pihak yang akan tersinggung dengan gambar2 yang kurang senonoh di atas. Tidak lain dan tidak bukan hanya ingin menunjukkan bukti kesungguhan dan usaha aku selama ini.


 

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Ketul-ketul ini dipublish oleh Unknown pada hari Saturday, February 2, 2013. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Ketul-ketul
 

0 kesan cakar: