Terkejut

Assalamualaikum..
Tiba-tiba saya teringat akan keaktifan saya pada masa dahulu. Aktif berbloging pada masa lapang. Tapi sejak memasuki alam pekerjaan, minat saya terhadap bloging sudah semakin pudar dan luput. Mungkin juga kerana kesibukan tapi kemungkinan besar adalah kerana masa lapang saya yang sudah semakin berkurang.

Tadi secara tidak sengaja saya membelek-belek link yang saya bookmark dan terjumpalah link blog saya yang sudah lama terbiar ini. Muncul rasa rindu, saya pun buka dan melihat-lihat keadaan blog saya ini. Apa yang mengejutkan, friendlist saya sudah bertambah melebihi jumlah yang tidak disangka sedangkan sudah lama blog ini tidak dipedulikan. Dalam ingatan saya, tidak sampai pun seratus sebelum ini. Alhamdulillah, ada juga yang masih mahu mengikuti perkembangan blog saya yang tidak seberapa ini.

Perkara kedua yang mengejutkan ialah, Shoutmix saya sudah tamat tempoh dan tidak dapat digunakan lagi. Sangat mengecewakan kerana Shoutmixlah tempat kita mengesan jejak para pelawat dan berbalas kunjungan. Oleh yang demikian, saya harap anda dapat membantu saya menggantikan shoutmix tersebut kepada yang lebih baru atau sesuatu yang lain darinya.

Atas sokongan anda semua, saya akan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan blog saya ini seperti suatu ketika dahulu (perasan). Sampai kali ini saja, sekian dan terima kasih.