Khas buat MON BULAT...(!!!)

BONGOKS!!!
Entri kali ni memang memanaskan aku..tambah lagi dengan global warming punya bahang, terbakar la sanubari serta jiwa raga aku..cet! Okay, korang dah kenal ke belom kat penama di atas? Ya, c MON BULAT tuh..Selalu je ada ter'mention' nama tuh kat entri-entri aku sebelum ni..haaa..dia tuh adalah member perempuan yang paling close dengan aku, lebih-lebih lagi pada masa praktikal ni..hari-hari menghadap muka dia je..

Nak tahu apa yang aku marahkan sangat ni? Nak tahu? Korang ni memang busy body kan..semua pun nak tahu..tapi memang aku nak bagitau pun..hehe..Aku marah pasal aku rasa macam kene mmmm...apa perkataan yang paling sesuai ek?...mmm..macam kene stab..tapi kurang sesuai la..arghhh!! aku cite je la, lagi senang..

Kejadian tuh berlaku pada 13 julai 2010, semalam la. Kemarinnya tuh aku dengan c MON BULAT buat rancangan nak keluar berfoya-foya pada 13 tuh, keesokannya la(ayat macam shit!..hehe)..kitorang plan nak pergi karaoke dan tengok movie..maklumlah, elaun kami yang seribu bahagi sepuluh tuh dah masuk dalam akaun..apa lagi, wat joli lah..hehe..Pada hari kejadian (13 julai), macam biasa tuh aku jumpa c MON BULAT kat ofis la pagi-pagi..Dia bagitau yang plan kami tuh terpaksa dibatalkan..Aku pun tarik nafas lega sebab aku terlupa nak bawa baju spare..Yela kan..takkan la aku nak pakai baju kerja tuh jalan-jalan..agak-gak lah wei..Plan tuh di'cancel'kan sebab kawan dia yang nak join aktiviti berfaedah kitorang tuh terkena penyakit kronik masa hujan ni, demam. Aku pun cover la, konon-konon tak jadi nak join sebab takde mood..sedangkan dalam hati menrik nafas lega..huhu

Dipendekkan cerita (virus malas kembali menyerang), hari ni kami jumpa lagi la kat ofis macam biasa..then, dia bagitau yang dia keluar semalam dengan member dia tuh, dan ada lagi member-member dorang yang lain..dengan bangganya lagi bagitau yang dia kena belanja.."semua kena support, besh giler!"..ingat lagi kat ayat dia yang xleh blah tu..dia tak rasa bersalah ke nak cite-cite kat aku macam tuh? tergamam la juga..ye la kan, cakap cancel tapi keluar juga..dah la tak infom..macam memang tak nak ajak aku la pula..kalo ya pun plan last minit, at least kol la bagitau aku supaya aku tak terburuk sangka..oleh kerana dah terlambat, mula la terbentuk awan-awan hitam kat kepala hotak aku ni..kenapa dorang tak nak ajak aku? adakah aku ni menyusahkan? memalukan? membosankan? dan banyak lagilah tanda soal yang berbau prasangka menghimpit diriku..

Memang aku nih terkenal dengan gelaran "c tiada perasaan" tapi adakah bernas tindakan c MON BULAT tuh? Then, seperti biasa, aku akan buang saja semua tuh dan meneruskan saja hidup aku seperti biasa..tak terlintas lagi difikiran aku untuk ambil kisah akannya..nak kawan, kawan..tak nak, sudey..macam tuh je..
____________________________________________________________________________________...........

Merajuk kah aku? Kecik hati? hahahahaha..buruk giler la kalo pasal tuh pun aku nak amik hati..ternyata tanggapan korang sebentar tadi (....) tersilap..Tak terlintas pun kat kepala hotak aku ni nak kecik hati akan hal-hal kecik macam ni..Aku sengaja memperbesar-besarkan cerita ni sebab aku nak korang tahu serba sedikit tentang kaum Adam..Lelaki..memang terkenal dengan kegagahan, ketabahan, kekuatan, keras dan sebagainya. Tapi adakah itu bermakna kaum adam ini tidak ada perasaan? haaa..korang salah lagi..Lelaki juga insan biasa yang dikurniakan perasaan, sama seperti wanita..cuma bezanya, lelaki lebih suka memilih untuk tidak melayani perasaanya, selalu saja mengendahkan dan tidak kisah akan sesuatu..Tidak pula seperti kaum hawa yang sentiasa melayan perasaan..tidak pernah terlepas dari dibelenggu oleh perasaan sendiri..Wanita yang bersifat lemah memang perlukan perlindungan dari lelaki tetapi bukan hati wanita saj yang perlu dijaga..Lelaki juga ada hati dan perasaan..Jaga hati masing-masing la ye..hehe..Tapi ada juga wanita yang tabah, lebih tabah dari lelaki..Kesimpulannya disini, semua pun bergantung pada individu tersebut..namun kebanyakannya masih seperti apa yang aku nyatakan..

Pengajarannya di sini, jangan suka suki tak mengendahkan perasaan seseorang..tak kira lah lelaki ataupun wanita..semua pun ada perasaan..setuju tak? kalo setuju angkat tangan! hehe..tak setuju, sudey..

p/s: Masa aku wat draf entri ni kat ofis, MON BULAT terbaca perenggan pertama aku..teros dia terasa..salah sangka..dia ingat aku merajuk..hahaha..nak tau ape dia buat?



haaa..ni la apa yang dia buat...dia bagi aku kata-kata bahasa inggeris (sanskrit juga ni aku tengok..hehe)..biasa la tuh..perempuan kan..hati lembut..mudah terasa..anyway, BARU KO TAW MON BULAT! KO TAK KAN BERJAYA BUAT AKU MERAJUK LA!! hahaha..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Khas buat MON BULAT...(!!!) ini dipublish oleh Unknown pada hari Wednesday, July 14, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1kesan cakar: di postingan Khas buat MON BULAT...(!!!)