ayang vs abang

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak share sesuatu yang korang perlu baca..baca lah..best!


dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang






Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....
 

Kisah aku dijajah kemalasan

Assalamualaikum..
Aku memang malas..
Aku malu nak mengaku tapi memang hakikatnya aku pemalas..
Semua benda pun aku malas nak buat..
Hari-hari struggle melawan kemalasan..
Bila dah selalu malas, akan datang satu lagi penyakit iaitu bosan..
Aku sentiasa dihantui oleh dua hantu ni yang kalis dari dibelenggu di bulan ramadan..
Susah giler nak lepas..
Macam la aku sorang je rasa susah..
Aku malas nak fikir, sebab tu kadang-kadang aku terlupa yang korang pun mesti struggle setiap hari..
Sumber inspirasi aku hanya satu, tidur..
Kadang-kadang tu tujuan aku untuk memulakan hari hanyalah untuk tidur..
Astaghfirullah..
Bila aku penat aku tidur..
Bila aku tidur aku penat..
Kalau dibiarkan, tak maju lah aku ni..
Malas nak fikir..
Tengok tu, dah berapa kali dah aku taip malas..
arghhh!!
Malas nak peduli..
Astaghfirullah..
Malas juga yang aku taip..
Semoga aku tak malas lagi..
Tak pernah aku wat entri yang macam ni..
Rindu la nak lepak-lepak kat blog korang..
tapi..
aku malas nak taip malas lagi..
ish3..
Tak serik-serik..
Dah lama tak updet blog..
ha! yang ni la korang amik..
baca sampai jadi malas macam aku..
kehkehkeh..

Entri ni juga menandakan yang aku masih lagi bernyawa..
Alhamdulillah..
 

Tips menghilangkan mengantuk

Assalamualaikum..
Hi all!! aku kembali lagi memeriahkan blog aku ni setelah sekian lamanya aku terperuk kat kampung tak dapat online..kali ni aku tak nak guna bahasa sabah sebab aku malas nak translate. kalau aku tak translate, komfem korang tak faham so aku wat dalam bahasa standard je la..

Sebenarnya aku takde idea langsung nak tulis apa tapi jari jemari aku ni berkobar-kobar pula nak buat entri. Seperti yang biasa aku lakukan, bila idea aku tiada aku akan merapu tak tentu hala tuju. Harap para pembaca tak hilang kewarasan setelah membaca hasil merapu aku. Simptom ketiadaan idea ni mungkin pasal otak aku sekarang ni berada di perut iaitu dikedudukan yang salah. Asyik rasa lapar je. Ni mesti pasal aku melahap tak hingat dunia masa sahur tadi..ish3x..anak siapa la tu..

Setelah memerah otak aku yang kat perut tuh rasa nak kencing pula dapatlah idea tuk tulis kat blog ni..dan idea tuh adalah seperti yang di atas; tips menghilangkan mengantuk.

Tips ni hanya sesuai dipraktikkan oleh orang-orang yang mempunyai kemahiran lakon yang tinggi, tahap poyo separa sedar dan ketebalan muka yang setebal buku teks sejarah tingkatan lima.

1) Bila kat kuliah, mesti anda selalu je rasa mengantuk lebih-lebih lagi bila lecturer yang mengajar tuh memiliki suara yang merdu, yang memang sesuai je didengar sambil menutup mata. Suara merdu itu seperti memanggil-manggil anda untuk masuk kedalam alam mimpi indah. Bila keadaan ini berlaku, kaedah yang paling sesuai digunakan ialah 'Suara aku lagi merdu'. Kaedah ini menitik beratkan penggunaan vocal terpendam anda secara minimum iaitu hanya anda dan orang berhampiran anda sahaja yang akan mendengarnya. Humming (bernyanyi sambil menutup mulut) juga sesuai digunakan sekiranya nafas anda memiliki aroma bangkai biawak. Dengan humming, aroma itu akan terpelihara dalam mulut anda tanpa sebarang gangguan seksual.

2) Satu lagi kaedah yang boleh dilakukan sekiranya anda berada di dalam situasi dia atas ialah kaedah 'Lagu ini selalu ku dengar'. Kaedah ini berada di tahap yang separa kritikal kerana anda memerlukan beberapa alatan canggih yang hanya golongan berada mampu miliki. Sekiranya anda memilikinya, anda adalah golongan berada dan sila bunuh diri..wooopss!! Maaf. Gangguan emosi seketika. Alatan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit dan juga fon telinga. Kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan suara-suara merdu lecturer itu untuk merasuk otak dan fikiran anda yang memang dah tinggal separuh itu. Caranya mudah sahaja. Dengar radio atau mp3 handphone anda.

3) Kaedah seterusnya sesuai digunakan dalam situasi dimana perasaan mengantuk yang datang kerana kurangnya tidur. Mengikut kajian, faktor terbesar pelajar selalu lambat tidur adalah kerana ingin menyiapkan assignment yang sudah diberikan tahun lepas tapi baru sahaja disiapkan untuk semalaman sahaja. Tahap kecairan otak anda akan berlipat kali ganda hanya demi menyiapkan assignment tersebut. Ini akan menyebabkan mata anda seperti bebola api kerana berkobar-kobar melawan rasa mengantuk. Jika ini situasinya, anda digalakkan agar memberikan upah kepada sesiapa yang anda rasa sangat miskin untuk menyiapkan assignment tersebut. Bagi upah yang setimpal dan terus tidur. Nescaya rasa mengantuk itu tidak akan wujud keesokan harinya. Kaedah ini dinamakan sebagai 'Mataku merah matamu duit'.

4) Kaedah seterusnya ini juga sesuai digunakan dalam situasi di atas iaitu 'Meniduri'. Kaedah ini hanya boleh digunakan dikala hening membingit diri. Caranya sangat mudah iaitu tidur sahaja di atas assignment yang berlambak itu dan redha menanti keputusan yang bakal memberangsangkan ibubapa anda.

5) 'Mari menyedekahkan kebaikan'. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan dalam semua keadaan kerana tahap kesenangannya yang melampaui batas. Caranya, cari satu gosip panas yang baru sahaja siap dimasak dan terokai gosip tersebut bersama rakan anda sehingga termengumpat, tercaci, dan sebagainya. Selalunya anda akan ditemani oleh golongan cendekiawan jahanam yang bernama syaitan ketika menggunakan kaedah ini. Semakin hangat gosip anda itu, semakin hilanglah rasa mengantuk anda dan semakin panaslah api neraka yang menunggu anda.

6) Nama saintifik bagi kaedah seterusnya adalah berasal dari bahasa rusia tetapi setelah dimelayukan, kaedah ini berbunyi 'Gelak bebas ilmu'. Cara ini lebih mudah untuk dipraktikkan berbanding semua yang di atas tetapi hanya golongan yang memiliki tahap waras dibawah normal mampu untuk melaksanakannya. Jika anda tergolong di dalam golongan ini, cuba anda lihat sekeliling. Lihat orang yang duduk di hujung. Di depan. Di tengah. Cari apa sahaja benda yang boleh menggelikan tekak anda. Anda akan gelak-gelak sehingga anda pun tak tahu macam mana nak berhenti. Jika rakan anda tergolong dalam golongan ini juga, mereka akan terjangkit untuk gelak bersama anda walaupun tidak mengetahui apa penyebab anda gelak. Nescaya anda tidak akan mengantuk.

7) Pernahkah anda terdengar bahawa dengan meminum kopi, anda akan dapat menghilangkan rasa mengantuk kerana kefein?? Dan pernahkah anda mencubanya? Adakah berhasil? Namun ternyata semua itu salah. Kerana kafein sahaja tidak mampu untuk menghilangkan penyakit mengantuk ini. Magnesium, vitamin c, fosforus, cuka, belacan dan banyak lagi bahan lain yang diperlukan untuk membunuh penyakit mengantuk ini. Kaedah yang dimaksudkan ialah 'Perisa mimpi dan syurga'. Bahan-bahan yang diperlukan adalah mudah didapati iaitu beg boleh kitar, air suam, bulu kucing berwarna biru, sedikit habuk loker dan kertas kuiz yang bermarkah rendah. Ambil bahan-bahan tersebut dan blender. Jangan diminum! Sapukan ke seluruh muka dan pergi ke kelas, InsyaAllah anda tidak akan mengantuk lagi kerana sentiasa terdengar bunyi-bunyi aneh seperti gelak hilai di dalam kelas. Abaikan. Yang penting anda berjaya mengatasi masalah mengantuk. Anda juga membantu mereka yang lain mengatasi rasa mengantuk kerana menggelakkan anda.

8) Kaedah terakhir merupakan kaedah yang paling susah. Jika anda tidak mempunyai kecekalan, diharap anda menghindarkan kaedah ini. Kaedah ini dinamakan 'Meja ini sudah ku miliki' kerana kaedah ini hanya taiko dan otai sahaja selalu buat. Caranya seperti begini. Duduk di tempat anda dan terus tidur di atas meja. Gunakan skil-skil yang stylo untuk tidur di atas meja bagi memiliki parut tidur di muka yang bergaya dan terkini. Elakkan menggeluarkan toksik berupa cecair dari mulut anda yang mampu membentuk peta kampung kediaman anda. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan kini.

Okaylah, sampai di sini sajalah tips untuk kali ini. Nantikan tips-tips terhebat pada masa akan datang..Selamat mencuba!!
 

Setelah tiga tahun berpisah..

Assalamualaikum..
Hari nih barulah aku ada masa tuk update blog. Sebenarnya ada banyak kerja di ofis nih tapi aku luangkan sedikit masa tuk meng'update' blog kesayangan aku nih. Ndak (tidak) sanggup pula aku mau kasi biar jak (je) blog nih terpinggir. Aku harus melawan kemalasan diri. Pejam celik pejam celik dah seploh hari kita berpuasa..yeyyy!! ndak (tidak) lama lagi sudah mau raya..yahuuu!!! Kenapa jua aku gembira ndak ketantuan (tak tentu pasal) nih? hahaha..pasal raya kali nih aku ndak (tidak) akan beraya sorang-sorang..yipppiii!!

Tengok la tajuk di atas tuh..Maaf la ye. Aku sendiri pun geli. hahaha..

Tiga tahun aku beraya sorang-sorang jak (je) di kampung. Nakuru (kenapa)? Sebab geng keras aku di kampung tuh semua dah pergi menjelajah ke negara lain. Sambung stadi di sana. Dan kebanyakan mereka stadi di Egypt (Mesir). Jeles la gak (juga) sebab aku belom penah lagi keluar dari Malaysia yang terchenta ni. Mudah-mudahan la ada rezeki nanti, aku pergi gak (juga) tu melancong dan melencong ke sana sini situ.

Petang nih aku teros balik kampung. Tapi masalahnya, aku ndak (tidak) tahu macam mana mau balik. Susah betul mau buat pilihan. Perlukah aku berenang kuak lentang di jalan raya itu ataupun renang gaya bebas? Kalau difikirkan secara logik, baik lagi aku minta tolong Superman hantar aku balik..huuuuhuu..aku mau balik niii!! Tiadakah sepa-sepa (sesiapa) yang mau hantar atau amik aku?? Public transportation pun ndak (tidak) boleh harap. Awal lagi dah berlepas meninggalkan aku. Last flight bas (yup, di sini nih basnya terbang) balik kampung aku dalam pukol 3pm. Punya main sandi (menyakitkan hati)!..Aku keluar opis kol 4.30pm..huhu..

Aku wajeb balik weekend kali ni sebab aku mau jumpa sahabat terchenta aku..hehe..member lelaki nih..nope! aku bukan gay ye..kasih sayang sesama sahabat jak..(makin lama aku explain, makin barigali (menggelikan) la pulak bunyinya)..hehe..ndada (tiada) la..men men jak bha (memain je)..kamurang (korang) kan kalau cerita macam tuh mesti cepat betul mau pikir melabe' (lebih-lebih)..matai (mati) la ! think positive! hehe.. Aku rindu kat member aku nih..my very close friend..dari sekolah rendah lagi idop bersama..eik?? bukan..kenal dari sekolah rendah..sampai lah habes sekolah menengah..sebenarnya kami ni not so close at school tapi bila di kampung quite close la sebab aku selalu jak (je) lepak rumah dia..almaklumlah, aku nih kan pemalu dan bersopan santun..member ndak (tidak) ramai..huhu..dia dan beberapa ketul jak (je) la member aku..

So sekarang nih aku sangat berharaplah agar ada makhluk Allah yang sudi membantu aku agar hajat aku nih tercapai. Superman pun aku terima, tuh pun kalau dia ndak (tidak) busy la. mau balikkk!!!!~~


**(penat pula aku nak buat entri yang macam nih)
 

Im back!

Assalamualaikum..
Im back! yey!! setelah sekian lama menyepi, aku kembali memeningkan anda..huhu..Seperti yang anda sedia maklum, aku balik kampung every weekend. So last weekend, aku kat kampung la. Dan seperti biasa la juga, line sangat slow dan itu membuatkan aku sangat malas nak online. Harap maklum. Maaf juga la kepada para penjerit kat shoutbox sebab aku tak dapat nak balas jerit kat blog korang..huhu..Seperti biasa, aku sihat walafiat. Tahap kemalasan aku hari ni pula macam dah meningkat menjadi 75.09%. Mungkin sebab sahur tadi aku makan banyak sangat. Lapar la..

Aku takde idea nak cerita tentang apa. Tapi aku nak juga wat entri ni sebab aku bosan. Pastu aku nak jerit-jerit kat shoutbox korang. huahuahua.. Tak sabar rasanya nak jerit-jerit. Lama giler dah aku pendam dan simpankan suara emas aku ni kat kampung. hehe..

Buhsan giler kat kampung. Lebih-lebih lagi bila kedua-dua TV kat umah aku rosak kena petir. Bukan. Kena kilat. Ntah la. Yang penting rosak pasal tenaga elektrik yang berlebihan. TV tu tak on tapi wayar masih belum unplug lagi. Maybe thats why la, aku pun tak tau sangat. Tapi yang pastinya, rumah aku akan menjadi semakin buhsan la lepas ni. Kilat ni pun tamaha'(bahasa sabah yang bermaksud kedekut). Amik dua sekali. At least tu rosakkan la satu je TV sebagai pengajaran, tapi ni amik dua sekali. cet tul! huhu..Tapi apa boleh buat la, dah nasib sang TV..

Haaa..pasal Supra yang aku heboh-hebohkan..kat sabah ni harganya mencecah RM7rat++ tapi kat KL dalam 3rat++ je..aku dah suh toyol servay..hehe..so, kalau setakat 3rat tuh rasanya aku mampu la..tapi tengok keadaan la. Kalau aku bersemangat waja nak beli, aku beli la..tapi kalau setakat semangat aluminium, tak beli la kot..huhu..Yang penting, bulan oktober ni aku pergi KL..yey!! tapi aku kat KLIA je la..hahahaha..transit nak pergi Alor Star..tapi maybe aku akan singgah KL juga tu lepak-lepak bila urusan aku kat UUM dah selesai. InsyaAllah. Tak janji. Nephew aku pun dah sebok suh aku datang. Tunggu la ye. Harap-harap tahap kemalasan aku kurang dan tahap kekayaan aku meningkat masa tuh. hehe..

Arghhh!! buhsan!!! seperti biasa kerja aku kat ofis ni tengok MON BULAT buat kerja. Dan ini sangat memenatkan. Sampai ni je la dulu...huhu
 

Dugaan di hari ketiga puasa..

Assalamualaikum..
(Ni entri yang aku buat hari Jumaat lepas tapi tak dapat nak pos sebab broadband ni wat hal. Tapi aku nak publish juga biarpun dah terlambat. Bukannya korang nak baca pun, aku je yang baca. huh!)

Kalau tak silap la, hari ni hari ketiga kita berpuasa kan..kalau tak silap(???)..bukan pasal ingatan aku lemah tapi pasal hari ni memang dugaan lah tuk aku..rasa macam lebih sehari je aku tahan lapar..tak pernah pun sebelum ni perut aku mengeluarkan irama-irama indah masa berpuasa..dan irama itu kini sudah bertukar rentak menjadi ala-ala hard metal..huhu..

Dalam beberpa minit lagi aku dah nak berbuka. Masuk waktu pada pukul 6.32. Okaylah, let me stori sikit kenapa puasa kali ni macam spesel sikit. Aku malas nak taip panjang-panjang. So aku ringkaskan je la k..

~ Kring3x..aku pun terjaga..eik? tak bunyi pun henfon aku..henfon siapa yang memekik ni? baru je plan nak turn off, nak sambung tido balik..(ketika mamai dah hilang)..haaa!! pukul 5.30??!! astaghfirullah..tak tersahur dah..huhu..mulalah pengembaraan perut kosong aku..

~ Hari ni aku sengaja tak bawa laptop pergi ke ofis sebab aku tau hari ni banyak kerja perlu aku lakukan. Banyak kerja itu merupakan salah satu perkara yang sangat memenatkan aku. Ntah la berapa ratus kali aku naik turun naik turun tangga. Kalah kerja orang yang tak puasa. Dah la beribu-ribu fail yang perlu aku cari dan angkat. Berat woo..mata aku ni dah tercatat beribu-ribu nama pelanggan..pening!!! Tapi yang itu aku ok je la..saje je nak heboh-heboh..badan pun lemah longlai..

~ Masa melayani pelanggan, aku buat satu kesalahan separa serius, iaitu terlupa meminta dokumen salah seorang pelanggan tu. Aku pun kena marah secara berjemaah oleh mereka-mereka yang memang dah lama nak cari poin tuk marah aku..hehe..takde la..staf tuh semua baik-baik belaka..kalau dah salah, memang patut la kena marah kan? huhu..emosi pun jadi kurang stabil..

~ Selalunya masa puasa ni aku balik menumpang je kan tapi kali ni tak. Aku naik bas. Sebab brader tu lambat sikit nak balik. Seperti biasa, kepala terhantuk-hantuk la kat cermin tidur dalam bas. huhu..

~ Sampai je kat rumah, seisi keluarga makcik aku dan para generasinya tiada. Ada sekeping nota atas meja (skil dulu-dulu). All of them balik kampung la pula. Makanan pun tiada ditinggalkan. Oleh itu, aku pergilah bazar yang tak pernah pun aku pergi sebelum ni. Semua pun first time. On the way tu, banyak betul dugaan. Ynag paling aku ingat, kena salak 3 anjing jahanam. Aku tak lari, so aku tak kena kejar la. Tapi aku malu, semua orang tengok aku. Oleh itu, aku ambil keputusan tuk tendang anjing tu tepat kat mulutnya. huh! baru diam. Tau pun takut. Nasib baik la tak kena gigit.

Tuh je la peristiwanya. Cari bazar pun dalam setengah jam. Sampai umah ngam-ngam masa berbuka. Makan la aku sorang-sorang. Sedey..huhu..habis! malas nak taip panjang-panjang. Wassalam.
 

Bukan niatku..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menunaikan kewajiban solat maghrib dan juga kepalingwajiban kita untuk berbuka puasa. Berbagai jenis juadah dihidangkan di atas meja. Tapi aku cuba menahan nafsu. Tak boleh makan kenyang-kenyang sampai perut nak pecah. Oleh itu, aku makan ala kadar je. Segunung nasi, 3 potong ikan, Laksa, ABC, Air kosong, Kurma, Aiskrim, kueh mueh yang tak terkira banyaknya...(adakah ini yang dinamakan mengawal nafsu?)

Maaf atas keborosan tersebut. Aku ni memang pandai cakap je tapi tak pandai nak buat dan praktikkan. Tapi takpe, yang penting perut aku takde la sampai nak pecah. Rasa kenyang pun belum sampai lagi. Adakah perut aku ni dah terlalu besar sampai makanan banyak macam tuh pun aku masih tak terasa kenyang? Wallahua'lam. Sila jangan cakap aku gemuk. Harap maklum. Bukan niatku untuk makan banyak sangat.

Aku budak praktikal kat sebuah bank di Kota Kinabalu ni. Saja je nak bagitau mereka-mereka yang tak tahu menahu pasal aku ni. And FYI, tempat praktikal tuh berdekatan dengan bazar ramadan yang kecil-kecilan. Oleh kerana aku ni seorang budak praktikal, macam biasa la kena suruh itu ini kan. Kali ni aku disuruh pergi membeli makanan kat bazar. Maaf. Sila jangan gunakan perkataan 'suruh'. Ganti perkataan itu dengan 'minta tolong'. Ye, masa puasa ni aku telah dilantik unutk melakukan satu lagi tugas baru iaitu sebagai 'budak membeli makanan'. Tapi aku tak kisah. Sebab aku ikhlas nak tolong (sila letak 'sebab' ini sebagai yang terakhir), dan aku juga mendapat habuan iaitu sedekah atau dengan bahasa kasarnya, upah. Best woo!! Bukan niatku nak dapat upah k..

Berikutan dengan fenomena bulan puasa yang penuh keberkatan ini, banyak syarikat yang membenarkan para pekerjanya untuk balik awal, sejam lebih awal daripada waktu biasa. Bank tempat aku berpraktikal ni pun tak terlepas dengan peraturan sedemikian (macam buat berita pula..hehe). Selalunya staf-staf bank ini akan bekerja lebih masa untuk menambah jumlah pendapatan mereka. Tetapi tidak untuk bulan ni sebab all of them akan dengan kalutnya balik setepat dan secepat yang mungkin. Oleh itu, aku pun tumpang senang sebab aku menumpang je staf yang balik sama arah dengan aku. Selalunya aku balik naik bas je sebab tak sanggup nak tunggu staf berkenaan, tapi kali ni aku tumpang je. Sebab beliau pun nak balik awal macam aku. Lagi satu, aku ni kalau tak dipelawa, aku tak kan terhegeh-hegeh. Oleh kerana aku dipelawa, aku ikut je la. Bukan niatku nak tumpang pun..hehe

Malam-malam macam ni, lebih-lebih lagi bila dah kenyang akan membuatkan aku malas. Semua pun malas aku nak buat. Terutama sekali malas nak pergi terawih. Okay, aku nak bagi alasan. Orang macam aku ni memang banyak alasan. Alasan pertama, aku ni kat kampung orang lain, takde sorang pun yang aku kenal. Kedua, tiada kenderaan nak pergi. Ketiga, masjid yang hanya boleh menampung seramai 5 ratus jemaah akan didatangi oleh 5 ratus ganda 3 sebab masjid kampung sebelah masih under construction. Alasan aku memang ada banyak lagi tapi malas aku nak taip panjang-panjang. Allah Maha Mengetahui. Semoga dosa aku kita semua diampunkan. Tapi takpe, bila aku balik kampung on weekend nanti, InsyaAllah, aku akan pergi terawih. Doakan agar semuanya lancar. For now, terawih kat umah je la jadi imam kepada budak-budak. Bukan niatku tak nak pergi terawih..huhu
 

Hadiah dalam mimpi

Assalamualaikum..
Balik-balik cerita pasal mimpi kan..tapi apa boleh buat la, aku memang lebih suka tinggal di dalam mimpi daripada hidup di alam nyata ni. Kalau dalam mimpi, semua pun boleh. Macam di syurga, walaupun aku belum penah lagi melihat apatah lagi menjejakkan kaki ke syurga. Tapi konfem la kat syurga lagi besh. Tak dapat kita bayangkan. Wallahua'lam. Sekarang ni macam biasa la aku online kat ofis dengan laptop antik aku ni. MON BULAT sedang melakukan tugas yang diberikan manakala aku sedang membelakangi dia sambil online dengan poyonya. Yup, tugas aku adalah memerhatikan dia. Memang aku dah biasa diberikan tugas berat sebegini. Tapi aku redha je la. Sudah itu yang diberikan. So, aku tengok je la.

Based on the topic, hadiah. Yup. Aku memang suka hadiah. Rasanya tiada seorang pun makhluk kat muka bumi ni yang tak suka hadiah. Rasanya la. Mungkin ada juga yang tak suka kot. Hadiah ni ialah barang, ataupun anything yang diberikan kepada kita atas sesuatu event seperti masa birthday dan sebagainya. Kalau yang diberikan tanpa sesuatu event tu, hadiah tersebut akan dianggap sebagai sedekah. Ni mengikut pemahaman aku je la. Laaa..tak kan la korang tak tau. cet! wat penat je taip. Korang tau rupanya. hehe..

Aku sengaja buat title tu macam tu sebab hadiah yang aku impikan ni tak mungkin akan diberikan oleh sesiapa pun buat selama-lamanya. hahaha. Tapi tak kesah la. Yang penting mimpi aku indah. huhu. So, mari tengok hadiah dalam mimpi aku..jeng3x..

1) Supra Sneakers

Inilah idaman hatiku. Yang memang hanya akan wujud dalam mimpi aku sebab harganya yang sangat menyakitkan mata dan hati bila memandang. Nak pegang pun rasa takut-takut. Almaklum la, orang miskin. hahaha. Pasal tuh la aku tunggu orang hadiahkan je kasut ni tuk aku. Kalau dah kerja pun nanti maybe aku tak kan sia-siakan titik peluh aku hanya tuk kasut ni. Macam tak berbaloi. tapi sangat berbaloi kalau dapat hadiah kasut macam ni. hehe..Mana la tau ada yang dah kaya sangat, sampai dah tak tahu mana nak buang duitnya..haaa..orang-orang macam ni la yang orang-orang macam aku ni perlukan. Bak sini hadiah!! Nak Supra..amik kau..hua3..





















Haa..inilah antara design Supra yang menambat hati sanubari aku. Tapi kalau nak bagi design yang selain ni pun boleh. Bagi la. Nak nak nak..hahaha..macam la ada yang nak bagi. lalala~~

2) Sony Walkman w250

Sebelum ni aku dah beli yang jenis w202 tapi tak se'best' yang terbaru ni. Yang baru ni waterproof! Pasal tuh la aku nak beli yang the latest ni.

3) Tiket percutian ke Korea

hahaha..yang ni memang tak boleh blah. Tapi kalau nak bagi pun apa salahnya kan. hahaha..

Semakin lama aku masuk ke dalam mimpi aku melihat list impian aku, semakin mengantuk la pula..aiyakk!! dush3x(pukul kepala sendiri)..tak boleh jadi macam ni. Aku mesti tengok MON BULAT wat kerja. huh!! okay la, jangan lupa bagi aku hadiah tu semua k..ill wait for all of these present in my dream. hehehe..Selamat berpuasa!
 

Teringat kat awek lama

Assalamualaikum..
Besok dah nak puasa. Aku suka puasa. Puasa pun suka aku. Kami suka sama suka. Tapi kami tak jadi couple. Sebab aku malas pergi terawih. Oleh itu, this puasa i hope my terawih akan bertambah la bilangannya. Sekurang-kurangnya adalah dalam seminggu. Yup! aku tau memang seminggu tak cukup tapi FYI, tahun lepas aku pergi terawih sekali je. diulang, sekali sahaja! So, harap-harap kali ni ada peningkatan.

Tapi bukan ini kekasih lama yang aku ingin ceritakan. Kekasih lama aku ni rasanya semua orang kenal punya la. Yup! Kami saling mencintai. Jangan jeles okay..huahuahua..dreaming is not a crime..kenapa dreaming? sebab memang dalam dream je la kami couple. MEGAN FOX hanya wujud sebagai kekasih aku dalam mimpi..owh nooOOO!!! Pasal tuh aku suka tidur. Aku nak jumpa dengan MEGAN FOX, my luv. Selalu je merindukan dia. Owh madu lebah ku..

Dah lama tak dengar khabar berita c MEGAN FOX ni memulakan penggambaran. Dimanakah dia? Takkan la dia dah angau sangat kat aku kan. Tak mungkin la. I have my own life juga kan, takkan la nak kepit je dengan dia. huh! Tapi aku tak kesah la. Nak kepit, kepit la sampai tak boleh lepas. MEGAN FOX punya pasal, semua boleh. huahuahua..Kadang-kadang tuh sakit hati juga la bila tengok dia berlakon, lebih-lebih lagi bila dengan watak lelaki yang macam shit (in other word, HOT)..cium sana, raba sini..agak-agak la wei..awek aku tu..heishh!!

Akhirnya terlepas juga kerinduan aku setelah tengok video clip ni Eminem feat Rihanna - Love the way you lie. Dalam klip video ni, my luv dengan ntah mat rempit mana duk gaduh + scene lovey dovey yang aku pun tak faham sangat hapa-hapa..yang penting aku nak tengok my lover je..tapi lagu ni pun best! (Dah nak puasa pun buat entri macam ni, ish3)..hah! enjoy!



*sila abaikan entri ini, kelakuaan diluar tabii.
 

Tekken dan aku

Assalamualaikum..
Kepada para sahabat maya, diharap kalian sihat walafiat. Maaf sebab lama tak online. Aku balik kampung. Kat kampung line se'slow' kekayaan aku..hehe..se'slow siput baby..hua3..baru je ni balik ke KK..penat giler..penat tido kat kete. Ye! aku malas nak drive kalau my dad ada. Nak jadi manjalara kejap..hehe..kali ni aku nak ceritakan sinopsis tuk minggu lepas, masa aku tak dapat online..

Aku balik kampung hari jumaat tuh. Parents aku yang amik. Manja kan aku?? yaikss!! hahaha..tak kan pasal tuh pun korang nak tuduh aku nih manja..aku malas nak naik bas..menyusahkan diri aku..so, aku nak susahkan parents aku..lagi senang..kan? kan? hehehe..aku baik pe..Aku sengaja balik rumah kali ni sebab aku ada plan hari Sabtu tuh..aku nak keluar tengok movie dan merayau kat KK..so, plan aku ialah:

- balik kampung.
- melawat keluarga (poyo).
- curik kereta bawa pergi jalan-jalan.

Dan misi aku berjaya!! huahuahua..Hari Sabtu tuh aku pergi tengok Tekken. Besh giler!! Rasa macam nak tengok tuk kali kedua. So, sekarang ni aku tengah kodek-kodek blog encik DC tuk curik cite tekken tuh..Dvdrip. Maaf encik DC..hehe..Masa tengok encik Jin Kazama tuh, sekali lagi timbul penyakit kekal aku iaitu jeles. Aku jeles tengok rambut dia. Dulu kala zaman kegemilangan aku, aku pernah ada rambut sedemikian. Oleh itu, dengan serta merta aku jeling-jeling encik Jin..nasib baik dia tak perasan aku jeling dia. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Kalau dia nak belasah pun belum tentu lagi aku kalah wei..agak-agak la..(dah memang konfem la aku kalah)..hehe

So aku nak pos gambar encik Jin Kazama kat sini. Nama macam China, Jon Foo, tapi muka lebih kurang macam muka orang Thai..malas aku nak google encik Jon Foo punya profile sebab aku memang pemalas..Harap maklum.

Lagi satu tentang encik Jin Kazama nih yang aku sangat jeles ialah body dia. Betul-betul la bikin gua panas! panasss!! body macam tuh pun wujud ke? aishh!! Ketul-ketul macam taik kambing (ayat jeles)..nasib baik la muka dia tuh tak hensem, aku lagi hensem (ayat sangat jeles, dan poyo)..hahaha..nanti aku nak jadi macam tuh la juga..pelakon macam tuh..korang rasa aku layak ke?? hahaha..dah! dah! tak yah la jawab..biar aku jawab sendiri..Layak pe..(ayat tak sedar diri)..huahuahua..So aku uplod gambar half naked dia yang tutup aurat sikit supaya gadis-gadis kat blog aku nih tak cair. Nanti 'Follower' aku jadi kurang pula..hua3..

Penyakit jeles aku nih dah semakin kronik. Oleh itu aku wat keputusan untuk bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah
..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..tik..tok..aku jeles balik..damn!! hahahaha..

Dalam beberapa hari nih kemungkinan besar aku akan semakin susah nak online. Tapi tengoklah macam mana. Tu pun ikut keputusan syarikat DiGi. Sepatah dua kata untuk syarikat DiGi : Tolong panjangkan tempoh hukuman aku. plish3x..duit takde..takde duit..bagi aku duit then aku bayar la..macam?? hehe..(tau guna je tapi tak tau nak bayar)..
 

Sila suruh saya diam!

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali dalam ranc
Maaf atas kemerapuan di atas..
Rasa macam setahun je tak updet blog ni..kalo bukan kerana ke'bizi'an yang melanda, tak mungkin aku akan biarkan blog kesayangan aku nih lugai-lugai(bahasa sabah: *terbiar) saja..Aku malas nak tanya khabar korang..aku tau korang tuh memang sentiasa sehat walafiat macam aku juga..hehe..tapi sekarang ni aku macam kurang sihat la..ada sedikit masalah imbangan badan, terhuyung-hayang macam orang mabuk..tapi tak dapat pula nak tidur..ish!! ini kepala macam dah nak meletop!! sedangkan aku nih bukan jenis orang yang banyak berfikir pun..mungkin tak biasa kot..ye la, hari ni aku menggunakan otak dikedudukan yang sebenar (kat kepala la, mana lagi)..sebab pada kebiasaannya aku letak kat lutut je terutama sekali masa kebuhsanan yang terlampau..

Pertama sekali aku nak ucapkan takziah tahniah la kepada para pembaca yang dengan rela hatinya mem'follow' blog aku nih..bukan senang tau nak dapat FOLLOWER seramai ini..mungkin setakat ni, aku sorang je yang berjaya mengecapi kemajuan macam ni..korang jangan la dengki ye..lambat laun, korang pun akan berjaya macam aku juga..yang penting, korang selalu jenguk-jenguk blog aku ni, baca entri aku yang memeningkan ni..walaupun korang tak tekan butang FOLLOW tuh, aku tak kesah..kalau nak tahu rahsia kejayaan aku ni, korang boleh la minta tips dari aku secara senyap-senyap melalui kotak mesej kat MukaBuku aku..yang penting, ingatlah bahawa sabar itu separuh daripada iman..rasa bangga sangat sebab ada orang sudi nak kawan dengan aku..aku amat menghargai kalian..muah3!! (nah ko ciuman buas)..hahaha

Tadi aku pergi makan malam jap..dan baru aku tahu kenapa kepala aku pening-pening sebentar tadi..rupa-rupanya aku kelaparan! hahaha..tak sangka..lapar + penat kot..pas makan je teros aku sehat walafiat bertenaga dan ceria..begitu ajaib makanan tersebut..rasa macam nak makan lagi..tapi aku mesti kawal nafsu..kalau tak, terpaksa tambah saiz pinggang seluar..sekarang ni lagi la..musim hujan..sentiasa rasa lapar..berbagai jenis makanan aku nak makan..sila kontrol diri..aku tak nak makan lagi..cukuplah ye..hehe..makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang..tuh bukan aku sengaja buat-buat..tuh rasulullah yang ajar..sila praktikkan..hehe

Malam ni rasa macam sepi sikit..sepupu sepapat aku yang kecik-kecik bertiduran belaka..awal giler dorang tidur malam ni..penat kot main stadi kat sekolah tadi..kesian mereka..oleh kerana sangat mengasihani, aku matikan kipas, kuatkan volum tv dan hidupkan lampu..dengan secara kreatifnya menganggu 3 deria anak-anak kecik ini unutk bangun dari mimpi yang ntah hapa-hapa..aku tak jahat k..aku kejut suh dorang makan malam..nanti kelaparan bukan korang yang susah..aku juga!..aku pun tak susah..parents dorang, terutamanya mummy dorang lah merangkap mak cik bongsu aku yang susah..hah!! tengok betapa mulianya aku..aku penat lelah kejut, sekurang-kurangnya cakap lah terima kasih kan..tapi ni tidak..masing-masing dengan muka yang macam nak kene penyepak je..hahaha..tapi aku tak penah sepak dorang ni..aku baik je depan parents dorang..almaklumlah, hidup menumpang kan..setakat sekeh kepala tuh ade lah kadang-kadang..baik pe..pengajaran tuk budak-budak nakal..kan? kan? hahaha..

Sebenarnya wahai pembaca sekalian, aku nih belum mandi lagi..malas! tapi aku bukan pengotor! cakap baik sikit k!..cuma aku nih suka mandi lewat..dulu member-member selalu nasihatkan aku yang mandi lewat malam ni tak baik..kononnya mereputkan tulang lah..paru-paru berairlah..lemah syahwat la..woppss!! nau3zubillah..taknak..taknak..nanti tak puas la pula kan..kahkahkah..oleh itu, aku akan cuba berubah lah lepas ni..tapi tak dijamin lah bila..dari dulu lagi nak berubah tapi sekejap je..ish3..aku nih memang bikin panas..diri aku nih adalah antara penyebab pemanasan global..korang tak tahan dengan aku?? aku pun tak tahan..so, harap korang akan terus bertahan lah..supaya aku pun dapat bertahan..kita tahan sama-sama..(ntah la tahan apa daa)..kehkehkeh..

Tadi masa kat ofis aku nih macam biasa lah datang dengan bergayanya sambil bawa laptop mengalahkan bos..tak sedar diri!! tapi aku sedar..oleh itu, aku nak bawa laptop juga..hahaha..online masa kat ofis..buka MukaBuku dan Blog ni la..tapi tak sempat nak wat entri baru sebab ada banyak kerja..aku dah dipindahkan ke unit yang baru..pasal tuh la banyak kerja..tapi aku sempat jalan-jalan kat blog korang..aku nak tambah sikit pengetahuan aku..korang punya blog kan best..ada banyak benda baru yang aku pelajari setiap hari..sambil jalan-jalan tuh, aku tinggalkan la juga tapak kaki aku kat shoutbox setiap blog yang aku berjaya jajah..mana lah tau ada mereka-mereka yang tak pernah pening kan..datang la blog aku..nescaya korang akan pening punya..dijamin halal!! hehe..kadang-kadang tuh ada juga rasa kesian kat mereka-mereka yang tinggalkan "i follow u, u follow me back" kat shoutbox tuh..its okay, hak korang..tapi bagi aku la, macam tak ikhlas je nak blogging..tengok la aku ni..sangat berjaya..sila contohi aku..(setelah tersedar dari koma, hahaha)..FOLLOWER kalau ramai-ramai tapi tak mengikuti perkembangan korang, baik tak payah..ikut macam FOLLOWER aku..cun dan kacak belaka..sentiasa mengikuti perkembangan badan aku..(perasan!)..haha..

Ada yang cakap aku macam artis..maaf..aku tak pandai melukis..aku memang tiada bakat seni..but i can sing well and i like to sing..tuh je la..takde lah sampai jadi artis..tapi kalo korang anggap macam tuh pun takpe, aku terima je..yang penting tak mendatangkan mudarat tuk aku..kalau korang nak autograf pun boleh..baru je aku tukar tandatangan aku menjadi lebih varsetail dan poyo..kalau nak, meh sini jumpa aku..hahaha..gurau je..jangan nak emo..belasah kang! hehe..takde la..aku baik pe..aku insan biasa..aku menjalani hidup normal seperti korang juga..hehe..macam la korang tak tahu kan..maaf, aku memang poyo..sila peringatkan diri anda setiap kali membaca entri aku.."ini entri budak paling poyo di alam semesta"..minta maaf..(Make me stop!)

Lagi satu, nenek aku cakap orang yang baik tidak akan mengaku dirinya baik kerana orang yang baik sentiasa ingin memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik"..dulu masa dengar nenek aku cakap, aku wat bodo je..jelir-jelir lidah..masuk telinga kiri keluar telinga kanan..tapi Alhamdulillah la, berkat otak yang aku simpan kat lutut masa tuh, ada lah juga beberapa nasihat yang melekat kat otak aku..bila difikirkan balik, rasa macam menyesal je cakap yang aku ni baik seperti kat atas-atas tuh..tapi sebenarnya memang aku ni baik..harap maklum! hahaha..

akhir kalam, semoga berjumpa lagi..semoga kita dipanjangkan umur agar dapat bertemu kembali dalam rancangan..wassalam