Tips kebal dari di kutuk

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak share tips yang memang paling penting untuk korang semua terutamanya mereka-mereka yang sangat mengenal tajam dan bisanya lidah. Kalau tak kenal lidah tu apa, korang boleh hiraukan je tips ni.

Bila ada suatu masa korang terdengar sesiapa mengutuk anda secara berdepan ataupun belakang, memaki hamun, merendah-rendahkan, mengumpat, menyindir dan sebagainya, ini ada beberapa tips untuk korang:

1). Cek buku akaun korang kat bank. Kalau tiada buku, cek balance duit korang kat ATM. Ada kurang? Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, duit korang takkan berkurang pun kalau orang kutuk.

2). Cuba menulis, membaca, dan sebagainya yang berkaitan dengan penggunaan otak. Ada kelainan? Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, orang kutuk macam mana pun tak mungkian akan ada kesan pada otak kita.

3). Belek-belek badan anda, cari kalau ada sebarang bekas, calar-balar, luka atau lebam. Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, tak sakit pun orang kutuk. Sakit hati? Hati takkan sakit sebab ia ada didalam badan. Takkan la tiada bekas dan lebam tapi hati pula rasa sakit? Tak logik kan? hehe

4). Ambil tangan kanan anda dan letakkan di dada sebelah kiri. Perhatikan degupan jantung anda. Masih ada degupan? kalau ada, abaikan. Tak mati pun kalau orang kutuk kita.

Tips yang di atas tu khas untuk mereka-mereka yang ada tahap kesabaran yang tinggi. Kalau anda tidak ada kesabaran yang cukup tinggi, anda boleh pula cuba tips yang di bawah ni:

5). Kalau anda kena kutuk, adakah tahap kekayaan si pengutuk itu meningkat kerana kutukannya? kalau tidak, anda terajang kepala dia belasan kali guna kasut but kawad polis anda  kasihanilah mereka kerana usaha mereka selama ini mengutuk anda tidak pun mendatangkan kekayaan.

6). Setelah anda dikutuk, lihat si pengutuk itu. Adakah semakin ramai orang menunjukkan kasih sayang kepadanya? Kalau tiada, pecut seratus meter sebelum melepaskan tumbukan tepat ke batang hidung dia anda kasihanilah dia kerana kurangnya kasih sayang menyebabkan dia berkelakuan sedemikian.

Tujuan aku buat entri macam ni bukan sebab aku nak merapu ke hapa tapi aku cuma nak bagi kesedaran kepada anda semua bahawa tiada gunanya anda nak bersedih, berduka, sakit hati dan sebagainya yang hanya merosakkan diri anda sahaja kerana ejekan, kutukan, dan kata-kata. Tiada berbaloi.

Hati manusia memang lembut sampaikan kata-kata pun mampu menghirisnya. Oleh itu, anda carilah satu kekuatan yang mampu menjadi dinding yang keras agar dapat melindungi hati anda. Carilah kekebalan itu demi menjamin hidup yang lebih indah tanpa anda perlu terkesan kerana kutukan dan kata-kata.

7). Tangisilah nasib si pengutuk yang setelah bertungkus lumus membuang masa mengutuk anda tetapi sebenarnya anda jauh lebih hebat dari dia walau macam mana pun dia mengutuk anda. Tidak mungkin akan ada perubahan.

8). Senyumlah dengan ikhlas pada si pengutuk itu bila-bila masa saja anda terserempak dengannya kerana dengan sedekah itu harap-harap dia sedar betapa miskinnya dia dengan pahala suatu masa nanti dia kan berubah dan dapat menerima kelebihan anda yang dianngapnya sebagai kelemahan.

 

Kenapa masih single?

Assalamualaikum..
Kebelakangan ni aku sibuk sikit kat ofis. Sibuk mengorat! haha..sebab tu la tiada masa nak update entri baru. Kali ni aku nak cerita kenapa "orang macam aku" ni masih lagi single. Maksud aku "orang macam aku" tu ialah, orang yang kacak, semat, setailo, menawan, bla..bla..(sila belasah saya)..eh, angkat bakul pula aku kan..haha..
1). Memilih
Kononnya nak cari yang terbaik la. Kalau dah pakej macam ni mesti nak yang pakej lebih kurang macam ni juga. ceh! bongok!
2). Pemalu
Kononnya dengan adanya pakej macam ni selalu je menjadi tumpuan. Jadi rasa malu tu akan bertambah-tambah bila tak kena layan masa mula-mula nak kenal. ces penakut!

3). Malas
Kononnya ramai sangat la berebut-rebut nak kat die. So die jadi malas mencari, tapi yang melekat kat die pula bukan citarasa die.

4). High taste
Kononnya citarasa tinggi sangat la nak yang macam Megan fox la, Jessica Alba la, Lisa surihani la..eh?..haha

5). Personaliti kurang menarik
Kononnya dah lengkap dengan pakej fizikal, tak pelu la mantapkan personaliti. Kamu silap besar. Lubang hidung pun besar.

6). Anggapan
Kononnya ade pakej lengkap sebagai ladiesman ataupun playboy. Sedangkan nak play cat pun lari.

7). Kurang sosial
Kononnya ade pakej macam ni semua orang nak kawan dengan die. Pastu bila orang nak kawan die mengelak takut kena usha. pelik!

8). Perasan
Kononnya kacak rupanya katak. Perasan! hahaha

Semua info di atas adalah rekaan semata-mata. Kepada sesiapa yang terasa sila tikam jantung anda hiraukan entri ini. Lagi satu, semua yang di atas tidak ada kaitan dengan aku!!! hahahahahahaha..


 

First impressioan

Assalamualaikum..
Setelah panjang lebar, aku nak kongsi pandangan pertama orang terhadap aku:

1-Lembik
Mungkin kerana rupa paras aku yang menawan ini (angkat bakul) orang memandang aku sebagai seorang yang lemah dan lembik. Nak angkat kotak isi kertas pun tak mampu. Nak lari setengah meter pun tercungap-cungap. Macam tu. You know what, i can be stronger than you think you are.

2-Kaum Nabi Luth
Haa ni yang bikin geram. Ada yang siap goda-goda lagi. astaghfirullah. Aku tak main pedang ok. Damn!

3-High school student
Kalau jumpa kawan my mummy or daddy aku mesti tanya macam ni "tingkatan berapa?" atau "sekolah dimana?" haha..mungkin muka aku ni muda dari yang sepatutnya kot..

4-Playboy
Jumpa dengan member aku punya member mesti tanya macam ni "ada berapa awek bro?" waaa.satu pun belum ada lagi dah tanya jumlah yang ramai..haha..kalau aku cakap aku masih single, dia mati-mati tak nak percaya. Kadang-kadang ada yang sebok-sebok nak minta nombor telefon awek kat handphone aku. "alaaa bro tak kan satu je pun tak nak bagi..." siap boleh marah aku lagi tuh.haha

5-Korean
hehe..kalau dalam bahasa saintifiknya 'Cina'. Kalau aku jalan-jalan kat BB masuk kedai mesti kena bawa cakap cina. Mana la aku tau nak cakap apa. Aku angguk-angguk geleng-geleng je. Baru dia tau. Tak jadi aku beli baju. haha

6-NonMuslim
Ni aku memang geram sangat. Kalau aku pergi solat kat masjid (solat jumaat la terutamanya), orang selalu pandang aku macam pelik. Aku buat bodoh je la pura-pura tak perasan. Tapi memang geram giler. Dari masa aku sampai, aku amik wuduk, duduk dengar khutbah, sampailah aku balik..mata dorang lekat tengok aku. Masa aku kat bank, takde sorang pun yang nak bagi salam kat aku. huhu..sedeyy.

7-Sosial
"wei malam ni ladies night, ko tak keluar pergi memancing ke?" atau "malam ni aku belanja ko 'minum', nak?" ini adalah antara cara-cara yang dorang nilai aku ni macam orang yang sosial tak tentu hala la pula. Aku ni takde la alim sangat tapi takde la sampai buat benda-benda macam tu.

8-Smoker
Entah la kenapa, aku hairan juga ni. Tak nampak ke bibir aku yang merah ni, lebih merah dari gincu. Boleh pula dia dengan selambernya tanya aku, "lighter ada?". Muka aku ni macam tukang jual mancis ke hahh?

9-Colour rambut (dye)
Dah memang semulajadi rambut aku warna coklat la. Semulajadi. Sama dengan warna anak mata aku. Takde pun guna bendasing.

10-Rich
Hahaha..orang selalu ingat yang aku ni anak orang kaya. Lagak aku ni macam orang kaya kot. haha..sedangkan pakaian aku pakai pun yang murah-murah je. Mungkin pakaian tu naik harga lepas aku pakai kot. haha..

11-Pemalu
Itu mula-mula je tu. Tunggu je bila kita dah semakin rapat nanti. Jangan menyesal sudeyy..haha

Mari kita bincangkan serba sedikit tentang pandangan pertama? Siapa yang setuju dengan kesahihan  'first impression'? Adakah pandangan pertama itu betul? Kalau tidak, kenapa sesi temuduga menggunakan 'first impression' ini sebagai salah satu cara untuk mendapatkan calon yang betul-betul layak?

Semua persoalan itu akan aku jawab sebegini. Apa yang kita lihat sekarang tidak mungkin akan sama dengan apa yang kita lihat pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi manusia. Manusia selalu berubah. Menjadi lebih baik atau sebaliknya. Tetapi, walau apapun yang terjadi, manusia akan berubah. Manusia akan berubah mengikut keadaan sekelilingnya. Bila persekitarannya berubah, dia akan berubah mengikut persekitaran tersebut.

Kehidupan manusia ada banyak peringkat. Peringkat-peringkat kehidupan ini ada yang kita boleh lihat perbezaannya melalui perubahan fizikal tetapi ada juga yang tidak. Contohnya peringkat persekolahan menengah dan rendah. Fizikal yang sangat berbeza. Tetapi ada juga yang tidak ada banyak bezanya. Contoh, peringkat universiti dan alam pekerjaan. Tiada perubahan fizikal yang berlaku. Tetapi, dalam menyebarangi setiap peringkat ini manusia akan berubah secara sedar ataupun tidak.

Apa yang aku ingin tekankan disini ialah, aku tidak bersetuju jika ada orang yang suka membuat penilaian pandangan pertama pada seseorang kerana bagi aku semua itu hanyalah andaian berdasarkan imaginasi yang ada dalam kepala otak kita. Sebagai contoh, seseorang yang berpakaian selekeh berjalan-jalan membeli belah. Penjual selalunya akan membuat andaian bahawa orang itu adalah orang miskin yang tiada apa-apa. Sedangkan dia adalah seorang tokeh kayu balak yang baru sahaja balik dari hutan meredah lumpur dan sebagainya untuk melawat pekerjanya. Mungkin dia tiada kesempatan untuk menukar bajunya. Itu satu situasi yang mungkin berlaku.

Pada pendapat saya, mengenal dan menilai seseorang itu memerlukan suatu masa, bukan sekali pandang sahaja. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pandangan anda.


 

Bakat terpendam

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak share sesuatu dengan korang..dulu masa masih stadi kat U, aku penah la skali dua kali naik pentas kecik perform nyanyi lagu..aku ni memang gila menyanyi..kawan-kawan aku pula gila gitar..so kami memang serasi la..haha..

Yang ni persembahan masa sambutan raya 2010. Memang tak kena dengan tema kan lagu kami. haha.. rock bebeh!! Sebenarnya kami kena suruh bawa lagu dalam akustik tapi entahla akustik ke tak korang nilailah sendiri. Dengan aku yang jerit-jerit masa lagu kedua tu lagi.haha

Harap maaf diatas ketidak best'an suara aku ye. Well, kalau best dah lama aku jadi pengganti M.Nasir kan. Dengarla sampai habis, konfem korang akan rasa best. ceh! puji diri sendiri pula aku. haha.

Boleh dikatakan yang menyanyi ni salah satu bakat aku juga la. Best ke tidak aku tetap akan mengangap inilah bakat aku. (sebab aku dah takde bakat lain da)..haha..kesian..

2 lagu:
~ Gadis bertudung putih MAY
~ Cryin' AEROSMITH



Memang banyak silap, sebab baru je prepare petang tu..perform malam tu pula..mampuih! Baca lirik dan kord..memalukan tapi apa boleh buatkan..hehe

Thanks to (dari kiri) pepe pemburu, wan greek, dan hujan(gua x tau nama lu)..walaupun persembahan kita tak mantop, yang penting rock!!haha..

Persembahan akustik yang tak seberapa akustik kerana jeritan aku pada lagu kedua yang dengan serta merta menghilangkan mood akustik..

Video ini di upload atas permintaan sesetengah pihak..


 

Impian dan cita-cita

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak share tentang hidup aku sebagai insan biasa yang tidak terlepas dengan nafsu dan hasutan syaitan. Tapi takde la isu besar-besar punya, ini hal kecik je. haha..

Sebagai seorang insan biasa, kita masing-masing mempunyai keinginan dan cita-cita sejak dari kecil lagi. Dulu masa di bangku persekolahan, guru-guru selalu menanyakan apakah cita-cita kita. Tapi almaklumlah masa tu otak masih terbatas, masih di dalam kotak, masih belum tahu lagi selok belok perjalanan hidup. Antara jawapan yang paling femes ialah nak jadi doktor, polis, bomba, guru dan segala macamlah pekerjaan sektor kerajaan. Entah la kenapa budak-budak hanya nampak itu sebagai pekerjaan. Tapi lain pula aku.

Dulu masa sekolah rendah kalau kena tanya apa cita-cita aku, aku jawab "bila besar nanti saya nak jadi saintis". entahla kenapa otak aku kreatif sangat bagi jawapan macam tu. Saintis? haha..

Pastu bila sekolah menengah tahap satu, kena tanya pasal cita-cita, aku jawab "saya nak jadi jutawan". Wah! Tanpa ada medium untuk jadi kaya, aku terus-terus nak jadi jutawan masa tu. haha..

Bila suda meningkat separa dewasa, masa sekolah menengah tahap dua ditanyakan soalan begitu, aku jawab " saya nak jadi penyanyi. Mungkin masa tu dah mula nak memberontak jiwa raga remaja.

Dan bila suda di peringkat Universiti, di berikan kertas soal jawab bertanya tentang cita-cita, aku jawab "saya nak jadi seorang banker yang berjaya". Itupun ikut kos subjek yang aku ambil.

Masalahnya sekarang, adakah itu yang aku inginkan?

Sekarang ni alhamdulillah aku dah kerja kat bank. Baru je 2 minggu. Walaupun masih belum bekerja tetap, tapi insyaAllah jika prestasi aku nampak baik di mata para bos, aku akan diserap masuk unutk terus berkhidmat di bank itu. Amin. Nampaknya, cita-cita aku suda tercapai. Tapi, adakah benar inilah apa yang aku impikan?

Sekarang ni aku macam terpaksa saja bekerja sedangkan suatu masa dahulu inilah yang aku selalu tuliskan di mana-mana borang soal jawab.Kerja aku pun bukannya susah, senang je. Tapi hati aku macam tidak keruan. Adakah aku berkelakuan seperti orang yang tidak bersyukur?

Nau'dzubillah. Semoga Allah menetapkan hati aku kejalan yang benar dan diredhai. Entah la kenapa aku macam ni. Alangkah bagusnya hidup kalau duit tu turun macam hujan je. Nescaya orang dah tak pandang duit ni. Jangan duit syiling yang turun mencurah-curah,sudah. haha

Sebenarnya, aku ada minat. Aku nak kongsi dengan korang tapi aku malu. Sebab minat aku ni memang tak masuk akal. Dan minat ni pernah menjadi salah satu jawapan kepada cita-cita aku dulu kala. Dan sepertinya aku sedang dihantui oleh minat itu kala ini untuk dijadikan realiti. Tapi oleh kerana aku berpijak di bumi yang nyata, aku harus melupakan segala apa pun yang berkaitan tentang minat aku ini agar tidak terlalu mengharap. Malas nak taip banyak sangat. Malu la..haha

 

Populariti dalam berbloging, penting atau tidak?

Assalamualaikum..
Seperti yang anda sedia maklum, dalam dunia blog ini populariti seseorang diukur berdasarkan jumlah FOLLOWERnya.

Lebih 5K : Populariti bloger ini adalah sama par dengan populariti artis tanah air cuma bezanya, bloger ini artis dunia maya.


Lebih 3K: Seorang bloger yang penting dalam dunia maya ini, sebagai contoh bloger yang ada tutorial untuk membuat template blog, bloger yang ada share link movie, software dan sebagainya.


Lebih 1K: Seorang yang menarik, belog yang menarik, cerita yang menarik, isu yang menarik, kehidupan yang menarik, dan segala macam jenis tarikan terdapat pada belog si tuan tanah.

Ratusan: Memiliki tahap keramahan yang boleh diukur; 9 ratus lebih ramah - 1 ratus kurang ramah. Menyelitkan beberapa unsur yang sesetengah golongan mengikuti perkembangannya seperti jenaka, isu semasa, seni, menganjurkan contest dan sebagainya.

Puluhan: Menggunakan belog ini sebagai pengganti kepada diari, Penceritaan lebih kepada perjalanan kehidupan setiap hari, gejolak perasaan, luahan hati dan sebagainya.

Belas-belas je: Baru buka belog, low profile, pemalas, tidak ramah, tidak peduli hal orang lain (tidak termasuk aku..haha)


* Ini semua adalah hasil selidikan aku selama ini. Betul atau tidak, aku tidak tahu. Boleh juga dikatakan semua ini ikut suka hati aku saja.

Jika aku ditanya, "pentingkah populariti kepada anda?", tipulah jika aku menidakkannya. Siapa yang tidak mahu popular? Bila sudah popular nanti, adakah kita akan menyukainya?
Jika aku ditanya, "adakah anda seorang yang popular?", tipulah jika aku mengiyakannya. Berdasarkan jumlah FOLLOWER kesayangan aku tu pun dah memang terang dan nyata aku bukan tergolong antara beloger yang popular.

Bagaimana untuk menjadi popular, mari sini aku kongsikan beberapa tips (susah orang nak percaya, sedang yang pemberi tips ni pun tak popular..haha):

1. Jika otak anda memang tercipta dengan kepakaran membaca, mentafsir, menggubah dan melakar kod <html>, kongsikanlah kepakaran anda itu kepada mereka yang memerlukan dengan mewujudkan satu laman tutorial yang boleh juga anda link kan ke belog peribadi anda.

2. Jika memang sudah tersedia ramai rakan taulan anda bertapak di dalam alam maya ini, jangan lepaskan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim anda dengan mereka dengan sentiasa mengikuti perkembangan dan kerapkan berinteraksi kerana lama kelamaan mereka akan mewujudkan satu masa khas untuk memperkenalkan anda serta belog anda di dalam entri mereka. Tak percaya? Cuba dulu..

3. Tunjukkan bakat anda. Jika anda pandai menyanyi, selitkan video nyanyian anda dan jadikannya kreatif dan menarik untuk ditonton. Jika anda minat fotografi, kepilkan gambar yang anda ambil setelah diedit secantik mungkin untuk menambat hati para pengunjung. Jika anda ada bakat melukis, uplodkan saja karya anda. Tidak mustahil para pencinta seni yang ada di dalam alam maya ini untuk FOLLOW anda.

4. Berinteraksi, beramah-mesra, kunjung-mengunjung, jadikan Shoutbox itu sebagai satu perantara untuk anda mendekatkan diri dengan para bloger sekalian. Nescaya suatu masa nanti mereka akan singgah lebih lama di belog anda untuk membaca entri, dan jika mereka berminat, pasti mereka akan FOLLOW anda.

5. Tinggalkan komen pada entri si tuan tanah kerana itu tandanya anda mengikuti perkembangannya dan jika dia menghargai usaha anda, dia mungkin akan FOLLOW anda juga.

6. Gunakan bahasa yang mudah difahami, kurangkan short-form, kurangkan dialek kenegerian dan sebagainya yang boleh mengganngu konsentrasi pembaca untuk memahami konteks entri yang cuba anda sampaikan. Dikhuatiri pengunjung tidak akan memahami maksud anda dan hilang minat terhadap cerita anda.

7. Jika anda berbakat menggodam seperti mendapatkan laman web untuk muat turun software, movie dan sebagainya secara percuma, anda boleh kongsikan dengan para pengunjung. 


8. Kurangkan berat belog anda, kurangkan widget, elakkan belog anda semak dan sebagainya yang boleh menyebabkan belog anda lembab dan lambat untuk loading kerana ini juga salah satu faktor yang mungkin akan menyebabkan tiada sesiapa mahu untuk berkunjung ke belog anda.


9. Cari shoutbox pengunjung, pastu shout "Follow you, follow me back"..hahahaha


10. Apa yang paling penting bagi aku dalam mencari populariti ini ialah jadilah diri anda sendiri. Jangan palsukan diri anda kerana yang benar itu akan selamanya lebih baik dari yang palsu/tiruan (samalah macam kes telur tiruan yang tengah heboh dalam dunia bloger ni). 


Jika tips yang aku kongsikan ini tidak membuahkan hasil, redholah dan berserah sajalah pada yang maha esa kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Hikmah sesuatu perkara itu terkadang tersembunyi tapi nescaya hanya kebaikan yang akan muncul darinya. (sempat lagi bagi motivasi..ish3)

 

Pelbagai isu dunia belog..

Assalamualaikum..
Salam sejahtera kepada para pembaca sekalian (kalau ada). Sejak berkurun lamanya aku bertapak di dalam dunia belog ini ada pelbagai jenis isu yang saban hari semakin menular dan merunsingkan. Setiap beloger yang cerdik pandai pasti ada saja caranya untuk berfikir dan menilai. Tidak terkecuali juga aku walaupun kecerdikan dan kepandaian aku dalam dunia ni sedikit kurang berbanding yang lain.

Berikut adalah beberapa isu yang berkaitan dengan dunia belog ini:

1). Follow
Kalau anda terperasan, ada sesetengah beloger terutamanya yang baru saja muncul dalam dunia belog ini akan mengepos dalam shout box anda sebegini "Follow you, follow me back". Saya perasan bahawa ada sesetengah beloger otai tidak menyukai situasi sedemikian dan ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan beloger baru tersebut sehingga sanggup membuat satu entri khas yang mengkhususkan tentang perkara tersebut. Bagi mereka, keadaan ini adalah tidak patut kerana melibatkan keikhlasan si otai. Dia rasa seperti terpaksa memfollow si penjerit tersebut. Bagi aku, perkara ini tidaklah serius seperti yang diheboh-hebohkan oleh si otai. Kalau tak nak follow them back, just ignore it. Bukan menjadi suatu hal pun. Aku faham situasi si penjerit tu (tapi aku tak pernah la buat macam tu). I have my pride. Bukan pula aku nak cakap mereka tu tiada pride cuma ini semua ikut pandangan masing-masing. Mereka lebih senang melakukan sedemikian.

2). Shout box
Bukan semua beloger ada benda ni tapi hampir kesemuanya menampal benda alah ni kat belog masing-masing. Antara isu yang aku paling suka tentang widget ni ialah isu tinggal jejak. Almaklumlah, para beloger zaman sekarang ni ramai yang hanya sempat meniggalkan jejak tanpa meneliti entri si tuan tanah. seperti kebiasaan, ada otai yang tidak senang hati dengan keadaan sedemikian. Mereka menginginkan para pengunjung untuk membaca dan menyelidik segala macam entri yang ditayangkan. Ini juga adalah paksaan. Bersyukurlah ada juga mereka-mereka yang mahu berkunjung dan meninggalkan jejak. Saling kunjung berkunjung lama kelamaan insyaAllah kemesraan akan terpaut.

3). Gambar
Ada sesetengah beloger yang tidak menyukai keadaan apabila banyak gambar si pemilik tuan tanah dipacak di belognya. Berbekalkan alasan susah untuk membuka belog dan rimas akan keadaan terlalu banyak gambar individu tersebut para pelawat itu nyata memiliki keberanian untuk mempersoalkan hak milik mutlak si tuan tanah. Kita faham akan maksud memberi pendapat tetapi kalau pendapat itu melebihkan kepentiangan sesetengah pihak melebihi kepentingan tuan tanah, ternyata ianya adalah tidak relevan!

4). Isu sensitif.
Ada beloger di Malaysia ini yang berani menyuarakan pendapatnya tentang isu-isu sensitif sehingga ada juga yang berjaya menjadikan dirinya terkenal. Oleh kerana pendapatnya itu kurang disenangi oleh pihak yang menjadi mangsa, dia terpaksa dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan. Sungguh tidak berbaloi. Oleh itu, ingatlah wahai beloger sekalian, tiada istilah "bebas bersuara" yang mutlak di dunia ini. Suara itu milik kita tetapi haruslah dijaga dan dikawal kerana hanya suara itu milik kita sedangkan telinga itu milik orang lain. Kita berkata, orang yang mendengarnya dan orang yang mendengar itu yang akan menilai apa yang kita katakan. Berpadalah dalam berkata-kata.

5) Duit.
Nuffnang dan sebagainya adalah antara pengantara kepada duit dalam dunia maya ini. Seperti yang nada sedia maklum, ada juga para beloger cerdik pandai yang tidak menyukai tujuan sesetengah beloger yang menampal seberapa banyak banner di belognya kerana menginginkan balasan berbentuk wang. Beloger sebegini selalunya akan meminta anda mengklik bannernya instead of asking you to read their entry. Bagi aku, setiap orang ada tujuan dan urusan tersendiri. Kalau dia berbeloging kerana inginkan wang, apa salahnya? Itu hak dia, kita tiada hak untuk mempersoalkannya. Kalau dia minta kita klik bannernya, apa salahnya? Tak kurang pun duit kita kat bank kan. Ingatlah, semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima. Ini juga salah satu sedekah. Jika difikirkan balik, tidak salah kan kita bersedekah. Bukanlah aku mengecop mereka-mereka ini sebagai peminta sedekah cuma bagi aku tujuan setiap individu itu untuk berbeloging tidak patutu dipersoalkan.

Kita yang hidup dalam dunia maya ini ada pelbagai ragam. Bukan semua orang jahat tapi tidak dilupa juga sebaliknya. Kadang-kadang ada komen yang tidak menyenangkan hati hinggap di belog anda. itu memang lumrah dunia. Sedangkan dunia nyata pun ada juga yang buruk hatinya ini kan pula dunia maya. Kita tidak kenal hati budi masing-masing dalam dunia ini kerana terhijab oleh pancaindera. Namun begitu, cubalah untuk berkenal-kenal kerana mengeratkan ikatan silaturrahim itu dituntut dalam agama. Kita kan satu malaysia!!

 

Sunyinya~

Assalamualaikum.
Malam ni memang sunyi. Suara TV terpasang kuat. Bunyi kipas pun kedengaran. Sekali sekala terdengar bunyi enjin kereta yang baru saja masuk ke parkir di luar rumah. Tapi kesunyian ini bukan kerana tiadanya bunyi. Kerana aku seorang saja, aku sendiri, aku sunyi.

TV yang terpasang menayangkan sebuah rancangan kegemaran negara suatu masa dahulu. Akademi Fantasia yang kini masuk musim ke sembilan sebagai musim terakhir penyiaran. Dulu meriahnya program ini macam ombak tsunami menyerang seluruh negara tapi setelah bertahun-tahun lamanya bersiaran terasa hangatnya semakin hambar dimamah usia. Aku sebagai orang sunyi memilih siaran RIA ini sebagai penghibur hati duka lara. Tidak tahu penyebabya tapi mungkin kerana minat aku yang suka bernyanyi.

Setiap minggu aku keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan tapi aku tetap merasa sunyi. Aku sendiri tidak tahu apa lagi cara yang boleh membuatkan kekosongan aku ini terisi. Bila menoleh kiri kanan selalu saja terserempak dengan pasangan yang sedang bercinta. Ada yang berkelakuan menyakitkan hati. Bukan pasal cemburu tapi pasal dia melebih-lebih seperti tiada batas dalam pergaulan. Walaupun begitu ada jugalah terusik rasa di hati. Almaklumlah aku kan masih belum berpunya. Hati ini masih dalam sebuah kotak yang berkunci. Kadang-kadang ada juga kunci yang cuba untuk membebaskan hati aku yang terkurung itu tapi setakat ini belum ada lagi yang berjaya.

Adakah ini penyebab kesunyian aku? Wallahua'lam..Yang penting adalah kesabaran. Aku menukar nama di akaun Facebook sebagai Laksamana Sunan kerana mendombakan diri aku ini untuk memiliki jati diri watak novel tersebut. Sedangkan fenomena aku yang membaca novel ini pun terjadi kerana rasa kesunyian yang memakan diri. Sunyi, sunyi dan sunyi semakin lama menjadi salah satu anggota jiwa. Aku khuatir penyakit ini sukar untuk disingkirkan jika berpanjangan kelak.

Sebenarnya aku ada pengubat sunyi. Ubat aku ada banyak nama. Tapi kadang-kadang saja ubat ni ada. Ubat-ubat ni ada juga yang nama saja ubat tapi bukan memulih tapi merosak. Itu sesetengah saja. Kebanyakannya jenis ubat yang mengubati. Ubat yang aku maksudkan adalah kawan. Aku rindu kamu semua!

 

Padan muka!

Assalamualaikum..
Padan muka kau! hahaha..aku nak ketawa sampai tercabut segala anak perut. Kau ingat bila kau susah ada kah sesiapa di muka bumi ni yang masih bernyawa mampu membantu kau bila kau dalam kesusahan? Bukan pasal tidak mahu menolong, tapi tidak terdaya. Kau harus faham, masing-masing ada masalah yang tersendiri. Mana ada masa mau fikir pasal kau!


Lagi satu, kau siapa? Kalau setakat pernah hidup bersama selama bertahun-tahun lamanya tu jangan harap la kau tu penting. Kau hanya sekadar pengisi kekosongan. Bila mereka tiada sesiapa, kaulah manusia yang paling berguna kerana otak kau letaknya bukan di kepala. Inikan pula setakat kenal dua tiga hari..ceh! Nama kau pun mereka lupa kali.

Muka tembok! Tak tahu malu. Kau menyesalkah dengan apa yang kau buat? hahahahaha..padan muka! bahlul..Lain kali beringatlah sebelum terkena. Dunia sentiasa mengajar kita untuk sentiasa beringat bahawa bukan mati sahaja seorang, hidup juga begitu. Kau hanya sebatang kara. Kau hidup untuk orang lain. Itu lumrah kau. Ingat!

Tapi kau jangan putus asa. Bak kata paling famos alaf baru ni "hidup perlu diteruskan". Memang pun. Rugilah sesiapa yang lahiriahnya mengambil nyawa sendiri. Ini salah satu dugaan dariNYA. Kalau terkadang kau tertanya tentang nasib kau, redho sajalah. Tempuhi sambil berserah kepadaNYA. 

Pengorbanan? Jangan disebut tentang itu. Di akhir harinya, hanya keluarga kau saja yang faham maksud sebenar perkataan itu. Tiada sesiapa lagi dalam hidup kau yang pernah terdengar perkataan itu apatah lagi memahaminya. Tapi kau usah khuatir, kau juga boleh melakukan perkara yang sama kepada keluarga kau. Pengorbanan yang dibalas dengan pengorbana menunjukkan betapa eratnya kasih sayang kau dan keluarga kau. Walau tidak selalunya kau menzahirkan rasa itu. Keluarga tetap dihati.

Aku tahu kau marah tapi siapa yang patut kau salahkan? Takkanlah sepanjang hidup kau, kau hanya mampu menyalahkan diri kau saja? Cukup setakat ini saja, kau perlu ubah pendirian kau. Sudahkanlah mengutamakan mereka yang tidak pernah pun mahu mengutamakan kau. Kalau sentiasa ditindas walaupun secara lembut lama kelamaan tercabut juga segala-gala.
Every cloud has a silver lining..we are all alone


 

Sahabat..mengertilah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Mentang2 lah weekend, semangat berkobar2 tuk buat entri. Kali ni aku nak cerita tentang sahabat. Ada juga yang memanggilnya kawan, teman, handai, rakan, taulan dan sebagainya.
Apa bezanya friend dan best friend?
Kalau mengikut pemahaman aku friend tu macam kawan2 kita yang kita kenal gitu2 je, sekali dua kali hang out dalam sebulan, dua tiga kali kol dalam dua bulan, kadang2 ingat kadang2 terlupa birthday dia, kadang2 dia kawin pun kita tak tahu. Itu namanya kawan.

Berbeza pula dengan bestfriend. Bestfriend ni kawan kita yang rapat, sangat rapat. Berkongsi segala suka dan duka. Saling menasihati.Saling menjaga. Saling menghormati. Saling memahami. Sayang menyayangi. Selalu bersama. Kalau berjauhan ada rasa rindu. Kalau bergaduh pun kerana sayang. 

Zaman sekarang ni kalau ada yang bersahabat rapat dengan berlainan jantina orang akan berpandangan serong. Ada yang mengatakan mereka 'couple'. Ada yang tak suka, kononnya mereka tu jenis yang sosial. Kalau salah seorang dari mereka itu sudah 'berpunya', pasti pasangannya akan merasa cemburu buta kerana kerapatan mereka. Tapi sebenarnya mereka hanya bersahabat, Ingatlah wahai temanku, semua itu hanya dugaan dari Allah. Bukan bercinta saja yang ada jodohnya, bersahabat juga ada. Jika ditakdirkan jodoh kita untuk bersahabat, redholah akan segala dugaannya. Walaupun rapat pasti ada batasnya.

Tidak kurang juga yang bersahabat sesama jantina. Zaman yang sudah tua ini sudah muncul pelbagai penyakit. Andai mereka bersahabat, sesama jenis, pandangan mata2 sekeliling akan terserong sekaligus mengecop mereka sebagai pasangan yang bercinta sesama jantina (gay/lesbian). Sedangkan mereka hanya teman rapat yang selalu bersama. Itu juga dugaan dariNYA. Sampaikan ada mereka yang takut keluar berdua walaupun sesama jantina kerana takut disalah tafsir. Subhanalah. Walau kemana pun kita pergi, mulut akan sentiasa berbuka untuk berbicara. Kadang2 ada antara mulut yang tidak kisah akan kata2nya. Na'uzubillah. Hadapilah dugaanNYA dengan tabah.

Oleh itu, fahamlah wahai sahabat..Kita akan sentiasa diduga. Kemaafan adalah senjata terbaik untuk mengekalkan tali silaturrahim yang pernah kita bina. Tiada manusia biasa yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kenapa sekarang kita berenggang? Setelah kita membawa arah, adakah kita lebih bahagia dari dulu? Apakah penyebabnya kita berperang? Jika difikirkan kembali, aku pasti penyebabnya adalah kerana sayang. Fikirkanlah.

Aku rindu kamu semua. Semoga Allah memberkati kita. 



~the end~
 

Bacalah~

Assalamualaikum..
Aku selalu berkunjung ke blog para penghuni alam maya ni dan membaca entri. Ada yang menganggap blog dia sebagai diari kehidupan. kalau dulu2 guna buku, sekarang guna blog. Tapi bukan diari tu orang lain tak baca ke? Aku tengok follower dia punya la ramai gila babs. Itukah diari? Ada pula yang buat blog ni kedai jual barang. Ada pula yang buat blog ni tempat cari kawan. Ramai orang guna blog ni dan setiap orang ada sebab dan tujuan tersendiri. Tapi adakah mereka hanya ingin mencoret tanpa perlu ada sesiapa yang membacanya? 
Gambar sebagai hiasan. Budak comel.
Aku ni lain sikit, aku lagi suka kalau ada orang yang baca apa yang aku conteng. Baru aku rasa macam dihargai. Tapi oleh kerana aku dah tukar link (dulu aku guna http://www.assshuriken.blogspot.com tapi blog yang tu aku delet dan segala entri kat blog lama tu aku angkut ke blog ni), semua follower aku pun turut serta hilang. Tapi tak ramai pun. 
Gambar sebagai hiasan. Itik nak follow tapi tak pandai baca entri.
Sekarang ni baru ada beberapa orang follower. Entahlah dorang baca ke tak entri aku tapi syukur alhamdulillah la ada juga yang sudi. Setelah lama memerah otak mencari suatu cara bagaimana membuatkan orang suka baca entri, otak aku jadi blurr. Aku tak tahu. Tapi aku rasa, semua tu ikut kesukaan individu. Kalau aku, aku lebih suka follow blog yang ada banyak gambar. Yang lawak. Yang banyak isu semasa. Jenis2 macam ni la yang aku suka. Tapi itu aku, korang mesti lain kan.
Kadang2 tu aku suka follow blog orang yang ada entri yang best, tak boring pun baca. Diselitkan unsur2 lawak dan sensitiviti yang bersesuaian. Tidak terlalu panjang sebab kalau panjang sangat akan membuatkan aku bosan. Samalah macam kes entri aku ni, semua pun panjang2, membuatkan orang malas nak baca. Almaklumlah rakyat Malaysia ni kan kurang membaca (aku dengar statistik dewan bahasa dan pustaka ada mengatakan demikian, wallahua'lam). 

Mari membaca!

 

Cinta tak harus memiliki

Assalamualaikum..
Aku terpikat akan satu lirik lagu ni. ST12 - Cinta tak seharusnya memiliki. Gila..bikin sedih pula tiba2.haha..malam ni aku nak activate mode jiwang la kan..sekali sekala layan bluess..haha..mari layan sama..

cinta memang tak selamanya bisa indah
cinta juga bisa berubah menjadi sakit
begitu yang kurasakan kini
perih hatiku tinggalkan cinta

tak pernah terbayangkan

dan tak pernah terpikirkan
cintamu dan cintaku akan berpisah
namun harus kurelakan itu
untuk hidupmu agar lebih baik

reff :

maafkan aku
setulus hatimu
kepergian diriku itu bukan keingininku
terima saja dengan pilihan yang lain dari orang tuamu

jangan bersedih dengan keadaan ini

jika kamu menangis
aku juga ikut menangis
terima saja semua ini kulakukan untukmu


back to reff:


jangan bersedih dengan keadaan ini

jika kamu menangis
aku juga ikut menangis
terima saja semua ini kulakukan demi kebaikan mu

jangan bersedih dengan keadaan ini

jika kamu menangis
aku juga ikut menangis
terima saja semua ini kulakukan
terima saja semua ini kulakukan untukmu


Mari kita karok sama2..hehe