Miskin

Sebelum aku menceritakan dengan lebih dalam tajuk di atas, aku nak korang faham dengan sepenuhnya bahawa semua perkara yang bakal aku bebelkan di bawah adalah mengenai diri aku sahaja, tanpa ada kaitan secara langsung atau tidak langsung terhadap sesiapapun yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

Miskin. Aku adalah seorang yang miskin. Miskin dari segi kekurangan harta kekayaan di dunia. Malas aku nak ceritakan tentang latar belakang aku kerana secara tidak langsung akan membabitkan beberapa orang lain selain dari diri aku sendiri. Seperti yang korang sedia maklum, semua ini adalah mengenai aku seorang.

Manusia memang sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan oleh tuhannya. Sebab? Bagi memperingatkan manusia kepada penciptanya. Namun, manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ada sahaja manusia yang lupa akan tuhannya kerana terpenjara oleh syurga dunia. Wang, harta dan kekayaan merupakan salah satu penyumbang pemesongan nilai seorang insan.

Walaubagaimanapun, cuba kita lihat manusia disekeliling kita. Adakah manusia yang berharta itu hidup dalam kebahagiaan kerana hartanya? Adakah senyuman, tawa dan kegembiraan yang kita nampak itu benar-benar mereka rasakan? Jika kita lihat dengan teliti, ada saja manusia yang hidup dalam ketakutan kerana hartanya. Takut pencurian, rompakan, dan sebagainya. Tiada masa untuk menikmati hidup kerana sibuk mencari harta. Anak-anak pula terbiar tanpa ada sebarang pegangan dan panduan Inikah yang dinamakan bahagia?

Berikutan seperti perkara di atas, adakah korang masih lagi mempertikaikan kekurangan yang ada? Fikirlah dengan teliti sebelum mula merungut tentang kehidupan. Allah itu Maha Adil dan Saksama. Tiada seorang pun manusia yang hidup di muka bumi ini hidup tanpa ada sebarang dugaan. Kita tahu kesengsaraan hidup yang kita terpaksa tempuhi kerana kita sendiri yang merasakannya. Kemudian kita melihat manusia yang lain diberi kelebihan lalu membuat andaian bahawa hanya kita yang hidup dengan sengsara. Sedangkan kita tidak tahu akan kesengsaraan manusia tersebut. Mungkin tidak sama tetapi mesti ada juga yang perlu dihadapinya.

Kesimpulannya, sebagai hambanya kita haruslah sentiasa bersyukur dengan kelebihan yang kita ada dan redha dengan kekurangan kita. Ingatlah Allah kerana Allah tidak pernah melupakan kita. Pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk setiap perkara yang berlaku.

............(jap ek).......(eik?????)..

APA YANG AKU MEMBEBEL NI? ARGHHHH!! AKU NAK CERITAKAN TENTANG KASUT AKU YANG DAH KOYAK, LUSUH, BUSUK, DAN BANYAK JAHITAN NI JE!! NAK BELI BARU TAPI DUIT TAKDE..TU JE..PE YANG AKU BEBEL NI???!!! MALUNYA!!! TOLONG JANGAN BACA SEMUA YANG DI ATAS TU K, SILAP TAIP NI..HARAP MAKLUM


Haaa..ni la kasut yang aku maksudkan..sedey kan..hahaha..tapi takpe la..selagi masih boleh guna, aku akan guna kasut ni..kalo ada duit lebih pun aku takkan beli kasut baru la! baik guna joli kan..kahkahkah...

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Miskin ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Wednesday, July 14, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 5 komentar: di postingan Miskin