Jambu

Assalamualaikum..
Ini entri kedua aku. Terhasil atas sedikit rasa marah dan ketidaktenteraman atas makhluk yang bernama insan. Kalau anda adalah golongan 'insan' tersebut, anda adalah antara penyebab amarah aku walaupun dalam tidak sedar.

Seperti yang anda sedia maklum (ataupun tidak maklum), insan selalu menilai. Memang banyak yang mereka pertikaikan dan disini aku ingin tekankan penilaian mereka terhadap lelaki jambu. Pada pamahaman aku, lelaki jambu ini terbahagi kepada dua.

1). Maksud lelaki jambu yang pertama ialah lelaki yang kacak, macho, bergaya, berfesyen dan menjadi tumpuan para gadis yang terpandangnya.

2). Maksud lelaki jambu yang kedua ialah lelaki yang keperempuanan, cantik dan lembut.

Tapi setelah mengkaji dalam beberapa laman web ilmiah dan buku-buku lama, maksud sebenar lelaki jambu ialah lelaki yang memiliki rupa paras yang sedikit menyerupai perempuan, cantik, kulit licin, tidak berjanggut, kurang bulu badan dan tidak berjambang. Fenomena ini terjadi kerana kurangnya testosterone pada lelaki tersebut yang menyebabkan fizikalnya nampak kurang gagah dari lelaki biasa. Tetapi, semua ini hanya bersifat luaran sahaja dan bukan pada sifat mereka.

Namun pada pandangan aku berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri, golongan ini selalunya tersisih dalam masyarakat kerana dinilai dari luran sahaja tanpa perlu mengenalinya terlebih dahulu. Kemungkinan perkara itu adalah penyebab ramai lelaki jenis ini yang terjebak kedalam kancah kehinaan yang semakin popular zaman ini iaitu kaum nabi luth (gay). Tapi semua itu hanya pendangan aku sahaja. Alhamdulillah, aku bukanlah tergolong dalam golongan yang dilaknat tersebut. Semoga Allah mengampunkan dosa hamba-hamba akhir zaman ini.

Kenapa jambu? Kenapa perkataan jambu yang dipilih? Adakah kerana strukturnya yang licin? Ataupun warnanya yang berwarna merah jambu? Aku kurang arif tentang ini kerana tempat asalku tidak pernah pun menggunakan perkataan ini. Aku berasal dari negeri di bawah bayu. Kebanyakan lelaki dari tempatku ini memiliki rupa paras yang jambu, sama macam aku. Oleh itu, perkataan ini tidak pernah wujud dan aku tidak arif tentang maksud sebenarnya.

Kerana memiliki rupa yang sebegini, aku akan menjadi tumpuan walau dimana-mana pun aku pergi. Bukan perasan konon-kononnya orang nak tengok aku tapi ini memang kenyataannya. Aku tidak berbangga akan hal ini kerana ianya menjadi penyebab aku tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Aku takut dinilai dan aku lebih suka merendah diri dan bersembunyi disebalik bayang-bayang orang lain. Pelik kan? Ya memang pelik. Pada pandangan orang, memiliki rupa paras begini pastinya anugerah yang amat terindah sekali. Tidak sama sekali. Nikmat yang Allah berikan ini disertakan sekali dengan beban untuk menanggungnya.

Bila ada saja orang yang memandang aku dengan pandangan yang menghina sambil mengucapkan kalimah asid kepada aku yang berbaur kejambuan, aku pasti akan merasa geram kerana ini semua tidak patut menjadi bahan ejekan. Bagi aku, ini adalah anugerah, nikmat untukku. Oleh itu, pujian adalah lebih sesuai dari ejekan. Bukan aku minta dipuji tetapi perlukah perkataan ini menjadi lalat yang terngiang-ngiang di telinga aku setiap masa? Tidak perlu sama sekali.

Ingatlah, bukan semua insan itu sempurna. Aku paling benci orang yang mengutuk seseorang atas keadaan fizikalnya kerana fizikal itu adalah pemberian Allah. Orang yang juling, jonggang, cacat dan sebagainya dijadikan badut oleh golongan yang tidak berhati perut. Tidak dilupakan juga lelaki jambu yang hanya pada rupa ini. Aku tidak malu untuk mengaku yang aku ini adalah seorang lelaki yang jambu kerana hakikat haruslah diterima. Ini beban yang harus aku pikul selagi nyawa masih dikandung badan. Jambu aku hanya pada luaran dan bukan dalaman. Aku seorang lelaki normal.

Bukan semua jambu itu lembut. Ada juga yang batu, macam aku. Jangan menilai seseorang kerana rupa parasnya kerana mengenal hati itu lebih penting. Jasad tidak akan berkekalan tetapi hati yang mulia insyaAllah akan kekal hingga akhirnya. Aku sebagai lelaki jambu yang sejati mewakili semua lelaki jambu sejati didunia ini memberi kefahaman yang menyeluruh kepada insan agar lebih faham dan sensitif akan hal ini. Kepada lelaki sejati yang merasakan dirinya memiliki rupa paras yang jambu, ini ada beberapa kata untuk anda. Sebagai seorang lelaki, tempuhilah dugaan Allah ini dengan tabah kerana setiap sesuatu perkara itu tersembunyi hikmahNYA. Berbanggalah dengan nikmat yang diberikanNYA ini. Semoga Allah merahmati kita semua (macam ucapan persatuan jambu sedunia la pula..hahahaha...yuck!)

p/s: jangan tanya aku pakai produk pencuci muka apa sebab memang muka aku ni licin bak sutera walaupun tak pakai pencuci muka.


p/s: sensitif juga si jambu ni rupanya..wakakaka..(sebelum aku post entri ini, lebih seribu kali aku fikir nak post ke tak sebab isu sensitif tuk aku ni beb!!..akhirnya aku postkan la juga sebab nak bagi kesedaran kepada insan-insan tersebut)

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Jambu ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Thursday, May 12, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 9 komentar: di postingan Jambu
 

9 kesan cakar:

encHIx laNDax said... | May 12, 2011 at 7:22 AM

alamak broo..hati kapas la...rilek,diorang sebenarnya jelez..aku pun jelez ngan muke kau yg ala korea tu..patotnya kau je yang jadi ahli KPOP!hahaha

Sylangster Pressure said... | May 12, 2011 at 8:23 AM

aku ni lyn la juga kpop tu tp xde la smpi meniru jadi geli smpi mcm tu...hahahaha..buat lawak

sha said... | May 13, 2011 at 2:58 PM

panjangnya entri dia.. tapi baca sampai habis jugak.

Jambu? Biasa saja. Sama jer dgn llki yg lain. Pd pndpt aku la..

Sylangster Pressure said... | May 13, 2011 at 5:00 PM

tengs sha..mmg sm je pun tp ade org lain pndngnnya..nak kate jeles pn xleh gak..nti org ckp aku perasan pula..haha

sha said... | May 13, 2011 at 5:21 PM

yg aku tau, llki macho kurg minat nk kwan dgn llki jmbu.. kat DPP aku pun mcm tu. Kesian mamat tu. Dia mmg jmbu tapi tak lembut. llki lain tak nk kawan dan suka buli dia. kesian.

ko kena buli x? haha, soalan tak tapis..

Sylangster Pressure said... | May 13, 2011 at 5:34 PM

hahaha..mmg tak tapis..
eh kesian pula aku dgr nasib budak tu..lwn la..nak takut pe..
aku ni tak pernah pun kene buli selama hidup ni..
dulu mase kat u aku ni geng2 budak otai la juga..
aku ni slalu join ngan budak yang suke gitar n slalu masuk battle of the band..
x penah pun kene buli..berani nak buli aku? belasah kang..tgk sape buli sape..

sha said... | May 14, 2011 at 5:36 AM

TQ kerana tak tapis komen aku.. lalala~ sukanya hati berlagu girang.. hehe~

Tu la, kesian kat dia. Dia baik, sporting je.
Ok la tu, ko tak kena buli.. Biar org respek kita sikit.

Sylangster Pressure said... | May 15, 2011 at 2:11 AM

yg penting respek diri kite dulu baru la org nak respek kite..geram aku dgr cite budak tu..DPP ape ni?

sha said... | May 15, 2011 at 1:15 PM

MISC..