Loan and lending

Hari ni memang moody..entah la kenapa tapi kemungkinan besar pasal tak cukup tido kot..ye la, awal-awal pagi lagi aku dah bangun tengok Spain vs Germany..biasanya aku ni kalo kurang tido, aku akan ngantok je kat ofis tapi hari ni lain sikit..aku jadi sangat rajin tak tentu pasal, tp moody..ada je yang tak kena..entah la  kenapa hari ni lain sikit..huhu..
so?? apa kaitannya dengan tajuk di atas?? 

haaaa..ni la ni nak cite..kat tempat aku praktikal tu, ada 3 orang dak praktikal..2 dari UUM dan 1 dari UMS..dipendekkan cite..biasala kan, ktorg ni datang tuk menimba ilmu..tp ada juga la staf tuh yg suruh tu suruh ni, tapi kitorang tolong je la..kadang-kadang penat juga! tapi ikhlas je la wat keja-keja tuh..petang tadi, kitorang tanya la kat ketua bhgian pasal selok belok unit dokumentasi tu..sampailah dah nak masuk waktu asar jadi aku dan MON BULAT (kawan aku yang UUM tu) pegi la ni surau..plan nk sambung tanya itu ini lepas solat la..

then, pas solat tu kitorang datang la kat ketua nak sambung balik menimba dan membaldi juga membisin ilmu..tapi ketua tu cakap pegi jumpa kat dak UMS tu..tanya dia je..so kami ni ikut je la cakap dia..lagipun dak tu memang kitorang biasa pun..perbincangan kami ni berlaku kat bilik kebal (bilik simpan fail@stor fail)..dia ajak bincang dalam bahasa inggeris..so aku ni pun ikot je la..c MON BULAT pula cuma menyampuk-nyampu je..malu la tuuu..huh! 

mula-mula tu ok je..biar pun broken, tp hentam je la..ckp je..yg penting faham..malas sebenarnya nak fikir-fikir ni..tapi syok juga!hehe..makin lama, perbincangan menjadi semakin rancak..then, muncul la perkataan misteri yg menjadi topik hangat..LOAN dan juga LENDING..

hangat ke? xde la hangat..cuma dihangatkan je..dak UMS tu mati-mati nk juga dgn ideologi dia tentang words tu dan aku pun sama juga keras kepala..dua-dua tak nak kalah..masing-masing mempertahankan pendapat sendiri..

Ini idea dak UMS tuLOAN tu digunakan tuk pinjaman kecil, perseorangan, yang tak besar la..LENDING pula digunakan untuk pinjaman yg besar-besaran, syarikat besar dan seumpamanya la..katanya ini adalah istilah yg digunakan oleh bank..lagi satu, dia nak bandingkan words tu dgn WAS and WERE..tak sama la!! these words sama maksudnya..dan ada pngkhususan tuk PLURAL and SINGULAR..die cakap lagi, jangan ikut sangat buku-buku, pembelajaran yang skema tu..mesti fikir pakai otak..(macam dia cakap kami ni tak fikir pakai otak pula)..sape tak geram?!

Ini pula idea aku: LOAN dan LENDING tu tiada pun pernah dikhususkan tuk kecik ke besar ke sederhana ke...sebabnya, maksud LOAN dalam bahasa melayu ialah PINJAMAN. Manakala, maksud LENDING pula PEMINJAMAN...langsung tak sama!..pada pendapat aku, these words digunakan ikut kesesuaian ayat je..tiada pengkhususan pn..sebab maksud tak sama..

Tapi yg jadi masalahnya..yang sorang ni kalo dah bercakap, tak hingat dunia..cakap dengan kengkawan pun macam nak gadoh..ni kan lagi nak berdebat..kalo ada pistol kat tangan masa tuh, konfem tak bernyawa la orang yang didepannya..yang sorang ni pula berlagak pandai..suka putar belit..taknak mengalah biarpun dah konfem salah..haaa..bila dua kepala ni dh bertembung, jadi la api amarah..

aku marah la juga tapi tiada la sampai nak pukul ke apa..bagi aku, benda tu dah biasa..selalu je wat camtu kat membe-membe aku..tapi dak tu pula merajuk, cakap yang dia tu umur abang kitorang, aku ni tak hormat dia..suara aku tinggi, dia tak bole sabar kalo ada orang tinggikan suara kat dia. Pastu dia terus keluar dari bilik tu..huh! sooooooooooo sori..ni memang salah satu tabiat buruk aku yang sukar dikikis..sori la ye, ko terpaksa merasainya sebelum aku berjaya mengikisnya..ha ha ha

huh! penat aku menaip..dh la!buhsan la nak cite perkara mengarut ni..macam dak kecik gadoh je..

dengan ini aku sertakan la gmbr tentang tabiat dan aktiviti aku bersama MON BULAT..hehe

hahahahaha..gambar hanya sebagai hiasan k..lebih-lebih lagi yang tengah tu..saja je wat-wat tido kat atas fail yang berlambak..ni la keje kami, 1) bergambar.. 2) tido..hehe 3) main..kehkehkeh..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Loan and lending ini dipublish oleh Unknown pada hari Thursday, July 8, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Loan and lending
 

2 kesan cakar:

Moon said... | July 10, 2010 at 4:30 AM

Hahaaaa...da bez storiess...hohoohoo..mmg x patut pon..wlupon kita ne adeQ pada dia tpi kna juga accept our opinion..x semstinyaa suma yg dia ckp tul..wlupon dia tue dari kita...kita ada pendpt sdiri..yg btoll..hoohoo..x bley lupa..mcm budk2 kecik..pemikiran x matang..

Sylangster Pressure said... | July 11, 2010 at 12:45 AM

rilek ko geng..jgn emo2..yang penting kami dah berbaik..x smpi sehari pun..huhu