Blog ini tentang....??

Memang aku malas sangat-sangat tapi seperti apa yang aku pos kat entri aku sebentar tadi, memang aku tiada benda dah nak buat selain mengarut kat blog ni. Buka MukuaBuku pun dah bosan. Ntah la mana perginya dak-dak kat MukaBuku tu. Seperti yang anda sedia maklum, blog aku ni ada pembaharuan dah. Kalo terperasan ada tanda Read more kat bawah tu jangan la segan nak tekan. Itu akan membawa korang tuk masuk lebih dalam kepada cerita aku. baru je aku wat benda tuh. So, setakat ni ada 3 entri saja yang ada macam tuh.
Tunggu apa lagi, tekan la! hehe..

Blog aku ni memang membosankan. Aku tahu kalo ada yang membacanya pasti akan menguap ribuan kali. kalo tak pun dengan secepat kilat akan memindah siaran. Paling teruk pula orang akan report as inappropriate. Kejam! hehe..Tapi apa boleh buat la kalo orang nak buat macam tuh. Dah memang suka hati aku nak wat apa kat blog ni kan, terima je la.

Okay, kepada yang baru saja view entri-entri aku..korang adalah amat dialu-alukan. Terharu la juga bila ada yang sudi nak view, apatah lagi nak komen entri-entri yang ada. Kat blog ni je la korang akan mengenal siapa aku yang sebenarnya. Sebab kalo korang kenal aku dari luaran saja, tentu korang tak kan percaya dengan isi daging coretan blog aku ni. tapi memang aku suka mengarut pun. Jangan pecaya sangat kat aku ni. hahahahaha

Sebenarnya aku dah bersedia nak publish blog aku ni tapi kalo bole aku tak nak orang yang kenal kat aku tejumpa kat blog ni. Mesti aku akan dibuli teruk. hehe. biasanya aku ni yang kuat membuli dorang. So, i hope tiada la yang jumpa. Tapi kepada para intruders (sangat rude kan), anda adalah amat diperlukan. Mari klik FOLLOW secara berjemaah. Baru seminggu sahaja aku publiskan blog aku ni dan setakakat ni ada lebih kurang beberapa (sorang) je yang Follow aku. hehe..tapi kalo aku sendiri pun takkan folo blog ni..buhsan..ntah la cite apa-apa. Kalo interesting takpe la kan. Tapi ni cite sal diri sendire je yang hidup dalam kebiasaan dan kebosanan. Readers pun akan ikut bosan. (Kutuk blog sendiri masa pos entri tentang promot blog sendiri, bongoks kan?!)..arghhhh!!

Haaa, lagi satu..aku harap korang faham la dengan Bahasa Inggeris Sanskrit aku yang kat entri-entri lama tu..aku ni memang lemah BI. Jangan salahkan aku dengan Granma Grammar yang mengarut tu k..hehe..yang penting korang faham. Kalo ada yang tak faham, just drop a commnet la..naaaa, mula dah BI aku ni keluar..hehe

Oleh itu, aku nak korang klik sahaja button FOLLOW tu. Mana la tau kita akan menjadi rapat kan. Kawan bloging yang sejati. Mantap! hahahaha..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Blog ini tentang....?? ini dipublish oleh Unknown pada hari Saturday, July 10, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Blog ini tentang....??
 

0 kesan cakar: