Congrats!

Sebelum korang nak mentertawakan aku, ada seperkara yang aku nak perbetulkan..nampak tak tajuk entri aku kat atas tuh? haa..yg tu la..Congrats tuh..tau tak pe maksudnya? Mesti korang tak tau kan..hahahaha..aku sorang je kot yang masih idop kat muka bumi ni yang tahu akan maksud perkataan di atas (tajuk tu)..

Sebenarnya perkataan tu merupakan bahasa inggeris sanskrit yang telah diterokai oleh nenek moyang aku punye cucu cicit..so secara tak langsung, akulah yang menerokanya..korang tak caye? suka hati la!..Kepada mereka-mereka yang masih setia nak kene kencheng oleh aku leh la teruskan bacaan korang ye..

Sambungan..maksud perkataan tu jika di melayukan ialah " Alhamdulillah, aku tersangatlah gembira dengan pencapaian aku setakat ini"..best kan..taip sikit je tapi mempunyai maksud yang panjang dan lengkap..so, apa yang aku gembirakan ni? apa pencapaian aku? haaa..ni la ni nak stori..

Seperti yang korang sedia maklum (tu pun kalo dah bace entri aku yang bertajuk DESPERADO ME la), mesti korang akan merasa sangat sakit hati dengan entri tuh..(ceh, ngaku je la ko yang malu sendiri)..mana taknye..dengan rasa kurang kemaluan dan tanpa segan silu aku merapu, meminta simpati macam bongoks! arghhh!! Pernah juga terlintas kat ati kecikku ini tuk delet entri tuh tapi macam sayang pula..penat lelah aku menaip kan..bila aku fikirkan balik, aku batalkan je niat tuk buang entri tuh..setiap insan pasti akan melakukan kesilapan..so, aku biarkan je entri tuh tuk memperingatkan aku tentang kelemahan aku sebagai seorang insan..WOW! macam banyak pula ceramah aku kat blog ni kan..nanti aku nak try masuk imam muda la! layak ke?? hahahaha..

Dengan itu, aku nak meminta maaf la kepada diri aku sendiri yang dah lupe diri buat seketika..nasib baik la aku terbaca kat blog seorang insan ni (identiti beliau dirahsiakan) yang memperingatkan aku tentang tujuan aku menulis, melakar, menaip dan merapu kat blog aku ni..Tujuan asal aku adalah untuk berkongsi kisah hidup aku yang sangat biasa ni dengan mereka-mereka yang sanggup untuk membacanya..dan aku sudah pun menganggap 'mereka' yang aku maksudkan ni sebagai kawan aku..harap-harap kita akan kekal sebagai kawan dunia akhirat walaupun berkemungkinan besar kita takkan bersua muka..Sedih je kan ayat aku..hehehe..but dun wori..InsyaAllah, kalo dipanjangkan umo aku + ditambahkan rezeki atau lebih khusus, ditambahkan fulus + diberikan peluang dan masa..aku akan cari korang..suruh korang belanje aku makan..hahahaha..

Aku memang tak sangka ada juga yang nak baca isi-isi mengarut kat blog aku ni..dan aku sangat berterimakasihlah kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan hidup aku..(berkembang ke?)..bila ada sahaja komen kat entri aku, mesti aku akan senyum selebar yang mungkin..sampai tercantum hujung bibir kanan dengan yang kiri kat belakang kepala..beliv me..tak tipu ni..sangat gembira..tak terkata sebab aku tertaip je tuk balas komen korang..hehe..

Tidak lupa juga kepada Followers aku yang setakat ni dah 5 orang..sangat berterimakasih la kerana sanggup tuk mengikuti blog aku yang banyak kekurangan ni..oleh kerana banyak kurang, harap tunjuk ajar la dari kalian..Taklah tersia-sia entri aku yang berlambak macam kelemumur tu (ntah la nape kelemumur yang aku pilih tuk jadikan contoh)..hahahaha..Kalo ada masa terluang, berkunjunglah ke entri-entri aku yang sebelum ni..hehe..Walaupun hanya berlima, tapi aku amat bersyukur kerana setakat pemerhatian aku, blogger yang ada ramai Follower tu tak semestinya akan diberikan perhatian dengan sepenuhnya..tak macam aku ni, kena sayang..(perasan!)hehe..

Tujuan sampingan aku tuk buat blog ni ialah tuk mendapatkan kawan baru. Harap-harap adalah insan yang sudi tuk berkongsi kisah dan pengalaman dengan aku..saling bertukar-tukar pendapat dan memperingati antara satu dengan yang lain..Semoga persahabatan maya kita ni akan diberkati la, amin..

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Congrats! ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Tuesday, July 13, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Congrats!