Hadiah dalam mimpi

Assalamualaikum..
Balik-balik cerita pasal mimpi kan..tapi apa boleh buat la, aku memang lebih suka tinggal di dalam mimpi daripada hidup di alam nyata ni. Kalau dalam mimpi, semua pun boleh. Macam di syurga, walaupun aku belum penah lagi melihat apatah lagi menjejakkan kaki ke syurga. Tapi konfem la kat syurga lagi besh. Tak dapat kita bayangkan. Wallahua'lam. Sekarang ni macam biasa la aku online kat ofis dengan laptop antik aku ni. MON BULAT sedang melakukan tugas yang diberikan manakala aku sedang membelakangi dia sambil online dengan poyonya. Yup, tugas aku adalah memerhatikan dia. Memang aku dah biasa diberikan tugas berat sebegini. Tapi aku redha je la. Sudah itu yang diberikan. So, aku tengok je la.

Based on the topic, hadiah. Yup. Aku memang suka hadiah. Rasanya tiada seorang pun makhluk kat muka bumi ni yang tak suka hadiah. Rasanya la. Mungkin ada juga yang tak suka kot. Hadiah ni ialah barang, ataupun anything yang diberikan kepada kita atas sesuatu event seperti masa birthday dan sebagainya. Kalau yang diberikan tanpa sesuatu event tu, hadiah tersebut akan dianggap sebagai sedekah. Ni mengikut pemahaman aku je la. Laaa..tak kan la korang tak tau. cet! wat penat je taip. Korang tau rupanya. hehe..

Aku sengaja buat title tu macam tu sebab hadiah yang aku impikan ni tak mungkin akan diberikan oleh sesiapa pun buat selama-lamanya. hahaha. Tapi tak kesah la. Yang penting mimpi aku indah. huhu. So, mari tengok hadiah dalam mimpi aku..jeng3x..

1) Supra Sneakers

Inilah idaman hatiku. Yang memang hanya akan wujud dalam mimpi aku sebab harganya yang sangat menyakitkan mata dan hati bila memandang. Nak pegang pun rasa takut-takut. Almaklum la, orang miskin. hahaha. Pasal tuh la aku tunggu orang hadiahkan je kasut ni tuk aku. Kalau dah kerja pun nanti maybe aku tak kan sia-siakan titik peluh aku hanya tuk kasut ni. Macam tak berbaloi. tapi sangat berbaloi kalau dapat hadiah kasut macam ni. hehe..Mana la tau ada yang dah kaya sangat, sampai dah tak tahu mana nak buang duitnya..haaa..orang-orang macam ni la yang orang-orang macam aku ni perlukan. Bak sini hadiah!! Nak Supra..amik kau..hua3..





















Haa..inilah antara design Supra yang menambat hati sanubari aku. Tapi kalau nak bagi design yang selain ni pun boleh. Bagi la. Nak nak nak..hahaha..macam la ada yang nak bagi. lalala~~

2) Sony Walkman w250

Sebelum ni aku dah beli yang jenis w202 tapi tak se'best' yang terbaru ni. Yang baru ni waterproof! Pasal tuh la aku nak beli yang the latest ni.

3) Tiket percutian ke Korea

hahaha..yang ni memang tak boleh blah. Tapi kalau nak bagi pun apa salahnya kan. hahaha..

Semakin lama aku masuk ke dalam mimpi aku melihat list impian aku, semakin mengantuk la pula..aiyakk!! dush3x(pukul kepala sendiri)..tak boleh jadi macam ni. Aku mesti tengok MON BULAT wat kerja. huh!! okay la, jangan lupa bagi aku hadiah tu semua k..ill wait for all of these present in my dream. hehehe..Selamat berpuasa!

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Hadiah dalam mimpi ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Wednesday, August 11, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 7 komentar: di postingan Hadiah dalam mimpi
 

7 kesan cakar:

kata kila said... | August 11, 2010 at 8:06 PM

besokkkk aku belikan! tapi macam biase lah.bgi aku duit dulu

hentakbelipat said... | August 11, 2010 at 8:23 PM

Pehh..kasut tu mmg smart!!

Sylangster Pressure said... | August 11, 2010 at 8:57 PM

@kk
baik aku beli sndr..cet! ha3

@hentakbelipat
makin mhl makin la smartnye..hehe

FCUTEAM said... | August 12, 2010 at 3:26 AM

kasut tu memang menenangkan mata sungguh.. adoi.. lawa tul.. kat langkawi mane nak ade.. =__="



Aiz latest entry
Orang bukan Islam kata Bulan Puase nih Bulan Pesta makanan?

Sylangster Pressure said... | August 12, 2010 at 4:34 AM

@aiz

ha3..Aiz berenang je pegi Penang..konfem ade..hehe..

Rainbow said... | August 12, 2010 at 6:05 AM

perghh ko nyer taste mmg superb ah...
semat seyy.

bengkrap kampeni beqaih bapak gue. tapi ada ala2 kasut but yg g noreh getah tu, amcam nak x? yg pua cu kang nye lagi best. kuneng!!

Sylangster Pressure said... | August 12, 2010 at 6:33 AM

@rainbow

mmm..bia aku pikiaq sat..tp dah org nak bg kan, amik je la..pakai ke tak lain crita..hehe