Tips menghilangkan mengantuk

Assalamualaikum..
Hi all!! aku kembali lagi memeriahkan blog aku ni setelah sekian lamanya aku terperuk kat kampung tak dapat online..kali ni aku tak nak guna bahasa sabah sebab aku malas nak translate. kalau aku tak translate, komfem korang tak faham so aku wat dalam bahasa standard je la..

Sebenarnya aku takde idea langsung nak tulis apa tapi jari jemari aku ni berkobar-kobar pula nak buat entri. Seperti yang biasa aku lakukan, bila idea aku tiada aku akan merapu tak tentu hala tuju. Harap para pembaca tak hilang kewarasan setelah membaca hasil merapu aku. Simptom ketiadaan idea ni mungkin pasal otak aku sekarang ni berada di perut iaitu dikedudukan yang salah. Asyik rasa lapar je. Ni mesti pasal aku melahap tak hingat dunia masa sahur tadi..ish3x..anak siapa la tu..

Setelah memerah otak aku yang kat perut tuh rasa nak kencing pula dapatlah idea tuk tulis kat blog ni..dan idea tuh adalah seperti yang di atas; tips menghilangkan mengantuk.

Tips ni hanya sesuai dipraktikkan oleh orang-orang yang mempunyai kemahiran lakon yang tinggi, tahap poyo separa sedar dan ketebalan muka yang setebal buku teks sejarah tingkatan lima.

1) Bila kat kuliah, mesti anda selalu je rasa mengantuk lebih-lebih lagi bila lecturer yang mengajar tuh memiliki suara yang merdu, yang memang sesuai je didengar sambil menutup mata. Suara merdu itu seperti memanggil-manggil anda untuk masuk kedalam alam mimpi indah. Bila keadaan ini berlaku, kaedah yang paling sesuai digunakan ialah 'Suara aku lagi merdu'. Kaedah ini menitik beratkan penggunaan vocal terpendam anda secara minimum iaitu hanya anda dan orang berhampiran anda sahaja yang akan mendengarnya. Humming (bernyanyi sambil menutup mulut) juga sesuai digunakan sekiranya nafas anda memiliki aroma bangkai biawak. Dengan humming, aroma itu akan terpelihara dalam mulut anda tanpa sebarang gangguan seksual.

2) Satu lagi kaedah yang boleh dilakukan sekiranya anda berada di dalam situasi dia atas ialah kaedah 'Lagu ini selalu ku dengar'. Kaedah ini berada di tahap yang separa kritikal kerana anda memerlukan beberapa alatan canggih yang hanya golongan berada mampu miliki. Sekiranya anda memilikinya, anda adalah golongan berada dan sila bunuh diri..wooopss!! Maaf. Gangguan emosi seketika. Alatan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit dan juga fon telinga. Kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan suara-suara merdu lecturer itu untuk merasuk otak dan fikiran anda yang memang dah tinggal separuh itu. Caranya mudah sahaja. Dengar radio atau mp3 handphone anda.

3) Kaedah seterusnya sesuai digunakan dalam situasi dimana perasaan mengantuk yang datang kerana kurangnya tidur. Mengikut kajian, faktor terbesar pelajar selalu lambat tidur adalah kerana ingin menyiapkan assignment yang sudah diberikan tahun lepas tapi baru sahaja disiapkan untuk semalaman sahaja. Tahap kecairan otak anda akan berlipat kali ganda hanya demi menyiapkan assignment tersebut. Ini akan menyebabkan mata anda seperti bebola api kerana berkobar-kobar melawan rasa mengantuk. Jika ini situasinya, anda digalakkan agar memberikan upah kepada sesiapa yang anda rasa sangat miskin untuk menyiapkan assignment tersebut. Bagi upah yang setimpal dan terus tidur. Nescaya rasa mengantuk itu tidak akan wujud keesokan harinya. Kaedah ini dinamakan sebagai 'Mataku merah matamu duit'.

4) Kaedah seterusnya ini juga sesuai digunakan dalam situasi di atas iaitu 'Meniduri'. Kaedah ini hanya boleh digunakan dikala hening membingit diri. Caranya sangat mudah iaitu tidur sahaja di atas assignment yang berlambak itu dan redha menanti keputusan yang bakal memberangsangkan ibubapa anda.

5) 'Mari menyedekahkan kebaikan'. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan dalam semua keadaan kerana tahap kesenangannya yang melampaui batas. Caranya, cari satu gosip panas yang baru sahaja siap dimasak dan terokai gosip tersebut bersama rakan anda sehingga termengumpat, tercaci, dan sebagainya. Selalunya anda akan ditemani oleh golongan cendekiawan jahanam yang bernama syaitan ketika menggunakan kaedah ini. Semakin hangat gosip anda itu, semakin hilanglah rasa mengantuk anda dan semakin panaslah api neraka yang menunggu anda.

6) Nama saintifik bagi kaedah seterusnya adalah berasal dari bahasa rusia tetapi setelah dimelayukan, kaedah ini berbunyi 'Gelak bebas ilmu'. Cara ini lebih mudah untuk dipraktikkan berbanding semua yang di atas tetapi hanya golongan yang memiliki tahap waras dibawah normal mampu untuk melaksanakannya. Jika anda tergolong di dalam golongan ini, cuba anda lihat sekeliling. Lihat orang yang duduk di hujung. Di depan. Di tengah. Cari apa sahaja benda yang boleh menggelikan tekak anda. Anda akan gelak-gelak sehingga anda pun tak tahu macam mana nak berhenti. Jika rakan anda tergolong dalam golongan ini juga, mereka akan terjangkit untuk gelak bersama anda walaupun tidak mengetahui apa penyebab anda gelak. Nescaya anda tidak akan mengantuk.

7) Pernahkah anda terdengar bahawa dengan meminum kopi, anda akan dapat menghilangkan rasa mengantuk kerana kefein?? Dan pernahkah anda mencubanya? Adakah berhasil? Namun ternyata semua itu salah. Kerana kafein sahaja tidak mampu untuk menghilangkan penyakit mengantuk ini. Magnesium, vitamin c, fosforus, cuka, belacan dan banyak lagi bahan lain yang diperlukan untuk membunuh penyakit mengantuk ini. Kaedah yang dimaksudkan ialah 'Perisa mimpi dan syurga'. Bahan-bahan yang diperlukan adalah mudah didapati iaitu beg boleh kitar, air suam, bulu kucing berwarna biru, sedikit habuk loker dan kertas kuiz yang bermarkah rendah. Ambil bahan-bahan tersebut dan blender. Jangan diminum! Sapukan ke seluruh muka dan pergi ke kelas, InsyaAllah anda tidak akan mengantuk lagi kerana sentiasa terdengar bunyi-bunyi aneh seperti gelak hilai di dalam kelas. Abaikan. Yang penting anda berjaya mengatasi masalah mengantuk. Anda juga membantu mereka yang lain mengatasi rasa mengantuk kerana menggelakkan anda.

8) Kaedah terakhir merupakan kaedah yang paling susah. Jika anda tidak mempunyai kecekalan, diharap anda menghindarkan kaedah ini. Kaedah ini dinamakan 'Meja ini sudah ku miliki' kerana kaedah ini hanya taiko dan otai sahaja selalu buat. Caranya seperti begini. Duduk di tempat anda dan terus tidur di atas meja. Gunakan skil-skil yang stylo untuk tidur di atas meja bagi memiliki parut tidur di muka yang bergaya dan terkini. Elakkan menggeluarkan toksik berupa cecair dari mulut anda yang mampu membentuk peta kampung kediaman anda. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan kini.

Okaylah, sampai di sini sajalah tips untuk kali ini. Nantikan tips-tips terhebat pada masa akan datang..Selamat mencuba!!

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Tips menghilangkan mengantuk ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, August 22, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 9 komentar: di postingan Tips menghilangkan mengantuk
 

9 kesan cakar:

kata kila said... | August 22, 2010 at 10:35 PM

serious aku pernah tertido kat opis. tu takpe lagi.ni siap bos lalu lalang lagi.aku tk bgn2 lagi pergh

Wan Zulqhairi said... | August 22, 2010 at 10:39 PM

Kamu dapat award..ambik kt blog saya ekk..

zikeryhassan said... | August 23, 2010 at 7:35 AM

aku selalu praktikkan yang last tu. memang. muhahaha

Sylangster Pressure said... | August 23, 2010 at 1:57 PM

@kk

ko mmg cekal..tahniah krn berjaya mnyakitkn ati bos ko..hua3

@wanhairi

ok tengs

@zikery

wat peta ek? eishhhh~~

Sudir Suichi said... | August 24, 2010 at 6:59 AM

emm~~ aku mmg perlu amalkan tips ko nih.. aku selalu mengantuk tak kira masa even dalam bilik guru atau dalam bilik darjah~~ huaaarghh~~~~

Sylangster Pressure said... | August 24, 2010 at 5:24 PM

@sudir

hahaha..berguna kn tips yg aku bg ni..hehe..amalkan ye..

MissXYZ a.k.a Abaikan said... | August 25, 2010 at 12:29 AM

tq sudi kongsi. sy mmg selalu mengantok... ho3

Ned Gumbilai Tumunda said... | September 7, 2010 at 12:46 AM

hahaha... lawak2.. hehehe

shamyheart said... | May 16, 2011 at 9:12 AM

Haha~ mcm2 kaedah daa~