Six-pack

Assalamualaikum..
Sekarang ni aku baru je balik dari airport KKIA. Aku pergi hantar nenek aku, nak pergi umrah. Tapi aku dah terlambat, nenek aku dah masuk dalam, aku lambat datang dari ofis. Aku terlepas adegan pancutan air mata para famili aku yang ntah la kenapa nak nangis. Heran aku.

Masih lagi penat ni tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal impian aku nak ada body yang ketul-ketul macam model yang kat tv tu. Yang dengan yakin je tayang body die kat mana-mana. Tapi aku takde la niat nak tayang-tayang. Hanya sekadar kepuasan saja. ceeee....

Orang cakap, kalau lelaki muka jambu yang ada body ketul-ketul ni selalunya gay. Aku tak tahu la betul ke tak sebab aku tak penah pun ada kawan gay. Kalau ada pun hanya setakat kenal gitu-gitu je. Kawan kepada kawan aku. Adelah 2 3 orang. Tapi body biasa je pun. Takde la ketul-ketul. Tapi tak tau la, aku tak tengok pun body orang.

Pastu orang cakap, kalau tinggi yang macam aku ni tak sesuai ada body yang ketak-ketak. Geram tau bila orang cakap macam ni. Tau la aku ni tinggi dari yang rendah tapi aku nak juga body yang macam tu. Tak adil! Nak juga!!

Tadi bila aku tengok belog encik Ben Ashaari yang badan macam badang tu, rasa cemburu tu memang la ada tapi aku taknak la body aku jadi sampai macam tu. Memang tak sesuai kalau tinggi yang macam ni. Nak yang biasa-biasa saja tapi ada bentuk body yang mantap. Barulah hot! haha..

Aku ni cakap je lebih tapi tak pernah pun nak buat. Dulu masa kat U, aku pernah juga pergi ke gym. Tapi sekejap je bertahan sebab aku takde member. Malu la aku nak buat angkat-angkat menatang tu semua sendiri. Mesti nak ada member juga baru aku nak pergi. Akibatnya, terbantutlah ketulan otot aku. Ketulan lemak jangan cakap la, memang berlambak. haha..

Sekarang ni kalau ada orang yang tak nampak aku setahun lebih, ada yang cakap aku kurus, ada yang cakap aku gemuk. Aku pun tak faham aku ni kategori mana. Pelik kan! Ah aku malas nak kisah apa orang cakap sebab dalam masa terdekat ni juga aku akan mula nak pergi gym dan joging.

Aku nak pergi gym, joging dan diet at the same time hanya bila masanya sudah sesuai untuk aku berbuat sedemikian. Nak tengok bajet, masa dan sebagainya. Sekarang aku masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran tempat tinggal baru aku ni. nanti bila aku dah ada member tuk ajak pergi gym, baru aku pergi. Perangai masih tak ubah! haha..

Harap-harap berjaya la niat aku ni. Nanti kalau body aku dah ketul-ketul, barulah aku dengan yakinnya berposing depan kamera sambil buka baju. Ehhh!! Gedik. Tengok la nanti, aku nak juga lihatkan result aku pergi gym kepada korang. Mesti nak bagi tengok gambar juga kan. haha..Takpe, nanti aku amik gambar versi tutup aurat tapi nampak ketak-ketak. Nak? (Dosa juga la bongok). lalala~ Orang yang ade six pack pun tak tunjuk, aku pula yang nak lebih-lebih. Belum pun ada dah perangai macam ni. Entah la jadi ke tak impian aku ni kalau dah macam ni niat jahat aku. haha..

Orang ada six-pack, aku ada one-pack. Oleh itu,, perlukan masa satu tahun baru boleh dapat six to eight-pack. Nanti the first day aku mendaftar kat gym, aku bagitau korang. Kita count day sama-sama. Tengok aku tahan ke tak. haha..




Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Six-pack ini dipublish oleh Unknown pada hari Wednesday, May 25, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Six-pack
 

2 kesan cakar:

shamyheart said... | May 25, 2011 at 1:51 PM

Semoga berjaya ye, bro =)

kita nnti kan saat itu

Unknown said... | May 26, 2011 at 3:27 AM

tengs bebeh!

yg pastinya aku belum mula lagi la..haha