Geram yang pelbagai

Assalamualaikum..
Banyak yang aku geram lama ni. Antaranya:

1). Sepatutnya sekarang ni aku sudah dibuai dengan mimpi yang terindah, tapi mata aku ni buat hal pula. Tak dapat nak tidur. Bongok. Rasa macam panas sangat. Rasa silau biarpun lampu dah tutup. Rasa macam bising je sedangkan sunyi. Macam dalam gua dah ni. Tapi kenapa aku tak dapat nak lelapkan mata? arghhhh!!

2). Semalam masa kenduri ada budak digelakkan sampai nangis hanya kerana budak tu pakai tudung. Budak-budak yang lain gelar budak tu 'perempuan tua'. Tergelak juga aku tapi sambil gelak-gelak aku belasah satu-satu. Tarik rambut, cubit, dan pelbagai jenis seksaan yang tidak patut dilakukan kepada budak-budak comel. Tapi aku terpaksa buat supaya pemikiran budak-budak tu tak kolot dan bermentaliti lemah. Akibatnya, aku kena marah. Tapi oleh kerana aku ni ade bongok sikit, aku buat bodoh je. Then, ade pula 2 3 orang tua yang makcik pakcik buat benda yang sama kepada budak bertudung tadi tu. Terus aku blank. Tak tahu nak buat apa.

3). Sekarang ni aku diet. Bukan diet tak makan apa-apa cume diet makan sekadar keperluan saja. Tapi sekarang ni kat tepi, belakang dan depan aku ada banyak timbunan bekas keropok yang dah kosong. Nampak sangat aku dah gila. Berat aku makin lama makin meningkat. Leher aku pun macam dah tenggelam oleh lemak. Jangan sebut pasal perut la, bikin sedih je. orang cakap lelaki ni jangan la diet-diet, diet tu untuk perempuan je. Eh suka hati ko je kan. Diet ni untuk semua la, untuk sihat. Bukan macam ko tu balik-balik masuk hospital, banyak sangat penyakit. Bongok sendiri sudah la jangan nak ajak aku pula.

4). Ustaz aku selalu cakap dulu masa masih sekolah bahawa penyakit itu adalah satu nikmat. Sampai ke hari ini, aku masih lagi tak faham. Sumpah aku tak faham ape maksud ustaz aku tu. Pernah sekali masa aku tengok cerita Heroes yang ade super power tu, faham la juga aku sedikit tentang sakit itu adalah nikmat tapi..itu khayalan je. Tak mungkin akan terjadi kepada aku. So, aku masih tak faham. Hidung aku ni tersumbat-sumbat sampai susah aku nak tidur. Okaylah, nikmat kan..terima je la!

5). Bila aku baca belog orang, aku geram. Tengok follower dia punya la ramai. Tapi bila aku tengok isi entri dia, tak best pun. Tak tercalon pun dalam list blog yang aku suka link. Cemana dapat follower sampai ramai macam tu pun aku tak tahu. Tengok orang dia, okay la ada rupa. Korek lagi sampai ke entri dia yang lama-lama..owh! ok..di sana aku tersentak..rupanya dia ni mula dari bawah juga. Yang dulu-dulu punya entri memang best. Sekarang ni bila dia dah ada follower yang banyak, lagi banyak dari rambut aku, dia punya entri dah jadi macam gitu-gitu je. Tak best. Tiada isi pun. Tapi nak kata aku respek tu belum lagi la sebab aku tak kenal lagi dengan beloger-beloger tersebut. Nanti aku datang skodeng lagi. Kau tunggu! Geram!!

6). Semut kat rumah ni watervor. Sebab semut ni gila minum air. Pastu, air suling semut-semut tu tak nak, air yang dah masak la juga yang dikerumuni. Geram tak kalau korang yang jumpa semut macam ni. Semut pun dah gila ke? Apa kes? Pernah sekali aku try, letak satu gelas air paip dengan satu gelas air masak. Air paip tu suci tak berpengunjung pun tapi air masak tu macam ada pesta semut je. Pastu aku tak puas hati kot-kot la semut kat rumah ni betul-betul dah gila kan aku try la letak satu gelas air masak dan satu gelas air milo (air manis). Tapi kalau semut tetap semut la juga. Tamak! Dua-dua gelas tu penuh dengan semut. Oleh kerana aku tak puas hati, aku bawa gelas-gelas tu ke sinki dan terus basuh. Baru tau ko semut! Ko curi lagi air aku siap la ko!

Geram sangat la malam ni! argh!!! Semua berpunca kerana aku masih belum tidur lagi. Bongok!

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Geram yang pelbagai ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Sunday, May 22, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Geram yang pelbagai
 

3 kesan cakar:

syrupmasin said... | May 22, 2011 at 9:54 PM

haha..banyak betol geram nye :D

Anif Abdullah ® said... | May 23, 2011 at 7:31 AM

aku plak naik pening bc kegeraman ko ni.haha..tapi btui ah,kdg2 follower ramai pon xsemestinya entry dia WOW..:p

sha said... | May 24, 2011 at 12:49 PM

Lawak jugak la ko ni, kadang-kadang..

Paling lucu, pasal experimen semut ko tu.

Tapi, kesian kat budak yg pakai tudung tu..

Aha, jgn tgok pada follower yg ramai jer. Isi belum tentu best. Kalau ko nak follower ramai, meh menuntut dgn aku. *bajet je aku ada follower ramai.. Hihi~

jangan marah aku, k.. Aku dah tak lama dengan korang.