Battle of the band

Assalamualaikum...
Sekarang ni aku tengah layan lagu-lagu kat youtube. Nak cari lagu sebenarnya ni. Sambil-sambil tu aku layan la lagu-lagu yang ada. Malas aku nak buat macam ni tapi aku terpaksa. Nak cari lagu untuk Battle of the band nanti. Ahli kumpulan bertaburan entah ke mana tapi aku terbelenggu gara-gara nak tolong sorang member ni yang nak sangat join pertandingan tu. Aku ni okay je, senang dibawa berunding. So, dengan semangat yang sepoi-sepoi bahasa, aku pun promise la nak tolong dia.

Tolong apa tu ek? Tolong cari lagu ke? hahaha..walaupun muka aku yang macam ni, jangan disangka aku ni jenis yang buang tepi je k. Aku yang cikai macam ni pun ada juga band tau. Walaupun ahli band aku ni tukar-tukar, at least ade la kan. Ikut pertandingan itu ini, buat persembahan (macam la artis), aku la antara muka-mukanya. Tapi oleh kerana aku ni down to earth, orang tak kenal aku (sedangkan orang tak kenal sebab tak best, haha).

Tadi aku cari lagu, member aku nak main lagu rock kapak melayu, tapi aku tak nak. Dah bosan. Nanti juri pun bosan. Balik-balik lagu tu je. Macam dah takde lagu dah. So aku bagi cadangan nak main lagu omputeh. Cari rock kapak omputeh (ade ke?). Tadi aku klik youtube situ sana sini, jumpa lah beberapa lagu yang boleh la bikin meletup hati juri. Antaranya ialah:


Tapi member aku tu meragui vokal aku. Dia cakap nanti aku nyanyi lagu tu tak sampai key. ceh! merendah-rendahkan tahap vokal aku yang power ni. haha..Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, betul juga tu. Nanti pecah pula suara aku masa on stage, sape malu? Akuuu juga.

Pastu aku fikir-fikir la nak bawa lagu apa yang sesuai. Tiba-tiba aku teringat dulu aku selalu layan band punk rock omputeh yang ubah lagu pop jadikan rock. Tak caye? Ni kisah benar ni. Macam lagu britney spears, pussycatdolls, keysha, rihanna dan ramai lagi dijadikan lagu rock. Mantap beb! Ni contoh lagunya:


Tapi kan..hmm..macam susah pula nak main lagu-lagu macam ni. Macam nak kena pakai banyak instrument. So sekarang aku dah buntu nak main lagu yang macam mana. Aku nak cari lagu yang orang jarang nak main tapi best dan semestinya lagu tu mestilah rock!! bebeh!!!!.

Korang ada idea tak? Cube dengar suara aku kat sini (link) kot2 ada idea lagu apa yang sesuai untuk aku. Nanti aku bincang dengan ahli band aku setuju ke tak main lagu cadangan korang. 

(hah! jangan la gelak..tau la suara aku tak sedap..dem!)


Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Battle of the band ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Thursday, May 26, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1kesan cakar: di postingan Battle of the band
 

1 kesan cakar:

zikeryhassan said... | May 27, 2011 at 4:06 AM

kau try lagu siti nurhaliza ja. ahaha