Romantik II (link)

Assalamualaikum..
Sejak entri yang sebelum ini link aku publish-kan, ramai pengunjung yang datang melawat belog aku terutamanya melawat entri tersebut. Pengunjung kepada entri itu melonjak naik sampai ke ratusan pengunjung dalam satu malam yang mana merupakan satu pencapaian terbesar belog aku pernah capai setakat ini. Memandangkan belog aku ni bukanlah belog fofular, itu memang membanggakan. Kembang hidung sekejap.

Tapi hidung mengempis semula bila entri aku yang link tu langsung tidak mendapat sambutan. Konon-konon nak minta tolong sedangkan tujuan utama aku hanya nak perkenalkan belog je pun.haha. Mungkin pasal niat terpesong lah entri tu tak mendapat sambutan. Tapi ramai juga la yang komen (boleh la, ramai la tu). Percubaan pertama aku, buat macam contest tapi bukan contest pun sebenarnya.

Disini aku nak bahaskan kembali komen para pengkomen pada entri tersebut.


1/.
maskolis
Just be your self,
no matter what they say
no matter what they do
Karena jadi diri sendiri itu lebih baik, daripada memaksakan diri untuk berbuat bukan seperti kehendak kita. Kalo memang nggak romantis, ya jangan dipaksa. Berikan apa adanya dirimu kepada dia... jangan menjadi orang lain



^ai-mie : 아이-미^
same like maskolis... just be urself and let her accept u the way u re... sometimes being urself is more romantic other than pretend and tried to be one... :)
*kata-kata dari seorang yoja yang tak suka romantik namja...


Masidah Mat Nasir
Dik,
romantik bergantung pada pemberi dan penerima...tak semestinya setiap masa romantik...tetapi mengingati special day, saja nak surprise dgn bunga sbg contoh. Tetapi jadilah diri sendiri kerana jika kita memaksa diri kita menjadi bukan diri kita, ianya tidak akan kekal...sepatutunya adik menerima dia seadanya begitu juga sidia...ok tak agaknya apa akak komen nih..  




Pertama sekali terima kasi kerana sanggup datang dan komen entri ni. Sebelum aku melakarkan sepatah dua kata, we can always be agree to disagree.


Memang benar menjadi diri sendiri itu lebih baik tapi dalam hal ini aku cuba untuk menjadi lebih baik, bukan cuba untuk jadi orang lain. Aku ingin menjadi lebih baik dari yang sedia ada. Rasanya tak salah bukan? Aku masih lagi diri aku cuma aku menjadi lebih baik dari diri aku yang dulu. Itu pendapat aku.

2/.
t e m b u m e
ni contest ke ape ni? hhahahaha
ah! 10 hegget je? TAKNAK!
:P



Percubaan pertama aku. Nak buat contest tapi tak berani dan buat contest betul-betul dan tak yakin. Dan seperti yang cik tembume nampak, entri macam contest itu tidak menjadi dan tidak mendapat sambutan. hah ko! rm10 tu ingat ade kat tepi jalan ke dah kire bagoz la tu aku nak bagi..haha

Kepada ratusan pengunjung aku yang lain tu, terima kasih kerana sudi untuk datang menyesakkan trafik aku. Terima kasih banyak-banyak. Lain kali aku akan luangkan masa jenguk belog korang pula, yang penting ada tinggalkan jejak kat shoutbox.

Pasal romantik.
Aku tahu la juga sedikit sebanyak tentang romantik ni. Dan aku tidak menyangka ramai juga orang di sekeliling aku ni romantik. Contohnya;

1. Dalam bas mini muat 11 orang je kalau aku tak silap. Tapi ada juga pemandu tamak yang paksa penumpang naik juga walaupun tempat duduk dah penuh. Dah nama bas mini kan, tak dapat la nak berdiri. Apa lagi kesian la si gadis yang menjadi mangsa si pemandu yang tamak. Bakal mencangkung la si gadis molek itu. Tapi belum sempat lagi dia naik bas, ada seorang jejaka gentleman yang dia tidak kenal menawarkan tempat duduknya kepada gadis itu dan sanggup bertukar tempat walaupun tidak berkenalan. Romantik tak?

2. Masa kat dalam bank, selalu saja nampak para jejaka budiman dengan gentlemannya membukakan pintu untuk para wanita. Ada juga yang sanggup mendahulukan para wanita ketika berbaris untuk mengambil nombor giliran. Rasa macam romantik la pula. Tak gitu? haha..walaupun tidak berkenalan..

3. Ada satu kali tu aku keluar dari ofis pada waktu petang la kan balik dari ofis lepas waktu kerja, masa tu hujan lebat. Tapi angin tak kuat. Aku keluar dengan payung la menuju ke stesen bas, dekat saja dengan tempat aku kerja. Di belakang aku, ada seorang awek yang basah kuyup tidak berpayung sedang berjalan menuju ke stesen bas yang sama. Aku di seberang jalan, oleh itu aku tidak dapat memberi bantuan dan teduhan kepada awek tu. Tiba-tiba ada seorang gentleman datang menawarkan payung kepada awek tersebut. Mula-mula tu aku nampak macam awek tu menolak pelawaan jejaka tu tapi jejaka tu macam kejar juga awek tu dan bagi awek tu tempat perlindungan dari hujan dengan payungnya. Aku tengok saja gelagat dua sejoli yang baru kenal itu dari jauh. Nampak romantik tau..!!haha..tau juga aku pasal romantik-romantik ni rupanya..haha

Kisah di atas adalah kisah benar. Sekian saja dari aku. Aku romantik! hahaha..


Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Romantik II (link) ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Thursday, May 5, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1kesan cakar: di postingan Romantik II (link)