Romantik? Tolong aku..

Assalamualaikum..
Masa tengah taip entri ni pun aku tengah terbayang-bayangkan wajah si dia. Waaa..macam orang gila pula aku kan..almaklumlah dah lama aku tidak merasa keindahan bercinta..ceh! haha..geli kan..hahaha

Suatu hari tu, ada seorang gadis datang ke bank. Entah la kenapa aku macam tak boleh lepas dari memandang dia. Dan oleh kerana aku tak nak lepaskan saja peluang begitu saja, aku beranikan diri minta nombor telefon dia dan akhirnya..dapat! yeah!!

(Setakat itu saja yang aku boleh share, yang lain tu dah masuk private life..haha)

Tadi dia cakap dia suka lelaki yang romantik. (aku yang tanya)

Sebenarnya aku ni kurang pengetahuan sedikit tentang romantik-romantik ni. Adakah aku seorang yang romantik? Aku pun tak tahu tapi aweks aku yang sebelum-sebelum ni kemungkinannya terpaksa saja terima aku seadanya walaupun tak romantik, mungkin. Oleh kerana aku ingin menjadi semakin maju, aku nak belajar macam mana nak jadi romantik.

Entri kali ni khas nak minta tolong dari para rakan beloger yang budiman sekalian. Tolong ajarkan aku apa, macam mana, bagaimana nak jadi romantik. Apa yang perlu aku buat, apa yang tidak perlu aku buat dan sebagainya. Caranya senang saja, korang buat satu entri khas untuk aku menerangkan tentang romantik mengikut pendapat korang masing-masing. Yang paling penting, korang link-kan belog aku dan buat seperti begini Laksamana Sunan

Sebagai habuan atas pertolongan korang, aku akan menjadi follower korang yang setia. Kalau aku dah memang tersedia menjadi follower korang, aku akan sentiasa update entri korang dan aku akan promotkan blog korang kat blog dan juga facebook aku. Tapi bukan semua kerana aku akan menilai mengikut entri mana yang aku rasa paling tepat dan berlandaskan pendapat tersendiri, kreativiti serta tidak lari dari situasi dan keadaan.

Beloger perempuan tu bagilah idea sepertimana imaginasi korang, macam mana romantik yang korang impikan. Yang lelaki pula, bagi tips macam mana korang buat romantik kepada buah hati korang. Yang penting, ikut pemahaman dan pengalaman masing-masing. Sebagai motivasi, aku dengan bermurah hati memberi rm10 topup kepada beloger yang berjaya menawan hati aku dengan entrinya yang bernas dan senang difahami.

Lagi satu sebab korang patut bantu aku, sharing is caring. haha..

Link-kan entri anda di bawahdan jangan lupa ajak kawan-kawan untuk bantu aku ya..Thanks!

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Romantik? Tolong aku.. ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Wednesday, May 4, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 7 komentar: di postingan Romantik? Tolong aku..
 

7 kesan cakar:

zikeryhassan said... | May 4, 2011 at 4:27 AM

ahaha. aku tak romantik la weyh.

maskolis said... | May 4, 2011 at 4:53 AM

Just be your self,
no matter what they say
no matter what they do
Karena jadi diri sendiri itu lebih baik, daripada memaksakan diri untuk berbuat bukan seperti kehendak kita. Kalo memang nggak romantis, ya jangan dipaksa. Berikan apa adanya dirimu kepada dia... jangan menjadi orang lain

^ai-mie : 아이-미^ said... | May 4, 2011 at 5:34 AM

same like maskolis... just be urself and let her accept u the way u re... sometimes being urself is more romantic other than pretend and tried to be one... :)

*kata-kata dari seorang yoja yang tak suka romantik namja...

t e m b u m e said... | May 4, 2011 at 5:52 AM

ni contest ke ape ni? hhahahaha

ah! 10 hegget je? TAKNAK!
:P

♥ Atiqah ♥ said... | May 4, 2011 at 8:00 AM

i'll, insyaAllah..=)

zieyla88 said... | May 4, 2011 at 9:45 AM

haha..bila c laksamana sunan mula beromentek2....hahaha.. ak tulung ko fren..tp ko tlg la kenen2 kan blog usang ak ne..agagaga

Masidah Mat Nasir said... | May 4, 2011 at 6:52 PM

Dik,
romantik bergantung pada pemberi dan penerima...tak semestinya setiap masa romantik...tetapi mengingati special day, saja nak surprise dgn bunga sbg contoh. Tetapi jadilah diri sendiri kerana jika kita memaksa diri kita menjadi bukan diri kita, ianya tidak akan kekal...sepatutunya adik menerima dia seadanya begitu juga sidia...ok tak agaknya apa akak komen nih..