Blog yang aku suka

Assalamualikum..
Aku baru je ni sampai rumah dari kampung. Nak kate penat tu penat la juga tapi bukannya aku yang pandu pun tadi. Sepupu aku yang hantar. Manja tak? hahaha..bukan manja la. Biasa la tu orang miskin macam aku ni semua orang pun nak bersimpati. Macam dalam kes ni, sanggup nak hantar aku. Tapi best ape jadi miskin separa ni. Tunggu nanti aku kaya, nak cuba best ke tak (jangan mati dulu ye, tunggu aku kaya).

Sekarang ni aku seorangan saja di rumah. Penghuni yang lain (pemilik rumah) ni masih belum muncul lagi. Oleh itu, aku masak, makan dan online dengan sesuka hati macam rumah ni aku yang punya. Kenapa? Nak kata yang aku ni tak tahu malu? Tak kisah pun. Cakap ja la ikut suka hati sebab bagi aku malu ni kalau aku ada buat salah je. Ada aku buat salah? haaaa..

Selalu je ada orang tanya, "ko pergi mana lama tak online?". Aku ni selalu je online tapi kadang-kadang aku malas nak update. Status, entri dan macam-macam lagi aku biarkan terkulai macam tu je. Tapi sebenarnya aku ada melawat kat belog korang. Korang je yang tak tahu. Walaupun aku malas nak updet entri, tapi aku rajin datang belog korang belek-belek itu ini. Aku suka membaca. Nak tahu tak entri yang macam mana boleh menarik aku untuk membacanya? Meh baca kat bawah.

1- Entri yang ada kaitan dengan aku. Contoh belognya ialah belog aku la! Aku suka baca balik apa yang aku pernah taip suatu ketika dulu. Best pe baca entri lama. Boleh dikatakan aku ni follower tegar belog aku sendiri. haha

2- Belog yang ada lawak. Yang ni memang aku suka sangat sebab boleh release tension gelak-gelak sampai pecah perut. Contoh belog, Sembang Kosong™

3- Belog yang ada info menarik untuk aku menambahkan pengetahuan semasa, pengetahuan tentang agama, tentang sains, tentang fakta dan sebagainya. Contoh belog Suratan kebetulan

4- Belog yang ada wajah comel sebab pemiliknya comel dan sebagainya. Yang ni memang ramai. Tapi takkan la aku nak bagitau kan. Kalau korang rasa korang tu comel, mungkin belog korang merupakan salah satu belog yang aku selalu skodeng. Okaylah, ni contohnya Hanis zalikha

5- Belog individu yang ada minat sama macam aku seperti belog yang ada tutorial photoshop gambar, yang suka DSLR, yang suka nyanyi dan ada lagu sendiri, yang ajar cara bermain alat muzik dan sebagainya. Contohnya, DuniaLandax(dot)com (blogging and photoshooting)

Tu je la aku nak updet malam ni. Nak get ready tuk kerja sok. Baju pun belum gosok lagi. Malas. Gosok besok je la. (tengok tu pemalas giler).


Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Blog yang aku suka ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Sunday, May 22, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 6 komentar: di postingan Blog yang aku suka
 

6 kesan cakar:

t e m b u m e said... | May 22, 2011 at 7:22 AM

aku yakin belog aku tergolong kat no.4!
hahahahhahaha!:P

Sylangster Pressure said... | May 22, 2011 at 7:52 AM

eleh~
comel ke?
keh3..

sha said... | May 22, 2011 at 8:02 AM

oo, nak ikut diorng jugak la..

aku pun suka blog hanis.. =)

Faridzuan said... | May 22, 2011 at 8:19 AM

aku mungkin yang nombor 5 sebab aku suka share perkembangan muzik semasa :)

sha said... | May 23, 2011 at 4:00 AM

meh aku tinggalkan link kat sini.. ko kan suka entri ni.

http://sha-myheart.blogspot.com/2011/05/habis-sem-dan-kawan-bloggerku-di-uum.html

Ceh, bajet je aku, kan? :P

encHIx laNDax said... | June 6, 2011 at 8:01 AM

eh?apasal ada blog aku?errr.. Thanks =)