Nak balik kampung

Assalamualaikum..
Ini entri ketiga aku malam ini. Banyak pula idea aku mencurah-curah nak updet. Malas aku nak tangguh, aku updet je semua. Lagipun besok hari jumaat. Hari terakhir untuk bekerja. Semangat berkobar-kobar nak cuti..haha..

Weekend kali ni aku dah plan nak balik kampung. Tiba-tiba je famili kat kampung suruh balik, ada kenduri. Kenduri untuk nenek aku nak pergi umrah. Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat nenek aku yang comel tu pergi ke tanah suci. Semua perbelanjaan ditanggung oleh makcik aku yang kaya raya. So, aku sebagai salah seorang ahli keluarga yang miskin tumpang gembira la dengan semua itu. Tumpang 'senang'..ish3..tak patot!

Ni aku nak kenalkan nenek aku. Jap..................................okay, sila scroll bawah..


Ini gambar dulu kala masa rambut aku masih panjang lagi. Yup, aku tahu nenek aku comel, Tengs~

Sudah sebulan aku tak terpegang Nikon aku. Rindu la. Ni adik aku gedik sangat nak pinjam. Nanti balik kampung tak sabar rasanya nak tembak-tembak orang, pokok dan sebagainya. Siapla kalau ada calar kat kamera kesayangan aku tu. Calar juga muka orang yang kasi calar harta aku. 

Rindu pula aku kat kampung halaman. Sedangkan baru setengah bulan tak balik. Dulu masa merantau kat negeri orang utara, tak pula pernah wujud rasa rindu aku. Pelik. Mungkin aku rindu nak tidur kat dalam bilik kot. Sebab kat rumah ni (tempat aku tinggal sekarang ni) aku menumpang saja. So, faham-faham la kalau menumpang ni, mana ada bilik! Jangan nak gedik sangat minta itu ini. Tapi bukan pasal tidak diberikan bilik, cuma rumah ni memang kecil, nak bawa barang pun tak muat. Syukur alhamdulillah la ada juga orang nak bagi aku tumpang rumah. Lengkap segala-galanya. Jangan nak banyak cakap. syyyyyyyyy!! Biar kecil tapi besar jasanya tau!

Penat aku menaip. Jari aku malam ni macam termakan ecstasy pula. Tak berhenti menaip macam la esok dah cuti. Masa cuti pun tak serajin ini aku menaip. Okay, hingga kita berjumpa lagi..


The end

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Nak balik kampung ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Thursday, May 19, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 6 komentar: di postingan Nak balik kampung
 

6 kesan cakar:

encHIx laNDax said... | May 19, 2011 at 5:51 AM

huhu~selamat bercuti =) moga nenek yang cute tu selamat Pergi balik =) meh datang melaka kita menembak bersama mahu?

Sylangster Pressure said... | May 19, 2011 at 6:07 AM

haha..
kalau tya mahu ke x, mmg la mahu..
cuma..
tiada kesempatan la landax..
x mngkin akan tercapai..
melaka n sabah jauh sangat bak aur dan tebing..eh??
haha

encHIx laNDax said... | May 19, 2011 at 7:13 AM

hahah~ana ada jauh..aku punye abang sedara pun dok sana..dok ulang alik tiap2 bulan,tak jauh pun =P

Sylangster Pressure said... | May 19, 2011 at 7:31 AM

abg ko ade share dgn syarikat penerbangan ke?
gilar ah! tiap2 bula ulang alik..
aku x snggup la kalo mcm tu..
eh..bukan...
tak mampu nak buat mcm tu..
kalo nak juga, suh abg ko masukkan aku dlm beg die je la senang..

zikeryhassan said... | May 19, 2011 at 11:08 AM

rindu sama mak aku la. next week mau balik kajang sudah. yippi

sha said... | May 21, 2011 at 2:11 PM

weh, seriously, aku ingatkan gambar awek mana la kat dalam entry ni. Ingatkan pic aweks ko la. Sebab tu la aku tak komen, 'merajuk'.. Agagatai~ hihi.

Baru hari ni tergediks nak lawat blog ko. Ko senyap jer, sunyi la ko tak de kat Sintokkian.. Aku nak meronggeng pun dengan Peyan je.

Serious, nenek ko sangat comel dan pandai possing, pernah jadi model ke?

Tak apa la, bersyukur dengan apa yg ada. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian =)

Aku dah update cerita tu. Ko cari la ek.
Nanti bila ko dah kembali update, bgtau aku, k.