Peristiwa hari ini..

Assalamualaikum..
Apa khabar wahai sahabat blogger ku sekalian?? (bajet ramai member)..hehe..tak sangka pula dalam hari ni aku buat dua entri..rasa macam ditampar kerajinan la pula..hehe..kali ni aku nak cerita pasal..mmm..pasal..hah! baca je la kat bawah..

Aku nak cerita segala-galanya yang terlintas kat kepala hotak aku sekarang ni terutama sekali cerita masa aku membisu suatu ketika dulu tu..yang aku lama giler tak updet blog tu..banyak citer nak share ngan korang..tapi aku malas nak taip panjang2, so aku singkatkan je k..

Sebelum aku citer yang lepas2, aku nak citer sal hari ni dulu..Seperti yang korang sedia maklum (tak maklum sudey), aku ada pergi cari kerja kan hari2 sebelumnya..dan tadi aku dah dapat panggilan tuk interview..sekarang ni aku stay kat rumah kakak sepupu aku so memang takde kereta la nak gerak mana2..so tadi aku naik bas je pergi interview tu, as a promoter..hehe..kat QS..aku malas nak promot kedai tu kat blog aku ni..QS tu QS la..kalau dimelayukan, perak cepat..haaaa..aku kerja kat situ la..mula bekerja pada Isnin ni..serammm..ni first time aku kerja..mudah2an la dipermudahkan..

Semua orang tanya kenapa aku terhegeh2 nak sangat kerja kat 1 borneo tu..sebenarnya, aku nak senang je..nak senang pergi mendaftar kat gym yang ada kat situ..student package rm305 untuk 3 bulan..memang macam best la..dalam rm3 je sehari..sekali sekala aku buang duit aku ni tuk kesihatan berbaloi juga..dan dalam masa yang sama nak mempoyokan diri tuk mendapatkan bentuk badan yang diidam2kan..hehe..nanti ketul2 la badan aku..jgn jeles ye..hehe..tengok la nanti tahap iman aku..kalau dah setan sangat, ada la tu aku pos gambar shirtless aku kat blog ni selepas 3 bulan nanti..mudah2an la iman aku semakin menebal..amin..(hehe)..

Tapi masalahnya sekarang ni, kedudukan 1Borneo tu jauh dari rumah saudara mara aku..lagi satu, aku takde kenderaan sendiri..kalau tak, senang sikit..oleh kerana aku ni semua pun nak senang, aku plan sok aku nak keluar lagi pergi survey2 rumah mewah dekat2 1Borneo tu..alaaa..tengok je pun..bukannya aku nak beli atau sewa..aku nak pergi sewa kat bilik2 murah depan 1Borneo tu je..hehehe..mudah2an la ada dan murah..senang sikit aku nak ulang alik pergi kerja..

arghhh!! aku dah semakin malas nak menaip..

Aku sekarang ni kat rumah je..aku sorang..kazen2 aku semua balik kerja malam..so sekarang ni rumah ni aku yang punya..hua3!! aku nak makan semua keropok, biskut raya (ada lagi?), minuman ringan dan sebagainya..hua3..(dah la menumpang, tak sedar diri lagi)..hehehe

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Peristiwa hari ini.. ini dipublish oleh Unknown pada hari Wednesday, November 10, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Peristiwa hari ini..
 

0 kesan cakar: