Dilema

Assalamualaikum..
Sekarang ni aku sorang je duk kat rumah..kazen aku semua keluar cari makan..so aku je la duk rumah tuk habiskan makanan yang dorang cari..masing2 ada tugas masing2..keh3..kali ni aku nak cerita pasal masalah aku kali ni..

Tujuan aku bloging kali ni tak lain tak bukan hanya nak merungut saja..sooo...tahan2 hati je la korang ye..hehehe..kalo nak baca, dialu2akn..kalo tak nak baca, lagi la sangat dialu2kan..

Sekarang ni aku sangat la serabut..
Sebabnya aku dalam dilemma..
Bukan satu..
Tapi lebih dari satu..

Korang tau kan yang Isnin ni aku akan pergi melapor diri tuk bekerja as a promoter QS..dan tadi aku baru je dapat tau yang aku dipanggil interview untuk jawatan pegawai ntah hapa punya pegawai..aku risau ni sebab aku tak tahu satu benda pun tentang jawatan yang aku pohon tu..sembarang je aku hantar resume..dan sekarang aku memang nervous giler sebab ni la kali pertama aku temuduga yang real punya..serammmm!! rasa macam nak makan Apollo perisa coklat je..(eh??)..Dan dilemma aku sekarang, macam mana aku nak bagi2 tubuh badan aku ni? satu pergi kerja kat QS dan satu g pergi interview? any idea? aku terfikir juga nak minta excuse, mula kerja hari selasa tapi masalahnya aku baru je pun nak kerja kat QS tu..nanti mesti aku akan dinilai buruk oleh rakan sekerja yang lain..tak nak la macam tu..macam mana ni ar?? arghhhh!! aku tekanan ni..so aku makan coklat tuk kurangkan stress..hehe..info berguna..skrg ni aku mkn ferero roche (tak macam mana nak eja da), Apollo, kinder bueno, almond london (sejenis kueh raya yang penuh dgn coklat)..dan semua tu adalah hasil titik peluh para kazen aku dan aku makan secara percuma..hua3

Dilema aku yang seterusnya pula tentang pemilihan antara tempat tinggal atau kenderaan. Mana yang lebih penting? Mana yang lebih save budget? Setelah meneliti, aku masih dalam dilema. Mula2 tu aku dah decide tuk pilih rumah. So aku cari la rumah tuk tinggal dekat2 1Borneo tu. Tapi harga rumah sewa tu semuanya melebihi gaji aku sebulan. So aku cari bilik tuk disewa. Dan the cheapest pun dalam 3 ratus lebih. Bila aku fikir balik, kereta pn begitu juga harganya dalam sebulan..tak termasuk minyak la..cuma, kalau ada kereta, senang la aku nak merayau..kalau aku pilih kereta, aku tinggal kat rumah pak cik aku dan sudah tentunya aku akan makan free..boleh save duit makan..tu kelebihan kalau ada kereta..hehehe..sekarang ni masih dalam dilema..tak tahu nak pilih yang mana..

Dilema aku yang lain..aku nak keluar rumah..nak jalan2..tapi..aku takde kawan..semuanya sibuk..kerja la..apa la..so sekarang ni, memang langsung takde kawan..kalau aku keluar sorang2, mesti macam orang giler kan..sedey..huhu..so aku decide to stay at home je..and selesai la dilema aku (kejadian pagi tadi)..huhu..

ok lah..setakat ni je la tahap kerajinan aku tuk kali ni..till we meet again..wish me luck for the interview juga k!

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Dilema ini dipublish oleh Unknown pada hari Friday, November 12, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Dilema
 

0 kesan cakar: