Aku dalam tempoh ujian dariNya..

Assalamualaikum..
Sekarang ni aku dah ada bilik sendiri kat KK ni..aku tinggal kat Alam Mesra, rumah atas kedai, berdepan dengan 1Borneo. Aku baru saja berkesempatan untuk update blog ni sebab broadband aku tak terbayar selama 3 bulan. Baru saja tadi aku bayar untuk 2 bulan. Ada sebulan lagi hutang. Tapi dah boleh guna la sekejap.

Kali ni aku nak cerita kisah hidup aku yang sangat memilukan..
Sila sediakan tisu ye kalau nak baca..hehe

Sekarang ni aku hidup sebagai seorang survivor..Kalau korang pernah tengok reality tv show 'survivor' tu, haaa macam tu la juga keadaan aku sekarang ni. Cuma bezanya, tv show tu survive kat hutan hijau, aku pula survive kat hutan konkrit.

Alkisahnya macam ni...
Aku ni memang pemalas. Sehingga satu tahap tu, aku malas nak tidur makan tidur makan je kat rumah. Dan perkara ini telah menyebabkan aku keluar mencari nafkah, mencari wang sendiri, dan belajar hidup berdikari di KK ni. Parents aku memang kurang bersetuju aku keluar mencari kerja di KK sebabnya aku pun kurang pasti. Tapi rasanya parents aku tu tak perasan yang aku ni dah membesar kot. Dipendekkan cerita, akhirnya, aku dibenarkan la juga..

Bermulalah kisah aku mencari kerja. Aku pergi ke serata tempat dan dipendekkan cerita, aku dapat tawaran untuk bekerja di salah satu butik dalam 1Borneo iaitu Quiksilver. Aku kerja sebagai promoter. Memang teruja sebab ini adalah kali pertama aku bekerja.

Mula-mula kerja tu memang aku rasa sangat penat sebab kerjanya hanya berdiri dan tidak dibenarkan sama sekali untuk duduk. Kaki aku ni lenguh sampai aku dah tak dapat rasa yang aku ni masih ada kaki ke tak. Dan saat itu jugalah baru aku sedar perasaannya menjadi seorang promoter. Bagaimana layanan pelanggan yang cerewet dan juga superior yang over. Tapi aku tak pernah menyesal. Sebab itu merupakan pengalaman pertama aku bekerja. Aku juga mendapat ramai kawan baru. Oleh kerana aku berada dalam suasana yang baru (tempat baru, tiada sesiapa yang kenal), aku pun memulakan hidup baru. Nama pun aku tukar. Tukar nama gelaran la, nama kat ic tak dapat la aku nak tukar. Perwatakan pun aku tukar, cuba untuk jadi lebih baik.

Setelah tiga hari bekerja di sana, aku mendapat tawaran temuduga sebagai eksekutif kewangan di salah sebuah bank terkenal di Malaysia. Aku dalam dilema sebab superior aku tidak benarkan aku untuk excuse atau mengambil cuti untuk pergi temuduga. Setelah berfikir panjang, dengan berat hatinya aku buat keputusan untuk berhenti kerja.

Hari temuduga pun tiba. Tidak sampai pun 10 orang yang hadir.
(1)Itu membuatkan aku sangat hairan.
Dalam iklan tu ada menyatakan kelayakan yang diinginkan adalah diploma ke atas. Yang hadir temuduga hanya 2 orang pemegang diploma dan seorang bakal pemegang degree. Ada dua sesi temuduga, dijalankan pada hari itu juga. Dan semua yang hadir telah diterima untuk bekerja.
(2) Itu membuatkan aku sangat hairan.
Ketika membuat promosi tentang pekerjaan tersebut, ada dinyatakan jumlah pendapatan adalah sebanyak rm3000(min). Tapi bila ditanyakan tentang basic gaji, soalan itu akan dijawab "datang training esok, kami akan terangkan selanjutnya".
(3) Itu membuatkan aku sangat hairan.
Kebiasaannya syarikat besar akan menanggung segala perbelanjaan untuk training pekerja baru tapi yang ini meminta kami membayar rm300.
(4) Itu membuatkan aku sangat hairan.
Apa yang paling menghairankan ialah, tiada satu pun penerangan tentang kerja tersebut ketika sesi temuduga kecuali faedah dan juga keistimewaan bekerja di sana. Setelah aku melayani perasaan, aku tabahkan hati untuk mengikuti kursus itu dan membayar saja yuran itu kerana rasa ingin tahu yang sangat kuat.

Ingin tahu apa yang terjadi?

Aku rasa tertipu.

Kenapa?

Sebab, apa yang aku harapkan adalah kerja yang mempunyai basic. Tapi sebenarnya, maksud financial executive tu adalah agen penjual produk bank. Dan produk itu dikhususkan untuk insuran (fixed deposit). Tiada basic. Hanya komisen hasil dari jualan.

Bukannya aku nak merendah-rendahkan kerja ni tapi aku tahu kemampuan diri aku sendiri. Aku tidak berminat dan aku memang tiada bakat untuk 'seduce' pelanggan untuk membeli produk aku. Sesi training tu selama dua hari tapi pada esok hari aku macam dah tiada semangat nak teruskan.

You are what you think you are..
Ini slogan company tersebut. Dan aku tidak sedikit pun tergugat. Sebab aku tahu batas diri aku sendiri. Apa yang paling menyakitkan hati, mereka menggunakan kaedah menipu secara bijak sehingga aku terpedaya.

Bukan itu saja medium yang boleh membuatkan aku kaya. Ada banyak lagi option yang mungkin lebih sesuai untuk aku. Penarikan diri aku ni bukan bermaksud aku putus asa atau menyerah kalah tetapi adalah kerana aku sudah ada plan jangka masa panjang aku sendiri dan aku tidak mahu tersasar dari itu. Oleh itu, sila hormati keputusan aku. (tak berani nak bagi kat company tu, so aku luah kat sini je la)..hehe

Dan sekarang ni aku kembali menganggur. Kalau nak dibuat carta garisan untuk hidup aku ni, mungkin sekarang ni garisan tu berada di tahap yang baling bawah. Dah la menganggur, single, tiada member berdekatan, pokai dan poyo..kombinasi sebagai orang perorangan termiskin abad ini. Tapi jangan risau, aku masih ada Dia. Aku tahu, ini semua merupakan dugaan dariNya. Semoga segala penderitaan aku ni akan berakhir secepat mungkin. Derita ke? hehe..ada lagi yang lebih menderita dari aku..aku ni masih belum boleh dianggap menderita lagi. Cuma kombinasi kelima2 elemen tadi tu membuatkan aku ni sangat kesihan..hahaha..

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..
Semoga semakin hari aku akan menjadi semakin kuat fizikal dan metal..
Semoga kita dirahmati..

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Aku dalam tempoh ujian dariNya.. ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Saturday, November 20, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Aku dalam tempoh ujian dariNya..
 

2 kesan cakar:

Adam said... | November 20, 2010 at 5:53 PM

Alamak...
Sabar je la bro...
Kot2 ada keje yang menanti...

Sylangster Pressure said... | November 21, 2010 at 9:55 AM

aminn..
tgh sabar la ni..
kalo x dah lama aku gntung diri..huhuh