Weekend vs Weekdays

Sebenarnya aku malas nak update blog tuk hari ni tapi terpaksa juga pasal dah buhsan sangat duk kat rumah ni, takde wat apa-apa..Dah la, kecewa kat seseorang..cet! malu giler aku bile die cakap gambar aku tak berbaju tu annoying..alaaa..rilek la..tak buka aurat pun..nampak kat bahagian bahu je pun..bukan nak tunjuk body (tak nampak pun body) tp aku suka wajah aku kat gambar yang ada sedikit seksi meksi tu..huhu..tapi oleh kerana dah kena kutuk, akan dipertimbangkan la pembuangan gambar tu..
based on the topic..aku nak cite la apa yang aku wat masa hujung minggu dan masa hari biasa..
Weekdays. Masa-masa ni lah budak-budak pergi sekolah, orang-orang yang kerja ofis pergi kerja, dan memamg masa ni urusan-urusan golongan dewasa banyak dilakukan terutamanya urusan rasmi la. Yang formal. Aku juga terlibat di dalam golongan ini. Aku berkongsi semua perkara di atas kerana aku merupakan seorang pelajar, tapi aku juga seorang pekerja (praktikal). Setiap hari aku menanti hari sabtu.

Weekend. Hari yang dinanti-nanti oleh setiap insan di muka bumi ini. owh sabtu, ku merinduimu tiap waktu. hahahahaha...macam bongoks! ye la..masa ni saja la aku boleh beristeri beristirehat bersama keluarga, rakan taulan dan sebagainya. Juga berfoya-foya meningkatkan pengetahuna dari segi wayang, nyanyian, cara melontar bola boling, memananah dengan tepat, memandu dengan berhmah dan sebagainya. hahahaha. 

Cuma yang lainnya, kali ini aku rasa macam lama sangat Weekdays aku. Mana tak nya, hari minggu kali ni aku duk kat umah saja tanpa ada sebarang aktiviti selain MukaBuku dan mengarut kat Blog. Buhsann!! Ada sekali saja la aku keluar bersama kawan-kawan baru aku yang aku kenal melalui MON BULAT. Dorang memang best! Aku ni je yang tak best, tak mesra alam. Kena lagi pada masa aku takde mood sebab terlalu mengantuk. Mesti dorang rasa yang aku ni tak best. Tapi takpe la, yang dorang masih nak pelawa aku keluar lagi. Maksudnya dorang boleh terima aku yang macam ni la tu..yeyyy!! hehe..

Aku keluar masa malam sabtu baru-baru ni. Kami semua ada enam orang. 3 girls and 3 boys. naik kancil je. Ko rasa muat tak kancil tuk 6 orang? tak muat kan..tapi kami ni muat. Bagi patah tulang-tulang yang ada tuk selitkan kat mana celah yang kosong. hahahaha. Memang miracle gila. Kami pergi tengok cerita yang tak best langsung "TWILIGHT ECLIPS SAGA". Aku pun tak tahu la kenapa orang tergila-gilakan cerita mengarut macam tuh. Poyo je aku tengok pelakon-pelakonnya. Nasib baik la perempuan tu HOTT!! Tapi kesian la sebab dikelilingi oleh jejaka-jejaka yang hodoh. hahahaha. Poyo je lebih.
Pas tengok movie tu, kami pergi cari makan. Tapi aku tak makan. Duit dah takde. Minum pun tak. Lagipun masa tu aku tak lapar pun. Aku mengantuk sangat-sangat. Rasa macam nak tidur je kat meja makan tu. Tapi tahan dulu la. Malu kat member-member baru. hehe..Dalam kol 3 pagi dorang hantar aku balik rumah. Jauh juga la dlm 10km. Dah la kereta dak tu takde lampu. Memang gamble giler la masa tuh. Kalo polis nampak, konfem la kene saman. Tiada lampu dan lebih muatan. Double lagi. hahahaha...

Anyway, malam tu aku memang sangat happy. Tapi, as you know kan aku ni kalo hepi takkan tunjuk kan. Tapi this is what i feel at that time, really. Member-member baru aku tuh memang baik. Tak kesah la dorang baik ke tak tapi as long as dorang baik kat aku, aku akan jadi kawan dorang yang baik juga. Harap-harap bertambah la kawan-kawan aku lepas ni. Buhsan la hidup sorang-sorang. hehehehe..wish me luck finding more friends k!!

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Weekend vs Weekdays ini dipublish oleh Unknown pada hari Saturday, July 10, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Weekend vs Weekdays
 

2 kesan cakar:

t e m b u m e said... | July 10, 2010 at 10:44 PM

aku tak teringin pon nak tengok cite twilight tuh.

Sylangster Pressure said... | July 11, 2010 at 12:43 AM

aku ni pn ikut member2 aku tu je..yg kedua aku x tengok pn..