Sentap yang memalukan

Assalamualaikum

Semalam aku keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan aku. Tapi sebelum malam tu dorang terpaksa balik, masing-masing ada hal. Tinggal la aku sorang-sorang lepak macam orang bodoh. Gantung la kan tak habis layan. Pastu, bosan-bosan aku pergi window shoping sorang-sorang, and its still make me nampak macam orang bodoh. Oleh kerana tak tahan jadi orang bodoh, aku pergi tengok movie X-MEN First Class yang boleh dikatakan dah lama ditayangkan tapi aku baru nak beli tiket pergi tengok. Dalam masa yang sama, itu menjelaskan lagi betapa bodohnya aku dimata orang sekeliling.

Pada pandangan korang, kalau keluar sorang-sorang ni nampak macam bodoh ke tak?

Aku ni lain sikit. Bila aku dah di left alone, even if its in a situation where my friends have to leave because of something important, aku mesti takkan dapat terima. Sebab aku tak suka sorang-sorang. Korang suka tak? Susah la kalau korang cakap korang suka sorang-sorang. Macam situasi semalam tu, aku ditinggalkan keseorangan dan itu membuatkan aku depress macam nak jadi gila.

Tapi perkara ni bukannya baru sahaja terjadi semalam. Dulu-dulu pun pernah macam tu juga. Aku tak suka perpisahan. Ditinggalkan. Aku nak hepi je sepanjang masa dan berkongsi kegembiraan tu dengan kawan-kawan aku. Bukan nak kata yang aku ni takde kawan, cuma kalau tengok situasi semalam tu aku dah janji keluar dengan geng aku yang ni so konferm la geng aku yang lain-lain tu dah buat plan lain masing-masing. Tak dapat la aku nak join kan.

Tapi kan kalau nak difikirkan balik, rasa macam betul-betul bodoh la pula kan nak sentap perkara remeh temeh macam ni. hahahahahaha (laughing at myself)..ape la aku ni..ish2, memalukan!


Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Sentap yang memalukan ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Sunday, June 12, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 6 komentar: di postingan Sentap yang memalukan
 

6 kesan cakar:

nini said... | June 12, 2011 at 8:52 AM

saya prefer jalan sorang...tengok wayang sengsorang pun onn je....=D

Sylangster Pressure said... | June 13, 2011 at 4:50 AM

sempoi la cik nini..cayalah!

Jahidih Saili said... | June 13, 2011 at 6:47 AM

hehe..mmg xbest jalan sorang2..

Sylangster Pressure said... | June 13, 2011 at 7:21 AM

x besh kn jln sorg2 jahidih saili..mcm bongok..haha

sha my heart said... | June 13, 2011 at 9:10 AM

rilex la beb.

kesian kat ko.

Aku jenis tak kisah. Kalau ramai best, kalau sorang pun, ok jer. lagi la self confident aku tinggi sb aku kena fikir smua tindakan aku dan bertanggungjawab sendiri. kalau berteman ni, boleh bergantung kpd org lain dan org lain yg buat itu ini. hihi~

MisApple said... | June 20, 2011 at 2:28 AM

bosan kot sorang2 .
memang akan terasa diri macam orang bodoh .