Merokok itu tidak merbahaya

Assalamualaikum

MEROKOK satu isu yang susah ditangani terutama sekali kat Malaysia ni. Walaupun dah pelbagai cara kerajaan buat supaya rakyatnya tak makan asap, masih juga tak berkesan. Contohnya pengharaman iklan rokok di mana-mana media massa, pengharaman penjualan rokok kepada kanak-kanak dibawah umur, mewajibkan pengeluar rokok menampalkan stiker akibat rokok kepada individu di kotak rokok dan sebagainya masih juga tidak dapat membendung masalah budaya merokok dikalangan rakyat. Baru-baru ini juga aku terdengar desas-desus mengenai harga rokok dinaikkan sebagai salah satu cara membendung gejala merokok dikalangan rakyat.
(Merokok itu merbahaya)

Kenapa masalah rokok ini sukar untuk ditangani?
(Merokok itu merbahaya)

Itu belum lagi termasuk gejala merokok di bawah umur. Untuk mengurangkan belia yang merokok pun sudah cukup susah, inikan lagi pelajar yang masih di bawah umur. Pada pandangan aku, untuk mengatasi masalah golongan bawah umur agar tidak merokok adalah dengan mengatasi dulu masalah rokok dikalangan belia. Ini kerana, kanak-kanak hanya menurut apa yang belia lakukan. Kalau seorang guru itu merokok, tidak mustahil seorang pelajar yang didapati merokok itu akan menggunakan alasan ini untuk membela dirinya. Ini adalah tidak patut dan belia harus sedar akan tanggungjawab mereka terhadap pendukung generasi akan datang.
(Merokok itu merbahaya)

Kenapa merokok itu dianggap sebagai suatu isu? Bukankah rokok adalah salah satu sumber terbesar pendapatan negara? (Betulkan aku kalau tersalah)
(Merokok itu merbahaya)


Aku rasa tak perlu lagi kan aku nak panjang lebar terangkan keburukan tentang rokok. Aku tau semua pasti sudah maklum akan keburukan rokok seperti keburukannya terhadap kesihatan si perokok juga orang sekeliling, pencemaran alam (atmosphere), dan juga beberapa isu yang dikaitkan perdebatan para ulama tentang hukum merokok.
(Merokok itu merbahaya)
Kalau sudah sedia maklum, kenapa masih juga merokok?
(Merokok itu merbahaya)


Ini antara jawapan kawan-kawan aku bila aku bertanyakan soalan sedemikian dan juga jawapan aku atas jawan yang dorang berikan.


1- "Sudah ketagih, tak dapat nak berhenti"

"Kan sekarang ni dah ada banyak cara nak hentikan merokok. Try la. Yang penting hati kena kuat. Ingat orang yang tersayang." (Macam slogan tuk kempen memakai alatan keselamatan di jalan raya pula).

2- "Lelaki merokok nampak cool"

"Cool? Aku rasa tak semua perokok tu nampak cool. Biasa je pun. Kalau ada yang cool pun pasal orangnya yang nampak cool, bukan pasal rokok dia. Kau nak jadi cool dengan merokok, buat aku tergelak ada la..hahaha.."(eh jahat pula aku)

3- "Kawan-kawan yang lain merokok, takkan la aku tak merokok pula"

"Kawan-kawan yang lain makan taik, ko nak makan taik juga ke? Senang je, kalau kawan-kawan ko tak nak terima kau kalau ko tak nak merokok, fine! Cari je kawan baru. Ade banyak lagi orang yang boleh buat kawan kat dunia ni. Kawan sebenar tak mungkin akan memilih dan memaksa. Tengok macam kawan aku. Macam ko la, ade ko kisah aku tak merokok?! Baru la kawan sejati."

4- "Merokok ni boleh hilangkan stress"

"Tak boleh blah punya alasan. Ada bayak cara lagi la nak release stress tanpa merosakkan diri sendiri. Ko ni macam bukan release stress je aku tengok, sampai 2 kotak ko belasah tak sampai sehari. Ko nak release roh dari jasad ke?"

5- "Badan aku yang sakit, bukan ko!"

Yang last sekali ni memang nampak marah kan. Tapi dia cakap tak pakai otak. So ini jawapan aku "Owh kalau begitu, ko pergi mati sendiri je la jangan nak seret orang lain lagi yang terpaksa hirup asap rokok ko kat bilik ni" Marah juga nada aku masa tu tapi terkawal. Oleh kerana dia faham perangai aku, dia keluar dan kami buat donno je pastu. Damai macam tu je. hehe.."

Tapi kebanyakan member aku ni terpengaruh oleh kawan perokok dan persekitaran sekeliling la. Ada juga yang balik-balik mengadu nak berhenti tapi tak dapat-dapat. Yala, siapa la aku ni kan nak cakap ikut suka je sedangkan aku tak tahu pun apa yang para perokok ni rasa. Apa yang cuba aku sampaikan disini ni bukan nak menghina atau memburuk-burukkan para perokok kat malaysia ni terutamanya, cuma aku nak bagi kesedaran sikit kepada sesiapapun tentang betapa seriusnya masalah rokok ini terhadap masyarakat dan punca utamanya adalah kerana psychology rakyat yang terpengeruh akan persekitaran mereka.
(Merokok itu merbahaya)


Rokok itu merbahaya, Say NO to rokok! (Tapi jangan buat macam yang kat iklan tu, tergelak aku tengok..wakakakaka) Tengok video di bawah.
(Merokok itu merbahaya)

Sekian saja dari aku
(Merokok itu merbahaya) Adalah tajuk yang sebenar..
Lupa pula, aku sengaja buat tajuk macam tu, chill ye!
kehkehkeh..


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Merokok itu tidak merbahaya ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, June 12, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 8 komentar: di postingan Merokok itu tidak merbahaya
 

8 kesan cakar:

Bicara Bisu said... | June 12, 2011 at 3:36 AM

huuuhhuu..
wat tjuk bg owg rmai nk bc...good2..

Bicara Bisu said... | June 12, 2011 at 3:38 AM

assalam..god2..entry nie wat owg rmai tertarik nak bc..

admin said... | June 12, 2011 at 4:00 AM

suka2..
berapa kali ko mention Merokok itu merbahaya..
hehehehe..
aku tak isap rokok..
tp rimas dgn org isap rokok..
bau mulut,tak payah ckp la..

www.myobw.com said... | June 12, 2011 at 3:11 PM

alhamdulillah, dapat juga aku berenti dari merokok 'blom terkena lagi sakit dada, mesti dia isap lagi... bila terasa sakit mesti dia akan stop dengan sendirinya.. percaya la..'

ronda-ronda bersama My OBW...

shamyheart said... | June 13, 2011 at 10:55 AM

Rokok..
dah tau, buat jugak..
bukan lelaki je, perempuan pun ada yg merokok.

menjadi sarcastic itu kdg kala perlu =)

penyisir rambut said... | June 15, 2011 at 5:27 AM

tak suke kat orang yang isap rokok depan baby.
takde adab...

sobri yaacob said... | June 15, 2011 at 10:45 AM

merokok..
wlaupun x dgalakkan oleh krjaan,
tpi ni stil pdptan, melalui ckai yg dbyar..
so..bgntung kpd indvdu la...
tapi merokok membhyakan ksihatan.. :)

Aleen Aiden said... | June 16, 2011 at 7:33 PM

bila dah jadi habit,baru die tau susah nak patah balik.alin ade kwn mcm tu.hu3