Kosong

Assalamualaikum..
Bunyi televisyen bingit memecahkan suasana malam. Aku masih lagi terperuk di dalam kamar putih ini bertemankan komputer riba, merangkap teman karibku. Sekali-sekala perutku bergemuruh seperti meminta dilimpahkan dengan makanan. Namun nekadku untuk menyiapkan entri ini masih lagi utuh bagai ada bucu pistol ditanamkan dikepalaku meminta aku menyiapkan entri ini dengan kadar yang segera.

Jari-jemari menari kencang beriramakan idea dari kepala otakku. Kadang-kadang terimbau kenangan indah ketika bersama mereka semua yang bergelar teman. Sudah sekian lama kami tidak bersua muka. Sedangkan bertanya khabar dan berkongsi cerita harian melalui laman sosial pun sudah kurang rancaknya. Itulah lumrah dunia. Yang dekat itulah teman, yang jauh itu hanya kenangan. Namun talian sirath ini tidak mungkin akan terputus.

Bila teringat indahnya tika bersama, tika itu jugalah rasa rindu mekar memenuhi kalbu. Terkadang sampai tidak tertampung ruang kalbuku yang sesak dengan perihal dunia kini. Semakin sunyi aku rasa, semakin mekar rinduku terhadap kenanganku. Namun, apa yang ada kini tetap akan diteruskan. Tiada alasan untuk aku kembali ke masa silam. Aku harus menerima hakikat bahawa masa sudah membawa pergi semua itu. Kini, aku berteka-teki dengan masa depan. Hanya itu mampu membuatku melupakan kenanganku buat seketika.

Sunyi. Bunyi kipas seperti lagu yang memecahkan kesunyian bila aku memadamkan televisyen. Tiada rancangan yang mampu menarik perhatianku. Lalu aku membuat keputusan melayan filem memoriku saat aku ditemani kegembiraan tiap masa suatu ketika dahulu. Tersenyum sendiri bak orang kurang siuman. Namun aku hanya sendiri, tiada juga yang tahu.

Aku hairan. Bila di dunia nyata, aku seakan seorang yang tiada masalah, sentiasa gembira, tidak kisah akan segala-gala tapi bila di dunia maya ini, aku seperti seorang lemah yang sentiasa dibelenggu dengan pelbagai masalah. Mana satu diriku yang sebenar? Adakah aku masih belum terjumpa dengan diriku yang sebenar? Semua itu soalan yang tidak patut dijawab oleh sesiapa kerna aku sebagai tuan diri pun tidak mampu mendapatkan jawapan. Allah Maha mengetahui.

Aku tidak faham apa yang aku rasa. Saat ini dan semalam aku masih dalam lorong gelap yang sama. Tidak tahu apa penyebab dan apa cara untuk keluar mendapatkan cahaya. Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan mayaku yang cuba memberikan semangat kepadaku. Entri ini kesinambungan entri semalam. Ternyata rasa itu masih belum pudar dari hatiku. Hanya padaMu aku berserah Tiada lagi kudratku untuk mengungkai segala tanda soal yang bermain dalam otakku.

Semoga kita semua diberkati~

p/s  Entah la apa kes dengan aku ni. Tapi yang penting semua itu akan secara automatik berakhir sejurus selepas aku menaip noktah terakhir ini.


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kosong ini dipublish oleh Unknown pada hari Thursday, May 19, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1kesan cakar: di postingan Kosong