Aku entri kosong

Assalamualaikum..
Sebelum aku memulakani entri ini, special thanks to Sintokkian's Blogger yang datang melawat belog aku yang tidak seberapa ini dan follow walaupun aku ni dah tak termasuk dalam beloger sintok (sebab aku dah habis stadi). Anyway, thanks a lot!

Malam ini genaplah seminggu aku tidak menggunakan telefon bimbit. Dalam sepuluh hari yang lepas, dua buah telefon bimbit sudah menjadi arwah ketika berada didalam genggaman aku. Punca kematian tidak dapat dikenal pasti. Kini jenazah telefon-telefon bimbit tersebut masih tersimpan didalam beg usangku yang kini sudah genap empat tahun menjadi penemanku. Termasuklah ketika aku masih lagi bergelar seorang siswa universiti.

Entri kali ini memang lain dari biasa. Kali ini aku menggunakan bait-bait berbaur sastera dalam penyampaian mesej aku. Semua ini terjadi kerana taman hatiku tiba-tiba ditiup angin sepoi-sepoi sehingga terusik rasa rindu terhadapnya. Dia yang aku maksudkan adalah seseorang yang baru saja aku kenal tidak sampai pun sepurnama. Saat perkenalan kami tidak mungkin akan aku lupuskan dari ingatan. Sudah seminggu kami tidak bertanya khabar. Semua ini terjadi pun kerana masalah telefon bimbit aku yang rosak kesemuanya. Saat-saat ini untuk rosak, memang sesuai!

Memang ada terfikir untuk membeli yang baru tapi kedudukan kewangan masa kini masih rapuh lagi. Aku belum mampu. Pekerjaan aku sekarang ini pun tidak menjanjikan pulangan yang lumayan, hanya setakat cukup makan sahaja. Kalau ditolak dengan duit yang aku simpan untuk bekalan pada hari penerimaan sijil sarjana mudaku, hanya kais pagi makan pagi saja yang tinggal. Setelah aku sampai ke peringkat hidup alam pekerjaan, baru aku sedar betapa susahnya hendak mendapatkan sesuap nasi. Alhamdulillah, pintu hatiku masih dapat menerima dan sedar akan hakikat ini. Tidak seperti mereka-mereka diluar sana yang berbelanja dan berlagak seperti orang yang berharta tetapi pada hakikatnya mereka itu hanyalah orang biasa yang tiada apa-apa. Kasihan.

Alhamdulillah juga sekarang ini aku sudah memiliki rakan-rakan baru yang cukup ramai sebagai peneman hidupku ditempat asing ini. Bukanlah aku berada ditempat yang jauh dari tempat asalku cuma sedikit berjauhan menjadikan aku jauh dengan teman-temanku yang lain. Dulu aku selalu merungut kebosanan kerana tiada kawan hendak keluar makan angin di kota ini tapi kini dengan berkat kesabaran, ada sudah menyeri kesunyianku. Ternyata bersabar itu ada hikmahnya. Namun, malam ini aku sendiri lagi meratap nasib keseorangan dirumah yang sepi ini. Bukan kerana tiada teman, cuma atas beberapa hal yang tidak diingini, aku terlepas untuk keluar dengan teman-temanku.

Perut berbunyi seperti irama yang mengajakku mencari makanan. Di rumah ini memang ada banyak bahan masakan cuma aku ini sebagai insan biasa yang banyak kelemahan, kadang-kadang akan keberatan tulang untuk memasak. Sedangkan masuk mulut sendiri. Tapi kalau dicabar, berpantang la pula aku ni. Konon-kononnya hebat memasak. Sedangkan bahan utama aku hanya garam dan sedikit bawang. Semua masakan pun macam itu. Semua yang aku maksudkan disini ialah nasi goreng. Itu saja yang aku pandai..haha...

Sebenarnya, aku tak ada idea nak tulis apa sebab tu la aku buat entri macam ni..Tak ada apa pun..


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Aku entri kosong ini dipublish oleh Unknown pada hari Thursday, May 12, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Aku entri kosong
 

2 kesan cakar:

shamyheart said... | May 13, 2011 at 3:02 PM

sintokkian kan ramah.. kekeke~

encik, sila jgn malas sgt. Sila la cari makan utk diri sendiri. haha~

Unknown said... | May 13, 2011 at 5:20 PM

saya takkan malas lagi..tengs..haha