Sekembalinya aku..

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama aku menyombong, akhirnya hatiku tergerak untuk kembali beraksi di blog ni..huhu..lama dah tak menaip panjang2..kali ni aku nak puaskan segala nafsu serakah aku kepada keyboard (adegan ini tidak sesuai untuk kanak2)

Kadang-kadang tu terasa juga rindu kat blog korang..semakin aku menyepi, semakin kosong pula minda aku ni tanpa ilmu dan pengetahuan semasa, yang selama ni aku dapat dari blog korang..walaupun sekarang ni aku free..sangat free..tapi aku tak dapat nak jalan2 kat blog korang..reception kat kampung aku ni selemah singa yang telah terkena sedatif pelali dan selembab siput yang membawa babi dipangkuannya (Animal planet)..hehe..line tak kuat..sedey..

Tapi bukan itu saja yang buat aku sedey..sekarang ni aku di rumah..dan aku ni memang jenis yang suka jalan2..suka merayau..oleh itu, aku perlu wang..untuk ada wang, aku perlu kerja..aku tak pernah pun memilih kerja..jadi promoter pun aku sanggup..ya la kan..tunggu interview tu kan lama..so, takkan la aku nak terperuk je kat rumah tanpa buat apa2..i need to work..aku dah try dah beberapa kedai..isi borang..kawan2 memang dah ingatkan aku, jangan dedahkan yang aku ni pelajar universiti yang bakal ada sarjana muda..sebab kalau kedai2 tu tahu, memang konferm la aku kena reject..aku memang cadang nak ikut je la tips yang dorang bagi..tapi oleh kerana beberapa soalan yang memang aku tak boleh nak elak (aku malas nak menipu), oleh itu, terdedahlah segala-galanya..dan itu penyebab aku tidak terpilih untuk bekerja sebagai promoter..sangat sakit hati..dan baru aku timbulkan pertanyaan..kenapa kedai2 tu tidak menginginkan aku kerana aku budak universiti? apa salah aku sebagai budak universiti?

Ada sekali tu masa interview dia cakap "Semua tentang You memang dah ok, grooming pun perfect (word GROOMING tu aku hentam je, aku tak faham pun maksudnya)..tapi kami tak dapat nak terima sebab kami tak mampu nak bagi gaji selayak kelayakan You"..masa dia cakap macam tu, aku macam dah give up..tiada kelayakan salah..and now, terlebih kelayakan pun salah?? eh aku tak minta pun dibayar lebih dari yang lain..tak pernah pun minta..cet!

Member aku cakap, aku susah nak dapat kerja walaupun yang biasa2 ni sebab style aku yang over the top..pakai baju yang not so over but still looks different from the others..well, thats me..kawan aku cakap, mungkin interviewer tersalah anggap yang aku ni anak orang kaya, nak kerja untuk saja2 je..nak main2..tidak serius..what the hell?? so the other day after that comment, i try to look normal in the eyes of the orthodox being..but still, my outfit was just over the top..damn!

Entri aku kali ni memang khas tuk meluahkan perasaan aku yang memang tunggu masa je ni nak meledak..dah tak tahu nak meluah kat siapa..aku tiada kawan..bukan..aku tiada kawan untuk meluah..ahh!! sama je..aku tiada kawan..sorang2 je..haaa..ni juga penyebab kenapa aku sakit jiwa..wow!! nauzubillah..tak nak la sakit jiwa..hehe..

Lagi satu yang menyebabkan unsur2 negatif melekat kat badan aku ni ialah aku masih lagi single..bukannya aku tak mencari..dan bukannya aku tak nak menerima tapi masalahnya, aku masih belum terjumpa..kejam sungguh si dia..lambat betul nak muncul..saat2 aku dah nak gila ni pun si dia masih lagi tak nak memunculkan diri..kalaulah ada si dia, mesti hidup aku yang miserable ni akan berubah dengan sekelip mata..huhu..just show yourself the one who hold key of my heart..

Nak mengadu pasal apa lagi ek? haaa! pasal everything! oleh kerana aku rasa macam aku je yang ada masalah kat dunia ni, aku nak mengadu sepuas2 hati..semua pun serba tak kena..orang cakap ni kes lelaki punya datang bulan..arghhh!! aku tak kisah la itu semua..bulan ke matahari ke bintang ke..nak datang pun datang la..yang penting jangan kacau aku..kalau tak siaplah aku panggil lohong hitam, serap semua tu..(dalam proses mengajar Sains darjah 6)..hehe..selitan je k..dalam marah pun perlu juga melawak..walaupun lawak bodoh..terimalah seadanya..

Aku saja je nak menaip panjang2..aku tahu, korang bukannya ada masa nak baca pun..dan aku sekelumit pun tidak kisah..sebab aku suka baca sendiri..ko nak cakap apa pun cakap la..aku sendiri taip panjang2, suka hati aku la nak baca sendiri kan..ehhh?? emo la pula pasal tu..hahahaha..

Memandangkan betri laptop dah nak sampai ke riwayatnya, aku pun dah malas nak menaip..nanti kita akan berjumpa lagi..jangan risau, buat masa sekarang ni aku takkan hilang lagi macam dulu2..kali ni, tujuan aku berbloging sudah bertukar menjadi "Blogging untuk meluahkan perasaan"..thats all..c ya~

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Sekembalinya aku.. ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, November 7, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Sekembalinya aku..
 

3 kesan cakar:

zikeryhassan said... | November 7, 2010 at 10:30 AM

keluar pun kau dr tempat bertapa.

sabar bah. ada rezeki nnti kau ketemu la sama itu kerja :)


aku tetap baca walaupun kau taip panjang2. sebab aku yag request soh kau menaipkan.

jadi komen aku pun mau panjang sudah. ahaha.

miemie Lee said... | November 9, 2010 at 9:14 AM

eaa..aku jumpa ko d 1B hari 2.. hehe..tp segan mau tegur..

ko x try keja d parkson 1B..kwn2 aku keja situ..ko amik yg mmg utk part time jak..;)ada 1 org tngh amik master pun kena terima..lek2..rezeki ada d mana2..hehe..;)

good luck..;)

Sylangster Pressure said... | November 9, 2010 at 4:59 PM

zikery: yup ko wajib baca sal ko la aku menaip entri tu..hehe..neway, tengs

miemie: staga, tegur jak bha..mo malu apa..haha..aku ni nda juga peramah tp ok juga la kalo ada org tegur..len kali tegur jak kalo tenampak k..

tengs for the info ya..nti aku try