Zaman gila blog untuk aku sudah berakhir..

Assalamualaikum..
Ada berita baik tuk korang semua. Sejak dua menjak ni kalo korang perasan la aku dah tak aktif blogging..sebab aku dah malas, bosan dan tujuan utama aku tuk blogging sudah tercapai wat masa ni..tujuan aku blogging ni adalah tuk mengisi masa lapang aku yang terluang selama berpraktikal ni, rasa kesunyian tanpa teman dan sebagainya..tapi sekarang dah lain la..

Walaupun takde la lain sangat, masih juga keseorangan tapi wat masa ni aku dah ada ramai member tuk ajak lepak2 kat KK ni..member2 baru ni aku kenal dari kazen aku (member dia), tapi oleh kerana dorang ni kepala gila2, aku rasa aku boleh la join dengan dorang ni..kalau nak keluar pegi mana2, mesti dorang ajak (takde la sentiasa nak ajak)..yang bestnya lagi, dorang semua ni loaded..semua pun nak keluar duit..balik2 rebut nak cakap 'its on me'..aku je yang cakap 'on u all'..hahaha..kadang2 tu malu la juga, balik2 aku je yang kene belanja..tapi takpe, nanti bila aku sudah ada duit, dah keje, aku akan tergolong juga tu antara mereka2 yang akan berebut2 menyebut 'on me'..dorang ni anak orang kaya tapi tak penah sekalipun aku penah nampak dorang ni menunjuk2..low profile je (walaupun total pakaian dorang tiap kali keluar dengan aku mesti more than 1k..tak masuk gadget..haaa..kalo aku ni kene culik, menyesal je penculik tu culik aku..kah3..

Lagi satu news baru, aku sedang usha sorang awek ni..umur masih setahun jagung..baru penah jumpa sekali, unofficial meet la..dan terus minta FB..berkenalan kat FB je..then, mula la mesej2..maybe next week la baru jumpa secara rasminya..nak dating konon2..dak ni muda lagi..dan lawa..so aku susah nak pecaya kat budak2 lawa cemni..tapi oleh kerana aku malas nak fikir panjang, aku cuba je la..mana la tau si dia ni la pemegang kunci hatiku..euuuww~~geli i...kah3..mustahil la dak kaya macam tu yang cantik takde boi kan..aku memang susah giler nak caye yang konon2nya dia pun suka kat aku..selalu je aku gayut dengan die kat opis..nak kenal2 dengan die ni..tapi entah la kenapa setiap patah perkataan die tu macam susah aku nak percaya..dak ni nak kumpul koleksi ke ape? tuuu je la yang terngiang2 kat kepala hotak aku..tapi oleh kerana aku ni pun kurang pasti, aku try je..dak ni sampai sanggup nak tanggung semua perbelanjaan keluar date dengan aku..wei..agak2 la..tau la aku ni pokai tapi malu la kalo perempuan pula yang nak keluar duit..huhu..tengok la macam mana nanti kejadiannya..nanti aku khabarkan la kisah cinta aku ni kalau menjadi..

Ni aku nak cerita pasal kemarin..aku pegi outing dengan dak2 member aku dengan kazen aku sekali..kami semua pergi naik 2 kereta..tujuan kami tu nak bawa budak2 KL, member kazen aku jalan2 je..memang best..kami pergi ke kundasang (kaki gunung kinabalu) dan ke telupid (ketempat ikan makan kulit mati)..best giler sebab expenses semua ditanggung oleh2 dak2 kaya tu and ada kamera nikon D80 jd peneman..gambar semua lawa2..rasa macam kami ni yang pelancong, bukan dak KL 2 orang tu..memang lawak giler..hahaha..nanti la bila free aku upload gambar2 kami..

ok la, malas da aku nak taip panjang2..nak besiap pegi open house lg ni..ok, see u all next time!

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Zaman gila blog untuk aku sudah berakhir.. ini dipublish oleh Unknown pada hari Saturday, September 25, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Zaman gila blog untuk aku sudah berakhir..