Bulan September dan aku

Assalamualaikum..
Lama giler aku tak online..lama kat kampung..sibuk sangat mengecat rumah..huhu..Ni adalah research Dr.Fadzilah Kamsah tentang orang yang lahir pada bulan SEPTEMBER. Adakah research ini ada persamaanya dengan aku? Mari mengenal aku..hehe


* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Yang ni aku kurang pasti la sangat. Rasanya aku ni kurang kesopanan tiada kesantunan, selalu menolak dan tiada ansuran.

* Sangat cermat, teliti & teratur.
Kalau yang ni aku rasa ada kena la sipi-sipi kat sifat aku. Tapi aku ni takdelah cermat sangat. Biasa je. Ketelitian tu pula macam ada lebih sikit. Lebih-lebih lagi bila aku tengok movie. Tak perlu 3D pun aku dah boleh masuk dalam movie tu ikut berlakon. Teratur pun ada la juga sikit-sikit. Aku perasa ni masa praktikal ni la. Orang susun fail macam susun sampah je tapi aku susun macam boleh jadi bangunan fail tu.

* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Haaa..yang ni memang sifat aku. Tidak dinafikan yang ni memang tepat. Tak sedar diri nak kritik orang depan-depan macam la aku ni perfect sangat. That's me. Tapi niat aku bukannya nak memalukan atau memburuk-burukkan. Nait aku baik.

* Pendiam tapi pandai bercakap.
Yang ni aku sendiri pun tak tahu betul ke tak. Aku ni kadang-kadang memang pendiam. Lebih-lebih lagi dengan orang yang aku baru je kenal. Kalau dikalangan kawan-kawan, aku ni boleh la dikira peling bising. Ada je yang aku nak cakap. ish3..

* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Hahaha..cool la juga..tapi semua itu hanya dusta..cool yang dibuat-buat..hebat kan..kahkahkah..dan aku jga sangat baik..tapi orang sekeliling selalu cakap yang ni jahat..aku baik pe..hehe..mudah simpati tu mmmmm...yup kot! malas nak cakap panjang-panjang..memalukan..huh!

* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Aku sangat perihatin tau. Korang je tak tau. Tapi tak kisah la korang tau ke tak..hahaha..terperinci pun rasanya ada kaitan dengan aku..kadang-kadang tu dah jadi macam OCD (obsessive compulsive disorder) dah..amanah tu memang aku..sebab tu la aku malas nak jaga barang orang..aku akan jaga macam barang tu aku yang punya..setia? ya la kot..sebab tu la aku masih single kot..wopss!! huhu..jujur tu maybe la..mmm..macam lurus bendul pun ada kadang-kadang..

* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Ini memang aku. Perfectionist. Tapi ini hanya akan berlaku pada masa aku rajin dan ada minat. hehe..

* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Pasal tu la aku ada blog ni..akhirnya diketahui..hahaha

* Orang yang banyak berfikir.
Boleh la..tapi tak penting pun..semua tentang masa depan..banyak betul plan aku nak buat..

* Daya pentaakulan yang baik.
Hehehe..yang ni aku nak bangga sikit..kadang-kadang tu masa tengok movie, member selalu ingat aku dah tengok movie tu sedangkan masa tu la kali pertama aku tengok..aku boleh menaakul jalan cerita movie tu dengan tepat..dalam 90% betul..tak percaya? meh belanja aku tengok movie..huahuahua..

* Otak bijak & mudah belajar.
Yang ni entah la betul ke tak. Maybe betul la sebab susah orang yang pemalas macam aku ni nak capai ke U. Aku stadi last minit. Besok exam, malam ni baru nak mula bab 1..result ok je..(Tak riak k)

* Suka mencari maklumat.
Entah la apa maksudnya ni. Kalau maklumat tentang benda yang aku minat memang la selalu nak cari.

* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Memang selalu mengawal sebab kadang-kadang tu kritikan aku pedas sangat sampai boleh membunuh. Perlu dikawal.

* Pandai mendorong diri sendiri.
Yang ni aku setuju sangat!!!

* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Yang ni pun memang aku setuju. Nak tau secret aku? ha ha..kalau aku bagitau, bukan secret la namanya lagi..

* Suka sukan, hiburan & melancong.
Ya! Ya! aku memang sangat suka sukan. Tapi aku tak berapa nak suka tengok orang bersukan. Aku suka aku yang bermain. hehe..Kalau hiburan memang sinonim dengan aku..Aku juga sangat suka melancong..kaki ni memang takkan penat kalau pasal nak pergi ke mana-mana tempat yang aku belum pernah pergi.

* Kurang menunjukkan perasaannya.
Ko kenal aku? hahaha..ko masih belum mengenali aku sepenuhnya. Just me and my feeling..haaa lebih kurang macam tu la..hehe

* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Pernah perang dingin dengan seseorang selama lebih 2 tahun..dosa besar dan memalukan.

* Terlalu memilih pasangan.
Still single..hehe..where are you babe? hua3..

* Sukakan benda yang luas.
Berbunyi materialistik pula..entah la..hehehe..

* Bersistematik
Tak faham. Saya baru je nak masuk tadika. Matematik saya lemah. hua3

What best about me is being myself. Even if someone don't like me as i am, who need them? hahaha..(ada kaitan ke?)..huhu..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Bulan September dan aku ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, September 5, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Bulan September dan aku
 

0 kesan cakar: