Dugaan di hari ketiga puasa..

Assalamualaikum..
(Ni entri yang aku buat hari Jumaat lepas tapi tak dapat nak pos sebab broadband ni wat hal. Tapi aku nak publish juga biarpun dah terlambat. Bukannya korang nak baca pun, aku je yang baca. huh!)

Kalau tak silap la, hari ni hari ketiga kita berpuasa kan..kalau tak silap(???)..bukan pasal ingatan aku lemah tapi pasal hari ni memang dugaan lah tuk aku..rasa macam lebih sehari je aku tahan lapar..tak pernah pun sebelum ni perut aku mengeluarkan irama-irama indah masa berpuasa..dan irama itu kini sudah bertukar rentak menjadi ala-ala hard metal..huhu..

Dalam beberpa minit lagi aku dah nak berbuka. Masuk waktu pada pukul 6.32. Okaylah, let me stori sikit kenapa puasa kali ni macam spesel sikit. Aku malas nak taip panjang-panjang. So aku ringkaskan je la k..

~ Kring3x..aku pun terjaga..eik? tak bunyi pun henfon aku..henfon siapa yang memekik ni? baru je plan nak turn off, nak sambung tido balik..(ketika mamai dah hilang)..haaa!! pukul 5.30??!! astaghfirullah..tak tersahur dah..huhu..mulalah pengembaraan perut kosong aku..

~ Hari ni aku sengaja tak bawa laptop pergi ke ofis sebab aku tau hari ni banyak kerja perlu aku lakukan. Banyak kerja itu merupakan salah satu perkara yang sangat memenatkan aku. Ntah la berapa ratus kali aku naik turun naik turun tangga. Kalah kerja orang yang tak puasa. Dah la beribu-ribu fail yang perlu aku cari dan angkat. Berat woo..mata aku ni dah tercatat beribu-ribu nama pelanggan..pening!!! Tapi yang itu aku ok je la..saje je nak heboh-heboh..badan pun lemah longlai..

~ Masa melayani pelanggan, aku buat satu kesalahan separa serius, iaitu terlupa meminta dokumen salah seorang pelanggan tu. Aku pun kena marah secara berjemaah oleh mereka-mereka yang memang dah lama nak cari poin tuk marah aku..hehe..takde la..staf tuh semua baik-baik belaka..kalau dah salah, memang patut la kena marah kan? huhu..emosi pun jadi kurang stabil..

~ Selalunya masa puasa ni aku balik menumpang je kan tapi kali ni tak. Aku naik bas. Sebab brader tu lambat sikit nak balik. Seperti biasa, kepala terhantuk-hantuk la kat cermin tidur dalam bas. huhu..

~ Sampai je kat rumah, seisi keluarga makcik aku dan para generasinya tiada. Ada sekeping nota atas meja (skil dulu-dulu). All of them balik kampung la pula. Makanan pun tiada ditinggalkan. Oleh itu, aku pergilah bazar yang tak pernah pun aku pergi sebelum ni. Semua pun first time. On the way tu, banyak betul dugaan. Ynag paling aku ingat, kena salak 3 anjing jahanam. Aku tak lari, so aku tak kena kejar la. Tapi aku malu, semua orang tengok aku. Oleh itu, aku ambil keputusan tuk tendang anjing tu tepat kat mulutnya. huh! baru diam. Tau pun takut. Nasib baik la tak kena gigit.

Tuh je la peristiwanya. Cari bazar pun dalam setengah jam. Sampai umah ngam-ngam masa berbuka. Makan la aku sorang-sorang. Sedey..huhu..habis! malas nak taip panjang-panjang. Wassalam.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Dugaan di hari ketiga puasa.. ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, August 15, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 4 komentar: di postingan Dugaan di hari ketiga puasa..
 

4 kesan cakar:

hentakbelipat said... | August 15, 2010 at 5:58 PM

huyo..pg bazar 1st time ea..hehehe bagus2 pengalaman tuh

Sylangster Pressure said... | August 15, 2010 at 7:02 PM

sbb sblm nih blk keje tros ade mknn kene hidang atas meja..huhu

t e m b u m e said... | August 15, 2010 at 9:15 PM

kan boleh buat auto-publish.
means ko boleh set nak publisk esok,entry ko auto akan publish.

Sylangster Pressure said... | August 15, 2010 at 9:42 PM

@tembume

tapi yang nih dah terlambat nak publish la cik tembam..