Bukan niatku..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menunaikan kewajiban solat maghrib dan juga kepalingwajiban kita untuk berbuka puasa. Berbagai jenis juadah dihidangkan di atas meja. Tapi aku cuba menahan nafsu. Tak boleh makan kenyang-kenyang sampai perut nak pecah. Oleh itu, aku makan ala kadar je. Segunung nasi, 3 potong ikan, Laksa, ABC, Air kosong, Kurma, Aiskrim, kueh mueh yang tak terkira banyaknya...(adakah ini yang dinamakan mengawal nafsu?)

Maaf atas keborosan tersebut. Aku ni memang pandai cakap je tapi tak pandai nak buat dan praktikkan. Tapi takpe, yang penting perut aku takde la sampai nak pecah. Rasa kenyang pun belum sampai lagi. Adakah perut aku ni dah terlalu besar sampai makanan banyak macam tuh pun aku masih tak terasa kenyang? Wallahua'lam. Sila jangan cakap aku gemuk. Harap maklum. Bukan niatku untuk makan banyak sangat.

Aku budak praktikal kat sebuah bank di Kota Kinabalu ni. Saja je nak bagitau mereka-mereka yang tak tahu menahu pasal aku ni. And FYI, tempat praktikal tuh berdekatan dengan bazar ramadan yang kecil-kecilan. Oleh kerana aku ni seorang budak praktikal, macam biasa la kena suruh itu ini kan. Kali ni aku disuruh pergi membeli makanan kat bazar. Maaf. Sila jangan gunakan perkataan 'suruh'. Ganti perkataan itu dengan 'minta tolong'. Ye, masa puasa ni aku telah dilantik unutk melakukan satu lagi tugas baru iaitu sebagai 'budak membeli makanan'. Tapi aku tak kisah. Sebab aku ikhlas nak tolong (sila letak 'sebab' ini sebagai yang terakhir), dan aku juga mendapat habuan iaitu sedekah atau dengan bahasa kasarnya, upah. Best woo!! Bukan niatku nak dapat upah k..

Berikutan dengan fenomena bulan puasa yang penuh keberkatan ini, banyak syarikat yang membenarkan para pekerjanya untuk balik awal, sejam lebih awal daripada waktu biasa. Bank tempat aku berpraktikal ni pun tak terlepas dengan peraturan sedemikian (macam buat berita pula..hehe). Selalunya staf-staf bank ini akan bekerja lebih masa untuk menambah jumlah pendapatan mereka. Tetapi tidak untuk bulan ni sebab all of them akan dengan kalutnya balik setepat dan secepat yang mungkin. Oleh itu, aku pun tumpang senang sebab aku menumpang je staf yang balik sama arah dengan aku. Selalunya aku balik naik bas je sebab tak sanggup nak tunggu staf berkenaan, tapi kali ni aku tumpang je. Sebab beliau pun nak balik awal macam aku. Lagi satu, aku ni kalau tak dipelawa, aku tak kan terhegeh-hegeh. Oleh kerana aku dipelawa, aku ikut je la. Bukan niatku nak tumpang pun..hehe

Malam-malam macam ni, lebih-lebih lagi bila dah kenyang akan membuatkan aku malas. Semua pun malas aku nak buat. Terutama sekali malas nak pergi terawih. Okay, aku nak bagi alasan. Orang macam aku ni memang banyak alasan. Alasan pertama, aku ni kat kampung orang lain, takde sorang pun yang aku kenal. Kedua, tiada kenderaan nak pergi. Ketiga, masjid yang hanya boleh menampung seramai 5 ratus jemaah akan didatangi oleh 5 ratus ganda 3 sebab masjid kampung sebelah masih under construction. Alasan aku memang ada banyak lagi tapi malas aku nak taip panjang-panjang. Allah Maha Mengetahui. Semoga dosa aku kita semua diampunkan. Tapi takpe, bila aku balik kampung on weekend nanti, InsyaAllah, aku akan pergi terawih. Doakan agar semuanya lancar. For now, terawih kat umah je la jadi imam kepada budak-budak. Bukan niatku tak nak pergi terawih..huhu

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Bukan niatku.. ini dipublish oleh Unknown pada hari Thursday, August 12, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 4 komentar: di postingan Bukan niatku..
 

4 kesan cakar:

zikeryhassan said... | August 12, 2010 at 9:32 AM

lepas ni jgn lupa niat puasa da. ahaha.

Sylangster Pressure said... | August 12, 2010 at 3:10 PM

@zikeryhassan
xpe..yg pntg dah niat pose sebulan..

FCUTEAM said... | August 12, 2010 at 6:52 PM

ouh ganas.. tak pegi terawih... takpe.. terawih kat umah pun boleh.. ^__^ bagi cukup 40 budak makmun kat belakang.. hehe



Aiz latest entry
Tangkap basah di kem PLKN pada bulan puase

Sylangster Pressure said... | August 15, 2010 at 7:39 PM

@Aiz

Aiz la jd imam..aku tak byk hfl surah..huhuhu..