My campus life was..

Assalamulaikum..
Rasanya dah masuk setengah bulan aku join grup Sintokian's blogger kat facebook. Mula-mula tu memang aku rasa janggal la juga sebab nampak macam aku seorang je yang ex-uum join grup tu. Macam tak tahu malu pula. Tapi bila dah berkenal-kenal dengan para junior yang supporting dan sempoi, rasa malu aku tu dah berkurangan. Pastu rasa macam aku ni tua sangat la pula bila dikalangan muda mudi grup tu. Abang senior la konon..haha..

Kepada sesiapa yang nak mengenali aku, teruskan membaca kisah hidup aku bersama dengan sedikit sebanyak bio diri aku seperti di bawah;

Aku ambil kos perbankan masa di UUM dulu dan mula bertapak di sana sebagai seorang mahasiswa pada julai 2007. Enam semester tidak termasuk praktikal. Memohon PTPTN sebagai sumber kewangan tetapi pada tahun pertama aku mendapat pertolongan zakat sebanyak 5k. Beli komputer riba dan telefon bimbit, tinggal sikit la duit aku. Tahun kedua aku dapat 2.5k je bantuan dari zakat. Tahun ketiga habuk pun aku tak dapat. Tapi kalau bukan kerana bantuan zakat, tak hidup aku kat universiti tu. Bukan pasal makanan atau barang yang mahal, tapi pasal aku selalu je balik kampung (Sabah) kalau cuti sem. Tapi pada cuti pertengahan sem aku tak balik. Aku tinggal sendirian kat bilik. Boleh juga dikatakan aku tinggal seorang saja di blok tu. Sebab pada tahun pertama, ada 2 3 orang saja budak sabah kat blok aku.

Dulu aku merupakan salah seorang penginap Kolej EON. Kolej yang terpanjang kat UUM tu. Maaf kalau ada yang tersinggung tapi cafe kat EON (CAFE NONGKA) tu memang paling tak best! Dulu, aku selalu keluar makan malam kat petronas. Rindu kat tomyam dan ikan keli goreng petronas. Selain itu aku nak makan telur bungkus kolej muamalat, cendol pulut jo kat jitra, kue teow kat pasar malam jitra, roti john changlun, nasi lemak kampung aku tak ingat dah nama kampung tu dan banyak lagi la (sampai terliur aku nak senaraikan). Nanti konvo aku nak melahap banyak-banyak makanan yang aku rindu tu sampai puas. Sebab mungkin pada waktu konvo itu akan menjadi masa terakhir aku jejakkan kaki ke negeri jelapang padi itu.

Aku merupakan seorang pelajar yang tak rajin tapi tak pula malas. Tak pandai tapi tak pula bodoh. Tak popular tapi ade la juga yang kenal. Tak aktif tapi ade juga la yang aku join. Semua pun biasa-biasa je.Aku ni jenis yang tak kisah sangat tentang pointer. Harap korang jangan contohi aku. Tapi, bagi aku pointer yang tinggi sangat tu tak penting. Yang penting, aku bahagia dan membahagiakan. Tak menyusahkan diri aku dan tak juga menyusahkan keluarga. Aku tak pernah mengulang subjek tapi selalu je dapat C sebab tu la pointer aku tak pernah tinggi melangit. Oleh itu, pointer aku selalu atas pagar je. Tapi sekurang-kurangnya mesti lebih 3 la..(yeee aku tau aku tak pandai..haha).

Dulu aku aktif kelab Karate. Tapi sayang aku tak sempat nak dapat black belt. Aku sampai brown je. Rindu nak main belasah-belasah. Korang datang la foyer library malam isnin/selasa/rabu/khamis kalau nak join. Penting tau terutamanya perempuan belajar seni mempertahankan diri ni. Lagi satu, dulu aku selalu nak join kelab photography underground yang ada kat UUM tu tapi tak kesampaian sebab aku dah kehabisan duit tuk beli DSLR. Baru je sekarang ni aku beli DSLR. Kira dah terlambat la.

Dulu aku selalu keluar jalan-jalan dengan member aku yang juga kaki jalan macam aku. Selama 3 tahun aku kat UUM, dah ade beberapa tempat yang sempat aku jelajahi seperti Penang, Seberang perai, Kuala terengganu, Kuala Muda, Marang, Kota Bharu, Tambun, Kuala kangsar, Shah alam, KL, Genting highland, Kuala perlis, Langkawi dan juga seluruh Kedah. (eh nape macam tak banyak?..haha)

Hujung bulan 9, tahun lepas, aku baru saja menamatkan praktikal aku kat Bank Rakyat Kota Kinabalu. Bulan 10 tu aku terus blah ke Kedah dengan tujuan nak hantar repot. Sedangkan tujuan sebenar aku nak jumpa dengan member je. Sebulan aku melepak kat bilik dorang. Bongok kan aku. Sanggup buang duit beli tiket semata-mata nak jumpa member. Tapi selagi itu boleh buat aku gembira, aku tak kisah.

Sekarang aku dah bekerja kat Bank Islam Kota Kinabalu. Baru nak masuk 2 bulan. Aku masih lagi baru dan masih lagi belajar. Bila kedudukan aku dah semakin kukuh nanti, rasanya aku nak sambung stadi peringkat sarjana. Tapi tengok keadaan la. Setelah 5 bulan berehat (menganggur), akhirnya aku diterima masuk menjadi staf kat bank. Alhamdulillah, rezeki aku murah. Seperti biasa gaji pertama aku ni aku beli laptop dan handphone baru. Bongok kan?!haha..

Jangan contohi aku. Korang pandai-pandailah manage kewangan korang sendiri. Jangan boros macam aku. Pastikan korang ada simpanan untuk masa depan. Tapi jangan pula kedekut sangat. Kalau ada duit yang lebih tu, tak salah kot belanja member. The more we give, the more we will get back. Tapi aku tidak mempraktikkan sedemikian. Mungkin sebab tu la aku pokai...arghhhh!!

Itu je la yang aku nak share dengan korang. Kehidupan aku masa kat U dulu memang sangat best. Banyak kenangan dikongsi bersama rakan seperjuangan. Susah senang tak pernah kongsi-kongsi dikongsi bersama..hehe..Masa kat U itu la masa yang paling free dan happy. Semua benda pun boleh. Nak main ke nak ape ke..semua pun boleh. Yang penting pandai jaga diri. Masing-masing ade otak kan, oleh itu pergunakanlah otak anda sebaik mungkin. Jangan tak stadi dan jangan pula over stadi. Enjoy your life there. Sambil enjoy, sambil menimba ilmu. InsyaAllah hidup korang akan bahagia. (memandai je aku)

Lagi satu kepada yang masih single and available tu cari la pasangan masa kat U..haha..nanti bila dah keluar dan ada kerjaya, pemikiran tuk cari pasangan tu dah kurang sikit sebab kesibukan dan sebagainya. Cari cinta andaaaaaa!! hahaha..Life masa belajar ni tak sama dengan life bila dah bekerjaya. Nanti korang rasa la apa yang sedang aku rasa.

To all sintokians..jadikan pengalaman cerita aku ni sebagai iktibar ataupun panduan. Ambil mana yang baik (kalau ada) dan hiraukan mana yang buruk (jangan semua). Selamat berkenalan dan good luck exam!!

Happy Teacher's Day!!

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel My campus life was.. ini dipublish oleh Unknown pada hari Monday, May 16, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 19 komentar: di postingan My campus life was..
 

19 kesan cakar:

t e m b u m e said... | May 16, 2011 at 6:45 AM

waaaaa! rindu tomyam petronasss!

♥ Cahaya Pelangie ♥ said... | May 16, 2011 at 7:06 AM

cari cinta? adakah yang sudi? hahahahaha

Unknown said... | May 16, 2011 at 7:06 AM

nti konvo kite g..nak? haha..

Unknown said... | May 16, 2011 at 7:14 AM

insyaAllah kalau ada jodoh..pasti ada asja yg sudi..

shamyheart said... | May 16, 2011 at 7:14 AM

Wah, best entri ni, ada nasihat ni..
Rasa mcm nk tiru jer. haha~ gurau jer. Tak best la tiru2, xde identiti tu.

Bestnya jalan2, pusing M'sia

Wow, banyaknya duit zakat, kan? siap beli laptop n hp lgi..

Nongka x best ke? Kite pg sana okay jer (pada tahun 2007-2008)..

Petronas mmg best terutamanya tomyam. Baru balik dari sana, gather dgn budak2 persatuan ni ha..
Makanan kat Kedah, mmg best kan? Haha~ perasan la pulak.

Oo, karate..kite pun ada martial art. =)

Panjang pula, aku membebel. hihi~ jgn marah, Sintokkian kan best =)

Unknown said... | May 16, 2011 at 7:21 AM

ini baru la komen..macam entri da..haha..

xmarah pn..suke adela..haha

www.dunialandax.com said... | May 16, 2011 at 7:29 AM

huhu..ok..now aku dah tau serba sikit pasai kau..huhu..owh~budak UUM ..wah..dah jadi pegawai bank..masyuk le..

Unknown said... | May 16, 2011 at 7:33 AM

haha..bese je la landax..haaa kan dah tau pasal aku..turn aku pula skodeng blog ko..haha

Anonymous said... | May 16, 2011 at 7:39 AM

i suka kat u.
nk bkenalan boleh?
auwww~~~
hahaha....

....Robi (bkn nama sbnr)....

shamyheart said... | May 16, 2011 at 8:09 AM

tu la kawan2.. kena komen banyak sikit.

Tapi tak sudi pun ko komen entri aku. Sedih2..

Unknown said... | May 16, 2011 at 8:21 AM

@rahul..

haha..sampai juga ko di sni ya..staga..

@sha

dia dah majok..alaaaa..ok2, nti aku komen k

PendekarPetai said... | May 16, 2011 at 8:41 AM

laa ko rupenyer... super duper senior sintok blogger.... hahaha...

shamyheart said... | May 16, 2011 at 8:46 AM

macam tu la.. haha~

mata lebam said... | May 16, 2011 at 10:23 PM

bestnyaa sudah lepas belajar....:)
btw.really nice one!!:)
followed u...kindly singgah my blog if u want to..

erlina said... | May 17, 2011 at 4:45 AM

haha tiap ary mam tmym petro ..wahhh asenyee kt joe cendol uh da kureng en ksdapan dyeee..

bek! sye jdkan pnduan ! hye senior :P

LiLohOnEy said... | May 17, 2011 at 11:42 PM

hoho~

baik punya nasihat ye bro.

btw, singgah sebab nk baca entri super senior.

maklumlah,nanti ak plak nak wat entri mcm ni.

haha :p

Unknown said... | May 18, 2011 at 3:35 AM

@pendekar petai
haha..tinggal kenangan pye senior..

@mata lebam
dah singgah..blog kamu nice mcm orgnya..

@erlina
xsbr nak mkn tomyam tu..cendol dh kurang sedap? alaaa..kat gerai bawah jejantas kat canglun kan ade..hehe

@lilohoney
dipersilakan buat entri mcm ni nanti..

t e m b u m e said... | May 18, 2011 at 5:43 AM

mahu! mahu!
kau belanja!
yessssss!
:P

Unknown said... | May 27, 2011 at 9:43 PM

@bume
boleh tak kalau kali ni ko yg belanja? (tya dgn sopan)..haha