Mentaliti orang kita

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama aku membiarkan saja belog aku ni sampai bersarang labah-labah, baru aku ada masa untuk melakar kejadah apa yang sedang aku fikirkan sekarang. Bukan aku tak nak update, bukan juga pasal aku tiada masa, tapi kerana laptop aku rosak. Aku guna Compaq. Kat dalam rumah aku tinggal sekarang ada 3 laptop. Semuanya Compaq. Mula-mula rosak, laptop aku then the other two menyusul. Bukan pasal serangan virus, tapi kerana masalah motherboard. Maaf atas penggunaan bahasa rojak tersebut. Sebab bak kat Hattan, "dont make me speak english".

Berikutan dengan kerosakan laptop itu, sekarang ni, baru-baru saja tadi, handphone aku pula buat hal. Handphone aku yang seumur dengan laptop aku tu dah sampai ajalnya. Mati. Tak dapat dihidupkan semula. Geram betul. Semua pun nak rosak masa aku tengah pokai macam ni. Tak pa la. Dugaaaannn..(!!)

Berbalik kepada tajuk di atas, tentang mentaliti orang kita.

1. Sebok gila nak gaduh pasal MU, Chelsea, Arsenal, Barcelona dan sebagainya yang memang terang dan nyata bukan ada kaitan langung tentang kita. Bangga bila memakai jersey pasukan tersebut. Tapi bila ada sesiapa yang lalu memakai jersey pasukan Harimau Malaya, dia gelakkan. Macam mana nak maju pasukan kita? Orang kita sendiri pun tak sokong sesama sendiri. Isu ni memang susah di war-warkan di hot.fm. Tapi aku nak juga tekankan di sini.

2. "Eh, ini kedai melayu la, barang mahal, tak banyak pilihan, mahal..bla..bla.." Korang pernah dengar tak sesiapa pernah mengatakan sesuatu yang seumpama dialog di atas? Aku pernah terjumpa orang berkata macam ni. Macam mana lah nak maju kalau orang kita sendiri kutuk perniagaan orang kita. Bukan aku nak membeza-bezakan kaum kat Malaysia ni cuma mentaliti mereka-mereka yang suka merendah-rendahkan kaum sendiri ni memang menggeramkan. Setakat mahal 10sen 20sen tu pun takkan la nak berkira. Tolong menolong la. Nanti bila kita susah, orang tolong kita balik. What we give is what we will get back. kan? kan?

3. A: "Jom tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa"
B: "Cerita melayu? Tak nak la bro, takde kelas"
Kalau nak yang kelas sangat, pergi masuk kelas darjah satu. Mentaliti masih rendah lagi macam budak-budak setahun jagung. Macam mana la industri perfileman kita nak jadi ber'kelas' kalau kita sendiri tak nak support kan. Kalau tiada bajet, tiada la modal nak buat filem dan tiadalah peningkatan dalam produktiviti dan kualiti filem. Mari tengok cerita oraqng kita!!

4. Bila ada orang kita yang berjaya dan digelar jutawan serta dikurniakan pangkat Dato atau sebagainya, orang kita mesti akan berpandangan macam ni: "Alah kalau harta setakat macam tu jalan nak poyo la, harta Donald Trump lagi banyak". Kau nak bangga-banggakan sangat dia tu macam la dia tu pakcik kau kan. hahaha..

Sebenarnya ada banyak lagi contoh mentaliti orang kita tapi aku malas nak sebut semuanya di sini. Nampak macam buruk sangat pula orang kita kalau aku buat macam tu. Kalau aku buat juga, macam aku pun tergolong dalam golongan yang bermentaliti macam tu. Naudzubillah. Paling akhir sekali, aku nak tekankan tentang mentaliti orang kita yang berbeloging. Kalau anda terbaca entri ini, sila fahamkan betul-betul apa yang aku nak sampaikan melalui ayat berikut. JANGAN MEMBURUK-BURUKKAN BELOG RAKAN BELOGER YANG LAIN, JANGAN HINA TUJUAN ORANG BERBELOGING, JANGAN BERGADUH ATAS HAL REMEH, dan akhir sekali JANGAN LUPA LAWAT BELOG AKU. Ehh?? lari tajuk pula..haha..

Okaylah rakan-rakan belog sekalian, semoga kita bertemu lagi. Aku pun tidak tahu bila lagi aku akan dapat berbeloging. Laptop aku masih dalam proses nak beli yang baru. Handphone lagi mana nak cari duit. haiyaaaa manyak mau pikir woo..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Mentaliti orang kita ini dipublish oleh Unknown pada hari Sunday, May 1, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Mentaliti orang kita
 

3 kesan cakar:

www.dunialandax.com said... | May 1, 2011 at 11:46 PM

nasib baik aku ni orang Jawa!hhahhahaha =D

p/s:kesian kau kan?dah jatuh ditimpa lembu..wahahha

Unknown said... | May 2, 2011 at 4:45 AM

ape la...gelakkan aku pula..ces..haha

shamyheart said... | May 17, 2011 at 9:09 AM

Erm, mentaliti kelas bawahan.. Ewah, belagaknya aku.. hihi~ xde kelas bawahan, xhidup sedap la org atas, kan?

laptop kite ok, sb masih baru. hp kite hilg.. mana nk cari duit nk beli?

me akan kerinduan kamooo...