Bodohkah aku?

Assalamualaikum..
Sekarang jiwaku dilanda gelora tsunami. Rasa macam tak tenteram je. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam hidup aku ni kosong. Kehidupan aku yang orang lain anggap sudah sempurna ini terasa suram seketika. Setiap detik pasti ada jarum-jarum andaian yang menusuk kalbu kala aku sudah kematian akal.

Kadang-kadang aku terasa seperti sebatang kayu yang tiada dedaunnya berdiri teguh menanti rebah ke tanah.
Kadang-kadang aku seperti hanyut dibawa arus sungai ke tempat yang tiada penghujungnya.
Kadang-kadang aku seperti dibuai mimpi indah yang melalaikan.

Aku tidak tahu apakah penyebab sebenar keadaan ini berlaku. Aku seperti tidak bahagia dengan hidupku yang bahagia ini. Bodohkah aku? Sepertinya aku tidak bersyukur dengan pemberian Allah ketika ini. Terkadang aku takut nikmat yang diberikan ini ditarik semula. Aku sentiasa mencuba untuk melupakan saja gelora jiwaku ini tetapi pasti akan ada setiap saat yang tertentu simbahan gelora itu sampai ke kepalaku.

Sekarang, aku hanya mampu mengutuhkan saja tembok dihatiku agar aku akan terus bertahan menempuhi hari-hari yang mendatang. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Jika inilah yang sudah tersurat dalam kitabku, aku hanya mampu berserah. Namun, masih ada juga sebahagian dari diriku yang menginginkan pemberontakan. Jiwaku meronta kesakitan.

Bila aku melihat alam ini, masih ramai yang lagi meronta memperjuangkan hak masing-masing sebagai penduduk muka bumi. Semua itu seperti menjadi satu motivasi untukku memperjuangkan hak aku. Namun, aku tidak tahu apakah ini hak aku yang sebenarnya? Apa hak aku? Aku masih mentah dalam mentafsir dunia. Oleh itu, aku diam tanpa suara.

Kini ku suarakan kegundahanku agar berat yang dipikul dapat ku kongsikan bersama yang lain. Walaupun kemungkinan besar tiada yang berjaya mengungkai apa yang aku rasa, berat itu kurang dengan sendirinya. Semoga Allah memberkati hidup kita semua..amiin~

p/s Bukan aku nak emo2 malam2 macam ni tapi...entahlah..Hanya Allah mengetahuinya


Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Bodohkah aku? ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Wednesday, May 18, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 6 komentar: di postingan Bodohkah aku?
 

6 kesan cakar:

t e m b u m e said... | May 18, 2011 at 5:19 AM

pejadah beberlit-belit ayat ko ni
straight to the point terossss
senang semua nak bagi kata semangat
muahahahahah!
:P

Sylangster Pressure said... | May 18, 2011 at 5:32 AM

@tembume
malas nak ckp teros..maluuuuu..haha

Anonymous said... | May 18, 2011 at 8:03 AM

ssh la jgak maw phm..
pa pn,combine hati sma rasa=confident...

teratai biru said... | May 18, 2011 at 9:38 AM

Kdg2, ada sesetengah perkara yg berlaku dlm hidup, tapi kita juz kena wat2 pejam mata, seolah perkara tu x pernah jd dlm hidup kita.

Ada sesetengah perkara yg kita kena juz take it easy, ade yg kita kena pikir dlm2 dan cari pencerahan.

Pesanan percuma (termasuk kpd diri sendiri) : carilah sesiapa yg boleh membawa kita kepada Dia. moga urusan dipermudahkan.

sha said... | May 18, 2011 at 10:49 AM

aku faham sikit2 tapi chill sudah..

Pi cari cerita orang yang lagi malang dari ko. Semoga ko akan insaf. Wah, ayat macam ko jahat plak.

Dekatkan diri dgn ALLAH.

ASaDa RyutaRo said... | May 19, 2011 at 2:44 AM

entry muhasabah diri ni. semoga kegundahan hati, ketidaktenangan jiwa, ketidakstabilan emosi dapat di atasi. semoga terus tabah. yeah..

ni ada entry nak bagi relaks, tenangkan fikiran.. try la..

http://www.budakmalaysia.com/2011/05/relaxation-meditation-hilangkan.html