Something is wrong with me

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa yang berlaku? 
Entahlah..
Tapi yang pasti ada sesuatu yang berlaku.
Sesuatu yang otak aku sedang sibuk cuba untuk tafsirkan..
Sesuatu yang aku sendiri tidak menyedarinya..
Tapi memang ada sesuatu..
hmmm..

Banyak betul yang bermain dalam kepala hotak aku ni..

Zaman dulu kala masa muda remaja riang gembira, aku memang dikenali sebagai tak tahu malu punya orang. Bukanlah jenis yang bikin orang meluat atau apa (maybe la juga) tapi jenis yang tidak malu2, sempoi, bising, dan sebagainya.

Tapi hari ni aku rasa macam terlebih2 pemalu la pula. Macam tersangat malu tapi tidak dapat berbuat apa2. Aku cuba tuk hilangkan rasa malu ni tapi sering juga muncul. Dan aku kurang pasti apa penyebab malu ni. tapi yang pasti, apa yang aku sedang rasa ni adalah perasaan malu.

Bukan itu saja..

Ada satu lagi perasaan yang lain dari yang lain. Yang ni macam lebih besar la masalahnya. Tapi tiada masalah pun sebenarnya. Entah. Aku nak bagi korang faham tapi aku sendiri pun tak faham. Yang pasti, perasaan ni ada kaitan tentang perjalanan hidup aku akan datang beserta pemilihan karier. Adakah ini yang aku inginkan? Adakah ini mampu membuat aku bahagia? Entah adalah jawapan yang paling sesuai..wallahua'lam..masa depan aku masih kabur walaupun ada di depan mata..

Ada lagi.

Perasaan yang paling susah untuk aku singkirkan. Rasa sakit hati. Dan sudah tentunya perasaan ini muncul hasil pemberian musuhku, Syaitan. Banyak betul benda yang bikin sakit hati. Semua pun bikin sakit hati. Tapi aku harus belajar. Belajar untuk hidup. Makna kehidupan sebenar harus difahami. Sebarang jenis rasa negatif harus dihapuskan. Cuba untuk mencari sesuatu yang boleh menggembirakan diri dan juga orang lain. Cuba untuk memahami agar difahami. Semoga Allah memberkati.

Aku akan sentiasa munasabah diri.
Jangan tinggal ibadah.
Cuba untuk menerima kenyataan bahawa,
Hidup ini dikongsi, bukan sendiri..
Kadang2 benda yang kita tidak mahu itulah yang terbaik untuk kita..
Apa yang terindah di dunia itu hanya sementara..
Allah akan sentiasa menguji hambanya..
Terima kelemahan diri dan berusaha untuk mengatasinya..


Nawaitu tawakkaltu 3alallah..


Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Something is wrong with me ini dipublish oleh Unknown pada hari Thursday, March 31, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Something is wrong with me
 

0 kesan cakar: