Showing posts with label TipsDanPetua. Show all posts
Showing posts with label TipsDanPetua. Show all posts

Tips kebal dari di kutuk

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak share tips yang memang paling penting untuk korang semua terutamanya mereka-mereka yang sangat mengenal tajam dan bisanya lidah. Kalau tak kenal lidah tu apa, korang boleh hiraukan je tips ni.

Bila ada suatu masa korang terdengar sesiapa mengutuk anda secara berdepan ataupun belakang, memaki hamun, merendah-rendahkan, mengumpat, menyindir dan sebagainya, ini ada beberapa tips untuk korang:

1). Cek buku akaun korang kat bank. Kalau tiada buku, cek balance duit korang kat ATM. Ada kurang? Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, duit korang takkan berkurang pun kalau orang kutuk.

2). Cuba menulis, membaca, dan sebagainya yang berkaitan dengan penggunaan otak. Ada kelainan? Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, orang kutuk macam mana pun tak mungkian akan ada kesan pada otak kita.

3). Belek-belek badan anda, cari kalau ada sebarang bekas, calar-balar, luka atau lebam. Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, tak sakit pun orang kutuk. Sakit hati? Hati takkan sakit sebab ia ada didalam badan. Takkan la tiada bekas dan lebam tapi hati pula rasa sakit? Tak logik kan? hehe

4). Ambil tangan kanan anda dan letakkan di dada sebelah kiri. Perhatikan degupan jantung anda. Masih ada degupan? kalau ada, abaikan. Tak mati pun kalau orang kutuk kita.

Tips yang di atas tu khas untuk mereka-mereka yang ada tahap kesabaran yang tinggi. Kalau anda tidak ada kesabaran yang cukup tinggi, anda boleh pula cuba tips yang di bawah ni:

5). Kalau anda kena kutuk, adakah tahap kekayaan si pengutuk itu meningkat kerana kutukannya? kalau tidak, anda terajang kepala dia belasan kali guna kasut but kawad polis anda  kasihanilah mereka kerana usaha mereka selama ini mengutuk anda tidak pun mendatangkan kekayaan.

6). Setelah anda dikutuk, lihat si pengutuk itu. Adakah semakin ramai orang menunjukkan kasih sayang kepadanya? Kalau tiada, pecut seratus meter sebelum melepaskan tumbukan tepat ke batang hidung dia anda kasihanilah dia kerana kurangnya kasih sayang menyebabkan dia berkelakuan sedemikian.

Tujuan aku buat entri macam ni bukan sebab aku nak merapu ke hapa tapi aku cuma nak bagi kesedaran kepada anda semua bahawa tiada gunanya anda nak bersedih, berduka, sakit hati dan sebagainya yang hanya merosakkan diri anda sahaja kerana ejekan, kutukan, dan kata-kata. Tiada berbaloi.

Hati manusia memang lembut sampaikan kata-kata pun mampu menghirisnya. Oleh itu, anda carilah satu kekuatan yang mampu menjadi dinding yang keras agar dapat melindungi hati anda. Carilah kekebalan itu demi menjamin hidup yang lebih indah tanpa anda perlu terkesan kerana kutukan dan kata-kata.

7). Tangisilah nasib si pengutuk yang setelah bertungkus lumus membuang masa mengutuk anda tetapi sebenarnya anda jauh lebih hebat dari dia walau macam mana pun dia mengutuk anda. Tidak mungkin akan ada perubahan.

8). Senyumlah dengan ikhlas pada si pengutuk itu bila-bila masa saja anda terserempak dengannya kerana dengan sedekah itu harap-harap dia sedar betapa miskinnya dia dengan pahala suatu masa nanti dia kan berubah dan dapat menerima kelebihan anda yang dianngapnya sebagai kelemahan.

READMORE
 

Boring dan juga tipsnya..

Assalamualaikum..
Aku kembali lagi. Tak sangka aku berjaya tuk kembali buat kali kedua kan..hehe..kali kedua la selepas entri yang mengadu tu..hahahaha..kali ni aku nak mengadu juga..kali ni pasal kebosanan..

Korang nak tau tak sekarang ni aku kat mana..sekarang ni aku kat tengah2 KK, kat cyber. Awal pagi tadi dalam pukul 5 lebih aku dah bertolak dari rumah aku kat Beaufort ke KK ni sebab Daddy aku perlu pergi kursus dalam pukul 9. So sekarang ni, setelah selesai aku hantar my dad, aku pun terbengkalai kat sini ni, pagi2 lagi, tak tau nak buat apa dan pergi mana..kawan pun tak boleh harap..please la sekali sekala tu bagi peluang kat malaikat tuk bagi rezeki kat ko wahai sahabatku sekalian..jangan la hari2 nak layan mimpi korang yang ntah hapa2 tu..(mengata dulang paku serepih)..keh3..

Memang sekarang ni aku bosan sangat sampai tak tau dah nak buat apa dan pergi mana..dan aku pun tak dapat nak pastikan berapa lama ketahanan p*unggung aku ni tuk duduk kat cyber ni..dah sakit hati, sakit tuuut lagi..eeeiii!! hari2 macam ni..bosan la..korang semua tak bosan ke? boleh bagi tips tuk menghilangkan bosan tak?? kalo korang tak tau apa tu bosan, meh aku boleh bagi tips tuk menjadi bosan..nak?? meh baca next paragraph..

1) Memulaukan
Untuk menjadi boring, korang mestilah memulaukan segala2 yang bernama kawan, sahabat handai, teman, kekasih, dan semua la yang sespesis dengannya..memulaukan tu bermaksud, korang hantar item2 tadi tu ke beberapa pulau yang terkenal kat Malaysia ni untuk bercuti..segala perbelanjaan haruslah ditanggung oleh korang sendiri..jangan benarkan item2 tersebut menggunakan wang mereka sendiri sebab anda yang memulaukan mereka..tempoh anda memulaukan mereka haruslah tidak kurang dari usia nenek korang..nescaya korang akan kebosanan..


2) Orthodox
Kalau cara yang di atas tu tak berkesan, korang boleh try cara yang ni pula. Aku pun tak faham sangat maksud perkataan tu, tapi aku macam terpikat, sebab tu aku guna jadi sebab yang kedua. Yang ni, senang saja. Sedekahkan segala alat2 digital seperti henfon, tv, i-phone dan sebagainya yang berkaitan ke rumah anak2 yatim. Kalau korang susah nak mengenal alat digital ni yang macam mana, korang boleh tanya nenek korang, alat tu ada tak kat zaman nenek korang punya nenek(moyang)..kalau nenek korang cakap alat tu dah ada, korang sebenarnya kena kencing oleh nenek korang..tapi korang buat2 je percaya untuk menghormati orang tua..tapi kalo nenek korang cakap alat2 tu belum ada lagi masa zaman tu, tanpa perlu berfikir, poskan je alat2 tu ke tempat yang aku sebutkan tadi..tapi kalau korang nak dapat berkat yang lebih, korang pos je kat aku k..aku nak blackberry..keh3..nescaya muncullah boring yang korang cari2 selama ini..

3) Hilangkan deria
Yang ni memang paling senang tuk dipraktikkan terutama sekali tuk korang2 yang memang selama ni tak pernah merasakan keboringan. Pilih saja mana2 deria yang korang kurang berkenan, dan hapuskan serta merta! contohnya, deria penglihatan. Korang cabut je mata tu kemudian buang je kat mana2 tempat yang ada binatang seperti zoo. tapi kalau nak nampak stylo, buang satu je k. kalau korang kurang berminat dengan telinga, caranya lain sikit dari mata. kalau telinga, korang jangan sekali2 tanggalkan cuping telinga korang sebab ianya akan menampakkan kecacatan pada penampilan. oleh itu, apa yang korang perlu lakukan ialah ambil lidi kelapa dan cucuk sahaja lubang telinga tersebut..cucuk sehingga tidak dapat mendengar apa2 pun..tapi kaedah ini perlu dilakukan dengan teliti, takut lidi tu akan sampai ke otak korang..setelah deria korang dah hapus, nescaya akan muncullah keboringan pada diri korang..

Aku merapu macam orang gila dah..hahahahaha..penat aku menaip..ok la, sampai sini je la tuk kali ni..nanti bila aku rajin, aku updet lagi k..ciao
READMORE
 

Tips menghilangkan mengantuk

Assalamualaikum..
Hi all!! aku kembali lagi memeriahkan blog aku ni setelah sekian lamanya aku terperuk kat kampung tak dapat online..kali ni aku tak nak guna bahasa sabah sebab aku malas nak translate. kalau aku tak translate, komfem korang tak faham so aku wat dalam bahasa standard je la..

Sebenarnya aku takde idea langsung nak tulis apa tapi jari jemari aku ni berkobar-kobar pula nak buat entri. Seperti yang biasa aku lakukan, bila idea aku tiada aku akan merapu tak tentu hala tuju. Harap para pembaca tak hilang kewarasan setelah membaca hasil merapu aku. Simptom ketiadaan idea ni mungkin pasal otak aku sekarang ni berada di perut iaitu dikedudukan yang salah. Asyik rasa lapar je. Ni mesti pasal aku melahap tak hingat dunia masa sahur tadi..ish3x..anak siapa la tu..

Setelah memerah otak aku yang kat perut tuh rasa nak kencing pula dapatlah idea tuk tulis kat blog ni..dan idea tuh adalah seperti yang di atas; tips menghilangkan mengantuk.

Tips ni hanya sesuai dipraktikkan oleh orang-orang yang mempunyai kemahiran lakon yang tinggi, tahap poyo separa sedar dan ketebalan muka yang setebal buku teks sejarah tingkatan lima.

1) Bila kat kuliah, mesti anda selalu je rasa mengantuk lebih-lebih lagi bila lecturer yang mengajar tuh memiliki suara yang merdu, yang memang sesuai je didengar sambil menutup mata. Suara merdu itu seperti memanggil-manggil anda untuk masuk kedalam alam mimpi indah. Bila keadaan ini berlaku, kaedah yang paling sesuai digunakan ialah 'Suara aku lagi merdu'. Kaedah ini menitik beratkan penggunaan vocal terpendam anda secara minimum iaitu hanya anda dan orang berhampiran anda sahaja yang akan mendengarnya. Humming (bernyanyi sambil menutup mulut) juga sesuai digunakan sekiranya nafas anda memiliki aroma bangkai biawak. Dengan humming, aroma itu akan terpelihara dalam mulut anda tanpa sebarang gangguan seksual.

2) Satu lagi kaedah yang boleh dilakukan sekiranya anda berada di dalam situasi dia atas ialah kaedah 'Lagu ini selalu ku dengar'. Kaedah ini berada di tahap yang separa kritikal kerana anda memerlukan beberapa alatan canggih yang hanya golongan berada mampu miliki. Sekiranya anda memilikinya, anda adalah golongan berada dan sila bunuh diri..wooopss!! Maaf. Gangguan emosi seketika. Alatan yang dimaksudkan ialah telefon bimbit dan juga fon telinga. Kaedah ini bertujuan untuk mengelakkan suara-suara merdu lecturer itu untuk merasuk otak dan fikiran anda yang memang dah tinggal separuh itu. Caranya mudah sahaja. Dengar radio atau mp3 handphone anda.

3) Kaedah seterusnya sesuai digunakan dalam situasi dimana perasaan mengantuk yang datang kerana kurangnya tidur. Mengikut kajian, faktor terbesar pelajar selalu lambat tidur adalah kerana ingin menyiapkan assignment yang sudah diberikan tahun lepas tapi baru sahaja disiapkan untuk semalaman sahaja. Tahap kecairan otak anda akan berlipat kali ganda hanya demi menyiapkan assignment tersebut. Ini akan menyebabkan mata anda seperti bebola api kerana berkobar-kobar melawan rasa mengantuk. Jika ini situasinya, anda digalakkan agar memberikan upah kepada sesiapa yang anda rasa sangat miskin untuk menyiapkan assignment tersebut. Bagi upah yang setimpal dan terus tidur. Nescaya rasa mengantuk itu tidak akan wujud keesokan harinya. Kaedah ini dinamakan sebagai 'Mataku merah matamu duit'.

4) Kaedah seterusnya ini juga sesuai digunakan dalam situasi di atas iaitu 'Meniduri'. Kaedah ini hanya boleh digunakan dikala hening membingit diri. Caranya sangat mudah iaitu tidur sahaja di atas assignment yang berlambak itu dan redha menanti keputusan yang bakal memberangsangkan ibubapa anda.

5) 'Mari menyedekahkan kebaikan'. Kaedah ini sangat sesuai dipraktikkan dalam semua keadaan kerana tahap kesenangannya yang melampaui batas. Caranya, cari satu gosip panas yang baru sahaja siap dimasak dan terokai gosip tersebut bersama rakan anda sehingga termengumpat, tercaci, dan sebagainya. Selalunya anda akan ditemani oleh golongan cendekiawan jahanam yang bernama syaitan ketika menggunakan kaedah ini. Semakin hangat gosip anda itu, semakin hilanglah rasa mengantuk anda dan semakin panaslah api neraka yang menunggu anda.

6) Nama saintifik bagi kaedah seterusnya adalah berasal dari bahasa rusia tetapi setelah dimelayukan, kaedah ini berbunyi 'Gelak bebas ilmu'. Cara ini lebih mudah untuk dipraktikkan berbanding semua yang di atas tetapi hanya golongan yang memiliki tahap waras dibawah normal mampu untuk melaksanakannya. Jika anda tergolong di dalam golongan ini, cuba anda lihat sekeliling. Lihat orang yang duduk di hujung. Di depan. Di tengah. Cari apa sahaja benda yang boleh menggelikan tekak anda. Anda akan gelak-gelak sehingga anda pun tak tahu macam mana nak berhenti. Jika rakan anda tergolong dalam golongan ini juga, mereka akan terjangkit untuk gelak bersama anda walaupun tidak mengetahui apa penyebab anda gelak. Nescaya anda tidak akan mengantuk.

7) Pernahkah anda terdengar bahawa dengan meminum kopi, anda akan dapat menghilangkan rasa mengantuk kerana kefein?? Dan pernahkah anda mencubanya? Adakah berhasil? Namun ternyata semua itu salah. Kerana kafein sahaja tidak mampu untuk menghilangkan penyakit mengantuk ini. Magnesium, vitamin c, fosforus, cuka, belacan dan banyak lagi bahan lain yang diperlukan untuk membunuh penyakit mengantuk ini. Kaedah yang dimaksudkan ialah 'Perisa mimpi dan syurga'. Bahan-bahan yang diperlukan adalah mudah didapati iaitu beg boleh kitar, air suam, bulu kucing berwarna biru, sedikit habuk loker dan kertas kuiz yang bermarkah rendah. Ambil bahan-bahan tersebut dan blender. Jangan diminum! Sapukan ke seluruh muka dan pergi ke kelas, InsyaAllah anda tidak akan mengantuk lagi kerana sentiasa terdengar bunyi-bunyi aneh seperti gelak hilai di dalam kelas. Abaikan. Yang penting anda berjaya mengatasi masalah mengantuk. Anda juga membantu mereka yang lain mengatasi rasa mengantuk kerana menggelakkan anda.

8) Kaedah terakhir merupakan kaedah yang paling susah. Jika anda tidak mempunyai kecekalan, diharap anda menghindarkan kaedah ini. Kaedah ini dinamakan 'Meja ini sudah ku miliki' kerana kaedah ini hanya taiko dan otai sahaja selalu buat. Caranya seperti begini. Duduk di tempat anda dan terus tidur di atas meja. Gunakan skil-skil yang stylo untuk tidur di atas meja bagi memiliki parut tidur di muka yang bergaya dan terkini. Elakkan menggeluarkan toksik berupa cecair dari mulut anda yang mampu membentuk peta kampung kediaman anda. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular digunakan kini.

Okaylah, sampai di sini sajalah tips untuk kali ini. Nantikan tips-tips terhebat pada masa akan datang..Selamat mencuba!!
READMORE