Jantungku berdegup kencangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kehadrat para pembaca yang disayangi sekalian. Mana kalian? Adakah belog sunyi sang laksamana ini ada pengunjungnya? Wallahua'lam..

Tujuan aku berbeloging ni sebenarnya ada banyak dan salah satunya adalah karya aku membebel guna jari ni dihargai dan dibaca. Tujuan yang lain termasuklah ingin dikenali dan lebih dikenali, ingin menambah kenalan, ingin menambah ilmu, menambah duit (tapi malas), dan banyak lagi yang tak terfikir buat masa ni. Memandangkan para pembaca belog aku ni masih belum wujud lagi, aku dengan kerelaan separa sedar tetap akan menaip dan terus menaip.

Selang sehari lagi zaman aku berpoya2 akan berakhir. Aku akan hilang kebebasan mutlak pada hari bekerja kerana aku dah dapat kerja..yeeeeeyyy!! balik2 nak cerita pasal tu kan tapi apa kan daya aku ni memang suka cerita benda yang sama..ish3.tak patot!

Bukannya aku berbangga sangat, cuma aku rasa bertuah la sebab tak sangka aku pula yang dipilih dalam ramai2 orang interview tu..tak sangka! Aku ingatkan aku ni out of the list la lepas interview tu..

Alhamdulillah la kena terima..dah memang rezeki aku la tu..

Dan jumaat ni 1 april aku akan dengan rasminya mula bertugas. Arghh!! Dulu nak sangat kerja, tapi bila dah dapat aku macam dah tak nak la pula..pelik! ntah la apa yang aku nak ni..hmmm..

Jantung berdegup laju..tapi tiada apa yang boleh aku buat..hadapi je la..kan?..aku dah menerobosi alam pekerjaan..tapi yang pastinya, ini bukanlah sesuatu yang aku akan lakukan sepanjang hidup aku..kalau dipanjangkan umur dan juga dimurahkan rezeki aku ada suatu plan yang akan insyAllah akan menjadikan aku kaya sambil goyang kaki..semoga dipermudahkan la kan..huhu..

Apa yang pasti sekarang ni jantung aku memang tak henti2 berdegup..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Jantungku berdegup kencangan ini dipublish oleh Unknown pada hari Wednesday, March 30, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Jantungku berdegup kencangan
 

0 kesan cakar: