Showing posts with label Dreamer. Show all posts
Showing posts with label Dreamer. Show all posts

Six-pack

Assalamualaikum..
Sekarang ni aku baru je balik dari airport KKIA. Aku pergi hantar nenek aku, nak pergi umrah. Tapi aku dah terlambat, nenek aku dah masuk dalam, aku lambat datang dari ofis. Aku terlepas adegan pancutan air mata para famili aku yang ntah la kenapa nak nangis. Heran aku.

Masih lagi penat ni tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal impian aku nak ada body yang ketul-ketul macam model yang kat tv tu. Yang dengan yakin je tayang body die kat mana-mana. Tapi aku takde la niat nak tayang-tayang. Hanya sekadar kepuasan saja. ceeee....

Orang cakap, kalau lelaki muka jambu yang ada body ketul-ketul ni selalunya gay. Aku tak tahu la betul ke tak sebab aku tak penah pun ada kawan gay. Kalau ada pun hanya setakat kenal gitu-gitu je. Kawan kepada kawan aku. Adelah 2 3 orang. Tapi body biasa je pun. Takde la ketul-ketul. Tapi tak tau la, aku tak tengok pun body orang.

Pastu orang cakap, kalau tinggi yang macam aku ni tak sesuai ada body yang ketak-ketak. Geram tau bila orang cakap macam ni. Tau la aku ni tinggi dari yang rendah tapi aku nak juga body yang macam tu. Tak adil! Nak juga!!

Tadi bila aku tengok belog encik Ben Ashaari yang badan macam badang tu, rasa cemburu tu memang la ada tapi aku taknak la body aku jadi sampai macam tu. Memang tak sesuai kalau tinggi yang macam ni. Nak yang biasa-biasa saja tapi ada bentuk body yang mantap. Barulah hot! haha..

Aku ni cakap je lebih tapi tak pernah pun nak buat. Dulu masa kat U, aku pernah juga pergi ke gym. Tapi sekejap je bertahan sebab aku takde member. Malu la aku nak buat angkat-angkat menatang tu semua sendiri. Mesti nak ada member juga baru aku nak pergi. Akibatnya, terbantutlah ketulan otot aku. Ketulan lemak jangan cakap la, memang berlambak. haha..

Sekarang ni kalau ada orang yang tak nampak aku setahun lebih, ada yang cakap aku kurus, ada yang cakap aku gemuk. Aku pun tak faham aku ni kategori mana. Pelik kan! Ah aku malas nak kisah apa orang cakap sebab dalam masa terdekat ni juga aku akan mula nak pergi gym dan joging.

Aku nak pergi gym, joging dan diet at the same time hanya bila masanya sudah sesuai untuk aku berbuat sedemikian. Nak tengok bajet, masa dan sebagainya. Sekarang aku masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran tempat tinggal baru aku ni. nanti bila aku dah ada member tuk ajak pergi gym, baru aku pergi. Perangai masih tak ubah! haha..

Harap-harap berjaya la niat aku ni. Nanti kalau body aku dah ketul-ketul, barulah aku dengan yakinnya berposing depan kamera sambil buka baju. Ehhh!! Gedik. Tengok la nanti, aku nak juga lihatkan result aku pergi gym kepada korang. Mesti nak bagi tengok gambar juga kan. haha..Takpe, nanti aku amik gambar versi tutup aurat tapi nampak ketak-ketak. Nak? (Dosa juga la bongok). lalala~ Orang yang ade six pack pun tak tunjuk, aku pula yang nak lebih-lebih. Belum pun ada dah perangai macam ni. Entah la jadi ke tak impian aku ni kalau dah macam ni niat jahat aku. haha..

Orang ada six-pack, aku ada one-pack. Oleh itu,, perlukan masa satu tahun baru boleh dapat six to eight-pack. Nanti the first day aku mendaftar kat gym, aku bagitau korang. Kita count day sama-sama. Tengok aku tahan ke tak. haha..




READMORE
 

Hadiah dalam mimpi

Assalamualaikum..
Balik-balik cerita pasal mimpi kan..tapi apa boleh buat la, aku memang lebih suka tinggal di dalam mimpi daripada hidup di alam nyata ni. Kalau dalam mimpi, semua pun boleh. Macam di syurga, walaupun aku belum penah lagi melihat apatah lagi menjejakkan kaki ke syurga. Tapi konfem la kat syurga lagi besh. Tak dapat kita bayangkan. Wallahua'lam. Sekarang ni macam biasa la aku online kat ofis dengan laptop antik aku ni. MON BULAT sedang melakukan tugas yang diberikan manakala aku sedang membelakangi dia sambil online dengan poyonya. Yup, tugas aku adalah memerhatikan dia. Memang aku dah biasa diberikan tugas berat sebegini. Tapi aku redha je la. Sudah itu yang diberikan. So, aku tengok je la.

Based on the topic, hadiah. Yup. Aku memang suka hadiah. Rasanya tiada seorang pun makhluk kat muka bumi ni yang tak suka hadiah. Rasanya la. Mungkin ada juga yang tak suka kot. Hadiah ni ialah barang, ataupun anything yang diberikan kepada kita atas sesuatu event seperti masa birthday dan sebagainya. Kalau yang diberikan tanpa sesuatu event tu, hadiah tersebut akan dianggap sebagai sedekah. Ni mengikut pemahaman aku je la. Laaa..tak kan la korang tak tau. cet! wat penat je taip. Korang tau rupanya. hehe..

Aku sengaja buat title tu macam tu sebab hadiah yang aku impikan ni tak mungkin akan diberikan oleh sesiapa pun buat selama-lamanya. hahaha. Tapi tak kesah la. Yang penting mimpi aku indah. huhu. So, mari tengok hadiah dalam mimpi aku..jeng3x..

1) Supra Sneakers

Inilah idaman hatiku. Yang memang hanya akan wujud dalam mimpi aku sebab harganya yang sangat menyakitkan mata dan hati bila memandang. Nak pegang pun rasa takut-takut. Almaklum la, orang miskin. hahaha. Pasal tuh la aku tunggu orang hadiahkan je kasut ni tuk aku. Kalau dah kerja pun nanti maybe aku tak kan sia-siakan titik peluh aku hanya tuk kasut ni. Macam tak berbaloi. tapi sangat berbaloi kalau dapat hadiah kasut macam ni. hehe..Mana la tau ada yang dah kaya sangat, sampai dah tak tahu mana nak buang duitnya..haaa..orang-orang macam ni la yang orang-orang macam aku ni perlukan. Bak sini hadiah!! Nak Supra..amik kau..hua3..





















Haa..inilah antara design Supra yang menambat hati sanubari aku. Tapi kalau nak bagi design yang selain ni pun boleh. Bagi la. Nak nak nak..hahaha..macam la ada yang nak bagi. lalala~~

2) Sony Walkman w250

Sebelum ni aku dah beli yang jenis w202 tapi tak se'best' yang terbaru ni. Yang baru ni waterproof! Pasal tuh la aku nak beli yang the latest ni.

3) Tiket percutian ke Korea

hahaha..yang ni memang tak boleh blah. Tapi kalau nak bagi pun apa salahnya kan. hahaha..

Semakin lama aku masuk ke dalam mimpi aku melihat list impian aku, semakin mengantuk la pula..aiyakk!! dush3x(pukul kepala sendiri)..tak boleh jadi macam ni. Aku mesti tengok MON BULAT wat kerja. huh!! okay la, jangan lupa bagi aku hadiah tu semua k..ill wait for all of these present in my dream. hehehe..Selamat berpuasa!
READMORE
 

Aku nak jadi budak baik..boleh tak?

TAK BOLEH! Ni la jawapan yang selalu aku dapat tiap kali aku tanya pasal ni. adakah patut? tak patut kan..huhu..sedey..setakat ni kalo tak silap aku dah beberapa orang da yang aku tanya macam ni tapi jawapan dorang semuanya sama, cuma ada beberapa perbezaan dari segi sebab musabab je..

Aku bagi yang aku ingat je la k..

Komen pertama ## Ko tak sesuai jadi baik. Muka ko tu dah konfem da macam setan. Setan pun dah jadi baik da pasal ko punya kesetanan tu lagi dasat..tak payah la angan-angan..
::komen aku:: dak ni memang member aku yang paling the shittest antara semua member yang aku ada. Slumber mangkuk dia je kutuk aku depan-depan. Tapi bes kawan ngan mangkuk ni.

Komen kedua ## Ko nak jadi baik? lupakan la..tak dapat dibayangkan rupa wajah ko yang baik tu..hahahaha..

::komen aku:: mangkuk ni same gak. poyo giler. mengalahkan poyo aku.

Komen ketiga ## Entah la bila baik ko tu akan muncul............

::komen aku:: kurang asam betol! tambah asam kang..haaa

Komen keempat ## Ko tahu ke baik tu ape?

::komen aku:: Nasib baik je hukum membunuh tu haram, dosa besar.

Ni je la yang aku ingat, yang lain tu aku dah lupa. Ade banyak lagi sebenarnya tapi yang empat ni la paling melekat kat kepala hotak aku. Orang nak jadi baik ni woi, support la sikit. Tapi memang susah juga la nak jadi baik ni kan..hehe..

susah ke? memang susah sebab manusia selalu melakukan kesilapan, samada disengajakan ataupun memang betul-betul tersilap. Sebab tu la Allah menciptakan kemaafan. Tiada yang terlepas dari membuat kesilapan. Jadi maafkan je la kesilapan masing-masing. Betul tak? tapi macam mana pula dengan yang sengaja melakukan kesilapan? Wallahu3alam..

Lagi satu, ustazah aku pernah bagitau dulu.."Tiada seorang manusia yang baik itu akan mengakui kebaikannya kerana orang yang baik akan sentiasa memperbaiki dirinya dari kesilapan. Kalau dia mengaku akan kebaikannya, maka setakat itu sajalah kebaikannya danpa ada sebrang pembaikan dalam diri"..masa tuh aku masih lagi muda-muda remaja, so takde la peduli sangat apa yang ustazah tu katakan tapi bila diingat kembali, baru terasa betapa pentingnya nasihat seorang guru..hehe..dulu-dulu nakal bha..hehe

Sebenarnya aku ni memang dah sedia baik pun..korang je yang tak tahu..hahahaha(dah lupa la tu apa yang di taip kat atas)..poyo is me! lalalalala~~
READMORE
 

My First salary..

Gaji pertama?? hmm..sejak bila aku dah kerja ni ek? hahahaha..tekde la..ni pasal angan-angan aku je..insyaAllah jika ada rezeki aku akan kerja juga tu nanti..tapi tak tahu la kerja apa..mudah-mudahan la aku kerja kat bank kn..tiap hujung tahun je jadi kaya la aku..mana tak nya, bonus bankers tu bukan calang-calang besarnya. Paling kecik pun GAJI KASAR x 12 BULAN. Contohnya, RM2000 x 12 = RM24000.. Tu yang paling kecik..kalo yang paling besar??haaa..

Semoga kita semua dimurahkan rezeki la kan..Allah itu Maha Adil..Kalo pun tiada rezeki kita buat masa terdekat ni, tentu Allah sedang merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita dimasa hadapan. WOW!! Berceramah pula aku..tekde la..aku ni pun ilmu ciput je..saling memperingati antara satu sama lain je..

okay, back to the topic..
angan-angan aku kan nak kerja kat bank. kalo nak dikhususkan bank apa, aku nak kerja kat bank rakyat tempat aku praktikal sekarang. Menggunakan kaedah islam sepenuhnya dan suasana bekerja pun baik. Gaji pula Wallahu3alam la sebab belum penah terima gaji lagi pun..perasan! hahahaha..

Bila aku dah kerja nanti dan dah ada wang sendiri banyak perkara orang dewasa yang aku nak lakukan..tapi ada pengecualian la seperti kahwin (sebab belum ada makwe lagi, dah berabad dah aku ni single..huhu)..Perkara yang aku maksudkan tu ialah nak beli kereta baru, nak beli rumah, nak pergi overseas (terutamanya bumi anbiya dan korea la..hehe) dan ada banyak lagi la yang aku malas nak mention kat sini..

Tapi masa gaji aku yang pertama tu ada beberapa perkara yang aku nazarkan. Pertama, aku nak belikan mummy aku White Gold Neclace. Aku tanya la kat Mummy dia nak apa dengan gaji pertama aku dan dia cakap nak rantai emas putih yang harga dalam seribu..haaahhh!! Terbeliak juga la mata aku bila dengar Mummy aku cakap macam tuh..rasa lawak pun ada juga..hahahaha..semangat gila sampai pergi tanya lagi sedangkan belum ada apa-apa pekerjaan pun..tapi dreaming is not a crime bha kan..So, kalo mengikut tahap kelayakan aku ni, gaji permulaan mesti dalam rm2000 je..tengok la nanti aku nak belikan yang murah sikit la dari seribu..hehe..kedekooott!!

Kedua. Oleh kerana gaji aku dah tinggal separuh, aku nazarkan nak belanja kawan-kawan aku makan. tu je? ye la! tu je..ko nak pe lagi?! dah orang nk bagi tu terima je la! eik....emosional la pula..hahahaha..takde la..gurau-gurau petang..kepada kawan-kawan yang pernah membelanjakan duit korang tuh tuk aku, haaa..korang tunggu je la habuan dari aku pula..bagi makan sampai korang pengsan! huh! puas ati aku..nak bagi makan kat mana? itu depends on me..mana-mana saja tempat yang aku nak bawa..jangan banyak tanya..

Ketiga. Entah la cukup ke tak gaji aku ni tapi tuk nazar aku yang ketiga, aku nak buat kenduri kesyukuran. Bagi makan kat famili pula. Banyak betol jasa dorang. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Amin..

Tu je la..angan-angan aku..
READMORE
 

Bakal mengubah hidupku..

ok..based on the topic..bakal mengubah hidup aku..ape? mengubah kew? yakin? pasti? ntah la tapi aku pasti perkara ni kalo betul2 terjadi akan mengubah hidup aku sedikit sebanyak..

ape? hehehe..let me stori la..ha ha..as you already know, now im under practicum at Bank Rakyat KK..so, one day, my boss called me..tu pn mase aku mmg ade hal nk jupe die..same2 ade hal la..aku dtg tu nk minta tandatangan die tuk fail2 aku..nop! fail2 customer aku..hehe..aku konon...bukan aku..customer bank rakyat la..then, mase aku masuk tu, dgn penuh kesopanan, aku pn letak la fail2 yg mnggunung tu kat atas meje die n ask him to sign all of it la..pastu aku pn ready nk blah dr bilik tu..x selesa aku rase..janggal! hehe..nsb bek xde org rakam kelakuan aku yg sgt bersopan santun tu...hahahaha..suddenly, bos said sumthing to me.." next week, bring over your resume to me. im going to recommend all 3 of u to the HQ"..wow! terkesima aku pas dgr kata2 die..x terkata..blank tros otak aku..happy but at the same time afraid gak..then aku dgr suara die " fhm kew?"..then aku pn angguk2..hehe..mmg camdoh tp aku mmg x sangke..insyaAllah kalo ade rezeki, dpt la aku tros diserap masok keje kat situ..xde la aku nk terhegeh2 cari keje g..to all my readers, wish me luck k..not even one living person know about this..

tp jgn anda tersilap..bende ni bukannya suatu yg sudah pasti..belom lg! HQ yg akan menentukan nasib kami bertiga (dak2 praktikal)..sgt gembira tp dun want to giv high hope la..takot nti jatuh mati tros..tggi kn..hehe..anyway, aku harap la aku akan mndapat tmpt untuk bekerja di situ..suasana, staf, work n all la aku rase mcm bole la tahan..so..semoga Allah memberikan yg terbaik untuk aku n semua la kita ya! mari kita sm2 berdoa keHadratnya..

bersama entry ni aku pos la aku pye gmbr dr monday till friday..hehe..
MONDAY
TUESDAY
WEDNESDAY
THURSDAY
FRIDAY

Lihatlah perubahan wajah aku dari sehari ke sehari hanya dalam seminggu!! uwaaaaa...!! mmg tekanan pasal x ckop tido..weekend je aku ckop tido..bile dh smpi hari Jumaat, mula la eyebag n lingkaran hitam tu mncul..cet! huhuhu..

READMORE
 

My dream girl...




owh! topik ganazzz....hehe....tp tba2 je aku nk bgtaw ciri2 wanita idaman aku...

firstly, of coz la physical dia....mula dr face...gadis cantik bg aku adalah gadis yg berkulit putih dan licin, ada lesung pipit kat pipi, mulut muncung(mcm lawak plak), mata bersinar yg berkilau2, bulu mata lentik, rmbut pnjg yg wavy2 bukan rebonding, hdung mncung tp x tggi sgt n ada taik lalat d pipi...

then, sambung kat bdn dia pya physical plak...kalo dream girl aku, aku suka yg kaki pnjg, x kesah la tggi dr aku...n nice body(boobs)...hehe...leher jinjang, jari runcing n berbau wangi, even peluh dia pn wangi...

kalo penampilan, aku suka yg mengikuti trend terkini...bergaya ala model, pakai heels, and sexy...fuh, ngetop skali!hehe...

latar belakang dia plak aku suka yg kaya tp x kedekut, keluarga dia mmg kturunan kaya tp hdup merendah diri...

sikap dia plak...jenis yg nmpk sopan walaupun pakaian dia x la brp nk sopan...hehe...suka ketawa tp xla smpi terbahak2...peramah...lemah lembut, penyayang, suka budak2, berketerampilan, sedikit manja, pesonaliti yg menarik n x ego....

who knows maybe someday my dream will come true..hehe...bahagia la aku...


READMORE