Sekembalinya aku dari kerja, aku terus ambil laptop dan terus online. Sesuatu perkara yang tidak patut dilakukan sebab sepatutnya aku terus mandi dan solat maghrib. Tapi itulah aku. Otak aku kalau tak tenteram, jari-jemari akan cepat saja menaip keyboard. Tadi, buka saja blog, tiba-tiba aku ditampar berita yang sangat menyayat hati. Pemilik kepada belog TELORDIBASUH telah meninggal dunia kerana sakit jangkitan kuman di paru-paru. Innalillah kepada arwah. Mari kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada arwah....(buat sekarang, jangan tangguh-tangguh)....amiin..
Sedih tau. Walaupun aku tak kenal sangat dengan arwah, tetapi aku sedih sangat mengenang nasib beliau. Nampak sangat yang ajal itu tidak mengenal usia. Arwah masih muda lagi. Semoga kita dipanjangkan umur agar dapat menikmati dunia dan semoga arwah ditempatkan dikalangan penghuni syurga..amiin..
Tiba-tiba terasa takut. Subhanallah..(ini disambung selepas solat ye, pastu takde idea dah..haha)..
2 kesan cakar:
innalillah~aku dah lama follow blog arwah..em..baru dapat tau tadi ..al fatihah~
innalillah..
Post a Comment