Tips kebal dari di kutuk

Assalamualaikum..
Kali ni aku nak share tips yang memang paling penting untuk korang semua terutamanya mereka-mereka yang sangat mengenal tajam dan bisanya lidah. Kalau tak kenal lidah tu apa, korang boleh hiraukan je tips ni.

Bila ada suatu masa korang terdengar sesiapa mengutuk anda secara berdepan ataupun belakang, memaki hamun, merendah-rendahkan, mengumpat, menyindir dan sebagainya, ini ada beberapa tips untuk korang:

1). Cek buku akaun korang kat bank. Kalau tiada buku, cek balance duit korang kat ATM. Ada kurang? Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, duit korang takkan berkurang pun kalau orang kutuk.

2). Cuba menulis, membaca, dan sebagainya yang berkaitan dengan penggunaan otak. Ada kelainan? Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, orang kutuk macam mana pun tak mungkian akan ada kesan pada otak kita.

3). Belek-belek badan anda, cari kalau ada sebarang bekas, calar-balar, luka atau lebam. Kalau tiada, abaikan. Maksudnya, tak sakit pun orang kutuk. Sakit hati? Hati takkan sakit sebab ia ada didalam badan. Takkan la tiada bekas dan lebam tapi hati pula rasa sakit? Tak logik kan? hehe

4). Ambil tangan kanan anda dan letakkan di dada sebelah kiri. Perhatikan degupan jantung anda. Masih ada degupan? kalau ada, abaikan. Tak mati pun kalau orang kutuk kita.

Tips yang di atas tu khas untuk mereka-mereka yang ada tahap kesabaran yang tinggi. Kalau anda tidak ada kesabaran yang cukup tinggi, anda boleh pula cuba tips yang di bawah ni:

5). Kalau anda kena kutuk, adakah tahap kekayaan si pengutuk itu meningkat kerana kutukannya? kalau tidak, anda terajang kepala dia belasan kali guna kasut but kawad polis anda  kasihanilah mereka kerana usaha mereka selama ini mengutuk anda tidak pun mendatangkan kekayaan.

6). Setelah anda dikutuk, lihat si pengutuk itu. Adakah semakin ramai orang menunjukkan kasih sayang kepadanya? Kalau tiada, pecut seratus meter sebelum melepaskan tumbukan tepat ke batang hidung dia anda kasihanilah dia kerana kurangnya kasih sayang menyebabkan dia berkelakuan sedemikian.

Tujuan aku buat entri macam ni bukan sebab aku nak merapu ke hapa tapi aku cuma nak bagi kesedaran kepada anda semua bahawa tiada gunanya anda nak bersedih, berduka, sakit hati dan sebagainya yang hanya merosakkan diri anda sahaja kerana ejekan, kutukan, dan kata-kata. Tiada berbaloi.

Hati manusia memang lembut sampaikan kata-kata pun mampu menghirisnya. Oleh itu, anda carilah satu kekuatan yang mampu menjadi dinding yang keras agar dapat melindungi hati anda. Carilah kekebalan itu demi menjamin hidup yang lebih indah tanpa anda perlu terkesan kerana kutukan dan kata-kata.

7). Tangisilah nasib si pengutuk yang setelah bertungkus lumus membuang masa mengutuk anda tetapi sebenarnya anda jauh lebih hebat dari dia walau macam mana pun dia mengutuk anda. Tidak mungkin akan ada perubahan.

8). Senyumlah dengan ikhlas pada si pengutuk itu bila-bila masa saja anda terserempak dengannya kerana dengan sedekah itu harap-harap dia sedar betapa miskinnya dia dengan pahala suatu masa nanti dia kan berubah dan dapat menerima kelebihan anda yang dianngapnya sebagai kelemahan.

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Tips kebal dari di kutuk ini dipublish oleh Unknown pada hari Monday, April 25, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 5 komentar: di postingan Tips kebal dari di kutuk
 

5 kesan cakar:

zikeryhassan said... | April 25, 2011 at 6:30 AM

ahaha. nice tips weyh.

www.dunialandax.com said... | April 25, 2011 at 10:00 AM

aku tak setuju dengan ini ::

2. Otak aku akan jadi sangat tak tenteram bila dikutuk..so,untuk mententeramkan balik,aku mesti kutuk sampai dia menangis..hahaha ^_^

5.kalau dia kutuk bisnes korang,dengan secara tak langsung dia akan menjatuhkan korang,lalu dia bukak bisnes,dan dia lah yang kaya!haha


yey!aku berjaya patahkan hujah sylangster =P

hentakbelipat said... | April 25, 2011 at 9:27 PM

kehkehkeh...lu memang betul..lagi elok bagi dia makan sebab kesian kat dia penat2 kutuk

Unknown said... | April 26, 2011 at 3:37 AM

@landax

2. bukan pasal tenteram ke tak ati ko..pasal tak jadi bodoh pun kena kutuk..

5. hati hang pun ada duri ke? hahaha..

Unknown said... | April 26, 2011 at 3:37 AM

@hentakbelipat

kalau bagi dia makan, kurang duit kita kn..so, x berbaloi..haha