Malam ni memang sunyi. Suara TV terpasang kuat. Bunyi kipas pun kedengaran. Sekali sekala terdengar bunyi enjin kereta yang baru saja masuk ke parkir di luar rumah. Tapi kesunyian ini bukan kerana tiadanya bunyi. Kerana aku seorang saja, aku sendiri, aku sunyi.
TV yang terpasang menayangkan sebuah rancangan kegemaran negara suatu masa dahulu. Akademi Fantasia yang kini masuk musim ke sembilan sebagai musim terakhir penyiaran. Dulu meriahnya program ini macam ombak tsunami menyerang seluruh negara tapi setelah bertahun-tahun lamanya bersiaran terasa hangatnya semakin hambar dimamah usia. Aku sebagai orang sunyi memilih siaran RIA ini sebagai penghibur hati duka lara. Tidak tahu penyebabya tapi mungkin kerana minat aku yang suka bernyanyi.
Setiap minggu aku keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan tapi aku tetap merasa sunyi. Aku sendiri tidak tahu apa lagi cara yang boleh membuatkan kekosongan aku ini terisi. Bila menoleh kiri kanan selalu saja terserempak dengan pasangan yang sedang bercinta. Ada yang berkelakuan menyakitkan hati. Bukan pasal cemburu tapi pasal dia melebih-lebih seperti tiada batas dalam pergaulan. Walaupun begitu ada jugalah terusik rasa di hati. Almaklumlah aku kan masih belum berpunya. Hati ini masih dalam sebuah kotak yang berkunci. Kadang-kadang ada juga kunci yang cuba untuk membebaskan hati aku yang terkurung itu tapi setakat ini belum ada lagi yang berjaya.
Adakah ini penyebab kesunyian aku? Wallahua'lam..Yang penting adalah kesabaran. Aku menukar nama di akaun Facebook sebagai Laksamana Sunan kerana mendombakan diri aku ini untuk memiliki jati diri watak novel tersebut. Sedangkan fenomena aku yang membaca novel ini pun terjadi kerana rasa kesunyian yang memakan diri. Sunyi, sunyi dan sunyi semakin lama menjadi salah satu anggota jiwa. Aku khuatir penyakit ini sukar untuk disingkirkan jika berpanjangan kelak.
Sebenarnya aku ada pengubat sunyi. Ubat aku ada banyak nama. Tapi kadang-kadang saja ubat ni ada. Ubat-ubat ni ada juga yang nama saja ubat tapi bukan memulih tapi merosak. Itu sesetengah saja. Kebanyakannya jenis ubat yang mengubati. Ubat yang aku maksudkan adalah kawan.
2 kesan cakar:
gmbr aku takde pon
sape soh xnk jupe aku ms dtg sbh ri tu..huh!
Post a Comment