Seperti yang anda sedia maklum, dalam dunia blog ini populariti seseorang diukur berdasarkan jumlah FOLLOWERnya.
Lebih 5K : Populariti bloger ini adalah sama par dengan populariti artis tanah air cuma bezanya, bloger ini artis dunia maya.
Lebih 3K: Seorang bloger yang penting dalam dunia maya ini, sebagai contoh bloger yang ada tutorial untuk membuat template blog, bloger yang ada share link movie, software dan sebagainya.
Lebih 1K: Seorang yang menarik, belog yang menarik, cerita yang menarik, isu yang menarik, kehidupan yang menarik, dan segala macam jenis tarikan terdapat pada belog si tuan tanah.
Ratusan: Memiliki tahap keramahan yang boleh diukur; 9 ratus lebih ramah - 1 ratus kurang ramah. Menyelitkan beberapa unsur yang sesetengah golongan mengikuti perkembangannya seperti jenaka, isu semasa, seni, menganjurkan contest dan sebagainya.
Puluhan: Menggunakan belog ini sebagai pengganti kepada diari, Penceritaan lebih kepada perjalanan kehidupan setiap hari, gejolak perasaan, luahan hati dan sebagainya.
Belas-belas je: Baru buka belog, low profile, pemalas, tidak ramah, tidak peduli hal orang lain (tidak termasuk aku..haha)
* Ini semua adalah hasil selidikan aku selama ini. Betul atau tidak, aku tidak tahu. Boleh juga dikatakan semua ini ikut suka hati aku saja.
Jika aku ditanya, "pentingkah populariti kepada anda?", tipulah jika aku menidakkannya. Siapa yang tidak mahu popular? Bila sudah popular nanti, adakah kita akan menyukainya?
Jika aku ditanya, "adakah anda seorang yang popular?", tipulah jika aku mengiyakannya. Berdasarkan jumlah FOLLOWER kesayangan aku tu pun dah memang terang dan nyata aku bukan tergolong antara beloger yang popular.
Bagaimana untuk menjadi popular, mari sini aku kongsikan beberapa tips (susah orang nak percaya, sedang yang pemberi tips ni pun tak popular..haha):
1. Jika otak anda memang tercipta dengan kepakaran membaca, mentafsir, menggubah dan melakar kod <html>, kongsikanlah kepakaran anda itu kepada mereka yang memerlukan dengan mewujudkan satu laman tutorial yang boleh juga anda link kan ke belog peribadi anda.
2. Jika memang sudah tersedia ramai rakan taulan anda bertapak di dalam alam maya ini, jangan lepaskan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim anda dengan mereka dengan sentiasa mengikuti perkembangan dan kerapkan berinteraksi kerana lama kelamaan mereka akan mewujudkan satu masa khas untuk memperkenalkan anda serta belog anda di dalam entri mereka. Tak percaya? Cuba dulu..
3. Tunjukkan bakat anda. Jika anda pandai menyanyi, selitkan video nyanyian anda dan jadikannya kreatif dan menarik untuk ditonton. Jika anda minat fotografi, kepilkan gambar yang anda ambil setelah diedit secantik mungkin untuk menambat hati para pengunjung. Jika anda ada bakat melukis, uplodkan saja karya anda. Tidak mustahil para pencinta seni yang ada di dalam alam maya ini untuk FOLLOW anda.
4. Berinteraksi, beramah-mesra, kunjung-mengunjung, jadikan Shoutbox itu sebagai satu perantara untuk anda mendekatkan diri dengan para bloger sekalian. Nescaya suatu masa nanti mereka akan singgah lebih lama di belog anda untuk membaca entri, dan jika mereka berminat, pasti mereka akan FOLLOW anda.
5. Tinggalkan komen pada entri si tuan tanah kerana itu tandanya anda mengikuti perkembangannya dan jika dia menghargai usaha anda, dia mungkin akan FOLLOW anda juga.
6. Gunakan bahasa yang mudah difahami, kurangkan short-form, kurangkan dialek kenegerian dan sebagainya yang boleh mengganngu konsentrasi pembaca untuk memahami konteks entri yang cuba anda sampaikan. Dikhuatiri pengunjung tidak akan memahami maksud anda dan hilang minat terhadap cerita anda.
7. Jika anda berbakat menggodam seperti mendapatkan laman web untuk muat turun software, movie dan sebagainya secara percuma, anda boleh kongsikan dengan para pengunjung.
8. Kurangkan berat belog anda, kurangkan widget, elakkan belog anda semak dan sebagainya yang boleh menyebabkan belog anda lembab dan lambat untuk loading kerana ini juga salah satu faktor yang mungkin akan menyebabkan tiada sesiapa mahu untuk berkunjung ke belog anda.
9. Cari shoutbox pengunjung, pastu shout "Follow you, follow me back"..hahahaha
10. Apa yang paling penting bagi aku dalam mencari populariti ini ialah jadilah diri anda sendiri. Jangan palsukan diri anda kerana yang benar itu akan selamanya lebih baik dari yang palsu/tiruan (samalah macam kes telur tiruan yang tengah heboh dalam dunia bloger ni).
Jika tips yang aku kongsikan ini tidak membuahkan hasil, redholah dan berserah sajalah pada yang maha esa kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Hikmah sesuatu perkara itu terkadang tersembunyi tapi nescaya hanya kebaikan yang akan muncul darinya. (sempat lagi bagi motivasi..ish3)
7 kesan cakar:
nice entri. kau kan suka karoks, why dont u upload video nyanyian kau. hehe
senang.sebab aku xnk popular sgt..hahaha..popular sbb nynyi x sedap..waaaaa
aduh~aku tak popular la ni T_T
sangat jauh populariti dari aku~haha
p/s: lulu sayang aku~hahahha
entah ye...
xpenting kot populariti...jadi bese2 sudah
@landax
so penting la ni populariti bg ko?hehe
jeles la lulu syg ko..ini x adil! haha
@predictor
hehe..aku pn tak tau..haha
Wah, tips yang bagus ni. tak pernah lagi aku dgr kat mana2..
Blog aku buat masa ni ada beratus-ratus, kira aku ni ramah ek?
TQ weh.
Post a Comment