Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menunaikan kewajiban solat maghrib dan juga kepalingwajiban kita untuk berbuka puasa. Berbagai jenis juadah dihidangkan di atas meja. Tapi aku cuba menahan nafsu. Tak boleh makan kenyang-kenyang sampai perut nak pecah. Oleh itu, aku makan ala kadar je. Segunung nasi, 3 potong ikan, Laksa, ABC, Air kosong, Kurma, Aiskrim, kueh mueh yang tak terkira banyaknya...(adakah ini yang dinamakan mengawal nafsu?)
Maaf atas keborosan tersebut. Aku ni memang pandai cakap je tapi tak pandai nak buat dan praktikkan. Tapi takpe, yang penting perut aku takde la sampai nak pecah. Rasa kenyang pun belum sampai lagi. Adakah perut aku ni dah terlalu besar sampai makanan banyak macam tuh pun aku masih tak terasa kenyang? Wallahua'lam. Sila jangan cakap aku gemuk. Harap maklum. Bukan niatku untuk makan banyak sangat.
Aku budak praktikal kat sebuah bank di Kota Kinabalu ni. Saja je nak bagitau mereka-mereka yang tak tahu menahu pasal aku ni. And FYI, tempat praktikal tuh berdekatan dengan bazar ramadan yang kecil-kecilan. Oleh kerana aku ni seorang budak praktikal, macam biasa la kena suruh itu ini kan. Kali ni aku disuruh pergi membeli makanan kat bazar. Maaf. Sila jangan gunakan perkataan 'suruh'. Ganti perkataan itu dengan 'minta tolong'. Ye, masa puasa ni aku telah dilantik unutk melakukan satu lagi tugas baru iaitu sebagai 'budak membeli makanan'. Tapi aku tak kisah. Sebab aku ikhlas nak tolong (sila letak 'sebab' ini sebagai yang terakhir), dan aku juga mendapat habuan iaitu sedekah atau dengan bahasa kasarnya, upah. Best woo!! Bukan niatku nak dapat upah k..
Berikutan dengan fenomena bulan puasa yang penuh keberkatan ini, banyak syarikat yang membenarkan para pekerjanya untuk balik awal, sejam lebih awal daripada waktu biasa. Bank tempat aku berpraktikal ni pun tak terlepas dengan peraturan sedemikian (macam buat berita pula..hehe). Selalunya staf-staf bank ini akan bekerja lebih masa
Malam-malam macam ni, lebih-lebih lagi bila dah kenyang akan membuatkan aku malas. Semua pun malas aku nak buat. Terutama sekali malas nak pergi terawih. Okay, aku nak bagi alasan. Orang macam aku ni memang banyak alasan. Alasan pertama, aku ni kat kampung orang lain, takde sorang pun yang aku kenal. Kedua, tiada kenderaan nak pergi. Ketiga, masjid yang hanya boleh menampung seramai 5 ratus jemaah akan didatangi oleh 5 ratus ganda 3 sebab masjid kampung sebelah masih under construction. Alasan aku memang ada banyak lagi tapi malas aku nak taip panjang-panjang. Allah Maha Mengetahui. Semoga dosa
4 kesan cakar:
lepas ni jgn lupa niat puasa da. ahaha.
@zikeryhassan
xpe..yg pntg dah niat pose sebulan..
ouh ganas.. tak pegi terawih... takpe.. terawih kat umah pun boleh.. ^__^ bagi cukup 40 budak makmun kat belakang.. hehe
Aiz latest entry
Tangkap basah di kem PLKN pada bulan puase
@Aiz
Aiz la jd imam..aku tak byk hfl surah..huhuhu..
Post a Comment