MU vs Barca 2011

Assalamuaalaikum..
Ini entri ringkas dari aku. 
Sekarang ni pukul 2.30am. Mata masih celik. Bukan stadi. Tapi nak layan ni:
Tak tau nak sokong mana. Both are my favorite team. 

Korang sokong siapa? 
Meh layan sama-sama. 
.
.
.
zzzzzzzzzzzzzz~haha


READMORE
 

Dia cakap aku sombong

Assalamualaikum..
Weh korang..haha..nak citer sikit ni..nak tau tak? Tadi kan...tadi..ceh! macam bongok je buat ayat tersekat-sekat. Tadi aku ada buat entri yang ni Emo malam purnama. Aku buat masa kat cc. Baru je tadi. Pastu aku balik la kat rumah member aku. Tempat aku lepak weekend.

Kat rumah dia ni ada juga laptop dan boleh juga online. So, aku teruskanlah nak online memandangkan malam ni aku bosan sangat. Tersangatlah bosan. So bila buka ja dashboard, aku nampak ada satu komen. Aku buka. Then aku nampak ada komen berbau tak puas ati kat aku.


smbg..sambung? sambung ape? owh bukan sambung kot. sumbang? sumbang apa lagi ni. bukan bukan. sumbing? kepala hotak ko sumbing. bukanlah. sembang? mmm..tak sesuai dengan ayat dia. sombong?

Dia cakap aku sombong. Mungkin la aku sombong. Aku pun tak tahu apa yang orang pandang tentang aku. Apa fikiran orang. Kalau aku tak senyum, orang cakap sombong. Cuba fikir, takkan la aku nak sengih2 masa jalan2 kat mana2. Kalau orang tu senyum kat aku, aku senyum balik juga. Entahlah, aku pun tak tahu apa situasi yang berlaku sampai dia nak cakap aku sombong. Aku tak sombong la. KO cube kenal-kenal dengan aku dulu, baru la kau tahu. Kalau kau diam-diam je, macam mana la kau nak kenal aku. Aku pun tak tahu kau tu siapa. Kita saling tidak mengenali. So, jangan sembarang ja cakap yang aku ni sombong.

Masih juga nak cakap aku sombong? Tell me who you are. Mari kita out pergi mana-mana. Kau sendiri tengok samada aku ni sombong atau tidak. Nak aku layan kau? Boleh. lagipun sekarang ni aku memang free. Sombong atau tidak nanti baru kau nilai. Macam? Ada bran?

Anonymous, tell me who you are.  Kalau niat kau nak bergurau, aku tak kisah. At least, tell me who you are. Very important. Kau tak puas hati kat aku, so maybe if you tell me who you are we can deal with it together. So, kau nak jadi kawan aku atau kau nak bermusuh itu terpulang dengan kau. Jika kau memilih untuk berdiam diri, kau memang penakut!

Kepada beloger lain yang terbaca entri aku ni, aku sebenarnya bukan nak gaduh, cuma nak bagi orang tu kenal siapa aku sebelum komen melulu tentang aku. Itu saja.


READMORE
 

Emo malam purnama

Assalamualaikum. 
Tadi aku keluar shoot. Tapi aku tiada idea. Sembarangan je aku amik. Mungkin sebab aku tiada kawan. Mula-mula tadi poyo la konon takde kawan pun best. ceh! Dusta belaka!

Sekarang ni aku kat cc. Aku stay kat rumah kawan aku. Dekat sikit dengan shopping complex. Senang aku nak keluar meroyan. Baru je ni aku lepas balik dari karok. Aku karok sorang2 je. Kol2 yang lain2 semua not available. Ada juga yang tak diketahui masih bernyawa atau tidak (geram nampak)..haha..

Aku ni memang jenis yang sempoi je. Aku tak kisah orang nak cakap apa. Aku jalan sorang-sorang konfem la ada orang bongok yang akan cakap-cakap. Malas nak layan. Yang penting orang tu tak cakap depan-depan aku. Kalau dah depan-depan, hanya dengan mengeluarkan cecair berwarna merah saja dapat mententeramkan aku kot. Ceh bajet ganaz pula dia ni. Tak caye, try me.

Macam emo pula entri aku malam ni. Tapi memang ada unsur2 emo la juga. Geram, sakit hati, tak puas hati, dan pelbagai jenis perasaan yang bikin badan aku rasa tak sedap menguasai diri. Malas aku nak listkan kenapa aku rasa macam ni. Banyak sangat benda yang bermain dalam kepala otak aku. arghhh!!

Ah malas la aku nak taip lagi...


READMORE
 

Stupid snatcher!

Assalamualaikum.

Sebelum aku blah pergi menembak, aku nak citer lagi satu stori yang buat mood aku merundum jatuh. Membuat kan aku geram pagi-pagi. Three hours spending time looking for my precios seluar kecik. Kalau kat Malaysia ni panggil spender. Cari kat kamus, takde pun perkataan tu. Kamus aku ni yang tak cukup ilmu ataupun spender tu bukan bahasa inggeris. Aku tak tahu.

Berhempas pulas cari disetiap pelusuk rumah, tapi masih juga tak jumpa. Pastu aku surrender, maybe cousin aku sim pan, letak kat mana-mana. Bila cousin aku dah bangun, aku tanya la. Tapi dia cakap dia tak simpan pun. Buat malu aku je tanya. Then dengar pula ngomelan sorang lagi cousin aku. Eh, looking for the same thing as me. So aku pun bagitau la yang aku pun cari benda tu. Masing-masing garu kepala.

Apa yang aku ingat, semua spender aku tu aku jemur kat belakang sebab aku baru je basuh. Cousin aku pun sama. Akhirnya, kami buat keputusan yang spender kami tu dah kena curi. Argghh!! Tak pernah dalam hidup aku ni kena curi lebih-lebih lagi spender. Apalaaaa. Benda tu yang orang dah pakai pun nak curi ke? Bodoh punya pencuri. Tak boleh ke pergi beli sendir hah?? Nak juga pakai yang bekas. Bodoh!

Geli dowh pencuri bongok tu. Nasib baik je aku ni pembersih. Kalau ada kurap sana sini baru dua tau! Ish!! Pasni terpaksa la aku pergi beli suar kecik baru. Alaaaa, geram la. kalau curi atu dua je takpe la kot tapi ni dia curi spender aku tuk sebulan. Sape tak geram? arghhh!! Tapi...dia ada bagi tinggal aku satu. Baik betul hati pencuri tu. Bongok!
Takpe la, ada hikmah kot. Biar je la. Tapi buat masa ni aku tak mampu nak beli spender jenama yang macam dulu-dulu tu. Mungkin pasni aku pakai yang harga rm30++ tuk 3 kot..haha..Pencuri ni kalau nak curi pun curi la spender orang kaya. ceh!

To the underwear snatchers out there, with sincerely i show you my middle finger right to your fuc*ing face!



READMORE
 

Outing and shooting around KK

Assalamualaikum..
Tiada idea pun sebenarnya nak buat entri apsal apa. Saja ja nak tambah entri. Hari ni kan cuti, so aku pun cuti la juga macam lagu brono mars - the lazy song. mandi pun belum lagi ni..haha. Tupun nak bagitau ke? ceh..

Aku plan nak outing sorang-sorang take picture kat serata KK ni. Layan sengsorang. Kadang-kadang best juga sorang-sorang ni tau. Especially at time like this. Boleh release tension. Ambil gmbar alam, bangunan, dan juga gelagat manusia. Bukan aku tak nak ajak member, tapi member semuanya ada hal. Ada yang pergi kenduri kawin. Ada yang kerja. Ada yang dengan alasan tiada duit. Ada yang ketiadaan kenderaan. Tengok macam aku, rilek je pun walaupun pokai boleh je out kan. Biar papa yang penting happy..haha

Tak sabar rasanya aku nak keluar shoot2 ni. Dah lama tau aku tak buat benda ni. Sebelum ni kamera aku tu  adik aku pakai. Sebulan kat kampung. Baru je minggu lepas aku rampas balik dari dia. ceh! Make me missing my DSLR je. Tapi kan, kamera aku ni ada satu je lens. Yang standard punya. Aku tak mampu nak beli lens baru yang lagi power. Takpe la, next time kot. Lagipun minat aku ni take picture of people and nature. So, tak kisah sangat la tentang lens tu. Lagipun aku ni kan masih lagi amatur. Belasah je la!

Nak get ready to go out ni. Nanti aku upload gambar yang aku shoot tu ye. Bye~




READMORE
 

Battle of the band

Assalamualaikum...
Sekarang ni aku tengah layan lagu-lagu kat youtube. Nak cari lagu sebenarnya ni. Sambil-sambil tu aku layan la lagu-lagu yang ada. Malas aku nak buat macam ni tapi aku terpaksa. Nak cari lagu untuk Battle of the band nanti. Ahli kumpulan bertaburan entah ke mana tapi aku terbelenggu gara-gara nak tolong sorang member ni yang nak sangat join pertandingan tu. Aku ni okay je, senang dibawa berunding. So, dengan semangat yang sepoi-sepoi bahasa, aku pun promise la nak tolong dia.

Tolong apa tu ek? Tolong cari lagu ke? hahaha..walaupun muka aku yang macam ni, jangan disangka aku ni jenis yang buang tepi je k. Aku yang cikai macam ni pun ada juga band tau. Walaupun ahli band aku ni tukar-tukar, at least ade la kan. Ikut pertandingan itu ini, buat persembahan (macam la artis), aku la antara muka-mukanya. Tapi oleh kerana aku ni down to earth, orang tak kenal aku (sedangkan orang tak kenal sebab tak best, haha).

Tadi aku cari lagu, member aku nak main lagu rock kapak melayu, tapi aku tak nak. Dah bosan. Nanti juri pun bosan. Balik-balik lagu tu je. Macam dah takde lagu dah. So aku bagi cadangan nak main lagu omputeh. Cari rock kapak omputeh (ade ke?). Tadi aku klik youtube situ sana sini, jumpa lah beberapa lagu yang boleh la bikin meletup hati juri. Antaranya ialah:


Tapi member aku tu meragui vokal aku. Dia cakap nanti aku nyanyi lagu tu tak sampai key. ceh! merendah-rendahkan tahap vokal aku yang power ni. haha..Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, betul juga tu. Nanti pecah pula suara aku masa on stage, sape malu? Akuuu juga.

Pastu aku fikir-fikir la nak bawa lagu apa yang sesuai. Tiba-tiba aku teringat dulu aku selalu layan band punk rock omputeh yang ubah lagu pop jadikan rock. Tak caye? Ni kisah benar ni. Macam lagu britney spears, pussycatdolls, keysha, rihanna dan ramai lagi dijadikan lagu rock. Mantap beb! Ni contoh lagunya:


Tapi kan..hmm..macam susah pula nak main lagu-lagu macam ni. Macam nak kena pakai banyak instrument. So sekarang aku dah buntu nak main lagu yang macam mana. Aku nak cari lagu yang orang jarang nak main tapi best dan semestinya lagu tu mestilah rock!! bebeh!!!!.

Korang ada idea tak? Cube dengar suara aku kat sini (link) kot2 ada idea lagu apa yang sesuai untuk aku. Nanti aku bincang dengan ahli band aku setuju ke tak main lagu cadangan korang. 

(hah! jangan la gelak..tau la suara aku tak sedap..dem!)


READMORE
 

Six-pack

Assalamualaikum..
Sekarang ni aku baru je balik dari airport KKIA. Aku pergi hantar nenek aku, nak pergi umrah. Tapi aku dah terlambat, nenek aku dah masuk dalam, aku lambat datang dari ofis. Aku terlepas adegan pancutan air mata para famili aku yang ntah la kenapa nak nangis. Heran aku.

Masih lagi penat ni tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal impian aku nak ada body yang ketul-ketul macam model yang kat tv tu. Yang dengan yakin je tayang body die kat mana-mana. Tapi aku takde la niat nak tayang-tayang. Hanya sekadar kepuasan saja. ceeee....

Orang cakap, kalau lelaki muka jambu yang ada body ketul-ketul ni selalunya gay. Aku tak tahu la betul ke tak sebab aku tak penah pun ada kawan gay. Kalau ada pun hanya setakat kenal gitu-gitu je. Kawan kepada kawan aku. Adelah 2 3 orang. Tapi body biasa je pun. Takde la ketul-ketul. Tapi tak tau la, aku tak tengok pun body orang.

Pastu orang cakap, kalau tinggi yang macam aku ni tak sesuai ada body yang ketak-ketak. Geram tau bila orang cakap macam ni. Tau la aku ni tinggi dari yang rendah tapi aku nak juga body yang macam tu. Tak adil! Nak juga!!

Tadi bila aku tengok belog encik Ben Ashaari yang badan macam badang tu, rasa cemburu tu memang la ada tapi aku taknak la body aku jadi sampai macam tu. Memang tak sesuai kalau tinggi yang macam ni. Nak yang biasa-biasa saja tapi ada bentuk body yang mantap. Barulah hot! haha..

Aku ni cakap je lebih tapi tak pernah pun nak buat. Dulu masa kat U, aku pernah juga pergi ke gym. Tapi sekejap je bertahan sebab aku takde member. Malu la aku nak buat angkat-angkat menatang tu semua sendiri. Mesti nak ada member juga baru aku nak pergi. Akibatnya, terbantutlah ketulan otot aku. Ketulan lemak jangan cakap la, memang berlambak. haha..

Sekarang ni kalau ada orang yang tak nampak aku setahun lebih, ada yang cakap aku kurus, ada yang cakap aku gemuk. Aku pun tak faham aku ni kategori mana. Pelik kan! Ah aku malas nak kisah apa orang cakap sebab dalam masa terdekat ni juga aku akan mula nak pergi gym dan joging.

Aku nak pergi gym, joging dan diet at the same time hanya bila masanya sudah sesuai untuk aku berbuat sedemikian. Nak tengok bajet, masa dan sebagainya. Sekarang aku masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran tempat tinggal baru aku ni. nanti bila aku dah ada member tuk ajak pergi gym, baru aku pergi. Perangai masih tak ubah! haha..

Harap-harap berjaya la niat aku ni. Nanti kalau body aku dah ketul-ketul, barulah aku dengan yakinnya berposing depan kamera sambil buka baju. Ehhh!! Gedik. Tengok la nanti, aku nak juga lihatkan result aku pergi gym kepada korang. Mesti nak bagi tengok gambar juga kan. haha..Takpe, nanti aku amik gambar versi tutup aurat tapi nampak ketak-ketak. Nak? (Dosa juga la bongok). lalala~ Orang yang ade six pack pun tak tunjuk, aku pula yang nak lebih-lebih. Belum pun ada dah perangai macam ni. Entah la jadi ke tak impian aku ni kalau dah macam ni niat jahat aku. haha..

Orang ada six-pack, aku ada one-pack. Oleh itu,, perlukan masa satu tahun baru boleh dapat six to eight-pack. Nanti the first day aku mendaftar kat gym, aku bagitau korang. Kita count day sama-sama. Tengok aku tahan ke tak. haha..




READMORE
 

Geram yang pelbagai

Assalamualaikum..
Banyak yang aku geram lama ni. Antaranya:

1). Sepatutnya sekarang ni aku sudah dibuai dengan mimpi yang terindah, tapi mata aku ni buat hal pula. Tak dapat nak tidur. Bongok. Rasa macam panas sangat. Rasa silau biarpun lampu dah tutup. Rasa macam bising je sedangkan sunyi. Macam dalam gua dah ni. Tapi kenapa aku tak dapat nak lelapkan mata? arghhhh!!

2). Semalam masa kenduri ada budak digelakkan sampai nangis hanya kerana budak tu pakai tudung. Budak-budak yang lain gelar budak tu 'perempuan tua'. Tergelak juga aku tapi sambil gelak-gelak aku belasah satu-satu. Tarik rambut, cubit, dan pelbagai jenis seksaan yang tidak patut dilakukan kepada budak-budak comel. Tapi aku terpaksa buat supaya pemikiran budak-budak tu tak kolot dan bermentaliti lemah. Akibatnya, aku kena marah. Tapi oleh kerana aku ni ade bongok sikit, aku buat bodoh je. Then, ade pula 2 3 orang tua yang makcik pakcik buat benda yang sama kepada budak bertudung tadi tu. Terus aku blank. Tak tahu nak buat apa.

3). Sekarang ni aku diet. Bukan diet tak makan apa-apa cume diet makan sekadar keperluan saja. Tapi sekarang ni kat tepi, belakang dan depan aku ada banyak timbunan bekas keropok yang dah kosong. Nampak sangat aku dah gila. Berat aku makin lama makin meningkat. Leher aku pun macam dah tenggelam oleh lemak. Jangan sebut pasal perut la, bikin sedih je. orang cakap lelaki ni jangan la diet-diet, diet tu untuk perempuan je. Eh suka hati ko je kan. Diet ni untuk semua la, untuk sihat. Bukan macam ko tu balik-balik masuk hospital, banyak sangat penyakit. Bongok sendiri sudah la jangan nak ajak aku pula.

4). Ustaz aku selalu cakap dulu masa masih sekolah bahawa penyakit itu adalah satu nikmat. Sampai ke hari ini, aku masih lagi tak faham. Sumpah aku tak faham ape maksud ustaz aku tu. Pernah sekali masa aku tengok cerita Heroes yang ade super power tu, faham la juga aku sedikit tentang sakit itu adalah nikmat tapi..itu khayalan je. Tak mungkin akan terjadi kepada aku. So, aku masih tak faham. Hidung aku ni tersumbat-sumbat sampai susah aku nak tidur. Okaylah, nikmat kan..terima je la!

5). Bila aku baca belog orang, aku geram. Tengok follower dia punya la ramai. Tapi bila aku tengok isi entri dia, tak best pun. Tak tercalon pun dalam list blog yang aku suka link. Cemana dapat follower sampai ramai macam tu pun aku tak tahu. Tengok orang dia, okay la ada rupa. Korek lagi sampai ke entri dia yang lama-lama..owh! ok..di sana aku tersentak..rupanya dia ni mula dari bawah juga. Yang dulu-dulu punya entri memang best. Sekarang ni bila dia dah ada follower yang banyak, lagi banyak dari rambut aku, dia punya entri dah jadi macam gitu-gitu je. Tak best. Tiada isi pun. Tapi nak kata aku respek tu belum lagi la sebab aku tak kenal lagi dengan beloger-beloger tersebut. Nanti aku datang skodeng lagi. Kau tunggu! Geram!!

6). Semut kat rumah ni watervor. Sebab semut ni gila minum air. Pastu, air suling semut-semut tu tak nak, air yang dah masak la juga yang dikerumuni. Geram tak kalau korang yang jumpa semut macam ni. Semut pun dah gila ke? Apa kes? Pernah sekali aku try, letak satu gelas air paip dengan satu gelas air masak. Air paip tu suci tak berpengunjung pun tapi air masak tu macam ada pesta semut je. Pastu aku tak puas hati kot-kot la semut kat rumah ni betul-betul dah gila kan aku try la letak satu gelas air masak dan satu gelas air milo (air manis). Tapi kalau semut tetap semut la juga. Tamak! Dua-dua gelas tu penuh dengan semut. Oleh kerana aku tak puas hati, aku bawa gelas-gelas tu ke sinki dan terus basuh. Baru tau ko semut! Ko curi lagi air aku siap la ko!

Geram sangat la malam ni! argh!!! Semua berpunca kerana aku masih belum tidur lagi. Bongok!

READMORE
 

Blog yang aku suka

Assalamualikum..
Aku baru je ni sampai rumah dari kampung. Nak kate penat tu penat la juga tapi bukannya aku yang pandu pun tadi. Sepupu aku yang hantar. Manja tak? hahaha..bukan manja la. Biasa la tu orang miskin macam aku ni semua orang pun nak bersimpati. Macam dalam kes ni, sanggup nak hantar aku. Tapi best ape jadi miskin separa ni. Tunggu nanti aku kaya, nak cuba best ke tak (jangan mati dulu ye, tunggu aku kaya).

Sekarang ni aku seorangan saja di rumah. Penghuni yang lain (pemilik rumah) ni masih belum muncul lagi. Oleh itu, aku masak, makan dan online dengan sesuka hati macam rumah ni aku yang punya. Kenapa? Nak kata yang aku ni tak tahu malu? Tak kisah pun. Cakap ja la ikut suka hati sebab bagi aku malu ni kalau aku ada buat salah je. Ada aku buat salah? haaaa..

Selalu je ada orang tanya, "ko pergi mana lama tak online?". Aku ni selalu je online tapi kadang-kadang aku malas nak update. Status, entri dan macam-macam lagi aku biarkan terkulai macam tu je. Tapi sebenarnya aku ada melawat kat belog korang. Korang je yang tak tahu. Walaupun aku malas nak updet entri, tapi aku rajin datang belog korang belek-belek itu ini. Aku suka membaca. Nak tahu tak entri yang macam mana boleh menarik aku untuk membacanya? Meh baca kat bawah.

1- Entri yang ada kaitan dengan aku. Contoh belognya ialah belog aku la! Aku suka baca balik apa yang aku pernah taip suatu ketika dulu. Best pe baca entri lama. Boleh dikatakan aku ni follower tegar belog aku sendiri. haha

2- Belog yang ada lawak. Yang ni memang aku suka sangat sebab boleh release tension gelak-gelak sampai pecah perut. Contoh belog, Sembang Kosong™

3- Belog yang ada info menarik untuk aku menambahkan pengetahuan semasa, pengetahuan tentang agama, tentang sains, tentang fakta dan sebagainya. Contoh belog Suratan kebetulan

4- Belog yang ada wajah comel sebab pemiliknya comel dan sebagainya. Yang ni memang ramai. Tapi takkan la aku nak bagitau kan. Kalau korang rasa korang tu comel, mungkin belog korang merupakan salah satu belog yang aku selalu skodeng. Okaylah, ni contohnya Hanis zalikha

5- Belog individu yang ada minat sama macam aku seperti belog yang ada tutorial photoshop gambar, yang suka DSLR, yang suka nyanyi dan ada lagu sendiri, yang ajar cara bermain alat muzik dan sebagainya. Contohnya, DuniaLandax(dot)com (blogging and photoshooting)

Tu je la aku nak updet malam ni. Nak get ready tuk kerja sok. Baju pun belum gosok lagi. Malas. Gosok besok je la. (tengok tu pemalas giler).


READMORE
 

Nak balik kampung

Assalamualaikum..
Ini entri ketiga aku malam ini. Banyak pula idea aku mencurah-curah nak updet. Malas aku nak tangguh, aku updet je semua. Lagipun besok hari jumaat. Hari terakhir untuk bekerja. Semangat berkobar-kobar nak cuti..haha..

Weekend kali ni aku dah plan nak balik kampung. Tiba-tiba je famili kat kampung suruh balik, ada kenduri. Kenduri untuk nenek aku nak pergi umrah. Alhamdulillah. Tercapai juga hasrat nenek aku yang comel tu pergi ke tanah suci. Semua perbelanjaan ditanggung oleh makcik aku yang kaya raya. So, aku sebagai salah seorang ahli keluarga yang miskin tumpang gembira la dengan semua itu. Tumpang 'senang'..ish3..tak patot!

Ni aku nak kenalkan nenek aku. Jap..................................okay, sila scroll bawah..


Ini gambar dulu kala masa rambut aku masih panjang lagi. Yup, aku tahu nenek aku comel, Tengs~

Sudah sebulan aku tak terpegang Nikon aku. Rindu la. Ni adik aku gedik sangat nak pinjam. Nanti balik kampung tak sabar rasanya nak tembak-tembak orang, pokok dan sebagainya. Siapla kalau ada calar kat kamera kesayangan aku tu. Calar juga muka orang yang kasi calar harta aku. 

Rindu pula aku kat kampung halaman. Sedangkan baru setengah bulan tak balik. Dulu masa merantau kat negeri orang utara, tak pula pernah wujud rasa rindu aku. Pelik. Mungkin aku rindu nak tidur kat dalam bilik kot. Sebab kat rumah ni (tempat aku tinggal sekarang ni) aku menumpang saja. So, faham-faham la kalau menumpang ni, mana ada bilik! Jangan nak gedik sangat minta itu ini. Tapi bukan pasal tidak diberikan bilik, cuma rumah ni memang kecil, nak bawa barang pun tak muat. Syukur alhamdulillah la ada juga orang nak bagi aku tumpang rumah. Lengkap segala-galanya. Jangan nak banyak cakap. syyyyyyyyy!! Biar kecil tapi besar jasanya tau!

Penat aku menaip. Jari aku malam ni macam termakan ecstasy pula. Tak berhenti menaip macam la esok dah cuti. Masa cuti pun tak serajin ini aku menaip. Okay, hingga kita berjumpa lagi..


The end

READMORE
 

Kosong

Assalamualaikum..
Bunyi televisyen bingit memecahkan suasana malam. Aku masih lagi terperuk di dalam kamar putih ini bertemankan komputer riba, merangkap teman karibku. Sekali-sekala perutku bergemuruh seperti meminta dilimpahkan dengan makanan. Namun nekadku untuk menyiapkan entri ini masih lagi utuh bagai ada bucu pistol ditanamkan dikepalaku meminta aku menyiapkan entri ini dengan kadar yang segera.

Jari-jemari menari kencang beriramakan idea dari kepala otakku. Kadang-kadang terimbau kenangan indah ketika bersama mereka semua yang bergelar teman. Sudah sekian lama kami tidak bersua muka. Sedangkan bertanya khabar dan berkongsi cerita harian melalui laman sosial pun sudah kurang rancaknya. Itulah lumrah dunia. Yang dekat itulah teman, yang jauh itu hanya kenangan. Namun talian sirath ini tidak mungkin akan terputus.

Bila teringat indahnya tika bersama, tika itu jugalah rasa rindu mekar memenuhi kalbu. Terkadang sampai tidak tertampung ruang kalbuku yang sesak dengan perihal dunia kini. Semakin sunyi aku rasa, semakin mekar rinduku terhadap kenanganku. Namun, apa yang ada kini tetap akan diteruskan. Tiada alasan untuk aku kembali ke masa silam. Aku harus menerima hakikat bahawa masa sudah membawa pergi semua itu. Kini, aku berteka-teki dengan masa depan. Hanya itu mampu membuatku melupakan kenanganku buat seketika.

Sunyi. Bunyi kipas seperti lagu yang memecahkan kesunyian bila aku memadamkan televisyen. Tiada rancangan yang mampu menarik perhatianku. Lalu aku membuat keputusan melayan filem memoriku saat aku ditemani kegembiraan tiap masa suatu ketika dahulu. Tersenyum sendiri bak orang kurang siuman. Namun aku hanya sendiri, tiada juga yang tahu.

Aku hairan. Bila di dunia nyata, aku seakan seorang yang tiada masalah, sentiasa gembira, tidak kisah akan segala-gala tapi bila di dunia maya ini, aku seperti seorang lemah yang sentiasa dibelenggu dengan pelbagai masalah. Mana satu diriku yang sebenar? Adakah aku masih belum terjumpa dengan diriku yang sebenar? Semua itu soalan yang tidak patut dijawab oleh sesiapa kerna aku sebagai tuan diri pun tidak mampu mendapatkan jawapan. Allah Maha mengetahui.

Aku tidak faham apa yang aku rasa. Saat ini dan semalam aku masih dalam lorong gelap yang sama. Tidak tahu apa penyebab dan apa cara untuk keluar mendapatkan cahaya. Terima kasih aku ucapkan kepada rakan-rakan mayaku yang cuba memberikan semangat kepadaku. Entri ini kesinambungan entri semalam. Ternyata rasa itu masih belum pudar dari hatiku. Hanya padaMu aku berserah Tiada lagi kudratku untuk mengungkai segala tanda soal yang bermain dalam otakku.

Semoga kita semua diberkati~

p/s  Entah la apa kes dengan aku ni. Tapi yang penting semua itu akan secara automatik berakhir sejurus selepas aku menaip noktah terakhir ini.


READMORE
 

Innalillah Telordibasuh

Assalamualaikum..
Sekembalinya aku dari kerja, aku terus ambil laptop dan terus online. Sesuatu perkara yang tidak patut dilakukan sebab sepatutnya aku terus mandi dan solat maghrib. Tapi itulah aku. Otak aku kalau tak tenteram, jari-jemari akan cepat saja menaip keyboard. Tadi, buka saja blog, tiba-tiba aku ditampar berita yang sangat menyayat hati. Pemilik kepada belog TELORDIBASUH telah meninggal dunia kerana sakit jangkitan kuman di paru-paru. Innalillah kepada arwah. Mari kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada arwah....(buat sekarang, jangan tangguh-tangguh)....amiin..

Sedih tau. Walaupun aku tak kenal sangat dengan arwah, tetapi aku sedih sangat mengenang nasib beliau. Nampak sangat yang ajal itu tidak mengenal usia. Arwah masih muda lagi. Semoga kita dipanjangkan umur agar dapat menikmati dunia dan semoga arwah ditempatkan dikalangan penghuni syurga..amiin..

Tiba-tiba terasa takut. Subhanallah..(ini disambung selepas solat ye, pastu takde idea dah..haha)..

READMORE
 

Bodohkah aku?

Assalamualaikum..
Sekarang jiwaku dilanda gelora tsunami. Rasa macam tak tenteram je. Aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam hidup aku ni kosong. Kehidupan aku yang orang lain anggap sudah sempurna ini terasa suram seketika. Setiap detik pasti ada jarum-jarum andaian yang menusuk kalbu kala aku sudah kematian akal.

Kadang-kadang aku terasa seperti sebatang kayu yang tiada dedaunnya berdiri teguh menanti rebah ke tanah.
Kadang-kadang aku seperti hanyut dibawa arus sungai ke tempat yang tiada penghujungnya.
Kadang-kadang aku seperti dibuai mimpi indah yang melalaikan.

Aku tidak tahu apakah penyebab sebenar keadaan ini berlaku. Aku seperti tidak bahagia dengan hidupku yang bahagia ini. Bodohkah aku? Sepertinya aku tidak bersyukur dengan pemberian Allah ketika ini. Terkadang aku takut nikmat yang diberikan ini ditarik semula. Aku sentiasa mencuba untuk melupakan saja gelora jiwaku ini tetapi pasti akan ada setiap saat yang tertentu simbahan gelora itu sampai ke kepalaku.

Sekarang, aku hanya mampu mengutuhkan saja tembok dihatiku agar aku akan terus bertahan menempuhi hari-hari yang mendatang. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Jika inilah yang sudah tersurat dalam kitabku, aku hanya mampu berserah. Namun, masih ada juga sebahagian dari diriku yang menginginkan pemberontakan. Jiwaku meronta kesakitan.

Bila aku melihat alam ini, masih ramai yang lagi meronta memperjuangkan hak masing-masing sebagai penduduk muka bumi. Semua itu seperti menjadi satu motivasi untukku memperjuangkan hak aku. Namun, aku tidak tahu apakah ini hak aku yang sebenarnya? Apa hak aku? Aku masih mentah dalam mentafsir dunia. Oleh itu, aku diam tanpa suara.

Kini ku suarakan kegundahanku agar berat yang dipikul dapat ku kongsikan bersama yang lain. Walaupun kemungkinan besar tiada yang berjaya mengungkai apa yang aku rasa, berat itu kurang dengan sendirinya. Semoga Allah memberkati hidup kita semua..amiin~

p/s Bukan aku nak emo2 malam2 macam ni tapi...entahlah..Hanya Allah mengetahuinya


READMORE
 

Aku layan anime

Assalamulaikum..
Sekrang ni aku tengah layan cerita kartun jepun 'Anime'. Dulu bila orang tau je yang aku ni suke layan benda-benda macam ni, orang cakap yang aku ni terencat. Kejam tak? Pastu penah juga orang cakap aku ni otak terbantut, tak matang, kebudak-budakan dan sebagainya la yang aku tak ingat sebab malas nak ingat benda-benda macam ni. Patut ke? Bagi aku, ini adalah minat aku dan aku tak kacau pun sesiapa. Lagipun Anime ini bukannya cerita yang karut macam katun budak-budak tu, sama juga macam movie tapi bezanya Anime ini lebih banyak menggunakan imaginasi.

Rasanya lebih dari separuh lelaki yang pernah aku kenali sepanjang hidup ini, yang sebaya dengan aku layan benda Anime ni. Ade juga yang mengadu kononnya awek yang die nak usha tu tak suke mamat yang layan Anime. Kesian. Nak tergelak pun ade juga. Boleh awek tu jadikan bende ni sebagai kriteria nak pilih boyfriend? Menakjubkan. Otak awek tu yang macam kartun. Ape salahnya? Tiada efek pun pada diri si penggemar Anime tu kalau dia nak tengok cerita kartun ni. Lain la pula ceritanya kalau dia obses sangat sampai sanggup tempah baju nak jadi macam watak kartun tu. Itu pula orang separuh-separuh je kot yang buat. Tak terfikir pun aku nak tiru-meniru ni..haha..

Ada orang cakap lelaki yang layan kartun ni pemikiran tak matang. masih kebudak-budakan. Tak matured. huh..menilai orang bukan sekali pandang je la wahai kawan-kawan. Kau tengok orang tu macam tu, ko rasa orang tu tak boleh buat macam ni. Apa kes? Menilai orang tu berpada-pada la ye. Aku ni dah lali dengan dunia. Nak kata tua, tak tua pun. Tapi bak kata orang yang waras, umur bukan penentu kematangan seseorang. Bahkan seorang yang sudah bergelar nenek atau datuk pun belum tentu lagi boleh berfikiran matang. Tolong ubah cara pemikiran yang macam ni. Selama-lamanya pun takkan maju. Semua pun nak fikir keburukan je, tak pernah pun terfikir untuk kebaikan. Tak percaya?

Kalau tak percaya, pernah tak korang berhadapan dengan situasi sedemikian?;


#waaa..lawanye awek tu..mantap! tapi kalau tinggi sikit ok kot..baru sesuai dengan aku..


#weh, tu ade mamat kacak belakang ko..tapi makan bersepah, tak selera aku..Pengotor!


#tengok beg die, tak sesuai dengan baju..takde citerase..


#eh, cikgu baru la..rambut belah tengah tuu..ni mesti jenis skema..mampuih!


#ko makan ape tu? sedap ke? macam geli je aku tengok..tak sedap!


#tu orang tu, rambut die kusut masai, kering lagi tu..ni mesti tak mandi lagi ni..


#itu ke makwe ko? gedik semacam je..macam playgirl je aku tengok..

Betul ke tidak penilaian itu aku tidak pasti tetapi ini semua adalah contoh penilaian rakan-rakan dan juga aku sendiri terhadap keadaan sekeliling pada masa tersebut. Semua situasi di atas adalah situasi sebenar yang pernah berlaku. Pada pandangan korang, adakah ini cara pemikiran orang yang matang? Yang aku dapat kesan di sini, manusia melihat yang baik tetapi berusaha mencari yang buruk sehingga yang buruk itu lebih tertonjol dari yang baik. Renung-renungkan.

Berbalik kepada cerita aku pasal anime..hehe..Sekarang ni ada empat je anime yang aku layan;

1#Bleach

2#Naruto Shippuden

3#One Piece

4#Fairy tail

The end


READMORE
 

My campus life was..

Assalamulaikum..
Rasanya dah masuk setengah bulan aku join grup Sintokian's blogger kat facebook. Mula-mula tu memang aku rasa janggal la juga sebab nampak macam aku seorang je yang ex-uum join grup tu. Macam tak tahu malu pula. Tapi bila dah berkenal-kenal dengan para junior yang supporting dan sempoi, rasa malu aku tu dah berkurangan. Pastu rasa macam aku ni tua sangat la pula bila dikalangan muda mudi grup tu. Abang senior la konon..haha..

Kepada sesiapa yang nak mengenali aku, teruskan membaca kisah hidup aku bersama dengan sedikit sebanyak bio diri aku seperti di bawah;

Aku ambil kos perbankan masa di UUM dulu dan mula bertapak di sana sebagai seorang mahasiswa pada julai 2007. Enam semester tidak termasuk praktikal. Memohon PTPTN sebagai sumber kewangan tetapi pada tahun pertama aku mendapat pertolongan zakat sebanyak 5k. Beli komputer riba dan telefon bimbit, tinggal sikit la duit aku. Tahun kedua aku dapat 2.5k je bantuan dari zakat. Tahun ketiga habuk pun aku tak dapat. Tapi kalau bukan kerana bantuan zakat, tak hidup aku kat universiti tu. Bukan pasal makanan atau barang yang mahal, tapi pasal aku selalu je balik kampung (Sabah) kalau cuti sem. Tapi pada cuti pertengahan sem aku tak balik. Aku tinggal sendirian kat bilik. Boleh juga dikatakan aku tinggal seorang saja di blok tu. Sebab pada tahun pertama, ada 2 3 orang saja budak sabah kat blok aku.

Dulu aku merupakan salah seorang penginap Kolej EON. Kolej yang terpanjang kat UUM tu. Maaf kalau ada yang tersinggung tapi cafe kat EON (CAFE NONGKA) tu memang paling tak best! Dulu, aku selalu keluar makan malam kat petronas. Rindu kat tomyam dan ikan keli goreng petronas. Selain itu aku nak makan telur bungkus kolej muamalat, cendol pulut jo kat jitra, kue teow kat pasar malam jitra, roti john changlun, nasi lemak kampung aku tak ingat dah nama kampung tu dan banyak lagi la (sampai terliur aku nak senaraikan). Nanti konvo aku nak melahap banyak-banyak makanan yang aku rindu tu sampai puas. Sebab mungkin pada waktu konvo itu akan menjadi masa terakhir aku jejakkan kaki ke negeri jelapang padi itu.

Aku merupakan seorang pelajar yang tak rajin tapi tak pula malas. Tak pandai tapi tak pula bodoh. Tak popular tapi ade la juga yang kenal. Tak aktif tapi ade juga la yang aku join. Semua pun biasa-biasa je.Aku ni jenis yang tak kisah sangat tentang pointer. Harap korang jangan contohi aku. Tapi, bagi aku pointer yang tinggi sangat tu tak penting. Yang penting, aku bahagia dan membahagiakan. Tak menyusahkan diri aku dan tak juga menyusahkan keluarga. Aku tak pernah mengulang subjek tapi selalu je dapat C sebab tu la pointer aku tak pernah tinggi melangit. Oleh itu, pointer aku selalu atas pagar je. Tapi sekurang-kurangnya mesti lebih 3 la..(yeee aku tau aku tak pandai..haha).

Dulu aku aktif kelab Karate. Tapi sayang aku tak sempat nak dapat black belt. Aku sampai brown je. Rindu nak main belasah-belasah. Korang datang la foyer library malam isnin/selasa/rabu/khamis kalau nak join. Penting tau terutamanya perempuan belajar seni mempertahankan diri ni. Lagi satu, dulu aku selalu nak join kelab photography underground yang ada kat UUM tu tapi tak kesampaian sebab aku dah kehabisan duit tuk beli DSLR. Baru je sekarang ni aku beli DSLR. Kira dah terlambat la.

Dulu aku selalu keluar jalan-jalan dengan member aku yang juga kaki jalan macam aku. Selama 3 tahun aku kat UUM, dah ade beberapa tempat yang sempat aku jelajahi seperti Penang, Seberang perai, Kuala terengganu, Kuala Muda, Marang, Kota Bharu, Tambun, Kuala kangsar, Shah alam, KL, Genting highland, Kuala perlis, Langkawi dan juga seluruh Kedah. (eh nape macam tak banyak?..haha)

Hujung bulan 9, tahun lepas, aku baru saja menamatkan praktikal aku kat Bank Rakyat Kota Kinabalu. Bulan 10 tu aku terus blah ke Kedah dengan tujuan nak hantar repot. Sedangkan tujuan sebenar aku nak jumpa dengan member je. Sebulan aku melepak kat bilik dorang. Bongok kan aku. Sanggup buang duit beli tiket semata-mata nak jumpa member. Tapi selagi itu boleh buat aku gembira, aku tak kisah.

Sekarang aku dah bekerja kat Bank Islam Kota Kinabalu. Baru nak masuk 2 bulan. Aku masih lagi baru dan masih lagi belajar. Bila kedudukan aku dah semakin kukuh nanti, rasanya aku nak sambung stadi peringkat sarjana. Tapi tengok keadaan la. Setelah 5 bulan berehat (menganggur), akhirnya aku diterima masuk menjadi staf kat bank. Alhamdulillah, rezeki aku murah. Seperti biasa gaji pertama aku ni aku beli laptop dan handphone baru. Bongok kan?!haha..

Jangan contohi aku. Korang pandai-pandailah manage kewangan korang sendiri. Jangan boros macam aku. Pastikan korang ada simpanan untuk masa depan. Tapi jangan pula kedekut sangat. Kalau ada duit yang lebih tu, tak salah kot belanja member. The more we give, the more we will get back. Tapi aku tidak mempraktikkan sedemikian. Mungkin sebab tu la aku pokai...arghhhh!!

Itu je la yang aku nak share dengan korang. Kehidupan aku masa kat U dulu memang sangat best. Banyak kenangan dikongsi bersama rakan seperjuangan. Susah senang tak pernah kongsi-kongsi dikongsi bersama..hehe..Masa kat U itu la masa yang paling free dan happy. Semua benda pun boleh. Nak main ke nak ape ke..semua pun boleh. Yang penting pandai jaga diri. Masing-masing ade otak kan, oleh itu pergunakanlah otak anda sebaik mungkin. Jangan tak stadi dan jangan pula over stadi. Enjoy your life there. Sambil enjoy, sambil menimba ilmu. InsyaAllah hidup korang akan bahagia. (memandai je aku)

Lagi satu kepada yang masih single and available tu cari la pasangan masa kat U..haha..nanti bila dah keluar dan ada kerjaya, pemikiran tuk cari pasangan tu dah kurang sikit sebab kesibukan dan sebagainya. Cari cinta andaaaaaa!! hahaha..Life masa belajar ni tak sama dengan life bila dah bekerjaya. Nanti korang rasa la apa yang sedang aku rasa.

To all sintokians..jadikan pengalaman cerita aku ni sebagai iktibar ataupun panduan. Ambil mana yang baik (kalau ada) dan hiraukan mana yang buruk (jangan semua). Selamat berkenalan dan good luck exam!!

Happy Teacher's Day!!

READMORE